Perenggan 3(b), Ceraian SR 6.1.1 menyatakan kadar tambang adalah
meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan termasuk tambang kapal
terbang yang merangkumi harga tiket, cukai lapangan terbang, insurans
penumpang dan surcaj bahan api serta tuntutan perjalanan sekiranya
pegawai menggunakan kenderaan sendiri.
Dalam hal ini, kos tambang pengangkutan yang dimaksudkan adalah
termasuk Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam yang ditanggung oleh pegawai bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang. Sekiranya pegawai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri, pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang, namun kos tempat letak kereta di lapangan terbang adalah ditanggung sendiri oleh pegawai.