Kemudahan Perumahan
- Jumlah paparan: 3123
Rumah Kerajaan merujuk kepada rumah yang dibina/ dibeli/ disewa oleh Kerajaan dan mempunyai kemudahan bekalan air bersih, elektrik, sistem kumbahan, sistem pembentungan serta mempunyai jalan masuk.
Terdapat beberapa jenis Rumah Kerajaan iaitu:
Tidak. Pihak Kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakan kemudahan perumahan kepada anggotanya kecuali bagi jawatan yang tertentu yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan, Rumah Khas Jabatan, Rumah Kediaman Luar Negeri, Rumah Rasmi Penjawat Tinggi termasuk rumah bagi anggota Polis, Tentera, Penjara dan Bomba.
Mengikut Perintah Am 33 Bab “E”, seseorang pegawai yang menduduki Rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut pada hari terakhir beliau bekerja sebelum bersara melainkan diberi kebenaran seperti dalam kes Perintah Am 33(b) & 33(c) Bab “E”.
Perintah Am 33(b) - seseorang pegawai bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan oleh Pegawai Perumahan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas Jabatan atau Jawatan semasa bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya. Bagi tujuan Perintah Am ini, seorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari akhir ia bekerja. Perintah Am 33(c) menjelaskan bahawa Seseorang pegawai yang mendiami Rumah Khas Jawatan atau Jabatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari terakhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu atau pun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuaan Ketua Jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2015 menjelaskan pegawai yang mendiami Rumah Biasa Kerajaan layak dibayar 25% daripada kadar kelayakan Imbuhan Tetap Perumahan pegawai.
Penetapan kadar 25% tersebut tidak terpakai dalam keadaan berikut:
Ya. Pegawai yang menduduki rumah Sub-Standard di kawasan Pedalaman layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan.
Semua pegawai dalam rumah tersebut tidak layak menerima ITP dan tidak dikenakan sewa rumah.
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Blok C1-C3, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.
Tel: 603 8000 8000