Khamis, 18 April 2024
09 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) JPA

Terma Rujukan:

  1. Memproses dan menilai semua permohonan perolehan projek ICT bahagian di bawah JPA;
  2. Mengesyorkan perakuan teknikal projek ICT kepada JPICT JPA; dan
  3. Memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT yang diluluskan oleh JPICT JPA.

 

JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) JPA

Terma Rujukan:

  1. Memproses dan menilai semua permohonan perolehan projek ICT bahagian di bawah JPA;
  2. Meluluskan projek ICT agensi berdasarkan kepada keperluan sebenar dengan perbelanjaan yang berhemah serta mematuhi peraturan semasa yang berkaitan; dan
  3. Memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT yang diluluskan oleh JPICT JPA.

TAKWIM JTICT DAN JPICT TAHUN 2024

Perkara

Tarikh Akhir Serahan Dokumen

Mesyuarat JTICT

Mesyuarat JPICT

Bil. 1

7 Feb
(Rabu)

14 Mac
(Khamis)

25 April
(Khamis)

Bil. 2

13 Mei
(Isnin)

26 Jun
(Rabu)

7 Ogos
(Rabu)

Bil. 3

6 September
(Jumaat)

16 Oktober
(Rabu)

6 November
(Rabu)

** Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan.

PELAKSANAAN

Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan kepada urus setia JTICT JPA dengan menyertakan dokumen kertas cadangan perolehan ICT (Kertas Cadangan Perolehan ICT) sebelum tarikh serahan dokumen yang telah ditetapkan.

 

RUJUKAN

  1. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015 - Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam.
  2. Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA Tahun 2021-2025
  3. Minit Bebas BPPD bertarikh 17 Mac 2023 (No. Ruj: JPA.100-6/1/11 Jld. 2 (12)(S))

 

MAKLUMAT LANJUT

Sektor Tadbir Urus
Cawangan Pengurusan Perubahan dan Tadbir Urus
Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat

Urus Setia Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) JPA : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Urus Setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) JPA : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Tel : 03-8885 5008/ 5101

 

Tarikh Kemaskini: 16 Januari 2024