Selasa, 21 Mei 2024
13 Zulkaedah 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

 

 

tkppao new

NamaRosilawati binti Budor
E-melAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Telefon603-8885 5001

 

Jawatan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) adalah disandang oleh Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA
Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut:

  1. Mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT)
  2. Menguatkuasakan pelaksanaan PKS JPA di semua bahagian di JPA
  3. Memastikan pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT berpandukan dokumen Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan PKS JPA;
  4. Mencadangkan langkah-langkah pengukuhan bagi mematuhi dasar-dasar berkaitan keselmatan ICT JPA;
  5. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada pihak National Cyber Security Agency (NACSA) dan seterusnya membantu dalam penyiasatan atau pemulihan;
  6. Memastikan program kesedaran keselamatan ICT dilaksanakan;
  7. Menyediakan dan menyebarkan amaran-amaran yang sesuai terhadap kemungkinan berlaku ancaman kepada keselamatan ICT dan menyediakan khidmat nasihat serta langkah pemulihan yang sesuai;
  8. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada CDO bagi insiden yang memerlukan Pengurusan Kesinambungan perkhidmatan (PKP);
  9. Memastikan pematuhan PKS JPA oleh pihak luar yang memberi perkhidmatan ICT kepada JPA untuk tujuan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan sebagainya;
  10. menyemak, mengkaji dan menyediakan laporan berkaitan dengan isu-isu keselamatan ICT;
  11. Memastikan PKS JPA dikemas kini sesuai dengan arahan jabatan, peraturan semasa, perubahan teknologi, serta ancaman dalaman dan luaran; dan
  12. Memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA mengandungi aspek keselamatan ICT