PPSM hendaklah merujuk kepada peraturan pergerakan gaji tahunan yang sedang berkuatkuasa iaitu:
1. Peraturan 27 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) P.U. (A) 1/2012;
2. Perenggan 49, 50, 63 dan 64 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 Pelaksanaan Sistem Saraan Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan;
3. Kesan pergerakan gaji tahunan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan cuti yang sedang berkuatkuasa; dan
4. Kesan pergerakan gaji tahunan yang ditetapkan dalam mana-mana pekeliling perkhidmatan atau surat pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, Urus setia PPSM dan PPSM boleh menggunakan apa-apa asas pertimbangan berpandukan peraturan, pekeliling perkhidmatan atau surat pekeliling perkhidmatan yang berkaitan termasuklah merujuk kepada Kategori Pencapaian Prestasi Pegawai di Lampiran D Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009 bagi memastikan keadilan kepada semua pegawai di jabatan masing-masing, menggalakkan persaingan positif sesama pegawai, meningkatkan motivasi pegawai selain mengelakkan keputusan tersebut boleh dicabar dari segi perundangan.