PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI DIGITAL (CHIEF DIGITAL OFFICER -CDO)
- Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;
- Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
- Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
- Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/ Negeri/ Agensi dengan:
- Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
- Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan
- Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global; dan
- Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui urus setia kluster kerajaan.