Skip to main content

Elaun

Soalan Lazim

Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan

  • 1. Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2015 (PP8/2015) hanya melibatkan Gred 41/42 dan ke bawah sahaja. Adakah pemberian 25% ITP kepada pegawai yang diperuntukkan kuarters juga hanya melibatkan Gred 41/42 dan ke bawah sahaja?

    Pemberian ITP kepada pegawai yang menduduki kuarters pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai mengikut penetapan PP8/2015 adalah merangkumi semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS).

  • 2. Pegawai yang bertukar wilayah dan mendiami kuarters adakah layak dibayar 25% ITP?

    Pemberian 25% ITP juga terpakai kepada semua pegawai dalam Kumpulan Pelaksana (Gred 11 hingga 40), Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 hingga 54) dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (JUSA hingga TURUS) yang bertukar wilayah dan menduduki kuarters berdasarkan perkara 5, PP8/2015. Kerajaan telah menetapkan bahawa semua pegawai awam yang menduduki kuarters layak mendapat ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Ini meliputi pegawai-pegawai yang bertukar wilayah.

  • 3. Adakah pegawai bertukar wilayah yang sebelum ini memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW) kerana kadarnya lebih tinggi boleh menukar untuk memilih ITP?

    Perkara 6.2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 (PP11/2001) menyatakan pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih ITP atau EPW. Pilihan sama ada menerima ITP atau EPW kepada pegawai yang bertukar wilayah hanya diberikan apabila pegawai bertukar wilayah sahaja. Namun begitu, berdasarkan PP11/2001, Kadar ITP digunakan jika kadar EPW lebih rendah.

  • 4. Pasangan pegawai yang kedua-duanya berasal dari Semenanjung ditugaskan ke Sabah. Walau bagaimanapun, suami ditempatkan di Sandakan manakala isteri ditempatkan di Kota Kinabalu dan kedua-dua pegawai diperuntukkan kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) di tempat bertugas masing-masing. Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP?

    Berdasarkan perkara 7, PP8/2015, pegawai yang diperuntukkan kuarters, layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Dalam hal ini, kedua-dua pegawai layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kadar ITP masing-masing.

  • 5. Pasangan pegawai yang kedua-duanya berasal dari Semenanjung ditugaskan ke Sabah. Walau bagaimanapun, suami ditempatkan di Sandakan manakala isteri ditempatkan di Kota Kinabalu. Hanya seorang sahaja yang diperuntukkan kuarters (Rumah Biasa Kerajaan). Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP?

    Berdasarkan perkara 7, PP8/2015, pegawai yang diperuntukkan kuarters, layak menerima bayaran ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai. Manakala berdasarkan perkara 8, PP8/2015, pegawai yang tidak diperuntukkan kuarters, layak untuk menerima bayaran ITP atau EPW mengikut perbekalan perkara 6.2, PP11/2001.

  • 6. Pegawai yang tinggal di asrama [ITP dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (50%) dipotong]. Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP seperti dalam PP8/2015?

    Seorang pegawai yang disediakan tempat penginapan/asrama dan tinggal sepenuh masa serta dianggap sebagai kuarters (tidak dibayar ITP), layak menerima ITP pada kadar 25% daripada kelayakan ITP pegawai.

  • 7. Pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan/Jawatan adakah layak dibayar 25% ITP?

    Pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan/Jawatan tidak layak dibayar 25% ITP selaras dengan perkara 6, PP8/2015.

  • 8. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Perumahan Khas (BPK) akan diselaraskan kadarnya mengikut PP8/2015?

    Pegawai yang menduduki Rumah Khas Jabatan turut menikmati kadar baharu ITP di bawah PP8/2015 mengikut gred jawatan pegawai. Walau bagaimanapun, peratusan pemberian BPK daripada kadar ITP masih kekal seperti ditetapkan di perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002 (PP11/2002).

  • 9. Apakah kadar ITP bagi pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji?

    Pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji tidak layak diberi ITP sepanjang tempoh cuti tanpa gaji selaras dengan perkara 5.3(a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009 (SPP4/2009).

  • 10. Apakah kadar ITP bagi pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)?

    Kadar ITP yang layak diberikan kepada pegawai yang sedang CBBP adalah pada kadar penuh selaras dengan perkara 5.1(b), SPP4/2009.

  • 11. Adakah PP8/2015 terpakai kepada pegawai lantikan sementara, Contract Of Service dan Contract For Service?

    Semua pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract Of Service adalah tertakluk kepada PP8/2015 kecuali pegawai lantikan Contract For Service.

    Terma dan syarat perkhidmatan serta jumlah pendapatan bagi pegawai lantikan Contract For Service adalah berbeza dengan penjawat awam dan tidak tertakluk atau ditadbir mengikut PP8/2015.

  • 12. Adakah PP8/2015 ini berkuat kuasa kepada pegawai yang masih kekal dalam Sistem Saraan Baru dan Skim Perkhidmatan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976)?

    PP8/2015 adalah berkuat kuasa kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk pegawai yang masih kekal dalam SSB dan Skim Perkhidmatan JKK 1976.

  • 13. Adakah pegawai yang berkhidmat di luar negara dan mendiami kuarters yang disewa oleh jabatan atau kuarters yang disediakan oleh jabatan layak menerima ITP pada kadar 25%?

    Pegawai Awam Persekutuan yang berkhidmat di luar negara dan disediakan kuarters oleh Jabatan layak dibayar ITP pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP mengikut gred pegawai selaras dengan perkara 5, PP8/2015.

  • 14. Rujukan :

    [1] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2015
    [2] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001
    [3] Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002
    [4] Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009

Kerja Lebih Masa Dan Elaun Lebih Masa

  • 1. Bagaimanakah Ketua Jabatan hendak menentukan pembayaran Elaun Lebih Masa (ELM) bagi pegawai yang terlibat dengan Waktu Bekerja Bukan Pejabat (Waktu Bekerja Secara Giliran dan Waktu Bekerja Terputus-putus)?

    Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, maka ia boleh diberi ELM mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan.

    Ketua Jabatan hendaklah menentukan Kerja Lebih Masa (KLM) pegawai berdasarkan kepada jadual waktu bekerja yang ditetapkan.

  • 2. Bagaimana hendak menentukan kadar pembayaran ELM sama ada kadar Hari Bekerja Biasa (HBB) atau kadar Hari Rehat Biasa (HRB)?

    Jika HBB pegawai ditetapkan dari Hari Selasa hingga hari Ahad, maka KLM yang dijalankan pada hari Selasa hingga hari Ahad itu hendaklah dibayar ELM atas kadar HBB.

    Jika hari Isnin ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Mingguan (HKM) pegawai, maka kerja-kerja lebih masa yang dijalankan pada hari Isnin itu hendaklah dibayar ELM atas kadar HRB.

  • 3. Adakah pegawai layak menuntut kadar Hari Kelepasan Am (HKA) sekiranya ia jatuh pada hari giliran pegawai bertugas?

    Jika HKA jatuh pada hari giliran bertugas pegawai, maka hari giliran bertugas itu dikira sebagai HKA. Oleh itu, jika seseorang pegawai dikehendaki bertugas pada HKA itu, maka pegawai adalah layak menuntut ELM atas kadar HKA.

  • 4. Bagaimana pula pengiraan kadar sekiranya pegawai diarahkan bertugas pada HKM pegawai dan HKA jatuh pada hari tersebut?

    Jika HKA jatuh pada HKM, maka Hari Kelepasan Am itu adalah ditunda pada hari berikutnya.

    Contohnya:
    Jika HKM pegawai yang bekerja secara giliran ditetapkan pada hari Rabu, dan HKA jatuh pada hari Rabu tersebut, maka HKA akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Khamis.

    Jika Ketua Jabatan menghendaki pegawai bertugas pada hari Rabu, maka pegawai adalah layak dibayar ELM atas kadar HRB, dan jika pegawai dikehendaki bekerja pada hari Khamis itu, maka pegawai adalah layak dibayar ELM atas kadar HKA.

  • 5. Sekiranya pegawai bertugas pada HKM dan HKA jatuh pada hari tersebut berapakah kadar yang harus dibayar?

    Bagi pegawai bertugas secara giliran yang mempunyai 2 hari rehat dalam seminggu, konsep hari rehat adalah sama dengan Waktu Bekerja Pejabat, iaitu 1 hari dikenali sebagai Hari Rehat Mingguan (HRM) dan 1 hari adalah Hari Kelepasan Mingguan (HKM).

    Jika HKA jatuh pada hari HKM maka seksyen 3 Akta Hari Kelepasan 1951 yang menetapkan:-

    “… mana-mana Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan, maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am… adalah terpakai.

    Ketua Jabatan hendaklah menentukan HRM dan HKM Pegawai.

  • 6. Encik Ali merupakan seorang Polis Bantuan. Pada bulan Ogos 2022, beliau mempunyai 40 jam bekerja lebih masa. Beliau ingin mengambil 22 jam untuk tuntutan ELM dan baki 18 jam beliau ingin mengambil Cuti Gantian (2 hari) yang akan diambil pada bulan Februari 2023. (Tidak berlaku pertindihan masa) Adakah Encik Ali dibenarkan untuk berbuat demikian?

    Merujuk kepada senario yang dikemukakan, Encik Ali boleh mengemukakan tuntutan ELM bagi tempoh 22 jam tersebut dan pegawai juga boleh mengambil Cuti Gantian bagi baki 18 jam KLM (bersamaan 2 hari Cuti Gantian) (9 jam bersamaan dengan 1 hari Cuti Gantian) yang tidak digunakan untuk tuntutan ELM tersebut dalam bulan yang sama asalkan ia mematuhi peraturan kewangan semasa dan mendapat persetujuan Ketua Jabatan dan pegawai itu sendiri.

  • 7. Encik Chong merupakan seorang Pereka Grafik gred B19 telah memohon supaya bayaran ELM dibayar tanpa hadir ke pejabat pada hari Sabtu, Ahad dan HKA bagi melaksanakan tugasan merangkumi penghasilan infografik, poster dan bahan-bahan kreatif. Permohonan ini dibuat kerana tugasan tersebut dilaksanakan di rumah kerana pihak Unit Komunikasi Korporat (UKK), Kementerian X telah menerima arahan secara ad hoc yang memerlukan tindakan segera dan tiada keperluan untuk pegawai ke pejabat memandangkan tugas-tugas perekaan hanya menggunakan komputer dan perisian tertentu. Adakah bayaran ELM boleh dibayar kepada pegawai sekiranya pegawai melaksanakan kerja dari rumah di luar waktu pejabat pada hari bekerja biasa, Sabtu, Ahad dan HKA sebagaimana permohonan?

    ELM hanya boleh dibayar bagi kerja-kerja rasmi pegawai atau jabatan yang dijalankan atas arahan secara bertulis daripada pegawai atasan/ Ketua Jabatan di luar waktu bekerja biasa yang ditetapkan, pada HKM dan pada HKA tertakluk kepada syarat-syarat yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991. ELM dibayar berdasarkan kerja-kerja lebih masa sebenar tidak termasuk waktu rehat/ makan/ sembahyang yang telah dilakukan oleh pegawai berkenaan.

    Permohonan Encik Chong boleh dipertimbangkan ELM sekiranya beliau melaksanakan KLM di rumah pada HRM, HKM dan HKA dengan arahan Ketua Jabatan dan memenuhi syarat-syarat KLM yang telah ditetapkan.

    Dalam hal ini juga, Ketua Jabatan hendaklah menetapkan kaedah pelaporan dan pemantauan yang bersesuaian untuk kerja lebih masa tersebut supaya pelaksanaannya lebih teratur. Garis panduan pembayaran ELM adalah seperti garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara bagi pembayaran Prosedur Kerja Elaun Lebih Masa.

  • 8. Adakah pemandu boleh menuntut ELM untuk tugasan mencuci bas jabatan pada HRM, HKM dan HKA? Terdapat permohonan daripada pemandu untuk menjalankan tugas-tugas tersebut pada HRM, HKM dan HKA.

    Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan tuntutan ELM bagi pegawai sekiranya pegawai menerima arahan bertulis daripada Ketua Jabatan untuk melaksanakan kerja-kerja lebih masa di luar masa bekerja biasa yang ditetapkan tertakluk kepada arahan kerja lebih masa tersebut memenuhi corak kerja lebih masa seperti mana ketetapan dalam perkara 24, Lampiran D PP 9/1991 dan Surat Arahan JPA(SARAAN)(S)1619. Klt.16(93) bertarikh 11 Ogos 2010.

  • 9. Adakah seseorang pegawai yang Bekerja Secara Giliran (Syif) boleh menuntut ELM jika jadual tugasnya jatuh pada HKA?

    Bagi pegawai yang Bekerja Secara Giliran atau pusingan/syif ELM hendaklah berdasarkan jadual waktu bekerja yang telah ditetapkan.

    1. Jika hari bekerja biasa ditetapkan dari hari Selasa hingga hari Ahad, maka KLM yang dijalankan pada hari Selasa hingga hari Ahad itu hendaklah dibayar ELM atas kadar Hari Bekerja Biasa. Jika hari Isnin ditetapkan sebagai HKM pegawai, KLM yang dijalankan pada hari Isnin itu hendaklah dibayar ELM atas kadar Hari Rehat Biasa;
    2. Jika HKA jatuh pada hari giliran bertugas pegawai, maka hari giliran bertugas itu dikira sebagai HKA. Oleh itu jika seseorang pegawai dikehendaki bertugas pada HKA itu, maka pegawai adalah layak menuntut ELM atas kadar Hari Kelepasan; dan
    3. Jika HKA jatuh pada HKM, maka HKA itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Contohnya jika HKM pegawai yang bekerja secara giliran ditetapkan pada hari Rabu, dan HKA jatuh pada hari Rabu tersebut, maka HKA akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Khamis. Jika Ketua Jabatan menghendaki pegawai bertugas pada hari Rabu, maka pegawai adalah layak dibayar ELM atas kadar Hari Rehat Biasa, dan jika dikehendaki bekerja pada hari Khamis itu, maka pegawai adalah layak dibayar ELM atas kadar Hari Kelepasan.
  • 10. Sekiranya pegawai tersebut layak menuntut ELM pada HKA, adakah pegawai ini layak menerima kadar HKA atau kadar HRB?

    Bagi pegawai yang Bekerja Secara Giliran atau pusingan/ syif ELM hendaklah berdasarkan jadual waktu bekerja yang telah ditetapkan.

    Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja lebih daripada masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya, maka ia boleh diberi ELM mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dan jenis tugas kerja yang dijalankan.

    Ketua Jabatan hendaklah menentukan KLM pegawai berdasarkan kepada jadual waktu bekerja yang ditetapkan.

  • 11. Sekiranya pegawai tersebut layak menuntut ELM pada HKA yang mana jadual tugas beliau bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, adakah beliau akan dibayar ELM tersebut mulai jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang? Atau ELM hanya akan dikira selepas jam 4.00 petang?

    Bagi pegawai yang bekerja secara giliran atau pusingan/ syif ELM hendaklah berdasarkan jadual waktu bekerja yang telah ditetapkan.

    Sekiranya jadual kerja yang ditetapkan kepada pegawai adalah jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang, arahan KLM bermula jam 4.01 petang yang memenuhi corak KLM seperti mana ketetapan dalam perkara 24, Lampiran D PP 9/1991 dan Surat Arahan JPA (SARAAN) (S) 1619. Klt.16(93) bertarikh 11 Ogos 2010, pegawai adalah layak dipertimbangkan ELM tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

  • 12. Sekiranya pejabat ditutup separuh hari pada waktu pagi kerana sanitasi, adakah pegawai layak menuntut ELM pada hari tersebut sekiranya pegawai balik lewat daripada biasa?

    Sekiranya arahan KLM tersebut memenuhi corak kerja lebih masa seperti mana ketetapan dalam perkara 24, Lampiran D PP 9/1991 dan Surat Arahan JPA (SARAAN) (S) 1619. Klt.16(93) bertarikh 11 Ogos 2010, pegawai adalah layak dipertimbangkan ELM tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

  • 13. Untuk tuntutan ELM bulan Ramadan, kebanyakan pegawai memilih balik awal setengah jam daripada waktu bekerja biasa. Adakah pegawai layak menuntut ELM mulai 4.00 petang (bagi kemasukan 7.30 pagi) atau 4.30 petang?

    Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dipertimbangkan untuk pulang setengah jam awal dengan syarat waktu rehat juga dikurangkan selama 30 minit seperti yang diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa.

    Sehubungan itu, KLM yang diarahkan oleh Ketua Jabatan kepada pegawai akan bermula pada jam 4.01 petang sehingga kerja-kerja tersebut selesai dan layak dipertimbangkan ELM tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

  • 14. Apakah jenis-jenis tugasan yang melayakkan pegawai menuntut ELM. Adakah pegawai terlibat dengan kerja-kerja diluar tugasan hakiki seperti EKSA dan sebagainya layak untuk membuat ELM?

    Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan tuntutan ELM bagi pegawai sekiranya pegawai menerima arahan bertulis daripada Ketua Jabatan untuk melaksanakan KLM masa di luar masa bekerja biasa yang ditetapkan tertakluk kepada arahan kerja lebih masa tersebut memenuhi corak KLM seperti mana ketetapan dalam perkara 24, Lampiran D PP 9/1991 dan Surat Arahan JPA(SARAAN)(S)1619. Klt.16(93) bertarikh 11 Ogos 2010.

  • 15. Puan Arissa merupakan sorang Pembantu Tadbir (N19) disebuah jabatan X, beliau telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menjalankan KLM pada waktu rehatnya iaitu mulai pukul 1.00 tengahari sehingga 2 tengahari. Bolehkah puan Arissa menuntut ELM bagi tugas yang telah dijalankan pada waktu tersebut?

    Perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.1 menyatakan waktu bekerja yang berkuat kuasa pada masa ini, ia juga turut menerangkan bahawa tempoh Waktu Bekerja Pejabat Biasa yang perlu dipatuhi termasuk Waktu Rehat dan Solat Jumaat.

    Perintah Am 11 Bab G (Waktu Bekerja dan Lebih Masa) 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1980 pula menyatakan takrifan Kerja Lebih Masa adalah seperti berikut :

    ‘kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja biasa yang ditetapkan kepada seseorang pegawai (waktu bekerja pejabat/waktu bekerja bukan pejabat) termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am untuk menjalankan tugas-tugas rasmi seseorang pegawai yang berkaitan dengan tugas hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan’

    Maka puan Arissa tidak layak menuntut ELM, kerana waktu rehat merupakan sebahagian daripada waktu bekerja, KJ hendaklah menggantikan masa rehat pegawai pada hari yang sama.

Elaun Bertukar Wilayah

  • 1. Apakah elaun dan kemudahan yang layak diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah?

    Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut:-

    1. Bayaran Insentif Wilayah
    2. Elaun Perumahan Wilayah
    3. Elaun Gangguna
    4. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal
    5. Tambang Ehsan
    6. Tambang Mengiringi Jenazah kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah.
  • 2. Apakah yang dimaksudkan dengan bertukar wilayah?

    Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain dari wilayah asalnya. Wilayah dalam konteks ini bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. Wilayah asal seseorang pegawai adalah berdasarkan wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

  • 3. Adakah pegawai yang dilahirkan di Semenanjung Malaysia dan bertugas di Semenanjung Malaysia boleh mengisytiharkan wilayah asalnya dari Sabah kerana ibunya lahir di Sabah manakala bapanya lahir di Semenanjung?

    Ya. Pegawai boleh mengistiharkan wilayah asalnya sebagai Sabah kerana peraturan membenarkan pegawai memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

  • 4. Adakah pegawai yang bertukar wilayah perlu dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau boleh memilih untuk dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)?

    Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih sama ada menerima Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dengan menggunakan Borang JPA (EPW) yang terdapat di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

  • 5. Bilakah tarikh pegawai layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW)?

    Pegawai layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di wilayah penempatan.

  • 6. Apakah yang dimaksudkan kemudahan Tambang Ehsan?

    Tambang Ehsan disediakan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang ‘bertukar wilayah ’. Kemudahan ini disediakan dari tempat pegawai bertugas ke ibu kota wilayah asal pegawai sekali bagi salah satu daripada tujuan iaitu untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mertua, bapa mertua yang sakit tenat atau meninggal dunia.

  • 7. Apakah yang dimaksudkan dengan Elaun Gangguan?

    Elaun Gangguan merupakan suatu bayaran yang diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah apabila pegawai ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Elaun Gangguan dibayar atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. Sekiranya perlu, Elaun Gangguan dibayar secara pendahuluan sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran Elaun Gangguan akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai itu sejurus sebelum ia bertukar semula ke wilayah asalnya. Bagi dua orang pegawai suami isteri yang bertukar semula ke wilayah asal, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan mengikut gaji siapa yang lebih tinggi.

  • 8. Siapakah yang layak diberi kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah?

    Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah diberi kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah bagi tujuan mengiringi jenazah pegawai dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat ke tempat pengebumiannya.
    Keluarga bermaksud keluarga pegawai iaitu isteri / suami dan anak-anak pegawai yang di bawah umur 21 tahun, dan masih dalam tanggungan pegawai kecuali anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

  • 9.Apabila pegawai yang membeli rumah dalam stesen berkhidmat dengan pinjaman perumahan Kerajaan, maka pegawai tidak lagi layak dibayar bayaran imbuhan perumahan wilayah (BIPW) sebaliknya dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Dalam hal ini, bilakah tarikh permulaan pemberhentian BIPW?

    Pegawai tidak layak dibayar bayaran imbuhan perumahan wilayah (BIPW) apabila rumah tersebut telah siap dan selamat untuk diduduki iaitu pada tarikh penyerahan kunci rumah oleh Pemaju Perumahan.

  • 10.Apakah tindakan Ketua Jabatan bagi melaksanakan pemberhentian bayaran imbuhan perumahan wilayah (BIPW)?

    Ketua Jabatan disyorkan untuk membuat beberapa kaedah pelaksanaan seperti berikut:

    1. semua pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang diluluskan akan direkodkan oleh Ketua Jabatan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai;
    2. pegawai bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Ketua Jabatan berkenaan tarikh kunci rumah diterima daripada Pemaju Perumahan dan mengemukakan dokumen berkaitan serahan kunci oleh Pemaju Perumahan kepada Ketua Jabatan;
    3. Ketua Jabatan mengarahkan supaya maklumat berkaitan dokumen serahan kunci oleh Pemaju Perumahan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai;
    4. BIPW pegawai akan diberhentikan berdasarkan tarikh serahan kunci oleh Pemaju Perumahan; dan
    5. peringatan kepada pegawai sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan adalah tidak benar maka pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
  • 11. Rujukan:

    [1]Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012
    [2] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008
    [3] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
    [4] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001
    [5]Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988
    [6] Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978

Rawatan Luar Stesen

  • 1. Siapa yang layak untuk mendapatkan rawatan di luar stesen?

    Perintah Am 3, Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 menetapkan bahawa pegawai Perkhidmatan Awam dan keluarga mereka hendaklah mendapatkan rawatan di hospital-hospital atau klinik-klinik Kerajaan yang berhampiran dengan stesen mereka. Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun seperti dalam Perintah-perintah Am Bab B (Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan) Tahun 1974 seolah-olah dia atau keluarganya ke luar stesen atas urusan rasmi.

  • 2. Apakah kelayakan elaun-elaun yang boleh diberi kepada seseorang pegawai yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas?

    Perintah Am 42 (a), Perintah-perintah Am Bab B (Elaun-elaun dalam Perkhidmatan Awam) Tahun 1974 menetapkan apabila seseorang pegawai perubatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai atau keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas, dan dia atau keluarganya tidak dikehendaki tinggal di hospital, maka pegawai itu boleh dibenarkan menuntut semua elaun yang ia berkelayakan di dalam bab ini, termasuk bayaran sewa hotel atau lojing, seolah-olah ia sedang dalam perjalanan rasmi kerana urusan perjalanan untuk mendapatkan rawatan itu bagi dirinya atau ahli keluarganya.

  • 3. Sekiranya pegawai mendapatkan rawatan luar stesen tanpa pengesahan pegawai perubatan tempatan, adakah pegawai layak untuk menuntut elaun-elaun tersebut?

    Sekiranya pegawai itu sendiri ingin hendak mendapatkan rawatan dari seorang pegawai perubatan di tempat lain tanpa nasihat dari pegawai perubatan tempatan, maka elaun-elaun tersebut tidak boleh dituntut [Perintah Am 3, Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974].

  • 4. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘keluarga pegawai’?

    Perintah Am 1 (iii), Perintah-perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 menetapkan tafsiran ‘keluarga pegawai’ ialah bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah, di bawah umur 21 tahun. Walau bagaimanapun, anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak terpakai. Istilah anak adalah termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.

  • 5. Sekiranya pegawai mengiringi ibu atau bapa untuk mendapatkan rawatan di luar stesen pegawai bertugas (atas perakuan pegawai perubatan tempatan), adakah pegawai layak untuk menuntut elaun-elaun tersebut?

    Tidak layak. Ibu bapa yang sah kepada pegawai adalah dibenarkan kemudahan rawatan perubatan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009 sahaja.

  • 6. Jika pegawai perubatan tempatan memperakukan bahawa pegawai atau ahli keluarga pegawai yang sakit perlu diiring, apakah kelayakan elaun-elaun bagi pengiring tersebut?

    Perkara 15, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 membenarkan seorang pengiring jika diperakukan oleh pegawai perubatan tempatan. Elaun-elaun bertugas rasmi adalah dibenarkan untuk pengiring, seolah-olah ia menjalankan tugas rasmi ketika mengiringi pesakit, tidak melebihi lima (5) hari berasaskan kepada kelayakan pegawai berkenaan.

  • 7. Apakah kadar Elaun Makan bagi suami/isteri pegawai yang layak dituntut oleh pegawai?

    Perintah Am 42 (b), Perintah-perintah Am Bab B (Elaun-elaun dalam Perkhidmatan Awam) Tahun 1974 menetapkan bahawa kadar Elaun Makan yang boleh dituntut bagi isteri atau suami pegawai yang memerlukan rawatan hendaklah sama dengan kadar pegawai.

  • 8. Sekiranya, suami dan isteri adalah merupakan pegawai Perkhidmatan Awam, adakah tuntutan boleh dibuat oleh kedua-duanya?

    Bagi pegawai yang kedua-duanya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan hendaklah dibuat oleh salah seorang (suami atau isteri sahaja), tidak kira sama ada pegawai itu pesakit atau pengiring.

  • 9. Sekiranya pegawai dikehendaki mengiring keluarganya untuk mendapatkan rawatan di luar stesen, adakah pegawai layak memohon sebarang Cuti Tanpa Rekod untuk tujuan tersebut?

    Seseorang pegawai yang mengiringi ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen hendaklah menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau kemudahan Cuti Separuh Gaji atau cuti-cuti lain yang ia berkelayakan.

Tuntutan Pertukaran/ Perpindahan atas Permohonan Sendiri

  • 1. Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?

    Ya. Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

    • telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau
      bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau
    • atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
    • bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
    • atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai.
  • 2. Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?

    Ya. Pegawai yang bersara atas pilihan sendiri boleh diberi bayaran perpindahan ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam Malaysia.

  • 3. Rujukan:

    • Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995
    • Surat Edaran JPA (S) 63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994
    • Surat Edaran JPA (S) 63/163/(40) bertarikh 10 November 1994

Elaun Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat (PSP/SP)

  • 1. Seorang Setiausaha Pejabat (SP)/ Pembantu Khas (PK) yang telah menerima Elaun Pembantu Khas (EPK) telah mengambil Cuti Bersalin. Bolehkah elaun tersebut terus dibayar dalam tempoh beliau Cuti Bersalin?

    Tidak. Berdasarkan peraturan semasa, seorang SP/PK yang menerima EPK dan sedang dalam Cuti Bersalin akan dihentikan pembayaran elaun bagi tempoh cuti tersebut. Pembayaran elaun akan disambung semula sebaik sahaja beliau kembali menjalankan tugas sebagai Pembantu Khas.

  • 2. Seorang PSP/SP telah diarah untuk melaksanakan tugas Pembantu Khas sementara kepada seorang Ketua Jabatan X kerana Pembantu Khas yang sedia ada telah cuti bersalin. Dalam keadaan ini, bolehkah PSP/SP tersebut dibayar EPK sepanjang tempoh melaksanakan tugas sebagai Pembantu Khas sementara?

    Ya. SP/PK yang diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas sebagai Pembantu Khas sementara kepada pegawai yang diperuntukkan Pembantu Khas layak diberikan EPK bagi tempoh SP/PK berkenaan menjalankan tugas sebagai Pembantu Khas sementara iaitu sepanjang PK sedia ada sedang cuti bersalin. Bayaran EPK adalah secara proportionate mengikut bilangan hari bertugas secara sepenuh masa.

  • 3. Seorang SP/PK Gred N19 telah ditempatkan oleh Ketua Jabatannya menjadi Pembantu Khas kepada seorang pegawai Gred Utama C. Dalam keadaan ini, berapakah kadar yang boleh dibayar kepada SP/PK tersebut?

    SP/PK Gred N19 yang telah ditempatkan untuk menjadi Pembantu Khas kepada pegawai Gred Utama C layak diberikan EPK sebanyak RM150.00 sebulan. Ini kerana, pemberian EPK adalah berdasarkan gred jawatan pegawai yang diperuntukkan Pembantu Khas dan bukannya gred jawatan SP/PK yang menjadi Pembantu Khas tersebut

  • 4. Seorang SP/PK Gred N19 telah ditempatkan secara pentadbiran oleh Jabatannya menjadi Pembantu Khas kepada seorang pegawai Gred 48. Beliau telah memohon untuk dibayar EPK. Dalam keadaan ini, adakah beliau layak?

    Tidak. SP/PK yang ditempatkan secara pentadbiran tidak layak dibayar EPK. Ini kerana, elaun hanya layak dibayar jika SP/PK berkenaan mengisi jawatan Pembantu Khas kepada pegawai Gred 48 tersebut.

  • 5. Seorang Ketua Jabatan telah bertukar ke jabatan lain kerana kenaikan pangkat. Setelah beberapa bulan, jawatan yang ditinggalkannya masih belum diiisi. Dalam keadaan ini, adakah SP/PK yang merupakan Pembantu Khas kepada Ketua Jabatan berkenaan masih layak menerima EPK sepanjang tempoh jawatan Ketua Jabatan tersebut tidak diisi?

    Sekiranya SP/PK tersebut masih menjalankan tugas-tugas sebagai Pembantu Khas di pejabat Ketua Jabatan berkenaan dan tidak ditukar ke Jawatan Kumpulan (Pool), SP/PK tersebut layak dibayar EPK mengikut kadar berdasarkan gred jawatan hakiki Pegawai Penyelia sebagaimana dinyatakan di dalam Perenggan 7, PP1/2010.

  • 6. Seorang SP/PK Gred N19 telah ditempatkan bertugas di pejabat Timbalan Menteri dan bertugas secara terus kepada Timbalan Menteri bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran di Pejabat berkenaan. Beliau telah memohon untuk dibayar EPK. Dalam keadaan ini, bolehkah beliau menerima elaun tersebut?

    Tidak. Timbalan Menteri adalah bukan Pegawai Penyelia yang layak sebagaimana PP1/2010 bagi membolehkan SP/PK berkenaan dibayar EPK.

  • 7. Seorang Ketua Pengarah Gred Utama B telah bersara pada bulan Mei 2022 dan jawatannya masih tidak diisi sehingga kini. Gred jawatan hakiki Ketua Pengarah terbabit adalah Gred Utama B/C. SP/PK masih melaksanakan tugas sebagai PK di pejabat Ketua Pengarah. Apakah kadar yang layak dibayar kepada SP/PK sepanjang tempoh kekosongan jawatan Ketua Pengarah berkenaan?

    SP/PK masih layak dibayar EPK kerana menjalankan tugas sebagai PK di pejabat Ketua Pengarah. Kadar yang layak diterimanya semasa kekosongan jawatan Ketua Pengarah adalah berdasarkan gred fleksi jawatan Pegawai Penyelia yang terendah iaitu Gred Utama C dengan kadar RM150.00 sebulan.

Bantuan Sara Hidup

  • 1. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak dibayar BSH?

    Ya. Pegawai yang diluluskan CBSG dalam negeri layak dibayar BSH atas kadar separuh apabila genap sebulan kalendar mulai tarikh CBSG mengikut kadar kawasan institusi berkenaan.

  • 2. Adakah pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan (dalam lingkungan 25km dari pejabat) yang dibayar Bayaran Perumahan Khas layak BSH dengan kadar separuh.

    Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan yang dibayar Bayaran Perumahan Khas juga layak diberi BSH atas kadar separuh (50%) daripada kadar pegawai yang tidak diperuntukkan Rumah Kerajaan.

  • 3. Bagaimanakah kaedah pelaksanaan bayaran BSH kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan?(Pelaksanaan)

    BSH dibayar mengikut tempat kerja (pejabat) berdasarkan waran perjawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kadar BSH adalah berbeza mengikut kawasan dan Kumpulan Perkhidmatan mengikut Jadual 1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019.

  • 4. Adakah pegawai yang diluluskan cuti belajar/kursus jangka panjang di dalam negara layak menerima BSH?(Pegawai yang diluluskan Cuti Belajar/ Kursus Jangka Panjang)

    Pegawai layak menerima BSH mengikut lokasi institusi pengajian. Bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang di Sabah/ Sarawak/ Labuan, kadar BSH adalah mengikut Kawasan A.

  • 5. Adakah pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka sederhana/ pendek (sama ada di dalam dan luar negara) layak menerima BSH?(Pegawai yang diperuntuk Rumah Kerajaan)

    Pegawai layak menerima BSH mengikut tempat kerja (pejabat) berdasarkan waran perjawatan di mana pegawai ditempatkan.

  • 6. Adakah pegawai layak menerima BSH sekiranya pegawai diperuntuk Rumah Kerajaan?(Pegawai yang diperuntuk Rumah Kerajaan)

    Pegawai layak menerima BSH seperti kadar berikut:

    1. Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25km radius dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau
    2. Rumah Kerajaan melebihi 25km radius dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh.
  • 7. Bagaimana jarak 25 km ini ditentukan?(Penentuan jarak 25 kilometer)

    Jarak 25km ini merujuk kepada jarak melalui satu garis lurtus (radius) di atas peta kerana jarak adalah tetap dan tidak dipengaruhi dengan pembinaan jalan raya baharu.

  • 8. Bagaimana untuk menentukan kadar BSH bagi pegawai yang ditempatkan secara pentadbiran di sesuatu pejabat?(Pegawai yang ditempatkan secara pentadbiran)

    Pembayaran BSH adalah dibuat berdasarkan tempat kerja pegawai atau institusi pengajian (bagi pegawai yang diluluskan cuti Belajar dalam negara). Tempat kerja pegawai adalah merujuk kepada waran perjawatan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

  • 9. Rujukan:

    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005
    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006
    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007
    • JPA (BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Dis 2008
    • JPA (BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Dis 2008
    • JPA (S)63/57/2 KH.8(97) bertarikh 8 Feb 2010
    • Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012

Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)

  • 1. Seorang Pegawai yang menyandang jawatan sebagai Penyelenggara Stor Rendah gred N11 telah menjalankan tugas sepenuhnya dalam bidang pengurusan stor di sesebuah jabatan. Bolehkah beliau dibayar BITPS?

    Tidak. Mengikut peruntukan di perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor dibayar khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. Buat masa ini, kelayakan bayaran insentif ini tidak dipanjangkan kepada perkhidmatan lain. Sehubungan dengan itu, Penyelenggara Stor Rendah Gred N11 tersebut tidak layak dibayar BITPS walaupun beliau menjalankan tugas pengurusan secara sepenuh masa.

  • 2. Bagaimanakah kedudukan BITPS yang diterima oleh Pegawai ini, sama ada boleh terus dibayar atau perlu dihentikan?

    Mengikut perkara 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, seseorang Pegawai yang menerima BITPS tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran BITPS hendaklah dihentikan dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempuh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am dalam keadaan berikut:

    1. menghadiri kursus yang diarahkan oleh ketua Jabatan
    2. menjalankan tugas Rasmi atas arahan ketua Jabatan; dan
    3. bercuti sakit yang disokong oleh Sijil Sakit mengikut P.A Bab C.

    Dalam hal yang dibangkitkan, pembayaran BITPS hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin tidak termasuk dalam kategori Cuti Sakit.

  • 3. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang telah diarahkan untuk menanggung kerja dan menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang yang sedia ada telah mendapat Cuti Sakit selama 3 bulan. Dalam keadaan ini bolehkah pegawai ini dibayar BITPS?

    Tidak. Mengikut peruntukan di perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor dibayar khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. Oleh kerana Pegawai berkenaan diarahkan menanggung tugas pengurusan stor, bermakna pegawai juga perlu menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas hakiki beliau yang sedia ada. Dalam hal ini, Pegawai tidak layak dibayar BITPS kerana tugas yang dijalankan tidak boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dan pegawai berkenaan tidak layak dibayar BITPS.

  • 4. Seorang Pegawai telah dilantik secara sambilan sebagai PT(P/O) di sebuah Jabatan Kerajaan. Pegawai tersebut telah ditugaskan untuk menjalankan tugas pengurusan stor secara sepenuh masa. Dalam keadaan ini bolehkan BITPS dibayar kepada Pegawai ini?

    Tidak. Seperti yang ditetapkan dalam perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, hanya Pembantu Tadbir (P/O) yang dilantik secara kontrak dan sementara dan menjalankan tugas Pengurusan Stor secara sepenuh masa sahaja yang layak dibayar BITPS. Oleh hal yang demikian berhubung dengan perkara yang dibangkitkan, pegawai yang dilantik bertaraf sambilan tidak layak dibayar BITPS walaupun keseluruhan tugas beliau adalah merupakan tugas pengurusan stor.

  • 5. Bilakah tarikh yang sebenar diambil kira bagi pembayaran BITPS dari RM40.00 kepada RM80.00 selepas seseorang pegawai itu lulus peperiksaan. Adakah ianya diambil kira dari tarikh peperiksaan diadakan atau mengikut tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan?

    Mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa, seseorang pegawai yang telah lulus peperiksaan BITPS, kenaikan kadar pembayaran BITPS dari RM40.00 ke RM80.00 adalah diambilkira pada bulan berikutnya selepas keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan. Sebagai contoh, sekiranya keputusan tersebut dikeluarkan pada 3 Januari ataupun 28 Januari 2006, maka kenaikan kadar BITPS tersebut akan dikira mulai 1 Februari 2006.

  • 6. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menjalankan tugas kewangan serta tugas pengurusan stor secara sepenuh masa, kerana kekurangan kakitangan. Dalam kes seperti ini bolehkah Pegawai ini dibayar BITK serta BITPS kerana kedua-dua tugas tersebut adalah merupakan tugas beliau sepenuh masa?

    Tidak. Mengikut Peraturan yang sedang berkuatkuasa, seseorang pegawai yang diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menjalankan tugas kewangan serta tugas pengurusan stor secara sepenuh masa kerana kekurangan kakitangan tidak layak kedua-dua bayaran insentif tersebut kerana tidak menepati syarat sepenuh masa bagi kedua-dua tugas tersebut dalam satu masa. Pegawai bertugas hendaklah menjalankan tugas sepenuh masa untuk layak menerima elaun berkenaan.

  • 7. Rujukan:

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999

Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai yang bertukar wilayah dan takrifan berasal?

    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Manakala Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2005 menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya Labuan ditakrif sebagai wilayah berasingan dari Sabah. Takrifan “berasal” pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai seperti yang dinyatakan melalui Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

  • 2. Bolehkah EPW dibayar kepada Pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah?

    Tidak. Dalam kedudukan ini, pegawai tidak layak dibayar EPW kerana tidak memenuhi kriteria takrif berasal seperti yang telah dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008.

  • 3. Bagaimanakah kedudukan EPW pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak manakala ibunya berasal dari Semenanjung?

    Dalam keadaan ini, pegawai mestilah mengisytiharkan terlebih dahulu wilayah asalnya dan direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai perlu memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau bapa sebagai wilayah asalnya tertakluk kepada sekali pemilihan dalam tempoh perkhidmatan.

  • 4. Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan?

    Ya. Mengikut Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/151 Klt. 23 (8) bertarikh 14 Julai 2009, Kerajaan telah bersetuju meminda supaya pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan Kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi EPW.

  • 5. Adakah EPW dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri di wilayah penempatan atau memohon terlebih dahulu?

    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 menyatakan bahawa EPW dibayar kepada pegawai mulai dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah baru.

  • 6. Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja menggunakan pinjaman swasta layak dibayar EPW?

    Tidak. Perenggan 6.7, PP11/2001 menjelaskan bahawa Pegawai yang telah diberi kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan adalah tidak layak dibayar EPW. Pegawai yang membeli rumah dengan pinjaman swasta adalah layak dibayar EPW.

  • 7. Pegawai ingin menukarkan EPW kepada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Ini kerana pegawai melihat kadar ITP lebih tinggi daripada kadar EPW. Adakah pegawai layak untuk menukar elaun tersebut?

    Tidak. Pegawai yang telah memilih EPW adalah tidak layak menukarkan EPW kepada ITP dalam tempoh pertukaran wilayah yang sama. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan membuat pemilihan baru sekiranya melibatkan pertukaran wilayah baru kecuali ditukarkan kembali ke wilayah asalnya.

  • 8. Rujukan:

    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2001
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008
    • Surat Edaran JPA(S) 63/151 Klt. 23 (8) bertarikh 14 Julai 2009.
    • Surat Edaran JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

Elaun Gangguan

Pertukaran Wilayah Atas Permohonan Sendiri
  • 1. Pegawai memohon untuk bertukar wilayah kerana hendak mengikut suami yang bertukar wilayah.

    Pegawai yang memohon sendiri untuk bertukar wilayah tidak layak menuntut Elaun Gangguan kerana prinsip pemberian Elaun Gangguan adalah untuk pegawai yang diarahkan bertukar wilayah.

  • 2. Pegawai bertukar wilayah telah memohon untuk bertukar semula ke wilayah asal kerana telah bertugas lebih dari 7 tahun di kawasan pedalaman.

    Pegawai yang memohon sendiri untuk kembali semula ke wilayah asal tidak layak menuntut Elaun Gangguan kerana prinsip pemberian Elaun Gangguan adalah untuk pegawai yang diarahkan bertukar semula ke wilayah asal.

  • 3. Pegawai berasal dari Labuan dan diarahkan bertukar ke Sarawak. Semasa berkhidmat di Sarawak, pegawai telah memohon untuk Cuti Belajar dan pulang semula ke wilayah asalnya untuk menyambung pelajaran.

    Pegawai tidak layak Elaun Gangguan kerana pertukaran semula ke wilayah asal untuk menyambung pelajaran adalah atas permohonan pegawai sendiri.

Pegawai Bersara di Wilayah Berkhidmat

4. Pegawai berasal dari Sabah telah diarahkan bertugas di Semenanjung sehingga ke tarikh persaraannya. Apabila bersara, pegawai hendak pulang semua ke wilayah asalnya.

Pegawai yang bersara di wilayah selain dari wilayah asalnya adalah tidak layak Elaun Gangguan memandangkan pemberian Elaun Gangguan adalah untuk pegawai yang masih berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dan diarahkan untuk bertukar semula ke wilayah asalnya. Walau bagaimanapun, pendahuluan yang diterima pegawai semasa diarahkan bertukar wilayah, sekiranya ada, tidak perlu dikutip semula.

Pegawai Suami Isteri Yang Bertukar Ke Wilayah Yang Sama
  • 5. Pegawai suami isteri berasal dari Sarawak dan bertukar wilayah ke Semenanjung. Isteri telah menuntut Elaun Gangguan atas kadar separuh sebagai pendahuluan. Walau bagaimanapun, isteri telah meninggal dunia di Semenanjung dan suami bertukar semula ke wilayah asal.

    Dalam keadaan di mana isteri telah menerima pendahuluan Elaun Gangguan semasa bertukar namun meninggal dunia di wilayah berkhidmat, suami boleh menuntut Elaun Gangguan mengikut kadar sebulan gaji hakiki apabila diarahkan bertukar semula ke wilayah asalnya tanpa perlu memotong pendahuluan yang telah diterima isteri sebelum ini.

  • 6. Pegawai suami isteri berasal dari Semenanjung dan bertukar wilayah ke Sabah. Suami isteri tersebut telah bercerai dan suami bertukar semula ke wilayah asal.

    Pegawai suami isteri yang bercerai semasa di wilayah berkhidmat boleh menuntut Elaun Gangguan mengikut kadar gaji masing-masing kerana kedua pegawai itu kembali semula ke wilayah asal sebagai individu yang berbeza. Pasangan yang telah menerima pendahuluan Elaun Gangguan semasa diarah bertukar wilayah hanya layak menuntut baki elaun tersebut semasa bertukar semula ke wilayah asal.

  • 7. Pegawai suami isteri berasal dari Sabah dan bertukar wilayah ke Sarawak pada tahun 2010. Pada tahun 2014, isteri telah diarahkan untuk kembali semula ke wilayah asal dan suami bertukar semula ke wilayah asal pada tahun 2017.

    Dalam keadaan di mana suami isteri tidak bertukar semula ke wilayah asal secara serentak, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan berasaskan gaji pasangan yang lebih tinggi.

  • 8. Pegawai bertukar wilayah dan kemudiannya berkahwin semasa bertugas di wilayah berkhidmat dengan pegawai yang bertukar wilayah dari wilayah yang sama, dan diarahkan bertukar semula ke wilayah asal.

    Sebagaimana yang telah ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988, dua orang pegawai suami isteri yang bertukar ke wilayah yang sama, hanya seorang sahaja yang layak menuntut Elaun Gangguan, berasaskan kepada pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi. Namun, pendahuluan yang telah diterima oleh pasangan bergaji lebih rendah tidak perlu dikutip semula memandangkan pegawai bertukar wilayah semasa bujang dan mempunyai kelayakan masing-masing.

Pejabat Pembayar

9. Pegawai berasal dan berkhidmat di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mulai tahun 2016. Pada tahun 2019, pegawai ditukarkan ke Kementerian Pendidikan Malaysia. Jabatan manakah yang bertanggungjawab membuat pembayaran Elaun Gangguan?

Selaras dengan PP 4/1988 yang menjelaskan bahawa sebelum pegawai itu bertukar beliau bolehlah, sekiranya perlu, dibayar Elaun Gangguan secara pendahuluan, sebanyak separuh daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran Elaun Gangguan ini akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima pegawai itu sejurus sebelum beliau bertukar semula ke wilayah asalnya. Oleh yang demikian, pembayaran Elaun Gangguan adalah menjadi tanggungjawab pejabat terakhir pegawai berkhidmat sebelum bertukar atau kembali ke wilayah asal.

Tempoh Tuntutan Elaun Gangguan

10. Pegawai telah diarahkan bertukar semula ke wilayah asalnya pada 5 Julai 2018. Walau bagaimanapun, pegawai hanya mengemukakan tuntutan Elaun Gangguan pada 2 Februari 2019.

Tuntutan Elaun Gangguan perlu dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan dalam tempoh masa yang munasabah iaitu setelah arahan pertukaran dikeluarkan dan sebelum perpindahan berlaku atau dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh arahan pertukaran. Tempoh masa yang munasabah ini diperlukan bagi membolehkan permohonan pegawai diproses atau sebarang pindaan dibuat pada maklumat yang dikemukakan di dalam borang tuntutan, sekiranya perlu. Prinsip asas pembayaran bagi pembayaran elaun adalah mengikut tarikh semasa kelulusan elaun tersebut. Walau bagaimanapun, pembayaran bagi sebarang elaun yang dikebelakangkan adalah berdasarkan kepada kelulusan Ketua Jabatan tertakluk kepada peruntukan Jabatan dan pematuhan terhadap tatacara kewangan seperti yang ditetapkan di bawah Arahan Perbendaharaan.

Bayaran Insentif Wilayah (BIW)

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Siapakah pegawai yang layak diberi bayaran tersebut?

    Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. Pegawai yang bertukar wilayah adalah:

    • Pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung
    • Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
    • Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu.
  • 2. Adakah pemberhentian Bayaran Insentif Wilayah ini melibatkan kursus (bercuti belajar jika tergolong dalam takrifan kursus) di luar negeri sahaja atau pun tidak kira di mana kursus (cuti belajar jika tergolong dalam takrifan kursus) diadakan yang tempohnya melebihi 3 bulan?

    Ya. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah ini akan diberhentikan.

  • 3. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran Bantuan Sara Hidup?

    Tidak. Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup seperti tertakluk di bawah perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

  • 4. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan sara Hidup mengikut dimana wilayah pegawai berkursus?

    Bagi pegawai yang menghadiri kursus (termasuk cuti belajar) melebihi tiga (3) bulan adalah tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar Bayaran Insentif Wilayah (BIW), sebaliknya pegawai akan dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA) berdasarkan kepada asas pemberian elaun yang sama iaitu untuk membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.

    Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012, COLA dibayar mengikut lokasi institusi pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar/ kursus jangka panjang dalam negara.

    Manakala Elaun Perumahan Wilayah (EPW) juga tidak akan dibayar kepada pegawai yang mengikuti kursus melebihi 3 bulan. Pegawai akan diberikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.

    Rujukan :

     

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012.

  • 5. Bayaran Insentif Wilayah (BIW) biasanya dibayar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah selain daripada wilayah asal. Apakah justifikasinya bagi seorang Pensyarah yang berasal dari Sarawak dan berkhidmat dengan UNIMAS (Sarawak) mendapat BIW.

    Untuk makluman tuan, Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dibayar kepada:

      1. pegawai yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung;
      2. pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak;
      3. pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di antara negeri-negeri itu;
      4. pegawai di Sabah/Sarawak yang bertugas di negeri masing-masing.

    BIW dibayar mengikut peratusan tertentu berdasarkan lingkungan gaji pegawai (Rujuk Lampiran I, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012).

    Berdasarkan perenggan 4(d), Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012 menyatakan pegawai yang dibayar BIW tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA).

    Pegawai yang mendiami rumah kerajaan akan terus dibayar BIW.

    Rujukan :

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012

  • 6. Adakah pegawai suami dan isteri layak menerima Elaun Perumahan Wilayah dalam situasi suami berkhidmat di Sarawak manakala isteri berkhidmat di Sabah?

    Berdasarkan perenggan 6.5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 (PP11/2001), pegawai suami dan isteri yang bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW).

    Penjelasan perenggan 6.5 PP11/2001 adalah sebagaimana berikut:

    1. pegawai suami isteri yang bertukar wilayah yang sama dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih EPW.
    2. pegawai suami isteri yang bertukar wilayah yang berbeza dan tidak menduduki rumah kerajaan layak dibayar EPW masing-masing.
    3. Sehubungan itu, pelaksanaan pemberian EPW adalah tertakluk kepada perenggan 6.5 PP11/2001 dan penjelasan seperti (b) di atas memandangkan suami dan isteri (asal Semenanjung) telah bertukar ke wilayah yang berbeza.

    Rujukan :

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001

  • 7. Rujukan:

    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005
    • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian bagi Cuti Rehat yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service)

  • 1. Apakah rasional pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?

    Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan oleh Kerajaan atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak (Contract Of Service).

  • 2. Siapakah yang layak diberi wang tunai di bawah SPP 17/2008?

    Wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak yang memenuhi syarat-syarat berikut:

    • Pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan PP 2/2008;
    • Tempoh sesuatu kontrak yang berkuatkuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan
    • Persetujuan untuk pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat perjanjian kontrak tetapi peruntukan tersebut hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009

    ** Peraturan ini hanya terpakai kepada kontrak baru yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.

  • 3. Berapakah bilangan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?

    Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (1/4) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah.

  • 4. Apakah kadar kelayakan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak?

    Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi kemudahan Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai tetap yang setaraf yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun.

  • 5. Berapakah bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?

    Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah sebanyak 75 hari.

  • 6. Bilakah wang tunai di bawah SPP 17/2008 boleh dibayar kepada pegawai?

    Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah dibayar selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak.

  • 7. Adakah pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak menikmati pemberian wang tunai di bawah SPP17/2008?

    Ya. Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak diberi pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008.

  • 8. Bagi pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat, adakah perjanjian kontrak yang telah ditandatangani perlu dipinda/ditambah dengan peruntukan baru bagi membolehkan pegawai layak diberi pemberian wang tunai dibawah SPP 17/2008?

    Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 tanpa perlu meminda/ menambah peruntukan baru mengenai pemberian tersebut dalam kontrak yang telah ditandatangani.

  • 9. Rujukan:

    • Perenggan 3, SPP17/2008
    • Perenggan 5, SPP 17/2008
    • Perenggan 7.1, SPP 17/2008
    • Perenggan 54, page 59, PP 2/2008
    • Perenggan 7.2, SPP 17/2008
    • Perenggan 7.4, SPP 17/2008
    • Perenggan 8, SPP 17/2008

Penambahbaikan Penjelasan Prinsip Pemberian Elaun

  • 1. Apakah penambahbaikan penjelasan prinsip pemberian elaun dalam Pekeliling ini berbanding yang dinyatakan dalam Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM)?

    Pekeliling ini memperkemaskan penjelasan mengenai empat (4) prinsip pemberian elaun iaitu prinsip Tidak Sejagat, Tidak Biasa, Tidak Kekal dan Kesaksamaan yang telah ditetapkan dalam SSB dan SSM. Ini bagi membolehkan pegawai faham mengenai asas-asas pertimbangan sesuatu keputusan yang dibuat Kerajaan berkaitan pemberian elaun tersebut yang melibatkan pewujudan, pemanjangan, penggabungan dan pemansuhan elaun termasuk pindaan nama, syarat dan kadar.

  • 2. Adakah keempat-empat prinsip perlu dipenuhi sebelum Kerajaan mempertimbangkan sesuatu pemberian elaun?

    Prinsip-prinsip tersebut digunakan dalam mempertimbangkan permohonan pewujudan elaun baharu atau pemanjangan pemberian elaun sedia ada. Setiap prinsip menjelaskan asas pertimbangan atau justifikasi mengapa sesuatu elaun berkenaan diberi kepada sesuatu perkhidmatan, kumpulan atau gred-gred tertentu. Sebagai contoh, dalam mempertimbangkan pewujudan elaun baharu, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) boleh mempertimbang pewujudan elaun baharu di atas satu atau lebih daripada satu prinsip pemberian elaun berkenaan.

  • 3. Selain daripada prinsip kesaksamaan (fairness) yang dinyatakan, apakah elemen-elemen lain yang diambil kira dalam pemanjangan pemberian sesuatu elaun?

    Prinsip Kesaksamaan bermaksud pemberian elaun tidak terhad kepada mana-mana kumpulan perkhidmatan, dan boleh dipanjangkan kepada pegawai lain yang layak. Namun demikian, prinsip ini tidak sewajarnya digunakan tanpa had. Dalam keadaan tertentu, ia hendaklah digunakan secara berhemah dan bijaksana berdasarkan kepentingan perkhidmatan.

    Penentuan kelayakan pegawai lain tersebut pula adalah berdasarkan kepada elemen-elemen tambahan termasuklah kriteria tugas yang dijalankan pegawai berkenaan, serta pemanjangan elaun memenuhi instrumen elaun yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, elaun yang dibayar atas kriteria kesusahan di mana sesuatu tugas itu menyebabkan pegawai susah dan memerlukan usaha yang berterusan berbanding dengan pegawai lain yang berada di gred, skim perkhidmatan atau perkhidmatan yang sama dengannya. Dalam hal ini, jika tugas pegawai menepati kriteria dan mencapai pemarkahan melebihi ambang (threshold) markah instrumen elaun, maka pegawai mempunyai asas yang kukuh untuk dipertimbang bagi menerima bayaran elaun tersebut.

Penetapan Kriteria dan Jenis Pemberian Elaun

  • 1. Bilakah kriteria elaun ini digunakan dalam mempertimbangkan sesuatu pemberian elaun?

    Kriteria elaun digunakan dalam mempertimbang permohonan pewujudan elaun baharu dan pemanjangan elaun sedia ada. Selain itu, kriteriakriteria elaun juga digunakan dalam kajian semakan semula syarat dan kadar elaun serta kajian pengukuhan dan pengemaskinian elaun sedia ada untuk memastikan elaun tersebut masih relevan dan bersesuaian dengan kehendak semasa serta berupaya meningkatkan produktiviti dan prestasi pegawai.

  • 2. Mengapa kriteria dan jenis elaun sedia ada perlu diperkemaskan?

    Sebelum berkuat kuasanya Pekeliling ini, terdapat kriteria yang bertindih di antara satu sama lain dan terdapat juga kriteria yang tidak selari dengan tujuan sebenar pemberian sesuatu elaun. Penyelarasan semula kriteria-kriteria ini dibuat untuk menyeragamkan asas pemberian elaun dan membolehkan jenis elaun ditetapkan seperti berikut:

    1. Imbuhan Tetap atau Bayaran Imbuhan adalah dua (2) jenis elaun yang diberi berasaskan kos sara hidup;
    2. Elaun atau Bayaran Balik adalah dua (2) jenis elaun yang diberi berasaskan tanggungjawab tambahan dan bayaran balik perbelanjaan; dan
    3. Bayaran Insentif adalah sejenis elaun yang diberi berasaskan tujuh (7) kriteria iaitu risiko kerja; kesusahan; kepakaran; kemahiran atau kompetensi tambahan; keanehan atau kejelikan tugas; kepentingan pengekalan sesuatu perkhidmatan; dan galakan.

Pemansuhan Elaun

1. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya masih ada pegawai yang melaksanakan tugas secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dan dibayar elaun yang telah dimansuhkan melalui Pekeliling ini?

Sila berhubung dengan Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sekiranya masih terdapat pegawai yang melaksanakan tugas secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkaitan elaun-elaun yang dimansuhkan dalam Pekeliling ini.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

  • 1. Adakah pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) akan dilaksanakan?

    Selaras dengan pelaksanaan Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (SE JPA) rujukan: JPA.SARAAN(S)63/158 Jld.15 (16) bertarikh 9 Januari 2020, Kerajaan telah bersetuju untuk mengekalkan pembayaran BIPK sehingga kajian semula dilaksanakan dengan pihak-pihak yang terlibat.

    Berdasarkan keputusan ini, pemberian BIPK kepada lantikan baharu mulai 1 Januari 2020 bagi 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan BIPK adalah dikekalkan.

  • 2. Adakah pelaksanaan SE JPA rujukan: JPA.SARAAN(S)63/158 Jld.15 (16) bertarikh 9 Januari 2020 turut memberi kesan kepada pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini?

    Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah masih berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020.

    Pelaksanaan SE JPA rujukan: JPA.SARAAN(S)63/158 Jld.15 (16) bertarikh 9 Januari 2020 adalah bagi tujuan pengekalan pemberian BIPK kepada lantikan baharu bagi 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan BIPK.

  • 3. Adakah syarat umum kelayakan pembayaran elaun yang dijelaskan melalui Perenggan 14 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 turut terpakai kepada BIPK?

    Syarat umum kelayakan pembayaran elaun di Perenggan 14, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah terpakai kepada BIPK.

  • 4. Apakah BIPK boleh dipanjangkan kepada lain-lain bidang atau kelayakan pada skim perkhidmatan yang tidak tersenarai di dalam 33 skim perkhidmatan kritikal mulai 1 Januari 2020.

    SE JPA rujukan: JPA. SARAAN (S) 63/158 Jld 15 (16) bertarikh 9 Januari 2020 telah memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju mengekalkan pemberian BIPK sehingga kajian semula dilaksanakan dengan pihak-pihak yang terlibat, justeru itu pada masa ini pemberiannya dikekalkan kepada 33 skim perkhidmatan yang terlibat sahaja.

Pindaan Nama Elaun

1. Mengapakah nama-nama elaun dipinda?

Elaun-elaun dipinda nama untuk disesuaikan dengan kriteria dan jenis elaun berkenaan. Selain itu, pindaan nama dibuat supaya nama elaun lebih jelas menggambarkan fungsi pemberian elaun terbabit dan spesifik kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred-gred tertentu yang menerimanya.

Penggabungan Elaun

1. Mengapakah elaun-elaun digabungkan?

Elaun-elaun yang mempunyai ciri-ciri persamaan termasuklah asas pemberian, skop fungsi tugas yang melayakkan pembayaran elaun, syarat-syarat khusus dan/ atau kadar yang sama digabungkan untuk mengurangkan bilangan elaun yang berkuat kuasa bagi memperkemaskan seliaan elaun-elaun Perkhidmatan Awam di peringkat Agensi Pusat dan jabatan.

Penyeragaman Syarat Umum Kelayakan

  • 1. Mengapakah syarat umum pemberian elaun diseragamkan?

    Syarat-syarat umum ini adalah terpakai kepada 91 elaun sedia ada dan diseragamkan di bawah satu punca kuasa iaitu dalam Pekeliling ini bagi memudahkan rujukan pemakaian syarat umum kelayakan pembayaran elaun berkenaan.

  • 2. Terdapat kekeliruan berhubung pemberhentian pembayaran elaun berdasarkan syarat tempoh Cuti Rehat atau cuti selain Cuti Rehat yang tempohnya melebihi 28 hari berturut-turut sama ada elaun dihentikan pembayarannya pada hari ke-28 atau ke-29?

    Pengiraan pembayaran elaun akan dihentikan pada hari cuti yang ke-29 dan pemberhentian pembayaran elaun hendaklah dibuat mulai hari pertama tempoh cuti yang berkenaan.

Pemakaian Pekeliling PP Bil 10/2019

1. Adakah Pihak Berkuasa Berkanun boleh meminda/ menerima pakai sebahagian sahaja Pekeliling Perkhidmatan ini?

Tidak boleh. Semua agensi berkaitan perlu menerima pakai keseluruhan Pekeliling Perkhidmatan ini.

Soalan Lazim

Etika & Tatakelakuan

Soalan Lazim

Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

  • 1.Apakah definisi batik Malaysia?

    Definisi batik Malaysia adalah seperti berikut:

    Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil kerja tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif beridentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan batik dengan menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak. Batik Malaysia terdiri daripada:

    • Batik Lukis
    • Batik Terap
    • Batik Sutera Saring
    • Batik Alternatif

    Maklumat lanjut batik Malaysia adalah seperti
    pautan berikut:

    https://www.kraftangan.gov.my/index.php?com_content&id=296

  • 2. Adakah pegawai awam lelaki dibenarkan memakai baju kemeja batik Malaysia berlengan pendek?

    Tidak boleh. Pegawai awam lelaki hendaklah memakai baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang berdasarkan Jadual Tatacara Pemakaian Pakaian Batik Malaysia di perenggan 4 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 - Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi.

  • 3. Apakah pekeliling dan garis panduan yang boleh dirujuk berhubung pemakaian pakaian batik Malaysia?

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 - Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi.

  • 4. Adakah pegawai perubatan dan petugas kesihatan masih tertakluk dengan ketetapan pemakaian batik memandangkan pegawai klinikal memakai lab coat semasa bekerja?

    Tidak, pegawai awam yang dibekalkan pakaian seragam adalah dikecualikan daripada pemakaian pakaian batik Malaysia termasuk petugas kesihatan yang memakai lab coat.

  • 5. Adakah batik Sarawak dikategorikan sebagai batik Malaysia?

    Batik Malaysia adalah yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, setiap negeri boleh menggunakan motif atau corak beridentitikan negeri masing-masing selagi melalui proses pembatikan (rujuk definisi batik Malaysia). Sebagai contoh batik yang dihasilkan oleh usahawan kraf batik di Sarawak, turut dipanggil batik Malaysia tetapi beridentiti Sarawak dengan penggunaan motif atau corak khusus yang terdapat dalam budaya masyarakat di Sarawak.

  • 6. Adakah corak Pua Kumbu yang berasal dari Sarawak dan dicetak pada pakaian dikategorikan sebagai batik Malaysia?

    Corak Pua Kumbu boleh digunakan sebagai motif pada batik Malaysia selagi melalui proses pembatikan (rujuk definisi batik Malaysia).

  • 7. Bolehkah pegawai wanita memakai tudung bercorak batik sahaja dan bukan pakaian batik Malaysia?

    Tidak boleh.

  • 8. Adakah pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib jika enggan memakai pakaian batik Malaysia?

    Ketua Jabatan boleh menasihati pegawai sekiranya enggan memakai pakaian batik Malaysia. Sekiranya masih ingkar dengan alasan yang tidak munasabah, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

  • 9. Adakah pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam boleh memakai baju batik Malaysia?

    Bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam adalah dikecualikan daripada pemakaian pakaian batik Malaysia. Walau bagaimanapun, kebenaran pemakaian batik Malaysia boleh diberikan oleh Ketua Jabatan berdasarkan kepada ketetapan dan kesesuaian masing-masing.

Perkhidmatan

Gaji

Soalan Lazim

Komponen Saraan

  • 1. Apakah komponen saraan dalam perkhidmatan awam?

    Jumlah Gaji (Pendapatan) = Gaji Pokok + Imbuhan Tetap + Komponen Berubah

    Gaji Pokok merupakan satu jumlah wang (upah) yang ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

    Imbuhan Tetap adalah bayaran yang setiap bulan diberi kepada anggota yang layak seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama.

    Komponen Berubah terdiri daripada pelbagai elaun yang tidak kekal yang diberikan berasaskan kriteria yang ditentukan.

  • 2. Apakah prinsip-prinsip saraan dalam perkhidmatan awam?

    BIL. PRINSIP SARAAN HURAIAN
    1. Kadar Upah Untuk Kerja (Rate for the Job) Prinsip ini menetapkan bahawa seseorang pegawai yang menyandang sesuatu jawatan hendaklah dibayar upahan mengikut jenis kerja dan tanggungjawab yang dijalankan. Semakin berat dan kompleks tugas dan tanggungjawab yang dijalankan, semakin tinggi upahan yang diterima.
    2. Kelayakan Masuk dan Latihan Prinsip yang memerlukan seseorang calon memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam sektor awam dan prinsip ini membolehkan kadar upah ditentukan berdasarkan kepada kelayakan dan latihan yang ditetapkan dalam sesuatu skim perkhidmatan.
    3. Relativiti dan Pariti

    Relativiti: satu hubung kait munasabah dalam struktur gaji antara gred jawatan lebih tinggi dengan gred jawatan lebih rendah. Contohnya relativiti antara pegawai gred 48 dengan gred 29.

    Pariti: pegawai perkhidmatan awam dalam kumpulan perkhidmatan setaraf sewajarnya menerima saraan yang setaraf. Contohnya pariti di antara pegawai gred U54 dengan M54.

    4. Perbandingan Adil Prinsip perbandingan adil menetapkan saraan yang diterima oleh pegawai perlulah munasabah dan secara keseluruhannya setanding dengan saraan semasa bagi jawatan setaraf di pasaran bagi membolehkan sektor awam menarik dan mengekalkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.
    5. Gaji Pokok Dengan Komponen Berubah Prinsip ini menetapkan supaya pegawai dibayar gaji yang mencukupi untuk menyara keperluan hidup asas (living wage) yang mengandungi keperluan bagi makanan, pakaian dan tempat tinggal.
    6. Pengasingan Prinsip ini mengasingkan pentadbiran saraan bagi badan-badan berkanun bertentu yang mempunyai kemampuan dari segi sumber kewangan dan jentera organisasi yang kukuh daripada sistem saraan sektor awam yang lain.
  • 3. Apakah laporan gaji yang telah dikeluarkan dalam sistem saraan perkhidmatan awam?

    BIL.

    TAHUN

    LAPORAN GAJI

    CATATAN

    1.

    1919

    Suruhanjaya Gaji Bucknil.

    -

    2.

    1920

    Subordinates Services Committee.

    -

    3.

    1947

    Suruhanjaya Gaji Trusted.

    -

    4.

    1949

    Suruhanjaya Gaji Cowgill.

    -

    5.

    1950

    Suruhanjaya Gaji Banham.

    -

    6.

    1956

    Suruhanjaya Gaji Bain.

    Sabah, Sarawak & Brunei

    7.

    1962

    Suruhanjaya Gaji Watson.

    Sabah & Sarawak

    8.

    1967

    Suruhanjaya Gaji Suffian.

    -

    9.

    1971

    Suruhanjaya Gaji DiRaja Aziz.

    Perkhidmatan Pendidikan

    10.

    1972

    Suruhanjaya Gaji DiRaja Azmi.

    Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman

    11.

    1972

    Suruhanjaya Gaji DiRaja Sheikh Abdullah.

    Perkhidmatan Angkatan Tentera

    12.

    1973

    Suruhanjaya Gaji Harun.

    Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan

    13.

    1975

    Suruhanjaya Gaji DiRaja Ibrahim Ali.

    Tidak Dilaksanakan

    14.

    1976

    Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976).

    -

    15.

    1991

    Jawatankuasa Kabinet  Mengenai Gaji Sektor Awam (Sistem Saraan Baru).

    -

    16.

    2002

    Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (Sistem Saraan Malaysia).

    -

    17.

    2012

    Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (Saraan Baharu Perkhidmatan Awam).

    Dibatalkan

  • 4. Apakah penambahbaikan-penambahbaikan berkaitan gaji yang telah dilaksanakan di bawah Sistem Saraan Malaysia?

    Sistem Saraan Malaysia yang berkuat kuasa mulai 1 November 2002 telah melalui beberapa penambahbaikan berkaitan gaji yang dibuat secara berkala seperti berikut:

    BIL.

    PEKELILING

    TAJUK

    1.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007
    (PP Bil. 7/2007)

    Pemberian Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

    2.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012
    (PP Bil. 1/2012)

    Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Menggantikan Jadual Gaji Matriks.

    3.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013
    (PP Bil. 2/2013)

    Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

    4.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013
    (PP Bil. 5/2013)

    Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

    5.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013
    (PP Bil. 36/2013)

    Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred 1 hingga Gred 54 di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

    6.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015
    (PP Bil. 2/2015)

    Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum.

    7.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016
    (PP Bil. 1/2016)

    Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

    8.

    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2019
    (PP Bil. 8/2019)

    Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji.

    9.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020
    (SPP Bil. 1/2020)

    Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016.

Pengurusan Gaji

Penetapan Gaji Permulaan
  • 1. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik kali pertama?

    Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menentukan gaji permulaan bagi pegawai yang dilantik kali pertama berdasarkan kepada dua (2) kriteria iaitu gaji permulaan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan dan pengalaman relevan.

    Rujukan:
    Perenggan 25, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

  • 2. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain?

    Penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke skim perkhidmatan yang lain adalah berdasarkan  kepada mata gaji yang lebih tinggi dan paling hampir yang perbezaannya tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa atau amaun yang bersamaan dengan pergerakan gaji biasa dalam gred atau jawatan terdahulu, terhad kepada mata gaji maksimum jawatan baru.

    Jika tarikh pelantikan di jawatan baharu adalah sama atau lebih awal daripada tarikh Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) di jawatan terdahulu, PGT jawatan terdahulu hendaklah diberi terlebih dahulu sebelum penetapan gaji permulaan di jawatan baharu dibuat.

    Rujukan:
    Perenggan 25(7), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

  • 3. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang sedang berkhidmat dari satu skim perkhidmatan ke satu skim perkhidmatan lain tanpa melalui proses pelantikan biasa?

    SITUASI

    KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN

     

    1. Penjumudan skim perkhidmatan;
    2. Pewujudan skim perkhidmatan;
    3. Pinda skim perkhidmatan;
    4. Kajian jawatan; dan
    5. Permohonan sendiri.

     

    Gaji permulaan ditetapkan pada amaun gaji yang sama, atau pada minimum / permulaan gred baharu sekiranya gaji pegawai lebih rendah.

     

    1. Pembubaran agensi awam.

     

    Bagi pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, gaji permulaan ditetapkan pada amaun gaji yang sama dengan gaji akhir yang dicampurkan dengan pergerakan gaji biasa di jawatan asal.

  • 4. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai dalam Perkhidmatan Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Perkhidmatan Am Persekutuan, Pasukan Polis dan Perkhidmatan Pelajaran ke Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, untuk tempoh tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai dengan perkhidmatan hakikinya?

    Gaji permulaan pegawai yang dilantik secara peminjaman hendaklah ditetapkan berdasarkan jumlah gaji yang boleh diselaraskan dan mengikut prinsip berikut:

    1. pada gaji minimum di gred jawatan pinjaman sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan sama atau lebih rendah daripada gaji minimum di gred jawatan pinjaman; atau
    2. pada gaji yang sama dengan jumlah gaji yang boleh diselaraskan di gred jawatan pinjaman sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan pinjaman. Sekiranya jumlah gaji yang boleh diselaraskan melebihi gaji maksimum di gred jawatan pinjaman, pegawai akan dibayar gaji hakiki dan insentif peminjaman mengikut gred jawatan hakiki yang kadarnya ditetapkan mengikut perkhidmatan dan agensi seperti di Perenggan 9 dan Jadual 1 hingga 5, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012.

    Jumlah gaji yang boleh diselaraskan = Gaji hakiki akhir pegawai sehari sebelum peminjaman berkuat kuasa + insentif pertukaran mengikut gred jawatan hakiki pegawai.

    Rujukan:

    1. Perkara 134, Perlembagaan Persekutuan;
    2. Perenggan 12, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
    3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 - Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.
Tanggung Kerja, Pemangkuan dan Naik Pangkat
  • 1. Berapakah kadar elaun tanggung kerja yang layak diterima pegawai sekiranya diarahkan untuk menanggung kerja jawatan lain?

    Kadar Elaun Tanggung Kerja yang layak diterima adalah 25% daripada gaji permulaan terendah bagi jawatan yang ditanggung.

    Rujukan:

    1. Perenggan 46 & 47, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 – Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam.
  • 2. Bagaimanakah penetapan saraan bagi pegawai dalam jawatan pemangkuan?

    Penetapan saraan bagi pegawai dalam jawatan pemangkuan adalah merangkumi gaji hakiki pegawai, elaun pemangkuan serta elaun dan kemudahan yang layak di jawatan yang dipangku.

    Penetapan elaun memangku adalah seperti berikut:

    1. Perbezaan di antara gaji minimum jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat tidak kurang daripada 1 KGT gred hakiki pegawai;
    2. Jika perbezaan tersebut kurang daripada 1 KGT di gred hakiki pegawai, maka Elaun Pemangkuan ialah 1 KGT di gred jawatan yang dipangku.

    Rujukan:

    1. Perenggan 46 & 47, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 - Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam; dan
    3. Surat Edaran JPA rujukan JPA.BK(S)134/2/8 Jld.2(7) bertarikh 10 Mei 2012.
  • 3. Bagaimanakah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang dinaikkan pangkat?

    Gaji permulaan bagi seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditetapkan pada amaun gaji yang lebih tinggi daripada amaun gaji akhir di gred terdahulu.

    Gaji akhir di gred terdahulu hendaklah ditambah dengan:

    1. Kadar KGT di gred kenaikan pangkat; atau
    2. Kadar KGT terakhir diterima di gred terdahulu mengikut mana yang lebih tinggi, mulai tarikh kenaikan pangkatnya.

    Rujukan:

    1. Perenggan 5, P.U.(A) 163/2017 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) (Pindaan) 2017; dan
    2. Surat Edaran JPA rujukan JPA.(S)(K)223/4/4 Jld.5(6) bertarikh 5 September 2017.
Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) dan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)
  • 1. Bagaimanakah Tarikh Pergerakan Gaji tahunan seseorang pegawai tetap / sementara dalam perkhidmatan awam ditentukan?

    Menurut perenggan 27(1) P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) seseorang pegawai lantikan tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan Jadual Kedua seperti di bawah:

    Rujukan:

    1. Perenggan 27(1), P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012; dan
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
  • 2. Adakah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) akan berubah apabila seseorang pegawai dinaikkan pangkat?

    Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan seseorang pegawai yang dinaikkan pangkat hendaklah ditentukan mengikut tarikh kenaikan pangkatnya berkuat kuasa mengikut subperaturan 27(1)

    Rujukan:
    Perenggan 27 dan 45, P.U.(A) 1/2012 - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

  • 3. Apakah kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan dalam keadaan biasa?

    Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) 2016 (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia).

    Rujukan:

    1. Perenggan 27, P.U.(A) 1/2012 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012;
    2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum; dan
    3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.
  • 4. Siapakah yang layak untuk menerima pemberian Pergerakan Gaji Tahunan berdasarkan kadar tetap 3%?

    Pegawai yang layak untuk menerima pemberian pergerakan gaji tahunan berdasarkan kadar tetap 3% ini adalah sepertimana yang ditetapkan melalui perkara 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020.

    Rujukan:

    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum; dan
    2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 – Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016.
  • 5. Apakah syarat-syarat pemberian Pergerakan Gaji Tahunan berdasarkan kadar tetap 3%?

    Syarat-syarat pemberian Pergerakan Gaji Tahunan adalah seperti yang dijelaskan melalui perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015.

    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum.

  • 6. Adakah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan pada kadar tetap 3% daripada gaji maksimum ini akan digunakan pada tiap-tiap kali pemberian PGT bagi pegawai yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan?

    Ya. Amaun pemberian PGT pada kadar tetap 3% daripada gaji maksimum ini tidak berubah dan diberi pada tiap-tiap kali pemberian PGT kepada pegawai yang berkelayakan.

    Amaun kadar tetap 3% bagi gred-gred gaji terlibat adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Lampiran A dan Lampiran B, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 dan Lampiran A dan Lampiran B, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 tanpa perlu membuat pengiraan semula pada setiap tahun.

    Rujukan:

    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum; dan
    2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 – Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016.
Pergerakan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Yang Bersara Paksa atau Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji
  • 1. Adakah pegawai yang bersara paksa pada 1 Januari 2020 layak untuk diberi Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2020?

    Pegawai yang bersara paksa pada 1 Januari 2020 tidak layak diberikan PGT bagi tahun 2020 kerana tidak lagi berada dalam perkhidmatan pada tahun tersebut. Hari terakhir perkhidmatan pegawai adalah pada 31 Disember 2019.

    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 – Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum.

  • 2. Adakah pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2020 layak diberi Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2020?

    Ya. Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2020 layak untuk dipertimbangkan pemberian Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2020 kerana pegawai masih berada dalam perkhidmatan pada tahun tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2019.

    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2019 – Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji.

  • 3. Adakah pegawai yang meninggal dunia selepas menerima Pergerakan Gaji Tahunan tahunannya layak menerima satu lagi Pergerakan Gaji Tahunan pada tarikh kematiannya?

    Tidak, kerana pegawai telah menerima Pergerakan Gaji Tahunan pada tahun tersebut.

    Rujukan:
    Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2019 – Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji.

Pergerakan Gaji Tahunan Ketika Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji

1. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji layak diberikan Pergerakan Gaji Tahunan?

Cuti Bergaji Penuh
Layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia.

Cuti Separuh Gaji
Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Separuh Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:

  1. Cuti Belajar Separuh Gaji;
  2. Cuti Separuh Gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit seumpamanya yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan; atau
  3. Kombinasi cuti di atas.

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii) dan (iii) adalah secara isyarat dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Separuh Gaji yang diluluskan seterusnya.

Cuti Tanpa Gaji
Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:

  1. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas atau Berkursus di Dalam atau di Luar Negeri;
  3. Cuti Menjaga Anak; atau
  4. Kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di atas.

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya.

 

Rujukan:
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 – Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji.

Gaji Khas Untuk Penyandang (KUP)

1. Apakah keadaan-keadaan yang memerlukan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) dikeluarkan?

Gaji KUP dikeluarkan apabila:

  1. gaji maksimum dalam JGMM tidak dapat menampung pelarasan gaji seseorang pegawai berikutan urusan perkhidmatan seperti pertukaran pelantikan dan kenaikan pangkat; atau
  2. Pegawai kekal / masih berada di dalam skim perkhidmatan yang telah jumud.

Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diwujudkan gaji secara Khas Untuk Penyandang.

Rujukan:

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia;
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2016 – Panduan Pertukaran Pelantikan; dan
  3. Surat Edaran JPA rujukan JPA.(S)(K)223/4/4 Jld.5(6) bertarikh 5 September 2017.
Pembayaran Gaji Untuk Pegawai Yang Mempunyai Masalah Kehadiran

1. Bagaimanakah penetapan kaedah pembayaran gaji kepada pegawai yang mempunyai masalah berkaitan kehadiran?

Perenggan 14A (a), Perintah Am 1974, Bab C menyatakan jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.

Rujukan:
Perenggan 14A (a), Perintah Am 1974, Bab C.

Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas
  • 1. Adakah pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 ini dilaksanakan setiap tahun bermula tahun 2023?

    Tidak. Pemberian KGT Tambahan Khas ini hanya dilaksanakan pada tahun 2023 sahaja. Walau bagaimanapun, amaun RM100.00 tersebut akan kekal dalam gaji hakiki pegawai.

  • 2. Bilakah KGT Tambahan Khas akan dibayar?

    Tarikh kuat kuasa pelaksanaan pemberian KGT Tambahan Khas adalah pada 1 Januari 2023. Walau bagaimanapun, pembayaran KGT Tambahan Khas akan dibuat mulai tarikh pembayaran gaji bagi bulan Januari 2023.

  • 3. Adakah pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi layak menerima KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00?

    Pegawai yang berada di Kumpulan Pengurusan Tertinggi secara hakiki pada 1 Januari 2023 adalah tidak layak menerima KGT Tambahan Khas ini. KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 ini hanya diberikan kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

  • 4. Adakah pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang memangku Jawatan Utama / Gred Khas C layak menerima KGT Tambahan Khas?

    Layak. Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh kenaikan pangkat pegawai tersebut ke Jawatan Utama / Gred Khas C dikebelakangkan sebelum atau pada 1 Januari 2023, KGT Tambahan Khas tersebut perlu diselaraskan semula.

  • 5. Adakah pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke jawatan Kumpulan Pelaksana atau Kumpulan Pengurusan dan Profesional di agensi Kerajaan layak menerima KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00?

    Layak. Pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke jawatan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional di agensi Kerajaan adalah layak menerima KGT Tambahan Khas sebanyak RM 100.00 secara isyarat di gaji jawatan hakiki dan secara sebenar di jawatan peminjaman / tukar sementara.

    Bagi pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, agensi Kerajaan yang diasingkan saraan, pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pemberian KGT Tambahan Khas hendaklah diberikan secara isyarat di gaji jawatan hakiki sahaja.

  • 6. Adakah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib layak menerima KGT Tambahan Khas?

    Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman buang kerja yang berkuatkuasa 1 Januari 2023 adalah layak untuk menerima KGT Tambahan Khas.

  • 7. Adakah kadar KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 turut digunakan dalam penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat?

    Tidak. Pemberian KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 tidak berkaitan dengan urusan perkhidmatan lain termasuklah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat.

  • 8. Adakah pegawai yang bersara pada 1 Januari 2023 layak menerima KGT Tambahan Khas?

    Tidak. Pegawai yang bersara pada 1 Januari 2023 adalah tidak layak menerima KGT Tambahan Khas kerana hari terakhir perkhidmatan pegawai adalah pada 31 Disember 2022.

  • 9. Adakah pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2023 layak menerima KGT Tambahan Khas?

    Layak. Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari 2023 adalah layak menerima KGT Tambahan Khas kerana hari terakhir perkhidmatan pegawai adalah pada 1 Januari 2023. KGT Tambahan Khas ini akan diambil kira dalam gaji akhir pegawai bagi tujuan faedah persaraan.

  • 10. Adakah pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuatkuasa selepas daripada 1 Januari 2023 layak menerima KGT Tambahan Khas?

    Layak. Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuatkuasa selepas daripada 1 Januari 2023 adalah layak menerima KGT Tambahan Khas kerana pegawai masih lagi berkhidmat pada 1 Januari 2023.

  • 11. Adakah pemberian KGT Tambahan Khas ini tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)?

    Tidak. Pemberian KGT Tambahan Khas ini adalah tidak tertakluk kepada keputusan PPSM.

  • 12. Adakah pegawai Gred 54 hakiki yang ditempatkan secara penempatan khas di Gred Utama C layak menerima KGT Tambahan Khas. Sekiranya layak, bagaimana kaedah pemberian KGT Tambahan Khas bagi pegawai tersebut?

    Layak. Pemberian KGT Tambahan Khas ini diberikan secara isyarat.

  • 13. Adakah pegawai lantikan COS yang tamat kontrak pada 12 Disember 2022 dan dilantik semula pada 3 Januari 2023 layak menerima KGT Tambahan Khas ini?

    Layak. Pegawai COS yang tamat kontrak pada atau sebelum 31 Disember 2022 dan dilantik semula atas gred dan jawatan yang sama pada atau selepas 1 Januari 2023 layak menerima KGT Tambahan Khas tertakluk dengan syarat tempoh kontrak baharu dengan kontrak terdahulu tidak terputus melebihi 6 bulan seperti mana ditetapkan dalam Perenggan 46 (iv), MyPPSM Ceraian UP 1.1.1.

    Gaji permulaan pegawai ialah gaji akhir yang diterima dalam kontrak terdahulu dan ditambah dengan KGT Tambahan Khas RM100.00.

  • 14. Adakah pegawai yang gaji hakikinya telah mencapai atau menghampiri gaji maksimum layak menerima KGT Tambahan Khas ini? Sekiranya pegawai layak, bagaimanakah kaedah pemberiannya?

    Pegawai yang gaji hakiki telah mencapai atau menghampiri gaji maksimum adalah layak menerima KGT Tambahan Khas ini. Kaedah pelaksanaan pemberian KGT Tambahan Khas ialah gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2022 perlu ditambah dengan KGT Tambahan Khas sebanyak RM100.00 pada 1 Januari 2023.Mengambil kira gaji pegawai telah atau akan melepasi gaji maksimum bagi gred tersebut setelah pemberian KGT Tambahan Khas ini, pegawai akan menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) berdasarkan kadar tetap 3% pada Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2015 (PP Bil. 2/2015) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 (SPP Bil. 1/2020) serta Surat Pelaksanaan kepada agensi berkaitan.

  • 15. Adakah pegawai yang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) layak mendapat KGT Tambahan Khas ini?

    Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) layak untuk menerima KGT Tambahan Khas ini.

  • 16. Pegawai Bomba Gred KB19 telah menerima tawaran bagi jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 berkuat kuasa mulai 3 Januari 2023. Adakah pegawai layak menerima KGT Tambahan Khas ini? Bagaimanakah pula penetapan gaji permulaan pegawai di jawatan Penolong Juruaudit Gred W29?

    Pegawai layak menerima KGT Tambahan Khas pada 1 Januari 2023 di jawatan terdahulu (Pegawai Bomba Gred KB19). Selanjutnya, penetapan gaji permulaan bagi jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 adalah berdasarkan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].

  • 17. Penolong Pegawai Perubatan (Kontrak) Gred U29 telah dipendekkan tempoh kontrak pada 2 Januari 2023 kerana mendapat tawaran sebagai Penolong Pegawai Perubatan (Tetap) Gred U29 berkuatkuasa pada 3 Januari 2023. Adakah pegawai layak menerima KGT Tambahan Khas? Bagaimanakah penetapan gaji permulaan pegawai di jawatan Penolong Pegawai Perubatan (Tetap) Gred U29?

    Pegawai layak menerima KGT Tambahan Khas pada 1 Januari 2023 di jawatan terdahulu Penolong Pegawai Perubatan (Kontrak) Gred U29.

    Penetapan gaji permulaan bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan (Tetap) Gred U29 adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012].

  • 18. Pegawai tidak hadir bertugas dan telah ditahan gaji bermula pada 15 November 2021 hingga kini. Pegawai juga telah dikeluarkan Surat Pertuduhan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Adakah pegawai layak menerima KGT Tambahan Khas?

    Pegawai yang tidak hadir bertugas dan ditahan gajinya sepanjang tahun 2022 adalah tidak layak menerima KGT Tambahan Khas ini (Perenggan 7.1, PP Bil. 2/2022).

Soalan Lazim

INTAN

Soalan Lazim

Soalan Am

  • 1. Apakah fungsi INTAN?

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ialah sebuah pusat latihan awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.

  • 2. Dimana lokasi INTAN?

    INTAN terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur serta enam (6) kampus wilayah dan satu (1) kampus satelit seperti berikut:

    1. INTAN Kampus Jalan Elmu di Jalan Elmu, Kuala Lumpur
    2. INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah
    3. INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor
    4. INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu
    5. INTAN Kampus Sabah (INSABAH) di Tuaran, Sabah; dan
    6. INTAN Kampus Sarawak (INSARA) di Kota Samarahan, Sarawak.
    7. INTAN Kampus Satelit Putrajaya
  • 3. Apakah nombor perhubungan INTAN?

    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

    INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN),
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara,
    Jalan Bukit Kiara,
    50480 Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel : 603 - 2084 7777, Faks : 603 - 2096 1403
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INTAN JALAN ELMU

    INTAN Kampus Jalan Elmu
    Off Jalan Universiti,
    59100 Kuala Lumpur
    Tel : 603 - 7966 1555
    Faks : 603 - 7955 4767
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    IKWAS

    INTAN Kampus Wilayah Selatan
    KM 3, Jalan Batu Pahat,
    Peti Surat 141,
    86007 Kluang,
    Johor
    Tel : 607 – 778 2500
    Faks (Pentadbiran) : 607 – 778 2540
    Faks (Latihan) : 607 – 778 2440
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INTURA

    INTAN Kampus Wilayah Utara
    Jalan Kuala Ketil,
    Peti Surat 94,
    08007 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman
    Tel : 604 - 421 8321
    Faks : 604 - 421 4489
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INTIM

    INTAN Kampus Wilayah Timur
    Bukit Geliga, Cukai,
    Peti Surat 65,
    24007 Kemaman,
    Terengganu
    Tel : 609 - 862 9000
    Faks : 609 - 868 3007
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INSABAH

    INTAN Kampus Sabah,
    Jalan Sulaman Tuaran,
    Beg Berkunci 2080,
    88999 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel : 6088 - 483500
    Faks : 6088 - 473645 (Pentadbiran),
    6088 - 473647/648 (Latihan)
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INSARA

    INTAN Kampus Sarawak
    No. 2, Lot 5452
    Jalan Datuk Mohammad Musa
    94300 Kota Samarahan
    Sarawak
    Tel : 6082 - 592000
    Faks : 6082 - 615060 (Pejabat Pengarah),
    6082 - 618660 (Latihan)
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..my

    INTAN Putrajaya

    INTAN Kampus Satelit Putrajaya

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    Putrajaya
    Aras 4, Blok C3
    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 WP Putrajaya Malaysia
    Tel: 03-8885 5696/5224

  • 4. Apakah laman web rasmi INTAN?

    www.intanbk.intan.my

Permohonan Kursus di INTAN

  • 1. Siapakah yang layak berkursus di INTAN?

    Kesemua penjawat awam layak berkursus di INTAN.

  • 2. Bagaimanakah cara untuk memohon kursus di INTAN?

    Permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) melalui portal INTAN www.intanbk.intan.my melalui langkah-langkah berikut

    1. Klik pada menu "Kursus & Jadual"
    2. Klik modul "Permohonan Kursus"
    3. Pilih kampus
    4. Pilih kategori / taip nama kursus
    5. Klik pada 'link' nama kursus
    6. Klik Mohon Kursus
  • 3. Bolehkah permohonan dibuat secara manual?

    Ya, INTAN turut menerima borang permohonan secara manual untuk Kementerian/Jabatan yang memerlukan bukti permohonan/pengesahan secara bertulis. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian digalakkan.

  • 4. Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?

    Ya, satu e-mel makluman/pengesahan akan dihantar secara automatik kepada Ketuam Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara dalam talian.

  • 5. Apakah yang akan berlaku sekiranya Ketua Jabatan/Penyelia tidak meluluskan permohonan kursus?

    E-mel pemakluman akan dihantar secara automatik kepada penyelaras kursus sekiranya permohonan kursus yang dibuat tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Penyelia. Permohonan kursus akan terbatal dengan sendirinya

  • 6. Bagaimana pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian?

    Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

  • 7. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu kursus tersebut masih dibuka untuk permohonan?

    Status permohonan kursus sama ada masih dibuka atau telah ditutup ada dinyatakan pada maklumat kursus di dalam Katalog Kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my)

  • 8. Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?

    Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.

  • 9.Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan kursus

    Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urus setia kursus yang berkaitan.

  • 10. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?

    Maklumat urus setia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my).

  • 11. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

    Rayuan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Program yang berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pemilihan bergantung kepada pertimbangan pihak INTAN.

  • 12. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat?

    INTAN akan mengemukakan makluman kepada Ketua Jabatan/Penyelia sekiranya penjawat awam tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat.

Hal Latihan dan Sokongan Latihan di INTAN

  • 1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kalendar Projek Latihan INTAN? / Bagaimanakah cara untuk mendapatkan senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh INTAN?

    Katalog Kursus boleh diakses melalui Portal INTAN di www.intanbk.intan.my

  • 2. Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN?

    Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN adalah seperti berikut:

    i) Caj yuran bagi sektor awam

    Bil. TEMPOH KURSUS KADAR YURAN
    (RM)

    1.

    1 hingga 7 hari

    30.00

    2.

    8 hingga 30 hari

    50.00

    3.

    1 bulan hingga 6 bulan

    100.00

    4.

    Lebih 6 bulan

    150.00

     

    ii) Caj yuran bagi sektor swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peserta luar negara (di atas jemputan saja)

    Bil.

    YURAN PENGAJIAN (RM)

    KADAR BAYARAN HARIAN PER PESERTA (RM)

    SEKTOR SWASTA DAN GLC

    LUAR NEGARA

    1.

    Tanpa Penginapan

    300.00

    1000.00

    2.

    Dengan Penginapan

    420.00

    1180.0

  • 3. Bagaimanakah kaedah bayaran yuran kursus dilaksanakan?

    Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah berikut:

    1. Tunai (pembayaran semasa pendaftaran kursus); dan
    2. Pesanan Kerajaan (LO)
    3. Bank Draf/ Cek/ Wang Pos/ Kiriman Wang
  • 4. Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk semua peserta kursus?

    Keutamaan penginapan asrama diberikan kepada peserta yang bertugas dan beralamat kediaman di luar kawasan Lembah Klang. Permohonan penginapan perlu dimohon melalui Urus Setia Kursus yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kursus.

  • 5. Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk ke asrama INTAN?

    Peserta-peserta boleh mula mendaftar masuk sehari sebelum hari berkursus dengan petugas kaunter penginapan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. Sekiranya lewat, peserta perlu memaklumkan kepada Urus Setia Kursus atau petugas kaunter di talian 03-2084 7449 dengan lebih awal. Peserta perlu membawa bersama surat tawaran kursus ketika mendaftar masuk ke asrama INTAN.

  • 6. Apakah kemudahan yang terdapat di INTAN?

    Antara kemudahan yang terdapat di INTAN ialah bilik kuliah dan seminar yang kondusif dan selesa; makmal komputer, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, gelanggang skuasy, gimnasium, kolam renang, padang bola jaring, padang bola sepak, padang bola tampar dan gelanggang tenis, pusat sumber, kemudahan penginapan asrama, kedai buku, surau, musolla, kafeteria dan kemudahan tempat letak kereta.

  • 7. Adakah INTAN menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU)?

    Kemudahan untuk OKU yang disediakan adalah seperti kemudahan ruang parkir khas OKU, ramp wheelchair dan lif Braille. Walau bagaimanapun, peserta OKU dikehendaki memaklumkan kepada urus setia kursus lebih awal supaya kemudahan berkenaan dapat dipastikan bagi keselesaan peserta semasa berkursus.

  • 8. Adakah kemudahan di INTAN dibuka kepada orang awam?

    Tidak. Kemudahan di INTAN adalah khusus buat peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

  • 9. Adakah INTAN menawarkan khidmat sewaan kemudahan yang disediakan?

    Ya. INTAN ada menawarkan khidmat sewaan kemudahan/fasiliti terhad kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan badan berkanun sahaja. Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada kekosongan. Permohonan sewaan perlu dikemukakan kepada Pengarah INTAN.

  • 10. Adakah Perpustakaan INTAN dibuka kepada orang awam?

    Pusat Sumber INTAN hanya dibuka kepada peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

  • 11. Siapakah yang layak menjadi ahli Pusat Sumber INTAN?

    Keahlian Pusat Sumber INTAN hanya terhad kepada warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN sahaja. Walau bagaimanapun, semua penjawat awam boleh menggunakan Pusat Sumber INTAN untuk membuat rujukan.

  • 12. Sekiranya saya bukan ahli Perpustakaan INTAN, bolehkah saya meminjam bahan di Perpustakaan INTAN?

    Sekiranya anda bukan ahli Pusat Sumber INTAN, tetapi Perpustakaan/Pusat Sumber di Kementerian/Jabatan/ Agensi anda bertugas telah menjadi ahli Skim Pinjaman Perpustakaan (SPP), maka anda boleh meminjam bahan bacaan di Pusat Sumber INTAN dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPP. Jika anda tiada kemudahan SPP, anda boleh menghantar surat rasmi memohon untuk membuat pinjaman bahan kepada pihak Pusat Sumber INTAN untuk dipertimbangkan.

Kursus / Produk Utama INTAN

  • 1. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) memohon untuk kursus Analisis Kuantitatif (QA)?

    Tidak, kursus Analisis Kuantitatif hanya boleh diikuti oleh penerima Hadiah Latihan Persekutuan sahaja.

  • 2. Apakah kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)?

    Kursus Diploma Pengurusan Awam merupakan kursus yang WAJIB dihadiri oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tujuan pengesahan jawatan sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1980. Penawaran dan pemilihan pegawai untuk mengikuti kursus ini berada di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan, JPA.

  • 3. Apakah kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)?

    Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Ia dijalankan di bawah Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh diperoleh menerusi portal ALMP, pautan di dalam laman web INTAN, https://almp.intan.my/almpdrive/.

  • 4. Apakah kursus EPSA?

    EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) ialah kursus dalam talian bagi memberikan kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus secara percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7689 / 7701 / 7702 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

  • 5. Apakah Penilaian ISAC?

    Penilaian ISAC dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan personel sektor awam.

  • 6. Siapakah yang boleh mengambil penilaian ISAC?

    Individu

    Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan berikut iaitu:

        • Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
        • Pembantu Tadbir (Kew) Gred W19
        • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
        • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
        • Setiausaha Pejabat Gred N29

    dimana kelulusan dalam penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

    Kumpulan

    Terdiri daripada kakitangan yang dipilih oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon penilaian tersebut dijalankan secara kumpulan (minimum 30 calon bagi satu sesi). Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memerlukan penilaian ISAC dijalankan secara berkumpulan sahaja. Permohonan perlu dibuat secara rasmi kepada pihak INTAN.

  • 7. Bagaimana cara untuk memohon menduduki Penilaian ISAC?

    Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara dalam talian (online) sahaja. Permohonan boleh dibuat menerusi Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my atau boleh terus menerusi Portal ISAC di http://isac.intan.my. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menelefon pihak urus setia ISAC di talian 03-2084 7798/7707 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Lain-lain

  • 1. Bagaimana untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

    Permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan menerusi e-mel/faks kepada Pendaftar INTAN di alamat berikut:

        Pendaftar
        Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
        Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
        INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
        Jalan Bukit Kiara
        50480 Kuala Lumpur.
        Tel: 603 - 2084 7227
        Faks: 603 - 2096 2205
        E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

    Permohonan pekerjaan di sebarang agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat www.spa.gov.my

  • 3. Bagaimana cara untuk mendapatkan penceramah/ tenaga pengajar INTAN?

    Surat permohonan untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN perlu dikemukakan untuk pertimbangan Timbalan Pengarah Kanan INTAN di alamat berikut:

        Timbalan Pengarah Kanan INTAN
        Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
        Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
        INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
        Jalan Bukit Kiara
        50480 Kuala Lumpur.
        Tel: 03-2084 7667 (Puan Anita Abu Hassan, Setiausaha Pejabat TPK INTAN)
        Faks: 603 - 2093 9490
        Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Surat permohonan akan dipanjangkan kepada Kluster berkaitan dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh penerimaan surat. Sekiranya tajuk kursus/modul kursus tersebut tidak berkaitan atau tiada kepakaran, Pejabat TPK INTAN akan memaklumkan terus kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon.

    Perlu diingatkan Surat Permohonan Penceramah INTAN perlu mengandungi:

    1. Tarikh Cadangan Kursus/Program
      (surat permohonan perlu diterima 1 bulan sebelum tarikh Kursus/Program)
    2. Aturcara Kursus/Program
      (Menyatakan cadangan keperluan penceramah INTAN mengikut modul)
    3. Maklumat Pegawai
      di Kementerian/Jabatan/Agensi yang boleh dihubungi oleh INTAN.

    Kadar bayaran penceramah INTAN adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2-2005 iaitu Bayaran Saguhati Mengikut Gred dan dibayar oleh Kementerian/Agensi/Jabatan yang memohon.

    Lain-lain:

    1. Semakan jenis/tajuk kursus yang ditawarkan oleh INTAN boleh dirujuk di Laman Portal INTAN di bahagian Penjawat Awam - Kalendar Latihan INTAN 2019 dan Permohonan Kursus Secara Online
    2. Semakan Penceramah INTAN mengikut Kepakaran boleh dirujuk di http://www.expert.intan.my/
  • 4. Bagaimanakah cara untuk membeli buku-buku terbitan INTAN?

    Buku-buku terbitan INTAN boleh dibeli di Kampus Utama INTAN Bukit Kiara dari Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. Pembelian boleh dibuat secara tunai dan secara pesanan tempatan (LO) kepada:

        Sub Kluster Penerbitan
        Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar
        
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

        Tel: 03 - 2084 7362
        Faks: 603 - 2092 7368
        Email: sThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pembelian juga boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Purchasing di Portal INTAN: www.intanbk.intan.my.

Soalan Lazim

Kemudahan Cuti

Soalan Lazim

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 42(A) Bab C

  • 1. Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang pegawai diberikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) di bawah Perintah Am 42(a) Bab C?

    Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) dan menyertai aktiviti anjuran pertubuhan/ persatuan tersebut boleh diberikan kemudahan CTR tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

    Kemudahan CTR ini juga merangkumi kursus latihan atau khemah tahunan yang diadakan dalam Malaysia. Pemberian CTR juga dibenarkan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan atau persatuan berkaitan di Malaysia sahaja.

    [Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991]

  • 2. Nyatakan senarai terkini pertubuhan/persatuan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 42(a) Bab C.

    Sehingga kini, sebanyak 39 pertubuhan/ persatuan (seperti dalam Lampiran A) telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 42 (a), Perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti). Pegawai yang menjadi ahli sesebuah pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam layak diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti berkenaan.

    Muat Turun Lampiran A

  • 3. Seorang pegawai telah dijemput untuk menghadiri Kursus ‘Train The Trainer’ Senamrobik anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur. Kursus tersebut akan berlangsung selama 12 hari mulai 18 hingga 29 Januari 2016 di Dewan Serbaguna IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan CTR di bawah Perintah Am 42(a) Bab C?

    Tiada peruntukan kemudahan CTR untuk menghadiri kursus ‘Train the Trainer’. Namun begitu, pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau lain-lain cuti yang berkelayakan untuk tujuan tersebut tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

  • 4. Kakitangan USIM telah menerima jemputan bagi mengikuti program di bawah anjuran Majlis Profesor Negara. Sebagai pentadbir, saya kurang jelas sama ada program sebegini diklasifikasikan di bawah mana-mana kategori CTR.

    Tiada peruntukan Cuti Tanpa Rekod berkenaan penyertaan program anjuran Majlis Profesor Negara dalam peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. Namun demikian, pegawai layak menggunakan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang pegawai berkelayakan bagi tujuan tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 45 Bab C

  • 1. Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang pegawai diberikan kemudahan Cuti Tanpa Rekod di bawah Perintah Am 45 Bab C?

    Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Ikhtisas yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) boleh diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan ataupun mesyuarat agung luar biasa untuk tempoh sebenar mesyuarat itu dijalankan dan tambahan perjalanan pergi dan balik ke tempat mesyuarat tidak melebihi dua (2) hari dengan syarat mesyuarat itu dipanggil menurut undang-undang tubuh persatuan masing-masing.

    Pegawai juga berkelayakan untuk membuat tuntutan tambang pengangkutan awam dan Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kelayakan dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

    [Perintah Am 45 Bab C (Cuti) Tahun 1974, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1977 serta WP 1.4/2013, Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan Polis) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia]

  • 2. Nyatakan senarai terkini Persatuan Ikhtisas yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah peruntukan Perintah Am 45 Bab C?

    Sehingga kini, sebanyak 53 Persatuan Ikhtisas (seperti dalam Lampiran A) telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 45, Perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti).

  • 3. Seorang pegawai telah dijemput untuk menghadiri 16th APSIC Basic Training Course In Infection anjuran Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia (ICAM) pada 4 hingga 6 Ogos 2015. Adakah pegawai layak menggunakan CTR di bawah Perintah Am 45?

    Tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan menghadiri APSIC Basic Training Course in Infection anjuran Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia. Oleh yang demikian, pegawai dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang pegawai berkelayakan, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

  • 4. Nama Persatuan Ikhtisas yang telah disenarai di bawah Perintah Am 45 Bab C

    Muat turun Lampiran B

Kemudahan Cuti Separuh Gaji

  • 1. Adakah pegawai layak menggunakan Cuti Separuh Gaji (CSG) untuk menjaga ibu mentua yang uzur?

    Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek.

    [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985 (SPP5/1985)]

  • 2. Berapakah kelayakan bagi CSG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 1 tahun 6 bulan?

    Kelayakan CSG ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CSG pegawai ialah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

  • 3. Berapakah kelayakan CSG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 10 tahun 6 bulan?

    Kelayakan CSG ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari

    Oleh itu, kelayakan bagi 10 tahun dan 6 bulan adalah terhad kepada had maksimum 180 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974]  

  • 4. Pegawai telah menggunakan Cuti Sakit Lanjutan (secara separuh gaji) selama 90 hari. Adakah ia akan menjejaskan kelayakan CSG?

    Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan Cuti Bersalin tidak menjejaskan peruntukan kadar kelayakan CSG di bawah Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CSG hanya diperuntukkan atas sebab kesihatan sanak saudara pegawai seperti yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

  • 5. Bolehkan kelulusan CSG yang melebihi 14 hari diluluskan oleh Ketua Jabatan?

    Kuasa meluluskan CSG melebihi 14 hari ialah Ketua Setiausaha Kementerian sebagaimana penurunan kuasa daripada oleh Kuasa Tertentu melalui SPP5/1985. Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan SPP5/1985]

  • 6. Apakah syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk memohon CSG?

    Syarat-syarat kemudahan CSG adalah seperti yang berikut:

    1. Pegawai yang memohon hendaklah mempunyai perkhidmatan yang melayakan, iaitu 30 hari bagi setiap genap satu (1) tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari;
    2. Diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh 14 hari dalam satu (1) tahun;
    3. Diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian bagi tempoh yang selebihnya;
    4. Surat perakuan doktor Kerajaan atau swasta memperakukan pegawai ini perlu menjaga si pesakit;
    5. Kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti disertakan dalam permohonan; dan
    6. Cuti Rehat yang berkelayakan tidak perlu dihabiskan sebelum memohon permohonan ini.

    [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan SPP5/1985]

Kemudahan Cuti Tanpa Gaji

  • 1. Apakah syarat-syarat umum menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji (CTG)?

    Ketua Jabatan boleh melululuskan Cuti Tanpa Gaji berdasarkan syarat yang berikut:

    1. Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
    2. Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil Cuti Tanpa Gaji;
    3. Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
    4. Cuti Tanpa Gaji hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
    5. Kadar Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.
  • 2. Berapakah kelayakan CTG pegawai yang telah berkhidmat selama 1 tahun 6 bulan?

    Kelayakan CTG adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakan tetapi tidak boleh melebihi 360 hari.

    Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CTG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

    CTG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari

                           365 hari

    = (547hari / 365 hari) x 30 hari

    = 45 hari

  • 3. Berapakah kelayakan CTG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 20 tahun 6 bulan?

    Kelayakan CTG pegawai adalah terhad kepada had maksimum 360 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan.

  • 4. Pegawai telah menggunakan Cuti Sakit Lanjutan (secara tanpa gaji) selama 90 hari dan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) selama 150 hari. Adakah ia akan menjejaskan kelayakan CTG?

    Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak.

  • 5. Pegawai telah menerima panggilan menunaikan haji, namun pegawai tidak memenuhi syarat-syarat Cuti Haji. Adakah pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Gaji untuk menunaikan haji?

    Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, JPA sekiranya pegawai tidak memenuhi syarat untuk menggunakan Cuti Haji dan tidak mempunyai tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk menggunakan CTG atas tujuan urusan peribadi.

Cuti Rehat Tahunan

  • 1. Encik Sham dilantik pada 15 November 2005 sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29. Pada 18 Februari 2014, pegawai dilantik ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41. Berapakah kelayakan Cuti Rehat beliau mulai 1 Januari 2016?

    Pegawai dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik yang sama di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan iaitu SPA bagi jawatan pertama (F29) dan jawatan baharu (F41).

    Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 30 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (15 November 2005) di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pegawai telah mempunyai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan (dikira mulai 15 November 2005).

  • 2. Lantikan pertama Puan Nurul pada 7 Jun 1999 sebagai Pembantu Teknik Ukur, Gred J5. Kemudian, pegawai dinaikkan pangkat ke Gred J36 dengan kadar Cuti Rehat 35 hari. Pada 5 Mei 2015, pegawai dilantik ke jawatan Jurugeospatial, Gred J41 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Berapakah kelayakan Cuti Rehat beliau mulai 1 Januari 2016?

    Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (7 Jun 1999) dan pegawai telah mempunyai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan, tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang sama ketika di Gred J5 dan Gred J41.

  • 3. Puan Sim dilantik ke Gred J17 pada tahun 2004 dengan kadar Cuti Rehat 20 hari. Kemudian, pegawai dinaikkan pangkat ke Gred J22 pada tahun 2011 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Mulai 1 Julai 2013, pegawai telah menerima opsyen pertukaran pelantikan ke Gred JA29 di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2013. Pegawai genap 10 tahun perkhidmatan pada tahun 2014. Berapakah kelayakan Cuti Rehat beliau mulai 1 Januari 2016?

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2013 menjelaskan bahawa urusan pertukaran pelantikan tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan yang sedang diterima oleh pegawai. Mulai 1 Julai 2013, kadar kelayakan Cuti Rehat pegawai ialah sebanyak 25 hari dan akan dinaikkan kepada 30 hari apabila pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan pada tahun 2014.

    Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 30 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (tahun 2004) dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan.

  • 4. Encik Mikael dilantik ke Gred N17 pada 17 Januari 2005 dengan kadar Cuti Rehat 20 hari. Kemudian, pegawai dinaikkan pangkat ke Gred N22 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan pada tahun 2015 dengan kadar Cuti Rehat 30 hari. Bagaimanakah pengiraan Cuti Rehat tahunan pegawai apabila genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan?

    Penentuan 10 tahun tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk tujuan pelarasan kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan diberikan sehari selepas pegawai menggenapkan 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan tanpa bersekadar proportionate berdasarkan tarikh lantikan pertama di Perkhidmatan Awam Persekutuan, selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Am 8( b) Bab C Tahun 1974.

  • 5. Puan Ruzina dilantik sebagai Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U8 pada 1 November 1991 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Kemudian, pegawai dinaikkan pangkat sebagai Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U7 pada 20 Disember 2000 dengan kadar Cuti Rehat 30 hari. Pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan pada tahun 2001 dengan kadar Cuti Rehat 35 hari. Pegawai tidak menerima opsyen di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.14 Tahun 2008 (PP14/2008) dan memilih kekal di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 (PP4/2002). Pada 16 April 2009, pegawai dinaikan pangkat sebagai Jurupulih Perubatan (Anggota) Gred U36. Pada 18 Ogos 2014, pegawai dilantik sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Berapakah kelayakan Cuti Rehat beliau mulai 1 Januari 2016?

    Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (1 November 1991) dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan, tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang sama ketika di Gred U8 dan Gred U41.

  • 6. Encik Hakim dilantik ke Gred R1 pada 1 Mac 2005 oleh SUK Selangor dengan kadar Cuti Rehat 20 hari. Pegawai tidak menerima opsyen di bawah PP14/2008 dan memilih kekal di bawah PP4/2002. Pada 16 Februari 2009, pegawai dilantik ke Gred R11 oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kadar Cuti Rehat 20 hari. Pada 9 Mac 2013, pegawai dinaikkan pangkat ke gred R22. Pada 1 November 2013 pula pegawai menerima pertukaran pelantikan ke gred H22 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Berapakah kelayakan Cuti Rehat beliau mulai 1 Januari 2016?

    Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (1 Mac 2005) dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan, tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang sama ketika di Gred R1 dan Gred H22 .

  • 7. Puan Hazwani dilantik sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 pada 2 Januari 2001. Beliau telah bersetuju memilih kadar Cuti Rehat tahunan di bawah PP14/2008 mulai 1 Januari 2009. Pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan dengan kadar kelayakan Cuti Rehat 25 hari (pemilihan opsyen PP14/2008). Berapakah kelayakan Cuti Rehat beliau mulai 1 Januari 2016?

    Mulai 1 Januari 2016, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 30 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan pertama pada 2 Januari 2001 dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan.

  • 8. Puan Nora dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 pada 16 April 2001 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke Gred N32 pada tahun 2010 dengan kadar Cuti Rehat sebanyak 30 hari. Pegawai tidak menerima opsyen di bawah PP14/2008 dan memilih kekal di bawah PP4/2002. Pada 15 April 2011, pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan untuk mendapat tambahan lima (5) hari kadar Cuti Rehat dan kelayakan Cuti Rehat baharu ialah 35 hari. Berapakah kelayakan Cuti Rehat mulai 1 Januari 2016?

    Mulai 1 Januari 2016, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan pertama pada 16 April 2001 dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan.

  • 9. Encik Anas dilantik sebagai Penolong Penguasa Kastam, Gred W27 pada 5 Januari 2009. Pada 5 Ogos 2015, beliau telah dilantik sebagai Akauntan, Gred W41 dengan kadar Cuti Rehat 25 hari. Berapakah kelayakan Cuti Rehat pegawai mulai 1 Januari 2016?

    Mulai 1 Januari 2016, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 25 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan pertama pada 5 Januari 2009.

  • 10. Apakah panduan untuk merekodkan kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai dalam Buku Rekod Perkhidmatan?

    Ketua Jabatan hendaklah merekodkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai mulai 1 Januari 2009 seperti yang berikut:

    “Dengan berkuatkuasanya PP11/2015, maka opsyen dan pemakaian kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di bawah PP14/2008 adalah terhenti berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016. Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai mulai 1 Januari 2016 adalah ______ hari.”

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat

  • 1. Bilakah Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ini berkuat kuasa?

    Peraturan ini berkuat kuasa mulai 20 September 2022.

  • 2. Adakah pegawai lantikan personel MySTEP layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat ini?

    Tidak layak.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat tidak terpakai kepada personel MySTEP.

  • 3. Adakah pegawai yang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat anjuran yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) boleh memohon Cuti Tanpa Rekod ini?

    Boleh.

    Pegawai boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini kerana yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) termasuk dalam definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat)

  • 4. Sekiranya pertubuhan/ persatuan di bawah Perintah Am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, adakah pegawai yang menjadi ahli kepada pertubuhan/ persatuan tersebut layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut?

    Layak.

    Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pertubuhan yang diisytihar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah Perintah am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

  • 5. Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara DiRaja Malaysia merupakan pasukan sukarela di bawah Perintah Am 41 Bab C (Cuti). Sekiranya pegawai yang menjadi ahli kepada pasukan tersebut menyertai aktiviti khidmat masyarakat bagi membantu mangsa bencana banjir, adakah pegawai tersebut layak memohon Cuti Tanpa Rekod tersebut?

    Layak.

    Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pasukan sukarela tersebut diperuntukkan penubuhannya di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) seperti mana definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7.

  • 6. Adakah kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai untuk aktiviti khidmat masyarakat di luar negara?

    Tidak.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai bagi aktiviti Khidmat masyarakat di dalam negara sahaja.

  • 7. Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat diadakan melebihi lima (5) hari, apakah cuti lain yang boleh digunakan?

    Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini terhad kepada maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat berkelayakan, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh yang melebihi lima (5) hari tersebut.

  • 8. Sekiranya pegawai tidak menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini pada tahun semasa, adakah cuti Cuti Tanpa Rekod tersebut boleh dibawa ke tahun berikutnya?

    Tidak boleh.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai pada tahun semasa sahaja dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekiranya tidak digunakan.

  • 9. Adakah kadar Cuti Tanpa Rekod maksimum lima (5) hari ini hanya boleh digunakan untuk sekali penyertaan dalam aktiviti khidmat masyarakat?

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini tidak terhad kepada bilangan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan sebaliknya tertakluk kepada bilangan hari yang digunakan. Pegawai boleh menggunakan baki Cuti Tanpa Rekod yang ada untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang lain tertakluk kepada maksimum lima (5) hari.

    Cuti Tanpa Rekod ini boleh digunakan secara sekali gus atau pun secara berasingan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

  • 10. Pegawai hanya mengemukakan gambar aktiviti khidmat masyarakat yang disertai bersama pertubuhan yang diluluskan kepada Ketua Jabatan untuk memohon Cuti Tanpa Rekod ini. Adakah gambar tersebut boleh dianggap sebagai dokumen pembuktian semasa memohon Cuti Tanpa Rekod ini?

    Tidak boleh. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.

  • 11. Adakah aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan boleh diberi Cuti Tanpa Rekod?

    Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diluluskan, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum lima (5) hari setahun.

  • 12. Adakah pegawai perlu memohon Cuti Tanpa Rekod atau menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G sekiranya pegawai hanya menyertai aktiviti Khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan bagi tempoh tiga (3) jam?

    Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2)

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

  • 1. Bilakah pemakaian penambahbaikan peraturan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini berkuat kuasa?

    Pemakaian penambahbaikan peraturan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan.

  • 2. Berapa lama tempoh masa yang diberikan bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga?

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

  • 3. Apakah yang dimaksudkan dengan terma “ahli keluarga terdekat” dalam kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga?

    Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat (yang sah di sisi undang-undang), bapa kandung atau bapa angkat (yang sah di sisi undang-undang), ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara, adik-beradik, nenek dan datuk pegawai.

  • 4. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya terdapat kematian adik-beradik seayah?

    Boleh

    Adik-beradik seayah termasuk dalam tafsiran adik beradik.

  • 5. Bagaimana pula sekiranya sekiranya terdapat kematian adik-beradik tiri pegawai. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan ini?

    Tidak boleh.

    Adik-beradik tiri tidak termasuk dalam tafsiran ahli keluarga terdekat.

  • 6. Sekiranya pegawai mempunyai bapa kandung dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang, adakah kemudahan ini boleh digunakan sekiranya berlaku kematian bagi bapa kandung dan bapa angkat pegawai tersebut?

    Kemudahan ini hanya boleh digunakan salah seorang sama ada bapa kandung atau bapa angkat.

  • 7. Adakah terdapat had penggunaan kemudahan ini sekiranya kematian melibatkan adik-beradik?

    Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat tanpa had bagi kematian yang melibatkan adik- beradik tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.

  • 8. Adakah kemudahan ini boleh digunakan bagi kematian ibu mentua atau bapa mentua?

    Kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh Perkhidmatan.

  • 9. Pegawai telah berpisah dengan suami dan ibu mentua pegawai bagi suami terdahulu telah meninggal dunia. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan ini untuk kematian ibu mentua bagi suami terdahulu tersebut?

    Tidak boleh.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian ibu mentua iaitu ibu kepada suami pegawai yang sah yang masih dalam ikatan perkahwinan

  • 10. Sekiranya nenek atau datuk pasangan pegawai meninggal dunia, adakah pegawai layak menggunakan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat?

    Tidak layak.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian nenek atau datuk pegawai sahaja.

  • 11. Bagaimana pula sekiranya nenek tiri atau datuk tiri pegawai meninggal dunia? Adakah pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat?

    Tidak boleh.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian nenek atau datuk pegawai sahaja.

  • 12. Encik Zainal merupakan seorang Pegawai Tadbir, Gred N41 di Jabatan Pertanian. Beliau mempunyai dua (2) orang isteri yang sah. Pada 20 Disember 2021, bapa kepada isteri kedua beliau telah meninggal dunia. Encik Zainal pernah menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat atas kematian bapa isteri pertama beliau semasa beliau berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang. Adakah Encik Zainal layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat atas kematian bapa mentua (bapa isteri kedua) beliau?

    Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat atas kematian bapa mentua (bapa isteri kedua) kerana pernah menggunakan kemudahan yang sama bagi kematian bapa mentua (bapa isteri pertama) beliau semasa beliau berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang memandangkan kemudahan ini terhad sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.

  • 13. Apakah yang dimaksudkan dengan selepas waktu pejabat di perenggan 4 (iii) (a) MyPPSM S.R.5.2.1?

    Selepas waktu pejabat bermaksud selepas pukul 6.00 petang berdasarkan MYPPSM Ceraian 4.1.1 {Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan}.
    Sekiranya kematian berlaku selepas pukul 6.00 petang maka Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada hari berikutnya.
    Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif.

  • 14. Puan Vasanthi merupakan Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 yang bertugas di Universiti Malaya. Pada hari Sabtu, 9 April 2022, pukul 6.30 petang beliau dimaklumkan ibunya telah meninggal dunia. Bilakah Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula?

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat untuk Puan Vasanthi bermula pada 10 hingga 12 April 2022 iaitu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am

    Dalam hal ini, “selepas waktu pejabat” bermaksud selepas pukul 6.00 petang berdasarkan MYPPSM Ceraian 4.1.1 {Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan}. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerjanya bukan waktu pejabat/syif.

  • 15. Encik Keith Foo merupakan seorang anggota polis yang bertugas di sempadan negara. Jadual bertugas bagi bulan Julai 2021 telah dikeluarkan Ketua Jabatan. Semasa sedang bertugas pada 12 Julai 2021, pukul 4.30 petang, Encik Keith Foo telah menerima berita yang bapa mentuanya telah meninggal dunia. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat?

    Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat untuk kematian bapa mentuanya mulai 12 hingga 14 Julai 2021, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

  • 16. Puan Saidatul telah diluluskan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian bapa beliau mulai 10 hingga 11 Jun 2021 oleh Ketua Jabatannya memandangkan terdapat tugas-tugas penting yang perlu diselesaikan. Pada 20 Oktober 2021, anak angkat Puan Saidatul meninggal dunia. Bolehkan pegawai menggunakan baki satu (1) hari daripada tempoh Cuti Tanpa Rekod terdahulu yang tidak digunakan bagi membolehkan pegawai bercuti mulai 20 hingga 23 Oktober 2021?

    Pegawai tidak boleh menggunakan baki satu (1) hari daripada tempoh Cuti Tanpa Rekod terdahulu yang tidak digunakan bagi membolehkan pegawai bercuti mulai 20 hingga 23 Oktober 2015. Kelulusan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian anak angkat beliau tertakluk ke tempoh tiga (3) hari berturut-turut bagi sesuatu kes kematian ahli keluarga terdekat yang dibenarkan.

  • 17. Isteri Encik Amri telah melahirkan anak sulung mereka pada 15 Januari 2022. Namun begitu, dua (2) hari kemudian, anak beliau telah meninggal dunia. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga atau kemudahan Cuti Isteri Bersalin?

    Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2002) selama tujuh (7) hari mulai daripada tarikh isteri pegawai bersalin. . Sekiranya pegawai sedang menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin sebanyak tujuh (7) hari mulai 15 hingga 21 Januari 2022, pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat berdasarkan prinsip “hanya satu kemudahan dinikmati di dalam satu-satu masa”.

  • 18. Pegawai A bertugas di Putrajaya. Bapa beliau meninggal dunia pada 3 Mac 2020 pada pukul 10.00 pagi, di kampungnya di Sarawak. Oleh sebab tiket penerbangan ke Sarawak telah penuh, tarikh terawal pegawai dapat pulang ke Sarawak adalah pada 6 Mac 2020. Adakah pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada 6 Mac 2022?

    Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat adalah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat.

    Oleh itu, dalam kes ini, Pegawai A layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula 3 Mac hingga 5 Mac 2022. Pegawai A perlu menggunakan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang berkelayakan sekiranya pegawai ingin bercuti mulai 6 Mac 2022.

Kemudahan Cuti Bersalin

  • 1. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 75 hari, 82 hari atau 85 hari?

    Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dimohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran dan terhad kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

    [Perkara 5.1 dan 5.2 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017 (PP5/2017)]

  • 2. Pegawai telah memohon untuk menggunakan 80 hari Cuti Bersalin bagi anak keempat namun tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di Jabatan tersebut. Adakah Ketua Jabatan boleh memberikan kelulusan setakat 60 hari sahaja?

    Ya. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Bersalin 60 hari dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan.

    [Perkara 5.2 dan 16.1 dalam PP5/2017]

  • 3. Pegawai (kecuali guru) mempunyai baki Cuti Bersalin sebanyak 30 hari. Apakah kemudahan yang boleh digunakan oleh pegawai bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin?

    Pegawai adalah dikehendaki untuk memenuhi tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut :

    (A) Pilihan Pertama

    1. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh (30 hari) yang dilayaki; dan
    2. mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
    3. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan (i) dan (ii) di atas;

    atau

    (B) Pilihan Kedua

    1. menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh (30 hari) yang dilayaki; dan
    2. menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014).

    (Perkara 7.1 dalam PP14/2010)

  • 4. Pegawai (kecuali guru) telah menggunakan maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin. Apakah kemudahan yang boleh digunakan oleh pegawai bagi memenuhi tempoh Cuti Bersalin?

    Pegawai adalah dikehendaki untuk memenuhi tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut :

    (A) Pilihan Pertama

    1. mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan
    2. mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan (i) di atas;

    atau

    (B) Pilihan Kedua
    menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014).


    (Perkara 8.1 dalam PP14/2010)

  • 5. Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti bersalin sekiranya pegawai telah menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 360 hari?

    Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

    (Perkara 12 dalam PP 5/2017)

  • 6. Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin?

    Ya. Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia, layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal dan memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.

    (Perkara 13 dalam PP 5/2017)

  • 7. Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap?

    Ya. Kelayakan Cuti Bersalin semasa pegawai berkhidmat secara kontrak adalah diambil kira dan dianggap telah digunakan.

    (Perkara 15 dalam PP5/2017)

  • 8. Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan?

    Tidak. Pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    (Perkara 16.2 dalam PP5/2017)

  • 9. Puan Sarah sedang bercuti belajar dan dalam tempoh tersebut beliau telah melahirkan anak kedua tanpa penangguhan Cuti Belajar. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Bersalin?

    Tidak. Secara prinsipnya, tiada dua kemudahan digunakan dalam satu masa. Sekiranya pegawai bersalin dalam tempoh Cuti Belajar, maka pegawai tidak berkelayakan menggunakan kemudahan Cuti Bersalin.

Kemudahan Cuti Keagamaan

  • 1. Apakah dokumen perjalanan perlu dikemukakan oleh pegawai untuk Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Keagamaan?

    Pegawai boleh diminta untuk mengemukakan dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan dan visa (jika perlu) untuk Ketua Jabatan mempertimbangkan kemudahan ini bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di Luar Negara.

  • 2. Adakah guru yang berhasrat untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dan tempoh cuti penggal dikehendaki menggunakan kemudahan Cuti Keagamaan ini?

    Cuti Keagamaan adalah diberikan berdasarkan pemohonan. Oleh itu, tiada halangan jika guru berhasrat untuk tidak menggunakan kemudahan Cui Keagamaan yang jatuh dalam tempoh cuti penggal.

  • 3. Bagi guru adakan perkiraan tujuh (7) hari Cuti Keagamaan ini termasuk cuti peristiwa?

    Tidak. Sekiranya tarikh penerbangan/ perjalanan bermula pada cuti peristiwa, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya.

  • 4. Bolehkah Cui Keagamaan ini digunakan sebagai tambahan kepada cuti umum perayaan seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas?

    Tidak. Cuti Keagamaan tidak boleh digunakan untuk tujuan sambutan perayaan sebaliknya hanya bagi tujuan mengunjungi tempat keagamaan dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

  • 5. Bolehkah pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Keagamaan dan kemudiannya menganut agama Islam menggunakan kemudahan Cuti Umrah

    Boleh. Ini kerana ia merupakan dua kemudahan cuti yang berbeza.

Kemudahan Cuti Sakit

  • 1. Bilakah pemakaian peraturan penerimaan sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam tahun kalendar ini berkuat kuasa?

    Penambaikan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan iaitu pada 18 Februari 2022.

  • 2. Bagaimana pula dengan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam?

    Kekal.

    Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.Kekal. Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.

  • 3. Sekiranya pegawai telah menggunakan 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar, adakah pegawai masih boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi?

    Tidak boleh.

    Pegawai tidak boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi setelah menerima 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar. Ini kerana jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.

  • 4. Adakah sijil sakit swasta yang diterima oleh pegawai masih perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan bagi 90 hari pertama dan kelulusan Ketua Setiausaha bagi 90 hari seterusnya?

    Ya, peraturan tersebut masih berkuat kuasa.

  • 5. Pegawai telah menggunakan kelayakan Cuti Sakit Bergaji Penuh sebanyak 180 hari dalam suatu tahun kalendar dan pegawai masih lagi sakit. Apakah cuti lain yang boleh pegawai gunakan dalam tempoh sakit tersebut?

    Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang ada dan sekiranya telah digunakan dan pegawai masih tidak sihat, pegawai boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji hingga 90 hari dan Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji hingga 90 hari (Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji) dengan perakuan Lembaga Perubatan. Peruntukan ini adalah sepertimana terkandung dalam Perintah Am 22 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan pindaannya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.

  • 6. Apakah tindakan yang boleh diambil bagi pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu atau meminda cuti sakit?

    Ketua Jabatan hendaklah membuat semakan sewajarnya ke atas kesahihan sijil sakit swasta yang dikemukakan oleh pegawai.

    Tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil oleh Ketua Jabatan kepada pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu.

  • 7. Adakah sijil sakit daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari boleh dianggap sijil sakit swasta?

    idak boleh.

    Sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan tradisional dan komplementari seperti akupunktur, homeopathy, perubatan tradisional Melayu/ Cina/ India dan sebagainya tidak boleh diterima bagi tujuan permohonan cuti sakit swasta kerana tidak memenuhi takrifan Sijil Sakit di bawah Perintah Am 1 (ix) Bab C Tahun 1974. Selain itu, sijil sakit daripada rawatan tradisional dan komplementari tidak termasuk di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan

A. Perihal Surat Edaran
  • 1. Bilakah pemakaian peraturan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) ini berkuat kuasa?

    Pemakaian peraturan ini berkuat kuasa mulai 4 Mac 2022.

  • 2. Apakah perbezaan antara Cuti Kuarantin, Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan dan Cuti Kerantina?

    1. Cuti Kuarantin adalah cuti yang diberi kepada pegawai bagi menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit dan diberi perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin. Dasar ini berkuat kuasa mulai tahun 2016 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016. Walau bagaimanapun, Pekeliling Perkhidmatan ini telah dibatalkan mulai 4 Mac 2022;
    2. Manakala Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah penambahbaikan kepada Cuti Kuarantin yang dilaksanakan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld. 12 (8) bertarikh 4 Mac 2022; dan
    3. Cuti Kerantina pula adalah cuti yang diperuntukkan kepada pegawai yang dalam perjalanan balik dari luar Negara melalui kapal terbang atau pelabuhan dan ditahan oleh pihak berkuasa kesihatan bagi mengekang wabak penyakit merebak di bawah Perintah Am 24 Bab C.
B. Jenis Penyakit Berjangkit

3. Apakah jenis penyakit berjangkit yang boleh menggunakan kemudahan cuti ini?

Jenis penyakit berjangkit adalah sepertimana tersenarai di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4 (A) iaitu enam (6) jenis penyakit berjangkit dan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta

Jenis penyakit berjangkit tersebut adalah :

  1. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)];
  2. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah;
  3. Campak (Measles);
  4. Chickenpox;
  5. Difteria;
  6. Malaria; dan
  7. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta.
C. Perakuan Pegawai Perubatan

4. Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta?

Bermaksud perakuan secara bertulis untuk dikuarantin atau diasingkan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang disenaraikan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) dan bukannya atas nama pegawai.

D. Kadar Tempoh CMAKP
  • 5. Berapakah tempoh kelayakan bagi CMAKP?

    Terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM.

      1. Contoh 1:Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022 (10 hari, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM)

    Pegawai boleh menggunakan kemudahan CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM. Dalam kes ini, pegawai boleh memohon CMAKP pada bila-bila masa dalam tempoh 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022. CMAKP tersebut hendaklah digunakan maksimum 5 hari secara berturut-turut.

      1. Contoh 2:Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga 12 Mac 2022 (4 hari). Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada empat (4) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan lima (5) hari.

    1. Contoh 3: Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022 (10 hari). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin selama empat (4) hari sahaja demi kepentingan perkhidmatan walaupun kelayakan lima (5) hari. Oleh yang demikian, baki lima (5) hari tersebut tidak boleh dibawa ke hadapan bagi kes CMAKP yang lain. .
  • 6. Sekiranya anak yang sama dijangkiti penyakit yang berulang atau penyakit lain yang tersenarai di Lampiran A SR.5.4.4(A) Ceraian SR.5.4.4 (MyPPSM), adakah pegawai berkelayakan mendapat kemudahan CMAKP berdasarkan tempoh perakuan yang dinyatakan?

    1. Contoh 1:Pegawai A telah menggunakan kemudahan Cuti CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Namun begitu, anak sulungnya telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022.

      Justeru, pegawai A layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 dan layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022 termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM kerana terdapat tempoh terputus di antara perakuan pertama dan perakuan kedua yang mana anak pegawai telah pulih daripada penyakitnya semasa dalam tempoh perakuan pertama.
      Sila rujuk SIMULASI A

    2. Contoh 2:Pegawai B telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 10 Mac 2022 sehingga 14 Mac 2022 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 14 Mac 2022 sehingga 18 Mac 2022 (5 hari).

      Pegawai B layak mendapat CMAKP untuk anak keduanya selepas tamat tempoh CMAKP anak sulungnya pada 14 Mac 2022. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 14 Mac 2022, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 13 Mac 2022

    3. Contoh 3:Pegawai C telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Penyakit anak sulungnya masih belum sembuh dan doktor telah memberi perakuan mulai 14 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022.

      Pegawai C tidak layak mendapat CMAKP berdasarkan tempoh perakuan 14 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022. Namun, pegawai C boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji yang berkelayakan jika ingin bercuti bagi tempoh tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
      Sila rujuk SIMULASI A

  • 7a. Apakah yang dimaksudkan dengan “bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan” dalam MyPPSM Ceraian SR.5.4.4?

    Pegawai boleh memilih pada bila-bila masa CMAKP iaitu dalam tempoh perakuan kuarantin termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM terhad maksimum lima (5) hari secara berturutan bagi setiap kes mengikut mana yang lebih rendah.
    Sila rujuk SIMULASI B

  • 7b. Adakah pegawai boleh memilih hari bekerja sahaja?

    Pegawai boleh memilih hari bekerja terhad maksimum lima (5) hari secara berturutan termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM bagi setiap kes mengikut mana yang lebih rendah.

  • 8. Sekiranya berlaku pertindihan tarikh anak-anak pegawai dijangkiti penyakit berjangkit dan memerlukan kuarantin/pengasingan, apakah tarikh akhir CMAKP pegawai?

    Sekiranya tempoh kuarantin anak adalah bertindih dengan anak yang lain, tempoh akhir pegawai menggunakan CMAKP adalah pada hari terakhir tempoh lima (5) hari perakuan anak dikuarantin yang mana lebih lewat.
    Sila rujuk SIMULASI C

E. Kelayakan
  • 9. Nyatakan keadaan yang tidak melayakkan pegawai mendapat kemudahan CMAKP?

    Kemudahan CMAKP tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:

    1. Pegawai yang anaknya tidak dijangkiti penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit;
    2. Pegawai yang anaknya sihat tetapi taska/sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin dalam mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit;
    3. Anak pegawai tidak diperaku untuk dikuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta walaupun anak pegawai dijangkiti penyakit berjangkit; dan
    4. Pegawai menjadi kontak rapat (kepada anak yang positif COVID-19) dan pegawai telah diberi HSO. Dalam hal ini, Pegawai hendaklah menggunakan peruntukan Kebenaran Tidak Hadir Bertugas atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Akta 342.
  • 10. Pegawai menjadi kontak rapat (kepada anak yang positif COVID-19) tetapi pegawai tidak diberi HSO, adakah pegawai boleh menggunakan CMAKP?

    1. Contoh 1:Pegawai A telah menggunakan kemudahan Cuti CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Namun begitu, anak sulungnya telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022.

      Justeru, pegawai A layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 dan layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022 termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM kerana terdapat tempoh terputus di antara perakuan pertama dan perakuan kedua yang mana anak pegawai telah pulih daripada penyakitnya semasa dalam tempoh perakuan pertama. Sila rujuk SIMULASI A.

    2. Contoh 2:Pegawai B telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 10 Mac 2022 sehingga 14 Mac 2022 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 14 Mac 2022 sehingga 18 Mac 2022 (5 hari).

      Pegawai B layak mendapat CMAKP untuk anak keduanya selepas tamat tempoh CMAKP anak sulungnya pada 14 Mac 2022. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 14 Mac 2022, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 13 Mac 2022

    3. Contoh 3:Pegawai C telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Penyakit anak sulungnya masih belum sembuh dan doktor telah memberi perakuan mulai 14 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022.

      Pegawai C tidak layak mendapat CMAKP berdasarkan tempoh perakuan 14 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022. Namun, pegawai C boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji yang berkelayakan jika ingin bercuti bagi tempoh tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Sila rujuk SIMULASI A.

  • 11. Sekiranya suami/isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, adakah kedua-dua pegawai suami/isteri layak mendapat kemudahan CMAKP?

    Sekiranya suami/isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, kedua-dua pegawai suami/isteri layak mendapat kemudahan CMAKP maksimum lima (5) hari dan boleh digunakan secara serentak atau secara berasingan terhad selama tempoh perakuan yang dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM.

  • 12. Adakah pegawai lantikan kontrak (Contract of Service) dan personel MySTEP layak mendapat kemudahan CMAKP ini?

    Bagi pegawai lantikan kontrak (Contract of Service) adalah layak mendapat kemudahan ini.

    Manakala kemudahan CMAKP ini tidak terpakai kepada personel MySTEP.

  • 13a. Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan sementara?

    a) Bagi pegawai yang diberi hak penjagaan sementara oleh ibu bapa asal anak selain daripada yang dinyatakan di perenggan 8(a) - (e), Ceraian SR.5.4.4 (MyPPSM), untuk apa-apa jua sebab bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, pegawai tersebut layak mendapat kemudahan CMAKP. Dalam hal ini, anak pegawai lain bermaksud, anak kepada sesiapa sahaja (penjawat awam atau swasta) asalkan penjaga tersebut merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diberikan hak penjagaan semasa ketiadaan ibu dan bapa atas apa-apa jua sebab.

  • 13b. Apakah dokumen pengesahan penjagaan sementara yang diperlukan?

    b) Perakuan bertulis bagi hak penjagaan bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan hendaklah diberikan oleh ibu bapa kepada penjaga sementara yang merupakan pegawai perkhidmatan awam.

    Contoh 1:Pegawai A telah diberi hak penjagaan sementara oleh jirannya (pekerja swasta), untuk menjaga anak mereka yang berusia 7 tahun selama dua (2) bulan kerana bertugas di luar negara. Sekiranya anak jagaan tersebut didapati menghidap penyakit berjangkit seperti senarai penyakit di Lampiran A SR.5.4.4(A) Ceraian SR.5.4.4 (MyPPSM), pegawai A layak mendapat kemudahan CMAKP.

    Contoh 2:Pegawai B telah diberi hak penjagaan sementara oleh adiknya yang bertugas di Jabatan Kerajaan untuk menjaga anaknya yang berusia 7 tahun selama 45 hari untuk menunaikan fardhu haji. Selepas 2 minggu, anak jagaan sementara tersebut disahkan menghidap HFMD dan diberi perakuan kuarantin selama tujuh (7) hari. Maka, pegawai B layak mendapat CMAKP kerana perakuan bertulis ibu bapa diberi melebihi satu (1) bulan

F. Bekerja Dari Rumah (BDR)

20. Bolehkah Ketua Jabatan mempertimbangkan BDR kepada pegawai yang berupaya melaksanakan tugasan di rumah walaupun anak pegawai diperaku oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin atau diasingkan?

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR sepertimana peruntukan di bawah MyPPSM Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah. BDR boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai berupaya melaksanakan tugasan pejabat di rumah.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Terlibat Dalam Pertandingan Sukan Di Peringkat Kebangsaan Dan/ Atau Antarabangsa

  • 1. Bilakah penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan ini berkuat kuasa?

    Peraturan ini berkuat kuasa mulai 5 April 2023.

  • 2. Adakah personel MySTEP layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod jika terlibat dalam pertandingan sukan?

    Tidak layak.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan tidak terpakai kepada personel MySTEP.

  • 3. Adakah pegawai layak mendapat Cuti Tanpa Rekod apabila dilantik oleh badan sukan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk terlibat dalam pertandingan sukan?

    Tidak layak.

    Hanya Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan sahaja yang layak mendapat Cuti Tanpa Rekod.

  • 4. Pegawai telah dilantik oleh badan sukan Antarabangsa dan terlibat dalam pertandingan sukan di peringkat Antarabangsa. Adakah pegawai layak untuk mendapat Cuti Tanpa Rekod?

    Tidak layak.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] sahaja.

  • 5. Pegawai telah terlibat dengan kejohanan pelayaran peringkat Antarabangsa SSL GOLD CUP 2023 di Switzerland. Pegawai memerlukan Cuti Tanpa Rekod melebihi 30 hari.

    Cuti Tanpa Rekod yang diperlukan melebihi 30 hari perlu mendapat pertimbangan Ketua Setiausaha Kementerian. Sekiranya tidak dipertimbangkan, pegawai boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji bagi tujuan tersebut.

  • 6. Pegawai telah terlibat dalam perlawanan kejohanan bola sepak anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK Malaysia). Adakah pegawai layak Cuti Tanpa Rekod bagi maksud Ceraian SR.5.5.1?

    Tidak layak.

    MAKSAK Malaysia bukan badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Oleh itu pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan. MAKSAK Malaysia merupakan pertubuhan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di bawah peruntukan Perintah Am 42(a) Bab C. Oleh itu, sekiranya pegawai merupakan ahli MAKSAK, maka pegawai layak mendapat Cuti Tanpa Rekod di bawah peruntukan Perintah Am 42(a) (MyPPSM Ceraian SR.5.5.3).

  • 7. Pegawai menghadiri Kursus Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia atas Anjuran Persatuan Badminton Malaysia. Adakah pegawai tersebut layak mendapat Cuti Tanpa Rekod?

    Tidak layak.

    Sekiranya pegawai menghadiri kursus kejurulatihan, maka pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji bagi tujuan tersebut.

  • 8. Pegawai telah dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan dan telah dipilih menjadi pengadil bagi sukan boling Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Tahun 2023. Adakah pegawai layak Cuti Tanpa Rekod?

    Tidak Layak.

    Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Tahun 2023 adalah sukan yang dipertandingkan di peringkat Negeri.

    Pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/ atau Antarabangsa sahaja yang layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod.

  • 9. Adakah tempoh 30 hari Cuti Tanpa Rekod termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am?

    Ya.

    Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

  • 10. Sekiranya pegawai telah menerima jemputan untuk menghadiri Sukan Para SUKMA, adakah pegawai layak diberi Cuti Tanpa Rekod?

    Tidak layak.

    Pegawai yang hadir sebagai jemputan tidak layak diberi Cuti Tanpa Rekod kerana pegawai tidak dipilih oleh badan sukan untuk menyertai pertandingan Sukan Para SUKMA.

  • 11. Adakah seorang pegawai yang dipilih oleh badan sukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa boleh membuat tuntutan perjalanan ke pertandingan sukan tersebut?

    Tidak boleh.

    Pegawai yang dipilih oleh badan sukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/ atau Antarabangsa tidak dikira sebagai menjalankan tugas rasmi iaitu tugas yang berkaitan dengan tugas pejabatnya. Maka pegawai tersebut tidak boleh membuat tuntutan perjalanan sepertimana peraturan berkuat kuasa.

  • 12. Bagaimanakah Ketua Jabatan memastikan badan sukan yang melantik pegawai bagi menyertai pertandingan sukan merupakan badan sukan yang sah?

    Ketua Jabatan boleh membuat semakan senarai badan sukan melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan.

  • 13. Pegawai telah dilantik sebagai Sukarelawan Sukan bagi Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung mulai 19 hingga 26 September 2023. Adakah pegawai boleh diberi Cuti Tanpa Rekod mulai 19 hingga 26 September 2023?

    Cuti Tanpa Rekod bagi Sukarelawan Sukan adalah mengikut tarikh jadual bertugas yang ditetapkan oleh penganjur/ pengelola tidak melebihi 30 hari setahun.

  • 14. Sekiranya seorang pegawai dipilih oleh badan sukan untuk bertanding di peringkat Kebangsaan dalam sukan bola sepak, ragbi, hoki dan silat, adakah pegawai tersebut layak mendapat Cuti Tanpa Rekod?

    Pegawai boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Rekod tidak lebih daripada tiga (3) jenis sukan sahaja dalam setahun.

  • 15. Bagi kes berikut, adakah pegawai layak diberi Cuti Tanpa Rekod?

    i. pegawai dipilih oleh Jabatan A untuk menyertai Sukan Institut Pengajian Tinggi SUKIPT) peringkat Kebangsaan

    Tidak layak.
    Pegawai dipilih oleh Jabatan A yang bukan merupakan badan sukan.

    ii. pegawai dipilih oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menyertai Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) peringkat Kebangsaan

    Layak.
    Pegawai dipilih oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai

  • 1. Bilakah penambahbaikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini berkuat kuasa?

    Peraturan ini berkuat kuasa mulai 22 Mei 2023.

  • 2. Pn. Siti kelahiran Sabah berkhidmat di Semenanjung Malaysia tetapi beliau tidak menyambut Pesta Kaamatan. Adakah Pn. Siti layak diberikan CTR Sempena Pesta Kaamatan?

    Layak.

    Pn. Siti layak mendapat CTR Sempena Pesta Kaamatan kerana beliau lahir di Sabah dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia.

  • 3. En. Andy lahir di Selangor dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia. Beliau merupakan etnik Dayak yang menyambut Hari Gawai. Adakah En. Andy layak diberikan CTR Sempena Hari Gawai?

    Layak.

    En. Andy layak mendapat CTR Hari Gawai kerana beliau merupakan etnik yang menyambut Hari Gawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia.

  • 4. En. Jason berketurunan Dayak dan berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan. Adakah En. Jason layak diberikan CTR Hari Gawai?

    Layak.

    En. Jason layak mendapat CTR Hari Gawai kerana beliau merupakan etnik yang menyambut Hari Gawai yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan.

  • 5. Pn. Mary berketurunan Rungus dan berkhidmat di Sarawak. Adakah Pn. Mary layak diberikan CTR Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

    Pn. Mary tidak layak diberikan CTR Hari Gawai kerana beliau bukanlah etnik yang menyambut Hari Gawai. Namun begitu, oleh kerana Pn. Mary berkhidmat di Sarawak dan Hari Gawai merupakan Hari Kelepasan Am di negeri Sarawak, maka beliau turut menikmati Hari Kelepasan Am tersebut.

    Pn. Mary juga layak diberi CTR Pesta Kaamatan mengambil kira Pn. Mary merupakan etnik Rungus yang menyambut Pesta Kaamatan.

  • 6. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah sahaja yang layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini?

    Tidak

    Kemudahan CTR ini tidak ada kaitan dengan penerimaan Bayaran Insentif Wilayah.

  • 7. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan pegawai adalah berketurunan etnik yang menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai?

    Maklumat peribadi pegawai yang telah disahkan dalam Sistem HRMIS, Sijil kelahiran pegawai atau dokumen-dokumen yang berkaitan.

  • 8. Adakah pegawai lantikan Contract of Service layak mendapat kemudahan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai?

    Pegawai lantikan Contract of Service layak diberikan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

  • 9. Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan atau Hari Kelepasan Am, adakah CTR tersebut boleh dibawa kepada hari berikutnya?

    Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan atau Hari Kelepasan Am, peruntukan CTR tersebut adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa kepada hari berikutnya.

Soalan Lazim

Kemudahan Lain

Soalan Lazim

Kemudahan Subsidi Pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Di Tempat Kerja Sektor Awam

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan TASKA di tempat kerja sektor awam?

    Taman Asuhan Kanak-Kanak di tempat kerja sektor awam yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.

  • 2. Berapakah bilangan anak yang layak untuk menerima subsidi yuran pengasuhan TASKA?

    Tiada had bilangan anak pegawai.

    Subsidi yuran pengasuhan TASKA diberikan kepada setiap anak pegawai yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.

  • 3. Bolehkah pegawai menghantar anak ke TASKA di tempat kerja sektor awam yang beroperasi di luar tempat pegawai berkhidmat?

    Boleh.

    Pegawai boleh menghantar anak ke TASKA di kementerian atau jabatan Kerajaan selain daripada tempat kerjanya.

  • 4. Pegawai bertugas di Putrajaya. Sementara itu, anak dijaga oleh keluarga dan dihantar ke TASKA di tempat kerja sektor awam di Sabah. Adakah pegawai layak diberikan subsidi yuran pengasuhan TASKA?

    Layak, sekiranya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

  • 5. Adakah pegawai layak diberikan subsidi yuran pengasuhan TASKA sekiranya tarikh kemasukan ke TASKA selain bulan Januari atau pertengahan bulan?

    Layak dengan syarat umur anak mesti bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.

  • 6. Adakah bayaran elaun yang tidak diterima secara tetap setiap bulan termasuk dalam tafsiran pendapatan isi rumah?

    Tidak

    Sebagai contoh, Elaun Lebih Masa dan Elaun Tanggung Kerja tidak ditafsirkan sebagai pendapatan bulanan isi rumah.

  • 7. Encik Rahim dan Puan Sarah mempunyai dua (2) orang anak berumur bawah empat (4) tahun. Bolehkan Encik Rahim dan Puan Sarah memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA memandangkan pendapatan isi rumah adalah kurang RM7000 sebulan?

    Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA hanya layak diberi kepada salah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi setiap seorang anak.

    Dalam perkara ini,

    1. Encik Rahim atau Puan Sarah boleh memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi kedua-dua anak; atau
    2. Encik Rahim boleh memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi seorang anak (anak sulung) ; dan
    3. Puan Sarah memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi seorang anak (anak kedua).
  • 8. Adakah pegawai layak menikmati kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA sekiranya sedang menggunakan kemudahan Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji?

    Tidak layak.

  • 9. Bilakah pegawai perlu memperbaharui permohonan subsidi yuran pengasuhan TASKA?

    Pegawai perlu mengemukakan semula salinan penyata gaji terkini pegawai dan suami/ isteri serta dokumen berkaitan sebelum 31 Disember setiap tahun kepada bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di mana pegawai berkhidmat.

Soalan Lazim

Kemudahan Pakaian

Soalan Lazim

Pakaian Seragam

  • 1. Siapakah yang layak dibekalkan pakaian seragam?

    Berdasarkan Perkara 2, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 (PP7/1990), penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam adalah berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu. Pakaian seragam dibekalkan berdasarkan asas-asas berikut:

    • sebagai lambang kuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan. Pakaian seragam dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka, dan mereka dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas. Kakitangan yang terlibat adalah seperti Pengawal Keselamatan, Pembaca Meter, Jururawat dan Ahli Bomba;
    • bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri kakitangan daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. Kakitangan terlibat dengan bidang tugas ini adalah seperti pekerja makmal, pekerja bengkel, pekerja am di luar pejabat dan wad rawatan pesakit; dan
    • bagi tujuan kebersihan dan rupa. Hal ini melibatkan kakitangan seperti Pemandu dan Pembantu Am Rendah.
  • 2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemudahan pakaian seragam?

    Permohonan kemudahan pakaian seragam perlu dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Ketua Setiausaha Kementerian.

  • 3. Apakah komponen-komponen pakaian seragam?

    Pakaian seragam adalah meliputi keseluruhan komponen yang melengkapkan reka bentuk pakaian seragam yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun di Jabatan Perdana Menteri dan meliputi perkara-perkara seperti berikut yang mana berkenaan:

    • pakaian;
    • topi/songkok;
    • kasut (kulit/kanvas/getah);
    • tali pinggang; dan
    • tali leher.
  • 4. Berapakah bilangan pakaian seragam dan kasut yang dibekalkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk setahun ?

    Tiga (3) pasang pakaian seragam dan dua (2) pasang kasut setahun selaras dengan Perkara 3.2, PP7/1990 dan perkara 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 yang berkuat kuasa.

  • 5. Apakah tanggungjawab Ketua Jabatan?

    Ketua Jabatan perlu memastikan kakitangan yang dibekalkan pakaian seragam memakainya semasa menjalankan tugas rasmi.

  • 6. Adakah rekabentuk dan warna pakaian seragam yang telah diluluskan boleh dipinda?

    Jika terdapat sebarang pindaan ke atas reka bentuk dan warna pakaian seragam, jabatan boleh membuat permohonan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun di Jabatan Perdana Menteri yang diurusetiakan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa.

  • 7. Bilakah bantuan pakaian seragam perlu dibekalkan oleh Jabatan?

    Bekalan Pakaian Seragam hendaklah dibuat sebelum akhir bulan April setiap tahun.

  • 8. Bolehkah pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mengandung dibekalkan kemudahan pakaian seragam yang layak baginya walaupun beliau tidak bertugas di lapangan tetapi hanya bekerja dalam pejabat sepanjang tempoh mengandung?

    Pegawai boleh dibekalkan pakaian seragam dan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Ketua Jabatan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pengurusan bekalan pakaian seragam kepada pegawai-pegawainya yang dirasakan layak, serta mendapatkan kemudahan tersebut asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

  • 9. Adakah pihak jabatan/ agensi perlu mengemukakan permohonan kepada JPA bagi tempahan pakaian korporat?

    Tidak perlu. Permohonan perbekalan pakaian korporat boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian/ Pegawai Pengawal berdasarkan Surat Edaran Kementerian Kewangan ruj: KK/BP/DS10/859/645 Jld. 20 (SK. 6/2012) (47) bertarikh 7 Disember 2012. Melalui surat tersebut, kementerian/jabatan boleh mempertimbangkan dan meluluskan pakaian korporat/seragam/koir/nasyid/ kontinjen perarakan dan seumpamanya selain daripada pakaian seragam yang diperuntukkan di bawah PP7/1990 dan Pekeliling Perbendaharaan WP2.3.

  • 10. Adakah pegawai yang ditahan kerja layak untuk menuntut pakaian seragam bagi tahun-tahun yang beliau ditahan kerja tersebut?

    Isu kelayakan pakaian seragam semasa pegawai ditahan kerja tidak timbul kerana pegawai tidak lagi berkelayakan untuk menuntut kemudahan pakaian seragam (disebabkan telah digantung kerja dan tidak menjalankan tugas) yang merupakan penentuan di bawah bidang kuasa Ketua Jabatan selaku pegawai pengawal, selaras dengan Perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2014 yang berkuat kuasa.

  • 11. Adakah pegawai layak untuk menerima kain dan bantuan upah jahit semasa dalam tempoh Cuti Tanpa Gaji?

    Sekiranya pegawai bercuti atau meninggalkan tugas melebihi 12 bulan, maka pegawai tidak layak untuk menuntut kemudahan pakaian ini atas dasar pegawai tidak menjalankan tugas dalam tempoh tersebut (SPP 4/2009, perenggan 5.3 (b)).

Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie

  • 1. Apakah tafsiran pakaian Black Tie?

    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2007 (PP16/2007), pakaian Black Tie bererti pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis makan malam.

  • 2. Siapakah yang layak untuk menuntut Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie?

    Berdasarkan Perkara 9 PP16/2007, pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai pakaian Istiadat adalah berkelayakan untuk menuntut Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie.

  • 3. Apakah Komponen Pakaian Black Tie?

    Komponen pakaian Black Tie ialah Jaket hitam berlapel satin atau sutera, seluar panjang hitam berjalur hitam kiri dan kanan, kemeja putih dress shirt with wing or normal collar, bengkung hitam, bow hitam bagi pegawai lelaki manakala komponen pakaian Black Tie bagi pegawai wanita ialah baju kurung/kebaya berserta selendang atau pakaian petang (evening dress) termasuk beg tangan dan kasut.

  • 4. Berapakah kadar Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie?

    RM1,000.00 bagi setiap tiga (3) tahun sekali.

  • 5. Apakah syarat bagi mendapat kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie?

    Kemudahan ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali dan tuntutan bayaran balik pakaian Black Tie hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan resit sebagai bukti pembelian. Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai selaras Perkara 11 PP16/2007.

  • 6. Adakah pegawai perlu mengemukakan kad jemputan ke majlis makan malam semasa membuat tuntutan Bantuan Pakaian Black Tie?

    PP16/2007 jelas menerangkan kemudahan Bantuan Pakaian Black Tie layak diberikan dengan disokong oleh resit pembelian sahaja.

  • 7. Adakah pegawai yang telah menuntut Pakaian Istiadat/ Bantuan Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi boleh membuat tuntutan terhadap Pakaian Black Tie dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama?

    Pemberian kemudahan Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie tidak terikat kepada kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) atau Pakaian Istiadat, selaras dengan ketetapan dalam PP16/2007. Oleh itu, pegawai layak untuk menuntut Bantuan Pakaian Black Tie.

  • 8. Adakah pegawai yang telah dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam (bukan majlis rasmi Kerajaan) yang menetapkan pemakaian Black Tie layak untuk menuntut kemudahan tersebut?

    Dalam hal ini, tidak kira sama ada majlis yang dihadiri oleh seseorang pegawai itu majlis rasmi Kerajaan atau tidak, selagi mana pegawai tersebut menepati tafsiran perkara 9 PP16/2007, maka, pegawai layak membuat tuntutan bantuan pakaian Black Tie setiap 3 tahun sekali dan perlu dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

Bantuan Bayaran Pakaian Istiadat

  • 1. Bilakah pemakaian kadar baharu Bayaran Pakaian Istiadat berkuat kuasa?

    Kadar baharu Bayaran Pakaian Istiadat iaitu RM3,500.00 berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Tuntutan yang telah dibuat sebelum tarikh kuat kuasa adalah tertakluk kepada kadar terdahulu iaitu RM1,500.00

  • 2. Apakah pegawai perlu mengemukakan surat/ kad jemputan semasa membuat tuntutan.

    Pegawai perlu mengemukakan surat/ kad jemputan/ arahan bertugas Parlimen/DUN berserta resit semasa membuat tuntutan.

  • 3. Bagaimanakah pengiraan tempoh tiga (3) tahun sekiranya pegawai membuat tuntutan pakaian siang dan pakaian malam secara berasingan?

    Tempoh tiga tahun adalah berdasarkan tarikh tuntutan pertama yang dikemukakan oleh pegawai

  • 4. Apakah komponen bagi Pakaian Istiadat?


    Pakaian Siang (Lelaki): Jaket putih/ Seluar hitam/ Songkok hitam/ Georget/ Apolet/ Kasut hitam
    Pakaian Malam (Lelaki): Kemeja putih/ Mess jaket putih/ Seluar hitam/ Apolet/ Bengkung/ Kasut hitam
    Pakaian Siang (Wanita): Jaket putih/ kain sarung hitam/ topi hitam/ georgette/ apolet/ tas tangan hitam/ kasut hitam
    Pakaian Malam (Wanita):Mess jaket putih/ baju panjang wanita hitam/ apolet/ bengkung/ tas tangan/ kasut hitam

  • 5. Adakah tudung bagi pegawai wanita dikira sebagai komponen pakaian istiadat?

    Tidak. Tudung tidak dikira sebagai komponen pakaian istiadat.

  • 6. Bolehkah Pegawai membuat tuntutan bayaran balik bagi komponen kasut sahaja (tanpa pakaian)

    Tidak boleh. Tuntutan bayaran balik komponen tanpa pakaian adalah tidak wajar.

  • 7. Sekiranya pegawai telah membuat tuntutan bayaran pakaian istiadat pada Disember 2022, adakah pegawai layak membuat tuntutan semula dengan menggunakan kadar baharu?

    Pegawai yang telah membuat tuntutan sebelum tarikh kuat kuasa 1 Januari 2023 adalah tertakluk kepada kadar dan syarat terdahulu sebelum layak menuntut kadar dan syarat baharu ini.

  • 8. Jika Pegawai telah membuat tuntutan bayaran balik pakaian istiadat siang sebanyak RM1,750.00 pada Januari 2023 namun hanya RM1,500.00 yang dapat dituntut kerana belum berkuatkuasanya kadar baharu pakaian istiadat, bolehkah pegawai menuntut baki RM250.00 di bawah kadar baharu?

    Boleh. Jumlah yang tidak dapat dituntut iaitu RM250.00 boleh dituntut kembali berdasarkan peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

  • 9. Jika Pegawai telah membuat tuntutan pakaian siang pada Februari 2023 dengan kadar RM1,800.00 dan pakaian malam pada Mei 2023 dengan kadar RM2,000.00, bagaimanakah pengiraan kadar tuntutan pegawai.

    Pegawai layak tuntutan pakaian siang pada Februari 2023 dengan kadar RM1,800.00. Walau bagaimanapun, pegawai hanya layak tuntutan pakaian malam pada Mei 2023 dengan kadar RM1,700.00 sahaja (RM3,500.00- RM1,800.00).

  • 10. Pada Jun 2023, pegawai membuat tuntutan pakaian istiadat siang sebanyak RM1,500.00. Bolehkah pegawai membuat tuntutan pakaian istiadat siang kali kedua pada Mei 2024 sebanyak RM1,500.00?

    Tidak boleh. Dasar semasa memperuntukkan kadar bagi dua jenis pakaian istiadat iaitu pakaian siang dan pakaian malam serta tiga (3) tahun merupakan tempoh yang munasabah bagi penyelenggaraan setiap pakaian tersebut.

  • 11. Bagaimanakah pengiraan tempoh kelayakan tiga (3) tahun akan datang sekiranya pegawai telah membuat tuntutan pada Mac 2023 dan Januari 2024

    Pengiraan tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama iaitu Mac 2023.

Bantuan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR)

  • 1. Apakah tafsiran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi?

    Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16 Tahun 2007 (PP16/2007), Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bererti Pakaian kebangsaan/ Dark Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

  • 2. Siapakah yang layak untuk menuntut BPMUR?

    • Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai Pakaian Istiadat layak diberi Bayaran Pakaian Istiadat dan boleh memilih untuk menggantikannya dengan BPMUR;
    • Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak mempunyai pakaian istiadat dan dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi BPMUR;
    • Pasangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang turut hadir dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi BPMUR; dan
    • Pegawai Gred 41 dan ke atas dan dipanjangkan kepada kumpulan sokongan Gred 27 hingga Gred 40 yang dikehendaki bertugas di Parlimen / DUN adalah layak menerima kemudahan ini (SPP11/2008).
  • 3. Apakah komponen Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi?

    Pakaian Kebangsaan/ Dark Lounge Suit  bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita.

  • 4. Berapakah kadar BPMUR?

    Pegawai RM650.00 dan pasangan RM450.00

  • 5. Apakah syarat bagi mendapat kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat?

    Kemudahan ini diberikan setiap tiga (3) tahun sekali. Pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama. Tuntutan bayaran balik BPMUR hendaklah disokong dengan resit dan maklumat jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai selaras dengan Perkara 11, PP16/2007.

  • 6. Adakah pegawai perlu mengemukakan surat jemputan atau surat arahan semasa membuat tuntutan?

    Ya.

  • 7. Adakah pegawai yang telah menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi boleh membuat tuntutan terhadap Bayaran Pakaian Istiadat dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama?

    Pemberian kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat adalah terikat dengan kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) selaras dengan ketetapan dalam PP16/2007. Pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut BPMUR dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama dan sebaliknya.

  • 8. Bagaimana cara membuat tuntutan kadar bagi pasangan?

    Pegawai yang menerima bintang atau pingat dan membawa pasangan bukan pegawai perkhidmatan awam, tuntutan BPMUR bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada jabatan pegawai. Manakala bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang hadir sebagai pasangan kepada penerima bintang atau pingat, tuntutan BPMUR perlu dikemukakan kepada jabatan pegawai sendiri (SPP15/2007).

  • 9. Apakah yang dimaksudkan dengan pasangan?

    Pasangan pegawai bagi maksud BPMUR ialah suami atau isteri pegawai (SPP15/2007).

  • 10.Adakah pegawai yang memakai Pakaian Batik Malaysia untuk bertugas harian di Parlimen atau DUN layak menuntut kemudahan BPMUR?

    Pegawai adalah layak menuntut BPMUR sekiranya memakai Pakaian Batik Malaysia ketika bertugas harian pada hari Khamis. Ini adalah selari dengan surat edaran JPA rujukan JPA. 100.1/4/1(13) bertarikh 21 Ogos 2023 yang mewajibkan pemakaian Pakaian Batik Malaysia pada setiap hari Khamis.

  • 11. Apakah definisi Batik Malaysia?

    Definisi Batik Malaysia adalah seperti yang dinyatakan dalam surat edaran JPA rujukan JPA. 100.1/4/1(13) bertarikh 21 Ogos 2023.

Bantuan Upah Jahit

  • 1. Apakah penambahbaikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2014 (PP1/2014)?

    Melalui pekeliling ini, Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Upah Jahit sebagai ganti kepada bayaran balik upah jahit dengan disokong resit. Oleh itu, pegawai tidak perlu mengemukakan resit sebagaimana pelaksanaan sebelum ini. Bantuan Upah Jahit akan terus dibayar kepada pegawai yang berkelayakan.

  • 2. Siapakah pegawai yang layak menerima Bantuan Upah Jahit?

    Pegawai Perkhidmatan Awam yang layak kemudahan pakaian seragam di bawah agensi yang menggunakan kaedah perolehan dengan membeli kain dan mengagihkan kepada pegawai bagi menguruskan sendiri jahitan.

  • 3. Adakah pelatih/ kadet dan seumpamanya yang sedang mengikuti kursus pra-perkhidmatan layak menerima Bantuan Upah Jahit?

    Tidak layak.

  • 4. Berapakah kelayakan pegawai untuk menerima Bantuan Upah Jahit?

    Setiap pegawai layak dibayar Bantuan Upah Jahit terhad kepada tiga (3) pasang pakaian seragam dalam setiap tahun kalendar.

  • 5. Adakah Ketua Jabatan perlu membuat Kew.8 untuk tujuan pembayaran Bantuan Upah Jahit?

    Tidak perlu disediakan Kew.8. Lampiran A, PP1/2014 sudah memadai untuk tujuan pembayaran.

  • 6. Apakah kod pembayaran bagi Bantuan Upah Jahit?

    Kod Objek 15199 - Pelbagai Pemberian Termasuk Elaun Perkakas dan Elaun Pakaian.

  • 7. Adakah keperluan untuk mencatat Bantuan Upah Jahit dalam penyata gaji?

    Tidak perlu, oleh kerana bayaran dibuat secara baucar bayaran biasa.

  • 8. Adakah keperluan untuk mencatat Bantuan Upah Jahit dalam Buku Rekod Perkhidmatan?

    Tidak perlu dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan.

  • 9. Apakah tindakan Ketua Jabatan dalam melaksanakan PP1/2014?

    1. Mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit;
    2. Menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat seperti format di Lampiran A, PP1/2014; dan
    3. Memastikan bekalan kain dibuat pada tempoh yang munasabah supaya pakaian seragam dapat disiapkan dalam waktu yang diperlukan.
  • 10. Apakah tindakan Pusat Tanggungjawab dalam melaksanakan PP1/2014?

    1. Memastikan Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai;
    2. Memastikan Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi;
    3. Bagi pembayaran Bantuan Upah Jahit yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan
    4. Membuat bayaran Bantuan Upah Jahit berdasarkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit seperti dalam Lampiran A, PP1/2014.
  • 11. Bagaimanakah pembayaran Bantuan Upah Jahit sekiranya melibatkan pegawai yang dinaikkan pangkat/ baru dilantik/ akan bersara?

    Bantuan Upah Jahit dibayar secara bersekadar(proportionate) mengikut bilangan bekalan kain dengan mengambil kira tarikh lantikan, tarikh naik pangkat atau tarikh bersara pegawai.

Soalan Lazim

Kemudahan Perubatan

Soalan Lazim

Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan

  • 1. Siapakah yang layak untuk menggunakan kemudahan skim perlindungan insuran kesihatan ke luar negara atas urusan persendirian?

    Berdasarkan PP6/2015, pegawai Perkhidmatan Awam yang layak ialah:

    1. pegawai yang dilantik secara tetap, sementara, dan kontrak; dan
    2. pegawai yang ditempatkan berkhidmat di luar negara yang berada di negara ketiga atas urusan persendirian. Bagi maksud peruntukan kemudahan ini, "negara ketiga" bermakna negara selain daripada negara di mana pegawai ditempatkan berkhidmat dan Malaysia.
  • 2. Berapakah kadar kemudahan skim perlindungan insuran kesihatan ke luar negara atas urusan persendirian?

    Bil Hari

    Kadar Premium Insurans Kesihatan (RM)

    Kawasan 1

    Kawasan 2

    Kawasan 3

    1-5

    32

    42

    52

    6 - 10

    46

    64

    80

    11 - 18

    62

    103

    120

    19 - 31

    72

    119

    170



    Kawasan 1

    Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Nepal, Kemboja, Laos, China, India, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam, Hong Kong, Macau dan di dalam Malaysia.

    Kawasan 2

    Seluruh dunia kecuali USA/ Kanada dan negara-negara di Kawasan 1.

    Kawasan 3

    USA/Kanada

    Sekiranya terdapat perbezaan kadar yang dibayar oleh pegawai, kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada kadar premium mengikut negara dilawati seperti di atas sahaja.

  • 3. Adakah pegawai perlu membeli skim perlindungan insurans kesihatan ke luar negara daripada syarikat yang dilantik dalam PP 6/2015 sahaja?

    Mulai 1 Januari 2019, pegawai yang layak telah diberi fleksibiliti untuk memilih untuk membeli sendiri perkhidmatan skim perlindungan insurans kesihatan ke luar negara daripada mana-mana syarikat yang menawarkan skim perlindungan insurans kesihatan ke luar negara dan pegawai boleh membuat tuntutan bayaran balik kepada Ketua Jabatan.

  • 4. Apakah syarat bagi Kemudahan Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian?

    1. tuntutan bayaran balik kemudahan insurans kesihatan ke luar negara hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan resit sebagai bukti pembelian; terhad kepada diri pegawai sahaja;
    2. meliputi perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan;
    3. kemudahan perlindungan insurans kesihatan ditanggung oleh Kerajaan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar; dan
    4. tempoh perlindungan insurans kesihatan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh perjalanan.
    5. penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai. 
  • 5. Sekiranya pegawai ke luar negara melebihi satu (1) kali dalam setahun kalendar, adakah pegawai perlu membeli skim perlindungan insurans kesihatan dan adakah pegawai boleh membuat tuntutan bagi pembelian seterusnya?

    Kerajaan hanya menanggung kemudahan perlindungan insurans kesihatan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar.

    Mulai 23 Ogos 2018, pegawai Perkhidmatan Awam diwajibkan mengambil perlindungan insurans kesihatan sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian. Oleh itu, pegawai boleh memilih menggunakan kemudahan ini bagi mana-mana perjalanan keluar negara yang melebihi satu (1) kali.
    Bagi maksud permohonan tuntutan bayaran balik premium insurans kepada Ketua Jabatan, pegawai hanya layak membuat tuntutan bayaran balik terhad kepada satu (1) kali dalam setiap tahun kalendar.

Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan

  • 1. Adakah pegawai boleh membuat tuntutan bagi pembelian ubat yang tidak disenaraikan dalam senarai formulari Kementerian Kesihatan Malaysia setelah mendapat syor daripada doktor pakar?

    Pegawai diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan khas daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atau Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pembelian ubat yang tidak disenaraikan dalam senarai formulari Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • 2. Apakah prosedur bagi mendapatkan kelulusan bagi pembelian ubat yang tidak disenaraikan dalam senarai formulari Kementerian Kesihatan Malaysia?

    Permohonan kelulusan bagi pembelian ubat yang tidak disenaraikan dalam senarai formulari Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dikemukakan kepada:

    1. Unit Teknikal Bantuan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia; atau
    2. Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

    Rujukan atas talian boleh diperolehi melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

  • 3. Puan Noraini mempunyai seorang anak yang berumur 13 tahun dan telah lama mencuba untuk mendapatkan anak kedua. Adakah Puan Noraini layak memohon perbelanjaan kemudahan perubatan bagi rawatan kemandulan?

    Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang dibenarkan adalah rawatan yang bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja, iaitu bagi pegawai/pasangan yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung. Sehubungan itu, Puan Noraini tidak layak memohon kemudahan perubatan bagi rawatan kemandulan kerana pernah mengandung dan mempunyai anak.

  • 4. Encik Mansur telah disahkan oleh Pakar Nefrologi Kerajaan untuk menjalani rawatan buah pinggang hemodialisis di pusat dialisis swasta. Beliau perlu menjalani rawatan tersebut sebanyak tiga (3) kali seminggu. Bagi tujuan permohonan tuntutan perbelanjaan bagi rawatan buah pinggang menggunakan Borang 1/09, adakah beliau perlu mendapatkan pengesahan Pakar Nefrologi Kerajaan untuk setiap kali tuntutan?

    Rawatan dialisis lazimnya melibatkan tempoh rawatan yang panjang. Oleh itu, perakuan dan pengesahan Pakar Nefrologi Kerajaan hanya perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan semasa permohonan kali pertama sahaja dengan menggunakan borang perubatan 1/09 yang lengkap, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.

Soalan Lazim

Kemudahan Perumahan

Soalan Lazim

Pelaksanaan Peraturan Menduduki Rumah Kerajaan Di Agensi Kerajaan Persekutuan

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Rumah Kerajaan?

    Rumah Kerajaan adalah rumah yang dibina, diperoleh, disewa atau dipajak oleh Kerajaan dan mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, elektrik, kaedah pembuangan najis dan kumbahan yang sempurna. Terdapat beberapa jenis Rumah Kerajaan iaitu:

       
    1. Rumah Biasa Kerajaan;
    2. Rumah Khas Jabatan;
    3. Rumah Khas Jawatan;
    4. Kediaman Penjawat Tinggi Kerajaan;
    5. Rumah Kediaman Luar Negeri; dan
    6. Mes/ berek/ asrama.

    (Rujukan:  Perenggan  4,  Ceraian  SR.3.1.1,  Lampiran  I,  MyPPSM:  Kemudahan Perumahan Kerajaan)

  • 2. Adakah Kerajaan bertanggungjawab menyediakan Rumah Kerajaan kepada setiap anggotanya?

    Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan rumah kediaman bagi anggotanya, namun berhak memperuntukkan Rumah Kerajaan kepada mana-mana anggotanya yang difikirkan sesuai untuk mendapatkan rumah.

    Kerajaan atas budi bicaranya boleh menyediakan rumah kediaman bagi jawatan tertentu yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan, Rumah Khas Jabatan, Rumah Kediaman Luar Negeri, Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan termasuk rumah bagi anggota Polis, Tentera, Penjara dan Bomba.

    (Rujukan: Perintah Am 2, 3 dan 5 Bab E Tahun 1974)

  • 3. Adakah Kerajaan bertanggungjawab menyediakan perabot bagi Rumah Kerajaan?

    Kerajaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan perabot bagi Rumah Kerajaan namun atas budi bicaranya boleh menyediakan perabot tertakluk pelaksanaan dasar semasa oleh Jabatan Kerja Raya serta Perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa.

    Perenggan (e) Bahagian IV Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1977 menetapkan Rumah-rumah Kerajaan boleh dilengkapi dengan perabot seperti yang disenaraikan dalam Lampiran D,  Perintah Am Bab E  Tahun 1974  yang  mana pembekalan perabot tersebut akan disediakan oleh Jabatan Kerja Raya.

    Sewa dan pembekalan perabot bagi Rumah Kediaman Luar Negeri adalah seperti penetapan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2013: Dasar dan Peraturan Khidmat Luar Negeri manakala bagi Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan pula, penetapan pembekalan perabot adalah seperti yang ditetapkan dibawah Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021: Pembekalan Kelengkapan Rumah Kepada Penjawat Tinggi Kerajaan Yang Diperuntukkan Rumah Kediaman Kerajaan.

    (Rujukan: Perintah Am 32 Bab E Tahun 1974; Perenggan (e) Bahagian IV Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2  Tahun  1977;  Perenggan 4.9  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2013: Dasar dan Peraturan Khidmat Luar Negeri; Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2021: Pembekalan Kelengkapan Rumah Kepada Penjawat Tinggi Kerajaan Yang Diperuntukkan Rumah Kediaman Kerajaan)

  • 4. Siapakah yang seharusnya menentukan status sesebuah Rumah Kerajaan dan apakah prosedur untuk menukar status sesebuah Rumah Kerajaan? Sebagai contoh, penukaran status Rumah Biasa Kerajaan kepada Rumah Khas Jabatan.

    Perubahan   dan   penentuan   status   Rumah   Kerajaan   di   bawah   agensi   boleh dipertimbangkan di peringkat Ketua Jabatan sebagaimana tafsiran dalam Perintah Am 1 Bab E Tahun 1974. Penentuan dan perubahan status sesebuah Rumah Kerajaan perlu diteliti dan dipertimbang sewajarnya dengan mengambil kira implikasinya terhadap kepentingan perkhidmatan serta bayaran dan elaun lain yang berkaitan.

    (Rujukan: Perintah Am 1 Bab E Tahun 1974)

  • 5. Sekolah Menengah Kebangsaan ABC merupakan sekolah menengah harian yang ada menyediakan Rumah Kerajaan untuk Pengetua, Penolong Kanan dan guru. Adakah status Rumah Kerajaan tersebut dikategorikan sebagai Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan?

    etua Jabatan adalah bertanggungjawab mengenal pasti dan menentukan status rumah-rumah tersebut. 'Rumah Khas Jabatan' bermaksud Rumah Kerajaan yang dikhaskan oleh Jabatan untuk kediaman seseorang pegawai yang dikehendaki berada setiap masa berdekatan dengan tempat bekerja, manakala ‘Rumah Khas Jawatan’ bermaksud rumah yang dikhaskan untuk seseorang pegawai yang memegang jawatan tertentu yang berjawatan Gred Utama B dan ke bawah seperti Ketua Setiausaha, Pengarah Hospital, Pegawai Perubatan Pakar dan Pengetua Sekolah.

    Selain itu,  Ketua Jabatan/ Pegawai Perumahan adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti jawatan-jawatan penting yang boleh disediakan Rumah Khas Jabatan (RKJ). Peruntukan RKJ hendaklah disenarai dan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh agensi masing-masing. Penentuan ini hendaklah dibuat dengan teliti supaya hanya pegawai yang benar-benar dikehendaki setiap masa bersedia untuk bertugas di

    luar waktu pejabat diperuntukkan RKJ. Bagi Rumah Khas Jawatan pula kementerian hendaklah menyenaraikan jawatan-jawatan yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan.

    Kelayakan bayaran imbuhan dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan bagi pegawai yang menduduki Rumah Kerajaan tersebut adalah ditetapkan setelah Ketua Jabatan/ Pegawai Perumahan menentukan status Rumah Kerajaan tersebut sama ada Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan mahupun Rumah Biasa Kerajaan.

    (Rujukan: Lampiran I, MyPPSM: Kemudahan Perumahan Kerajaan)

  • 6. Sekiranya pegawai diperuntukkan Rumah Kerajaan secara berkongsi, bagaimanakah cara pembayaran bagi rumah tersebut?

    Kerajaan berhak memperuntukkan sebarang rumah kediaman kepada mana-mana pegawai   yang difikirkan sesuai   untuk   mendapatkan  rumah   atau   menyuruh pegawai-pegawai berkongsi rumah. Sebuah bilik di asrama atau mes atau mana-mana kediaman yang serupa yang memenuhi kriteria Rumah Kerajaan adalah dianggap sebagai satu unit kediaman. Sehubungan itu, pegawai hendaklah membuat Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK) mengikut kadar dan kaedah yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

    (Rujukan: Perintah Am 5 Bab E Tahun 1974; Perenggan 8, Ceraian SR.3.1.1)

  • 7. Enam unit Rumah Biasa Kerajaan di Jabatan A telah mengalami kerosakan dan memerlukan pembaikan struktur binaannya. Apakah kesannya kepada pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan tersebut?

    Kerajaan atau Pegawai Perumahan boleh menghendaki seseorang pegawai itu mengosongkan sesebuah Rumah Kerajaan untuk tujuan membaikinya atau lain-lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan tanpa bertanggungjawab memberi pegawai itu rumah lain sebagai ganti.

    Oleh yang demikian, mengambil kira enam unit Rumah Biasa Kerajaan tersebut mengalami kerosakan dan memerlukan kerja pembaikan, maka Pegawai Perumahan agensi boleh menghendaki pegawai-pegawai tersebut mengosongkan sesebuah Rumah Kerajaan untuk tujuan membaikinya dengan memberi tempoh satu bulan tanpa bertanggungjawab memberi pegawai itu rumah lain sebagai ganti. Bagi tempoh pegawai diarahkan mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut, pegawai tidak tertakluk kepada peraturan menduduki Rumah Kerajaan serta pegawai layak menerima ITP pada kadar penuh sehingga pegawai menduduki semula Rumah Biasa Kerajaan tersebut.

    (Rujukan: Perintah Am 5 (b) Bab E Tahun 1974)

  • 8. Encik Farhan Gred M52 telah diarahkan untuk menduduki Rumah Khas Jawatan. Beliau telah memohon pengecualian bayaran elektrik kerana pihak agensi masih menggunakan meter pukal. Adakah permohonan Encik Farhan layak dipertimbangkan?

    Tidak. Perintah Am 18 Bab E Tahun 1974 menetapkan pegawai yang mendiami Rumah Kerajaan adalah bertanggungjawab membayar sendiri bayaran-bayaran perkhidmatan seperti pembuangan sampah, elektrik, air (termasuk apa-apa bayaran yang disyaratkan oleh pembekal) melainkan diberi pengecualian.

    (Rujukan: Perintah Am 18 Bab E Tahun 1974)

Pelaksanaan Peraturan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan Di Agensi Kerajaan Persekutuan

  • 1. Pegawai sedang menduduki Rumah Kerajaan dan telah diluluskan Cuti Tanpa Gaji kerana mengikut pasangan bertugas di luar negara, adakah pegawai ini layak untuk terus menduduki Rumah Kerajaan?

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 menetapkan pegawai yang Cuti Tanpa Gaji tidak layak menerima kemudahan tertentu kecuali kemudahan perubatan. Dalam hal ini, peraturan pelaksanaan pengurusan Rumah Kerajaan oleh pihak BPH, JPM juga menetapkan pegawai yang Cuti Tanpa Gaji akan hilang kelayakan menduduki Rumah Kerajaan. Oleh yang demikian, pegawai yang Cuti Tanpa Gaji akan hilang kelayakan menduduki Rumah Kerajaan.

    (Rujukan: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009,
    Surat  Edaran  Bahagian  Pengurusan  Hartanah,  JPM  rujukan  BPH.TK.400-8/3/1 Jld.5(15) bertarikh 27 September 2021).

  • 2. Bilakah seseorang yang telah bersara mesti mengosongkan Rumah Kerajaan/ Rumah Kerajaan yang didudukinya?

    Pegawai yang menduduki Rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut pada hari terakhir beliau bekerja sebelum bersara melainkan diberi kebenaran dalam keadaan yang dinyatakan seperti berikut:

    1. Pegawai yang bercuti sebelum tarikh persaraannya boleh dibenarkan oleh Pegawai Perumahan untuk terus menduduki rumah tersebut (bukan Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan) semasa bercuti itu dan selama tidak melebihi 30 hari lagi selepas akhir cutinya. Bagi pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari selepas hari akhir ia bekerja.

      (Rujukan: Perintah Am 33(b) Bab E Tahun 1974)

    2. Bagi pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan atau Rumah Khas Jawatan (RKJ), pegawai akan dikehendaki mengosongkan RKJ tersebut di hari terakhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat RKJ itu atau pun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan Ketua Jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di RKJ itu selama tidak lebih daripada 30 hari.

      (Rujukan: Perintah Am 33(c) Bab E Tahun 1974)
  • 3. Puan Sarah Iman sedang menduduki Rumah Khas Jabatan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH). Baru-baru ini beliau telah membeli rumah dalam lingkungan 25 kilometer radius dari pejabat menggunakan pinjaman dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Adakah Puan Sarah Iman boleh diarahkan keluar RKJ kerana membeli rumah dengan pinjaman perumahan Kerajaan?

    Tidak. Ceraian SR.3.2.1 menetapkan hanya pegawai yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan sahaja yang akan hilang kelayakan menduduki Rumah Biasa Kerajaan sekiranya membeli rumah dengan skim pinjaman perumahan Kerajaan. Pegawai menduduki RKJ adalah tidak tertakluk kepada peraturan tersebut.

    (Rujukan: Perenggan 3, Ceraian SR.3.2.1)

  • 4. Puan Hasanah sedang menduduki Rumah Biasa Kerajaan di bawah seliaan BPH dan telah membeli tanah dalam lingkungan 25 kilometer dari mercu tanda yang ditetapkan bagi tujuan membina rumah menggunakan kemudahan pembiayaan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Adakah Puan Hasanah perlu mengosongkan Rumah Kerajaan?

    Puan Hasanah hilang kelayakan menduduki Rumah Biasa Kerajaan apabila rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman perumahan Kerajaan telah siap dan selamat diduduki. Tarikh pengosongan Rumah Kerajaan dikira 45 hari mulai daripada tarikh Sijil Layak Menduduki (CF) diterima. Keengganan pegawai mengosongkan Rumah Kerajaan dalam tempoh ini,  pegawai boleh  dikenakan dua  kali  ganda Bayaran Menduduki Rumah Kerajaan (BMRK).

    (Rujukan: Perenggan 3 dan 4, Ceraian SR.3.2.1)

  • 5. Bagaimanakah lingkungan 25 kilometer bagi dasar pengosongan Rumah Biasa Kerajaan di bawah seliaan BPH ditentukan?

    Jarak 25 kilometer adalah merujuk kepada jarak melalui satu garis lurus (radius)dari mercu tanda seperti berikut:

    a)   Bangunan Perdana Putra bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya;
    b)   Bangunan Sultan Abdul Samad bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya;
    c)   Bangunan Dewan Serba guna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam
    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Nilai, Negeri
    Sembilan; dan
    d)   Bangunan Dewan Serba guna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam di
    Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bagi Gelang Patah, Johor.

    (Rujukan: Perenggan 3, Ceraian SR.3.2.1)

  • 6. Puan Zurina telah membeli rumah menggunakan pinjaman dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dalam lingkungan 25 kilometer radius dari mercu tanda yang ditetapkan. Pada tahun 2022, Puan Zurina telah menyelesaikan baki pinjaman LPPSA dengan menggunakan kaedah pembiayaan semula oleh pihak bank komersial. Kemudiannya pada tahun 2023, Puan Zurina telah memohon untuk menduduki Rumah Biasa Kerajaan di bawah seliaan BPH. Adakah permohonan Puan Zurina untuk menduduki RBK layak dipertimbangkan?

    Permohonan Puan Zurina untuk menduduki RBK di bawah seliaan BPH tidak layak dipertimbangkan mengambil kira beliau telah mempunyai rumah yang dibeli dengan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer radius dari mercu tanda yang ditetapkan. Sungguhpun pegawai telah menyelesaikan baki pinjaman dengan LPPSA, pegawai telah dianggap menggunakan kemudahan yang dilayaki dan hilang kelayakan menduduki RBK.

    (Rujukan: Perenggan 3, Ceraian SR.3.2.1)

  • 7. Encik Hanafi merupakan seorang pegawai yang berkhidmat di Institut Kemahiran Belia Negara dan menduduki salah sebuah Rumah Biasa Kerajaan di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Beliau telah membeli rumah menggunakan pinjaman dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dalam lingkungan 20 kilometer radius dari pejabatnya. Adakah Encik Hanafi perlu mengosongkan kuarters?

    Ya. Encik Hanafi hendaklah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan yang didudukinya sebaik sahaja rumah yang didirikan atau dibelinya itu telah siap dan selamat untuk diduduki. Tempoh mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut adalah 45 hari daripada tarikh rumah tersebut siap dan selamat untuk diduduki bermula dari tarikh Sijil Layak Menduduki (CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan dua kali ganda BMRK yang ditetapkan oleh Kerajaan.

    (Rujukan: Perintah Am 22 Bab E Tahun 1974, Perenggan 3(c) (d), Ceraian SR.3.2.1)

Pelaksanaan Bayaran Imbuhan Perumahan Khas

  • 1. Encik Shahrul telah diarahkan untuk menduduki Rumah Khas Jawatan. Namun demikian, atas kekangan peribadi, Encik Shahrul tidak menduduki Rumah Khas Jawatan tersebut tanpa kebenaran oleh Ketua Jabatannya. Adakah Encik Shahrul layak menerima Bayaran Imbuhan Perumahan Khas (BPK)?

    Mana-mana pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan layak dibayar BPK dengan syarat pegawai menduduki rumah yang telah diperuntukkan berdasarkan jawatan  yang  disandangnya. Sekiranya pegawai  tidak  menduduki Rumah  Khas Jawatan yang diperuntukkan kepadanya maka pegawai tidak layak BPK dan juga Imbuhan Tetap Perumahan (ITP).

    (Rujukan: Perenggan 7, Ceraian SR.3.3.1)

  • 2. Encik Abdullah telah diarahkan untuk menduduki Rumah Khas Jabatan (RKJ). Setelah 5 tahun menduduki RKJ tersebut, Encik Abdullah telah memohon kebenaran khas daripada Ketua Jabatannya untuk tidak lagi menduduki RKJ tersebut. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatan dan bagaimanakah status pembayaran BPK Encik Abdullah ?

    Ketua  Jabatan  adalah  bertanggungjawab untuk  mengenal  pasti  jawatan-jawatan penting yang boleh disediakan RKJ. Peruntukan RKJ hendaklah disenarai dan dikemas kini dari semasa ke semasa oleh agensi masing-masing. Ketua Jabatan boleh
    memberi kelulusan khas sekiranya mendapati permohonan tersebut mempunyai merit
    untuk dipertimbangkan dan arahan menduduki RKJ bagi Encik Abdullah boleh ditamatkan. Oleh itu, Encik Abdullah tidak lagi tertakluk kepada peraturan menduduki Rumah Khas Jabatan mulai arahan penamatan menduduki RKJ dan beliau layak dibayar elaun-elaun yang berkaitan berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.

    (Rujukan: Lampiran I, MyPPSM: Kemudahan Perumahan Kerajaan)

  • 3. Encik Syah dan Encik Badrul telah diarahkan untuk menduduki Rumah Khas Jabatan (RKJ) secara berkongsi kerana agensi mempunyai kekangan kekosongan RKJ. Adakah Encik Syah dan Encik Badrul layak dibayar Bayaran Perumahan Khas (BPK)?

    Pembayaran BPK diperuntukkan kepada pegawai  yang  mendiami Rumah Khas Jabatan (RKJ) dengan syarat pegawai mendiami RKJ yang diperuntukkan untuknya. Pegawai yang diarahkan menduduki RKJ secara berkongsi adalah layak dibayar BPK tertakluk pegawai menduduki RKJ yang diperuntukkan untuknya.

    (Rujukan: Perenggan 6, Ceraian SR.3.3.1)

Soalan Lazim

Kemudahan Tambang

Soalan Lazim

Kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah Pegawai Dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang (Rujukan - Ceraian Sr 6.3.1)

  • 1. Sekiranya salah seorang anak kepada pegawai bertukar wilayah meninggal dunia di wilayah pegawai berkhidmat, bagaimanakah pelaksanaan kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah dan Tambang Mengurus Pemindahan Barang kepada pegawai dan ahli keluarga yang lain?

    Tambang pergi dan balik diberikan kepada pegawai dan ahli keluarga yang lain ke tempat penyempurnaan mayat, terhad di dalam Malaysia dan kembali ke wilayah berkhidmat.

  • 2. Sekiranya pegawai bertukar wilayah meninggal dunia di wilayah berkhidmat, bagaimanakah pelaksanaan kemudahan tambang untuk menguruskan pemindahan barang pegawai tersebut?

    Kemudahan tambang pergi dan balik boleh diberikan kepada pasangan atau seorang ahli keluarga atau waris untuk menguruskan pemindahan barang pegawai dari wilayah berkhidmat ke wilayah asalnya atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai.

Tambang Ihsan (Rujukan - Ceraian SR 6.2.1)

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan penjelasan pegawai yang diberi kemudahan Tambang Ihsan?

    Kemudahan Tambang Ihsan diperuntukkan kepada pegawai yang bertukar wilayah untuk menziarahi ibu (kandung atau tiri atau angkat yang sah mengikut undang-undang), bapa (kandung atau tiri atau angkat yang sah mengikut undang-undang), ibu mentua atau bapa mentua yang sakit tenat atau meninggal dunia, sekali sahaja bagi setiap individu yang dinyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat.

  • 2. Siapakah yang ada kuasa untuk meluluskan permohonan Tambang Ihsan?

    Kelulusan Tambang Ihsan boleh diberikan oleh Ketua Jabatan.

  • 3. Sekiranya ibu mentua Encik Rashid sakit tenat, bolehkah Encik Rashid (selaku pegawai bertukar wilayah) menggunakan kemudahan ini untuk isterinya, Puan Rokiah pulang menziarahi ibunya di wilayah asal?

    Isteri Encik Rashid tidak boleh menggunakan kemudahan ini atas kelayakan suaminya untuk menziarahi ibunya kerana kemudahan ini hanya diperuntukkan kepada pegawai sahaja.

  • 4. Encik Zainal, pegawai yang bertukar wilayah ke Sabah sedang sakit tenat. Adakah anaknya, Sumayyah yang menuntut di Semenanjung boleh menggunakan kemudahan ini untuk menziarahi ayahnya di Sabah?

    Anak-anak yang tidak tinggal bersama pegawai di wilayah berkhidmat boleh menggunakan kemudahan ini untuk melawat pegawai yang sakit tenat atau meninggal dunia dengan syarat mereka tidak pernah menggunakan kemudahan tambang bagi maksud berpindah mengikut pegawai ke wilayah berkhidmat. Dalam hal ini, kelayakan tambang kapal terbang adalah mengikut tambang Kelas Ekonomi.

  • 5. Encik Kamal dan Puan Aina merupakan pasangan suami isteri yang bertugas di SMK Tun Haji Openg, Sarawak. Kedua-duanya berasal dari Sabah. Bapa Encik Kamal, Pak Adli telah meninggal dunia. Bolehkah kedua-duanya menggunakan kemudahan ini untuk pulang menziarahi jenazah Pak Adli?

    Suami isteri yang bertukar wilayah dan berkhidmat di Jabatan yang sama adalah layak dipertimbangkan kemudahan Tambang Ihsan atas kelayakan masing-masing.

  • 6. Puan Kalsom berasal dari Sarawak tetapi berkhidmat di Semenanjung. Ibu Puan Kalsom tinggal di Kuching, Sarawak manakala bapa mentua Puan Kalsom menetap di Labuan.

    1. Bolehkah Puan Kalsom menggunakan kemudahan ini untuk menziarahi ibunya yang sakit tenat di Kuching?
      Puan Kalsom boleh menggunakan kemudahan ini ke Kuching kerana kemudahan tambang ini diperuntukkan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah asalnya.
    2. Bolehkah Puan Kalsom menggunakan kemudahan ini untuk menziarahi bapa mentuanya yang sakit tenat di Labuan?
      Kemudahan tambang ini disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat sehingga ke ibu negeri atau bandar utama di wilayah asal pegawai atau mana-mana wilayah lain tertakluk kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke wilayah asal pegawai.

      Dalam hal ini, Puan Kalsom boleh menggunakan kemudahan ini ke Labuan sekiranya kadar tambang adalah bersamaan atau lebih rendah dari kadar tambang ke ibu kota wilayah asal beliau.

Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA)

  • 1. Situasi: Wilayah asal: Jasin, Melaka. Wilayah berkhidmat: Kota Kinabalu, Sabah. Tiket penerbangan: dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Johor Bahru, Johor (kerana Melaka tiada lapangan terbang). Soalan: Adakah pegawai layak untuk menuntut tambang teksi dari Lapangan Terbang Johor Bahru ke Bandar Melaka?

    Perenggan 3(a), Ceraian SR 6.1.1 menjelaskan mengenai pelaksanaan TMWA di mana tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal atau bandar utama di wilayah asal. Sehubungan itu, pegawai layak menuntut tambang perjalanan pergi dan balik dari tempat tinggal di wilayah berkhidmat ke ibu negeri wilayah asal. Hal ini bermaksud tambang perjalanan layak dituntut oleh pegawai dari rumah pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang di wilayah berkhidmat serta dari lapangan terbang berdekatan wilayah asal ke ibu negeri wilayah asal.

  • 2. Sekiranya pegawai mempunyai lebih daripada seorang isteri, adakah semua isteri dan anak-anak pegawai layak untuk mendapat kemudahan TMWA?

    Lampiran I, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pegawai Bertukar Wilayah Versi 1.0 (2022) telah membuat tafsiran “keluarga pegawai” yang membawa maksud pasangan dan anak-anak pegawai di bawah umur 21 tahun yang masih dalam tanggungan pegawai. Bagi pegawai yang mempunyai lebih daripada seorang isteri, Kerajaan memperuntukkan TMWA bagi seorang isteri sahaja. Manakala semua anak di bawah tanggungan pegawai layak mendapat kemudahan TMWA.

  • 3. Adakah pegawai boleh menggunakan kereta sendiri untuk perjalanan dari rumah ke lapangan terbang dan membuat tuntutan berdasarkan jarak/kilometer dan tuntutan lain yang selayaknya termasuk bayaran tempat letak kereta di lapangan terbang?

    Perenggan 3(b), Ceraian SR 6.1.1 menyatakan kadar tambang adalah meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan termasuk tambang kapal terbang yang merangkumi harga tiket, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api serta tuntutan perjalanan sekiranya pegawai menggunakan kenderaan sendiri.

    Dalam hal ini, kos tambang pengangkutan yang dimaksudkan adalah termasuk Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam yang ditanggung oleh pegawai bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang. Sekiranya pegawai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri, pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang, namun kos tempat letak kereta di lapangan terbang adalah ditanggung sendiri oleh pegawai.

  • 4. Puan Sarah merupakan pegawai bertukar wilayah dan telah melapor diri di wilayah berkhidmat pada 24 November 2020. Bolehkah Puan Sarah menggunakan kemudahan ini pada 24 Disember 2020 untuk pulang ke wilayah asalnya?

    Kiraan satu (1) tahun perkhidmatan Puan Sarah adalah bermula 24 November hingga 23 November tahun berikutnya. Puan Sarah boleh menggunakan kemudahan ini untuk pertama kali selepas 6 bulan berkhidmat iaitu pada bila-bila masa mulai 24 Mei 2021 hingga 23 November 2021. Penggunaan kali kedua dan seterusnya adalah pada bila-bila masa (tanpa terikat kepada tempoh 6 bulan seperti tahun pertama) dalam tempoh satu (1) tahun perkhidmatan seterusnya.

  • 5. Bagaimanakah penentuan satu (1) tahun perkhidmatan bagi kelayakan kemudahan tambang ini? Bolehkah kemudahan yang tidak digunakan dibawa ke satu (1) tahun perkhidmatan seterusnya?

    Ceraian SR 6.1.1 telah memperuntukkan TMWA kepada pegawai yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan untuk membolehkan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal. Kemudahan ini diberikan sebanyak satu (1) kali dalam tempoh satu (1) tahun tahun perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat dan kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dan tidak boleh dibawa ke tahun perkhidmatan berikutnya. Pengiraan tahun perkhidmatan adalah mulai dari tarikh pegawai lapor diri di wilayah berkhidmat.

    Sebagai contoh, pegawai melapor diri pada 24 November 2020. Satu (1) tahun perkhidmatan pegawai adalah bermula dari 24 November 2020 hingga 23 November 2021. Satu (1) tahun perkhidmatan seterusnya bagi tujuan TMWA adalah mulai 24 November 2021 sehingga 23 November 2022 dan seterusnya.

  • 6. Kelayakan TMWA Encik Halim bagi tahun 2020 ialah pada 5 Mac 2020 hingga 4 Mac 2021. Encik Halim telah diluluskan kemudahan ini untuk pulang pada 20 Disember 2020. Namun, Encik Halim tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut disebabkan ada sekatan perjalanan oleh Kerajaan. Sekiranya Encik Halim tidak dapat menggunakan kemudahan ini sehingga 4 Mac 2021, bolehkah kemudahan ini dibawa ke tahun kelayakan seterusnya?

    Ceraian SR 6.1.1 telah memperuntukkan TMWA kepada pegawai yang bertukar wilayah sebagai suatu kemudahan untuk membolehkan pegawai dan ahli keluarganya mengunjungi wilayah asal. Kemudahan ini diberikan sebanyak satu (1) kali setiap tahun perkhidmatan pegawai di wilayah berkhidmat dan kemudahan yang tidak digunakan dalam tempoh tersebut akan luput dalam apa jua situasi dan tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

    Dalam hal ini, Encik Halim tidak boleh membawa kelayakan kemudahan ini yang tidak dapat digunakan ke tahun kelayakan yang seterusnya.

  • 7. Adakah pegawai bertukar wilayah di bawah layak atau tidak layak untuk memohon kemudahan TMWA?

    Situasi Tarikh
    Tarikh ditempatkan di wilayah semenanjung 3.11.1997
    Tarikh terakhir kemudahan diterima 21.11.2021 - 27.11.2021
    Tarikh kemudahan terkini yang dimohon 30.4.2022 - 8.5.2022



    Pegawai berkenaan adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan
    tambang mengunjungi wilayah asal untuk tarikh 30.4.2022 – 8.5.2022 memandangkan pegawai telah menggunakan kemudahan TMWA (21.11.2021 hingga 27.11.2021) dalam tempoh tahun perkhidmatan 3.11.2021 hingga 2.11.2022. Kelayakan pegawai bagi kemudahan TMWA yang berikutnya adalah dalam tempoh satu (1) tahun perkhidmatan seterusnya iaitu mulai 3.11.2022 hingga 4.11.2023.

  • 8. Pegawai telah membuat pembelian tiket sendiri [tanpa Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA)] bagi tujuan kemudahan TMWA dan kemudiannya membuat tuntutan kepada jabatan. Adakah caj baggage 30kg, preferred seat dan makanan dalam pesawat turut layak ditanggung oleh Kerajaan?

    Penggunaan kaedah selain dari WPUA dalam urusan pembelian tiket kapal terbang dibenarkan oleh Kerajaan melalui Pekeliling Perbendaharaan WP 2.5. Antara kaedah yang dibenarkan ialah melalui pembelian sendiri oleh pegawai dan kemudiannya mengemukakan tuntutan bayaran balik kepada jabatan. Perenggan 5, WP 2.5 telah menyenaraikan tindakan dan kos yang boleh dituntut oleh pegawai dan tuntutan-tuntutan lain yang boleh diluluskan oleh Pegawai Pengawal berdasarkan kewajaran dan keperluan.

  • 9. Destinasi yang dituju adalah ibu negeri yang tidak mempunyai lapangan terbang, sebagai contoh penerbangan pegawai dari Kuching (wilayah berkhidmat) ke KLIA dan kemudiannya ke Bandar Melaka (ibu negeri wilayah asal). Adakah pegawai layak dibayar tuntutan perjalanan dari KLIA ke Bandar Melaka (135km)? Sekiranya layak, apakah mercu (titik akhir) tuntutan perjalanan tersebut?

    Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan dari KLIA ke Bandar Melaka selaras dengan prinsip pelaksanaan TMWA iaitu tambang perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke mana-mana ibu negeri (Semenanjung) atau bandar utama (Sabah/ Sarawak/ Labuan) di wilayah asal. Dalam hal ini, tuntutan perjalanan tersebut adalah berdasarkan jarak dari KLIA ke Bandar Melaka (ibu negeri).

  • 10. Bagaimana dengan kelayakan anak tidak sah taraf untuk menggunakan kemudahan TMWA?

    Sekiranya anak tidak sah taraf tersebut berada dalam tanggungan pegawai dan berumur di bawah 21 tahun, maka anak tersebut layak untuk menggunakan kemudahan TMWA seperti mana tafsiran keluarga mengikut MyPPSM: Pegawai Bertukar Wilayah.

    Anak tidak sah taraf merujuk kepada anak kepada pegawai yang dilahirkan sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah)

  • 11. Pegawai bertukar wilayah dari Sarawak ke Kuala Lumpur. Pegawai berasal dari Sri Aman yang berada pada jarak 184km dari Lapangan Terbang Kuching. Adakah pegawai layak dibayar tuntutan perjalanan dari Lapangan Terbang Kuching ke Sri Aman?

    Kemudahan TMWA disediakan bagi tujuan perjalanan pergi dan balik disediakan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke mana-mana ibu negeri (Semenanjung) atau bandar utama (Sabah/ Sarawak/ Labuan) di wilayah asal. Dalam hal ini, tafsiran bandar utama bagi Wilayah Sabah & Sarawak merujuk kepada mana-mana lokasi yang mempunyai akses kepada lapangan terbang, termasuk padang terbang.

    Sehubungan dengan itu, pegawai boleh menggunakan kemudahan TMWA untuk ke mana-mana lapangan terbang atau padang terbang yang berhampiran dengan bandar utama di mana terletaknya tempat tinggal pegawai di wilayah asal. Merujuk kepada isu yang diutarakan, pegawai boleh menggunakan kemudahan TMWA sehingga ke Lapangan Terbang Kuching iaitu lapangan terbang/ padang terbang terhampir dengan Sri Aman.

Kemudahan Pegawai Bertukar Wilayah

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai bertukar wilayah?

    Pegawai yang bertukar wilayah bermaksud pegawai yang berkhidmat di wilayah selain daripada wilayah asalnya. Wilayah dalam konteks ini bermaksud Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan. Wilayah asal seseorang pegawai adalah berdasarkan wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai. Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai boleh memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya.

  • 2. Apakah kemudahan yang layak diberikan kepada pegawai yang bertukar wilayah?

    Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah layak diberi kemudahan tambang seperti berikut:

    1. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal;
    2. Tambang Ihsan; dan
    3. Tambang Mengiringi Jenazah dan Mengurus Pemindahan Barang.
  • 3. Berdasarkan surat edaran rujukan JPA.800-6/1/51(3) bertarikh 9 Oktober 2023, adakah pegawai lantikan kontrak layak menggunakan semua kemudahan tambang yang dinyatakan melalui MyPPSM: Pegawai Bertukar Wilayah?

    Surat edaran rujukan JPA.800-6/1/51(3) bertarikh 9 Oktober 2023 bertujuan memaklumkan pindaan tafsiran ‘pegawai’ bagi MyPPSM: Pegawai Bertukar Wilayah kepada tafsiran yang baharu iaitu pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service). Kelayakan pegawai kontrak untuk menikmati elaun dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada senarai elaun dan kemudahan yang dimasukkan ke dalam Jadual kepada perjanjian kontrak pegawai selaras dengan ketetapan perenggan 5, Ceraian UP.1.1.8: Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) Dalam Perkhidmatan Awam dan terma syarat lantikan pegawai.

  • 4. Adakah pegawai lantikan kontrak (contract of service) perlu membuat pengisytiharan wilayah asal?

    Selaras dengan perenggan 5 (a) dan (b), MyPPSM: Pegawai Bertukar Wilayah, pegawai hendaklah mengisytiharkan wilayah asalnya semasa pertama kali dilantik ke dalam perkhidmatan awam menggunakan Borang JPA (Wilayah Asal) seperti di Lampiran II. Pengisytiharan ini hanya boleh dilakukan sebanyak satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan dan direkodkan di dalam Sistem/ Buku Rekod Perkhidmatan pegawai. Manakala bagi pegawai yang sedang dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Ceraian berkenaan dan tidak pernah mengisytiharkan wilayah asalnya, pegawai boleh melakukan pengisytiharan apabila pegawai bertukar wilayah.

  • 5. Bagaimana penentuan tahun perkhidmatan bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service)?

    Penentuan tahun perkhidmatan bagi pegawai lantikan kontrak adalah bermula dari tarikh pegawai melapor diri di wilayah berkhidmat.

  • 6. Adakah tempoh perkhidmatan kontrak sebelum ini diambil kira bagi tujuan perkiraan tahun perkhidmatan bagi tujuan TMWA?

    Bagi tujuan perkiraan tahun perkhidmatan untuk pegawai yang dilantik semula secara kontrak (contract of service) atau dilantik secara tetap, tempoh kontrak sebelumnya tidak diambil kira. Berikut adalah penentuan tahun perkhidmatan dan kelayakan penggunaan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal:-

    Carta alir

  • 7. Pegawai telah dilantik secara kontrak (contract of service) untuk tempoh dua (2) tahun mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2025. Walau bagaimanapun, pegawai kemudian telah ditawarkan lantikan tetap bagi jawatan yang sama berkuat kuasa mulai 15 September 2024. Pegawai telah memendekkan tempoh lantikan kontrak tersebut dan menerima tawaran pelantikan secara tetap. Bagaimanakah penentuan kelayakan TMWA bagi situasi tersebut?

    Carta alir


    Tempoh satu (1) tahun perkhidmatan pegawai akan berubah mengikut tarikh lapor diri di jawatan lantikan tetap dan pegawai layak menggunakan kemudahan kali pertama selepas 6 bulan dari tarikh lapor diri.

  • 8. Sekiranya pegawai telah menggunakan kemudahan tambang ihsan untuk menziarahi ibu pegawai yang sakit tenat dalam tempoh perkhidmatan kontrak. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan tambang ihsan untuk menziarahi ibunya yang meninggal dunia setelah pegawai dilantik ke jawatan tetap?

    Perenggan 3(b), Ceraian SR.6.2.1 menetapkan bahawa kemudahan Tambang Ihsan diberikan kepada pegawai untuk menziarahi ibu, bapa, ibu mentua dan bapa mentua yang sakit tenat atau meninggal dunia, sebanyak satu kali bagi setiap individu yang dinyatakan sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai (membawa jumlah maksimum sebanyak 4 kali sahaja). Justeru itu, pegawai hanya layak menggunakan kemudahan tersebut sekali sahaja untuk menziarahi ibunya sepanjang tempoh perkhidmatan yang diambil kira dari perkhidmatan kontrak.

Soalan Lazim

Kemudahan Waktu Bekerja

Soalan Lazim

Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

  • 1. Jika seorang pegawai mengetik kehadiran masuk melepasi pukul 9.00 pagi, sebagai contoh pukul 9.15 pagi: Adakah pegawai tersebut perlu mencukupkan jumlah jam bekerja sehari?

    Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk melebihi pukul 9.00 pagi, pegawai dianggap lewat hadir ke pejabat. Walau bagaimanapun pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing.

  • 2. Jika seseorang pegawai dikehendaki menghadiri suatu raptai perbarisan di luar pejabat pada pukul 7.00 pagi dan kemudiannya pegawai kembali ke pejabat, pukul berapakah pegawai dibenarkan pulang?

    Sekiranya raptai perbarisan bermula pada pukul 7.00 pagi (ianya perlu disahkan oleh Ketua Jabatan) pegawai dianggap telah mengetik kehadiran masuk pada pukul 7.30 pagi dan pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing.

  • 3. Pada bulan ramadan, adakah pegawai masih dibenarkan pulang setengah jam awal?

    Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dipertimbangkan untuk pulang setengah jam awal dengan syarat waktu rehat juga dikurangkan selama 30 minit seperti yang diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa.

  • 4. Adakah WBF bulan ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam?

    WBF bulan Ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

  • 5. Pegawai diarahkan menghadiri tugasan rasmi di luar stesen (melebihi 25 km) yang memerlukan pegawai bermalam di tempat bertugas rasminya itu. Pada hari berikutnya pegawai kembali ke pejabat setelah selesai tugas rasminya. Pukul berapakah pegawai boleh pulang dari pejabatnya pada hari tersebut sekiranya: (i) pegawai tidak mengetik kehadiran masuk dan terus ke tempat bertugas rasmi; atau (ii) pegawai mengetik kehadiran masuk dan kemudiannya ke tempat bertugas rasmi

    Pegawai yang telah menghadiri tugasan rasmi di luar stesen dan kembali ke pejabat pada hari selesainya tugas rasmi tersebut, pegawai boleh pulang dari pejabatnya pada pukul 4.30 petang bagi kedua-dua situasi di atas.

  • 6. Pegawai diarahkan menghadiri tugasan rasmi di luar pejabat (dalam stesen iaitu kurang 25 km). Pegawai telah mengetik kehadiran masuk dan kemudian ke tempat bertugas rasminya. Pegawai kembali ke pejabat setelah selesai tugasan rasmi tersebut. Pukul berapakah pegawai boleh pulang dari pejabatnya?

    Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk mengikut waktu masuk WBF, pegawai boleh pulang mengikut waktu pulang WBF dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.

  • 7. Pegawai diarahkan menghadiri tugasan rasmi di luar pejabat (dalam stesen iaitu kurang 25 km). pegawai tidak mengetik waktu masuk serta terus ke tempat bertugas rasminya. pegawai kembali ke pejabat setelah selesai tugas rasmi tersebut. pukul berapakah pegawai boleh pulang dari pejabat sekiranya: (i) Tugas rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi? (ii) Tugas rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi? (iii) Tugas rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi?

    (i) Jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang.
    (ii) Jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.
    (iii) Jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang.

  • 8. Adakah WBF terpakai kepada pegawai yang berkhidmat di sekolah/klinik kesihatan/ibu pejabat polis?

    Ya. WBF terpakai kepada semua pegawai yang berkhidmat di sekolah/klinik kesihatan/ibu pejabat polis yang mengguna pakai WBB sebelum ini.

  • 9. Pegawai tidak mengetik kehadiran masuk dan tiba lewat ke pejabat iaitu pada pukul 11.00 pagi. Pegawai kemudiannya telah diarahkan melaksanakan kerja lebih masa setelah tamat waktu bekerja. Bilakah kerja lebih masa pegawai bermula?

    Kerja lebih masa boleh bermula selepas tamat waktu pejabat iaitu bermula selepas pukul 6.00 petang.

  • 10. Seorang pemandu diarahkan membawa pegawai gred JUSA B ke lapangan terbang pada pukul 5.20 pagi dari rumah pegawai. Setelah menghantar pegawai atasannya, pemandu tersebut terus ke pejabat dan mengetik waktu masuk pada pukul 7.41 pagi dan pulang pada pukul 4.55 petang. Pada malam hari yang sama, pemandu tersebut kemudiannya diarahkan mengambil pegawai gred JUSA B di lapangan terbang pada pukul 11.00 malam. Beliau bertolak dari rumah pada pukul 9.30 malam dan sampai ke rumah pegawai pukul 10.00 malam untuk mengambil kereta dan terus ke lapangan terbang. Setelah menjemput pegawai, mereka tiba ke rumah pegawai atasannya pegawai gred jusa b pada pukul 11.30 malam. Dalam situasi di atas, tempoh yang manakah diambil kira sebagai kerja lebih masa bagi pemandu tersebut?

    Kerja lebih masa seseorang pemandu adalah apabila beliau diarahkan bekerja di luar tempoh waktu bekerja seharinya.

    Dalam kes ini, tempoh kerja lebih masa pemandu tersebut adalah seperti berikut:

    Tempoh Kerja Lebih Masa Catatan
    5.20 pagi hingga 7.41 pagi Tempoh pemandu tiba di rumah pegawai dan mengetik kehadiran masuk ke pejabat.
    10.00 malam hingga 11.30 malam Tempoh pemandu tiba dan sampai semula ke rumah pegawai dari lapangan terbang.
  • 11. Terdapat arahan kerja lebih masa kepada 4 orang pegawai kumpulan pelaksana di putrajaya yang waktu masuk dan waktu pulang mereka adalah berbeza seperti berikut: (i) Pegawai A, waktu masuk pada pukul 7.20 pagi dan waktu pulang pada pukul 4.30 petang; (ii) Pegawai B, waktu masuk pada pukul 7.50 pagi dan waktu pulang pada pukul 4.50 petang; (iii) Pegawai C, waktu masuk pada pukul 8.20 pagi dan waktu pulang pada pukul 5.20 petang; dan (iv) Pegawai D, waktu masuk pada pukul 9.05 pagi dan waktu pulang pada pukul 6.00 petang Bilakah kerja lebih masa boleh bermula bagi pegawai-pegawai di atas?

    1. Pegawai A, pegawai dianggap memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi dan KLM bermula selepas jam 4.30 petang.
    2. Pegawai B, KLM bermula selepas jam 4.50 petang.
    3. Pegawai C, KLM bermula selepas jam 5.20 petang.
    4. Pagi pegawai D, KLM bermula selepas jam 6.00 petang.
  • 12. Pegawai mempunyai urusan peribadi yang mustahak pada pukul 8.00 pagi (13 Ogos 2019). Pada petang 12 Ogos 2019, pegawai telah mengisi borang Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di bawah Perintah Am 5 Bab G (Waktu Bekerja dan Lebihmasa) 1974 bagi urusan tersebut. Pegawai telah mendapat kelulusan pelepasan meninggalkan pejabat daripada pegawai atasan bermula pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi (13 Ogos 2019). Pukul berapakah pegawai dibenarkan pulang hari tersebut?

    A. Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 6.00 petang.

    Dalam hal ini, pelepasan pegawai dikira bagi tempoh 9.01 minit pagi hingga 11.30 pagi. Tempoh waktu masuk antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi adalah merupakan fleksibiliti 1 jam 30 minit kepada pegawai untuk menggunakan waktu tersebut bagi urusan peribadi sebelum masuk pejabat. Oleh itu, tidak berbangkit kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh tersebut.

    B. Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk pejabat pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.30 petang.

    Dalam kes ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi dan keluar pejabat pada pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut borang di Lembaran SR.4.2.2(A) melalui Ceraian SR. 4.2.2 : Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.

  • 13. Pegawai mempunyai temujanji doktor di hospital pada pukul 8.30 pagi. pegawai telah mendapat kebenaran keluar pejabat dari pegawai atasan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bilakah waktu pulang pegawai?

    1. Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat dan bertugas di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 6.00 petang. Dalam perkara ini, kebenaran keluar pejabat pegawai dikira dari pukul 9.01 pagi.
      Dalam hal ini, pelepasan pegawai dikira bagi tempoh 9.01 minit pagi hingga 12.00 tengah hari. Tempoh waktu masuk antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi adalah merupakan fleksibiliti 1 jam 30 minit kepada pegawai untuk menggunakan waktu tersebut bagi urusan peribadi sebelum masuk pejabat. Oleh itu, tidak berbangkit kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh tersebut.

      ‘Time Slip’ bukanlah satu bukti waktu masuk ke pejabat bagi seseorang pegawai tetapi ia merupakan pengesahan pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut.

      Perenggan 1e, Lampiran SR.4.2.2(A), Ceraian SR.4.2.2 Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja menyatakan ‘pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/ hospital dikehendaki mengemukakan ‘time slip’ atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut’.

    2. Sekiranya pengawai mengetik kehadiran masuk pejabat pada pukul 7.45 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.45 petang. Dalam hal ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.45 pagi dan keluar pejabat pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

      Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut borang di Lembaran SR.4.2.2(A) melalui Ceraian SR. 4.2.2 : Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.

  • 14. Pegawai telah mengetik kehadiran masuk ke pejabat pada pukul 7.15 pagi. pegawai telah mendapat kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja bermula pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pukul berapakah pegawai dibenarkan pulang setelah kembali ke pejabat?

    Pegawai yang mengetik kehadiran masuk sebelum pukul 7.30 pagi dianggap memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi. Oleh yang demikian, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.30 petang.

  • 15. Bolehkah seseorang pegawai atasan memberi kelulusan keluar pejabat bagi pegawai untuk urusan peribadi atau klinik antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi sekiranya pegawai tidak mengetik dalam tempoh masuk bekerja?

    Sekiranya Ketua Jabatan telah memberi kelulusan keluar pejabat antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, tempoh kebenaran pelepasan hanya akan diambil kira mulai pukul 9.01 pagi sekiranya pegawai tidak mengetik masuk pejabat dan waktu pulang pegawai pada hari tersebut ialah pada pukul 6.00 petang.

  • 16. Bilakah cuti tanpa rekod (CTR) bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat pegawai bermula semasa pelaksanaan WBF, sekiranya seorang ahli keluarga terdekat pegawai telah meninggal dunia pada hari bekerja iaitu: (i) Pada pukul 2.00 petang? (ii) Pada pukul 4.45 petang dan waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.32 petang? (iii) Pada pukul 6.35 petang?

    Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang KECUALI pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi kes i. dan ii., CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama berlaku kematian ahli keluarga terdekat kerana kematian berlaku dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, CTR pegawai bermula pada keesokan harinya. Bagi kes iii., CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa kematian tersebut adalah selepas waktu pejabat.

  • 17. Cuti tanpa rekod kemudahan isteri bersalin kepada pegawai lelaki. Bilakah cuti tanpa rekod (CTR) kemudahan isteri bersalin kepada pegawai lelaki bermula semasa pelaksanaan WBF sekiranya isteri pegawai bersalin pada hari bekerja iaitu: (i) Pada pukul 2.00 petang? (ii) Pada pukul 4.45 petang dan waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.32 petang? (iii) Pada pukul 6.44 petang

    Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
    (i) sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 2.00 petang, CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama kerana isteri pegawai bersalin dalam waktu pejabat.
    (ii) sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 4.45 petang, CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama kerana isteri pegawai bersalin dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, CTR pegawai bermula pada keesokan harinya.
    (iii) sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 6.44 petang, CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa bersalin tersebut adalah selepas waktu pejabat.

  • 18. Adakah pegawai yang bertugas di kaunter, di mana waktu operasi kaunter bermula pada pukul 7.30 pagi boleh mengguna pakai waktu masuk WBF?

    WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB.
    Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Walau bagaimanapun, demi kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut.

Dasar Bekerja Dari Rumah

  • 1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Rumah’ dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 – Dasar Bekerja Dari Rumah?

    Rumah yang dimaksudkan merujuk kepada rumah kediaman pegawai berdasarkan alamat yang didaftarkan dalam sistem HRMIS. Alamat rumah pegawai juga hendaklah sama dalam sistem yang digunakan oleh kementerian/ jabatan bagi merekodkan kehadiran dan tugasan pegawai yang Bekerja Dari Rumah (BDR).

  • 2. Adakah pegawai yang bertugas di Putrajaya boleh diarahkan BDR di kampung halamannya di Pulau Pinang?

    Tidak boleh.
    Pegawai hendaklah kekal berada di kediaman pegawai seperti mana didaftarkan dalam sistem HRMIS.

    Ketua Jabatan hendaklah memastikan peraturan-peraturan BDR adalah dipatuhi iaitu:-

    1. Sentiasa berada di Rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan
    2. Sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya;
    3. Sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan
    4. Semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk, antara lain, tetapi tidak terhad kepada:
      1. Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
      2. Arahan Keselamatan.;
      3. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan
      4. Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
  • 3. Adakah pegawai yang bekerja mengikut waktu bekerja giliran (Syif) boleh diarahkan BDR separuh hari oleh Ketua Jabatan?

    Ketua Jabatan atas budi bicaranya boleh mengarahkan atau mempertimbangkan pegawai yang bekerja secara syif untuk BDR separuh hari tertakluk kepada tujuan BDR dan tanpa menjejaskan kepentingan perkhidmatan.

  • 4. Apakah status kehadiran pegawai sekiranya pegawai telah diarahkan BDR separuh hari di sebelah pagi dan tidak melaporkan diri ke pejabat pada sebelah petang?

    Pegawai dianggap tidak hadir bertugas dan hendaklah diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] dan pindaannya dari semasa ke semasa.

  • 5. Bolehkah pegawai yang BDR di sebelah pagi menggunakan kemudahan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja pada sebelah petang bagi menyelesaikan urusan peribadi.

    Boleh.

    Pegawai yang BDR boleh menggunakan kemudahan kebenaran keluar pejabat pada sebelah petang atau pagi tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja dan BDR adalah dua (2) perkara yang berbeza.

  • 6. Apakah status pegawai yang diarahkan BDR tetapi tidak berada di alamat yang didaftarkan dalam HRMIS namun telah melaksanakan tugas di tempat lain?

    Pegawai dianggap tidak hadir bertugas dan hendaklah diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A) 395/1993] dan pindaannya dari semasa ke semasa.

  • 7. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai sambilan?

    Pegawai sambilan adalah pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas iaitu melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal). Contohnya Guru Interim, Pekerja Sambilan Harian dan Personel MySTEP.

  • 8. Adakah pegawai yang diberi sijil sakit boleh diarahkan BDR?

    Kelulusan Cuti Sakit adalah tertakluk kepada Ketua Jabatan (Perkara 15, 17 dan 53 Perintah Am Bab C). Sekiranya Ketua Jabatan telah meluluskan Cuti Sakit kepada pegawai, maka pegawai tidak boleh BDR.

  • 9. Adakah pegawai yang menanggung kerja atau dalam pemangkuan boleh diarahkan BDR?

    Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau mempertimbangkan mana-mana pegawai yang menanggung kerja atau dalam pemangkuan untuk BDR tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa.

  • 10. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk BDR bagi tujuan untuk menjaga anaknya selepas tamat tempoh Cuti Bersalin?

    Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR selepas tamat tempoh Cuti Bersalin. Namun, ianya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan keperluan kelangsungan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pegawai. Ketua Jabatan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 – Dasar Bekerja Dari Rumah.

  • 11. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk BDR bagi tujuan menjaga ahli keluarga yang sakit di hospital?

    Tidak boleh.
    Ketua Jabatan tidak boleh mengarahkan pegawai untuk BDR bagi tujuan tersebut. Pegawai boleh memohon menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji yang dilayaki oleh pegawai.

  • 12. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang sedang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan untuk BDR?

    Tidak boleh.
    Ketua Jabatan tidak boleh mengarahkan BDR kepada pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan di bawah peruntukan MyPPSM Ceraian SR.5.4.4.

  • 13. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/ premisnya mengalami gangguan utiliti?

    Boleh.
    Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/ premis mereka bekerja mengalami gangguan utiliti yang boleh menganggu penyampaian perkhidmatan di pejabat/ premis tersebut.

  • 14. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR?

    Ketua Jabatan adalah diwajibkan untuk mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) sebagaimana yang diperuntukkan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.2.1 telah digunakan.

    Ketua Jabatan juga hendaklah menetapkan tugasan yang bersesuaian dan memantau pelaksanaan tugasan tersebut.

  • 15. Bilakah arahan BDR boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR?

    Arahan BDR boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan sebaik sahaja tempoh Cuti Tanpa Rekod (CTR) sebagaimana yang diperuntukkan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.2.1 telah digunakan.

  • 16. Berapa lamakah tempoh BDR yang layak bagi pegawai yang kematian suami atau isteri?

    Tempoh pemberian BDR hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi dua (2) minggu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

  • 17. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan penting Kementerian/ Jabatan?

    Setiap kementerian/ jabatan mempunyai fungsi yang berbeza. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan menetapkan jenis perkhidmatan penting berdasarkan penetapan perkhidmatan penting oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dalam memastikan kelancaran dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

  • 18. Adakah kelulusan khas BDR yang telah diberikan kepada agensi tertentu sebelum berkuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini masih boleh diteruskan?

    Semua kelulusan khas BDR yang telah diberikan terdahulu adalah terbatal mulai tarikh kuat kuasanya peraturan BDR ini.

  • 19. Adakah pegawai lantikan kontrak (COS) dan sementara yang diarahkan BDR layak bayaran faedah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja?

    Tidak layak.

    Pegawai lantikan kontrak (COS) dan sementara yang diarahkan BDR tidak layak dipertimbangkan bayaran faedah Skim Ex-Gratia Bencana Kerja di bawah Pekeliling Perbendaharaan W.P 6.3 kerana pegawai kontrak dan sementara ini telah dilindungi oleh Skim Perlindungan Keselamatan Sosial di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

    Ia adalah selaras dengan ketetapan Perenggan 10.3, Pekeliling Perbendaharaan W.P 6.3 seperti berikut:
    “Pegawai yang dilindungi Skim Bencana Pekerjaan PERKESO atau skim perlindungan lain atas caruman Kerajaan, tidak layak dipertimbangkan faedah di bawah Skim ini.”

  • 20. Adakah pegawai yang BDR layak menuntut Elaun Lebih Masa (ELM)?

    Tidak layak.

Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am

  • 1. Ceraian SR.4.2.7 ini memperuntukkan kebenaran kepada pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-musabab kecemasan am. Apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan am dalam Ceraian ini?

    Dalam Ceraian SR.4.2.7 ini, kecemasan am bermaksud suatu kejadian kecemasan yang berlaku seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain mala petaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.

  • 2. Bilakah pegawai boleh diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja atas sebab-musabab kecemasan am?

    Pegawai boleh diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja apabila kejadian kecemasan am berkenaan telah menyebabkan terhalangnya perjalanan pegawai ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.

  • 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan peribadi?

    Kecemasan peribadi bermaksud suatu kejadian kecemasan atau kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku ke atas peribadi atau yang melibatkan harta benda pegawai.

  • 4. Bolehkah pegawai diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja sekiranya berlaku suatu bencana atau kemalangan ke atas diri dan harta benda pegawai?

    Tidak boleh

    Tidak boleh. Bencana atau kemalangan ini tidak termasuk dalam kategori kecemasan am.

  • 5. Rumah yang diduduki Encik Rizal telah dilanda banjir, kemudian beliau berpindah dan tinggal di rumah lain yang tidak dinaiki air dan membolehkan beliau hadir bertugas. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan ini?

    Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan kerana tiada halangan untuk beliau hadir ke pejabat.

  • 6. Dr. Ali telah pulang ke kampungnya di Sungai Besar untuk bercuti dan pada masa yang sama satu kejadian banjir telah melanda kawasan tempat tinggal Dr. Ali di Putrajaya. Adakah Dr. Ali layak dipertimbangkan kemudahan ini?

    Tidak layak.

    Dr. Ali berada di kampung yang tidak berlaku kejadian banjir dan tidak menghalang perjalanan beliau ke tempat kerja.

  • 7. Sekiranya hanya kawasan persekitaran rumah pegawai sahaja yang terlibat dengan mala petaka dan bencana alam seperti kebakaran, banjir atau tanah runtuh dan menghalang perjalanan pegawai ke pejabat, adakah pegawai layak menggunakan kemudahan ini?

    Layak.

    Pegawai boleh diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja apabila kejadian kecemasan berkenaan telah menyebabkan terhalangnya perjalanan pegawai ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.

  • 8. Encik Adam telah diarahkan untuk hadir ke mesyuarat di Jepun. Pada tarikh Encik Adam sepatutnya berlepas pulang ke Malaysia, Jepun telah menguatkuasakan perintah berkurung, di mana tiada sebarang pergerakan keluar masuk dibenarkan. Adakah Encik Adam layak menggunakan kemudahan ini?

    Layak.

    Insiden ini merupakan kecemasan am.

  • 9. Bolehkah pegawai yang berada di luar negara/ pejabat atas urusan peribadi menggunakan kemudahan ini sekiranya berlaku perintah berkurung di negara/ kawasan terlibat?

    Boleh

    Insiden ini merupakan kecemasan am.

  • 10 Tempat tinggal Puan Mary telah dilanda banjir besar. Selepas kejadian tersebut, beliau terpaksa melakukan kerja-kerja pembersihan. i. Adakah beliau layak dipertimbangkan kemudahan ini sepanjang tempoh rumah beliau ditenggelami banjir dan menyebabkan beliau terhalang untuk ke pejabat? ii. Adakah Puan Mary layak dipertimbangkan kemudahan ini selepas banjir surut bagi tujuan kerja-kerja pembersihan?

    1. Layak, bagi sepanjang tempoh kejadian bencana berlaku yang menghalang perjalanan beliau.
    2. Tidak layak. Puan Mary perlu mengambil Cuti Rehat tahunan atau menggunakan mana-mana kelayakan cuti bagi tujuan ini.
  • 11. Encik Fauzi telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) setelah rumah beliau musnah akibat tanah runtuh yang turut menjejaskan kawasan sekitarnya. Sepanjang beliau berada di PPS, Encik Fauzi tidak mempunyai sebarang halangan untuk beliau ke pejabat. Adakah Encik Fauzi layak dipertimbangkan kemudahan ini?

    Tidak layak.

    Encik Fauzi tidak layak dipertimbangkan kemudahan ini kerana tiada halangan perjalanan untuk beliau hadir ke pejabat.

  • 12. Encik Steven telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) setelah rumah beliau musnah akibat tanah runtuh yang turut menjejaskan kawasan sekitarnya. Sepanjang beliau berada di PPS, hanya pihak berkuasa sahaja dibenarkan keluar masuk dalam kawasan tersebut, secara tidak langsung ia telah menyebabkan Encik Steven terhalang untuk ke pejabat. Adakah Encik Steven layak dipertimbangkan kemudahan ini?

    Layak.

    Encik Steven layak dipertimbangkan kemudahan ini kerana terdapat halangan perjalanan untuk beliau hadir ke pejabat.

  • 13. Puan Nina menduduki rumah pangsa di aras 6, berlaku kebakaran di aras 5 yang memusnahkan keseluruhan aras tersebut. Puan Nina menghadapi masalah kerana laluan keluar dan masuk telah tersekat dan menghalang perjalanan beliau. Adakah beliau layak menggunakan kemudahan ini?

    Layak.

    Kebakaran itu telah menghalang perjalanan pegawai ke tempat kerja.

  • 14. Puan Normah menduduki rumah pangsa di aras 4, berlaku kebakaran di aras 5 yang memusnahkan keseluruhan aras tersebut. Adakah beliau layak menggunakan kemudahan ini?

    Tidak layak.

    Kebakaran itu tidak menghalang perjalanan pegawai ke tempat kerja.

  • 15. Encik Amin dalam perjalanan dari rumahnya ke pejabat. Telah berlaku kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan beliau. Adakah beliau layak menggunakan kemudahan ini?

    Layak.

    Kejadian tersebut menghalang perjalanan pegawai ke tempat kerja.

  • 16. Encik Amin dan isterinya Puan Normah dalam perjalanan dari rumah ke pejabat, berlaku kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan teruk. Adakah kedua-dua pegawai ini layak menggunakan kemudahan ini?

    Tidak layak.

    Insiden ini merupakan kecemasan peribadi. Sekiranya pegawai itu tidak hadir bekerja, beliau hendaklah mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

  • 17. Rumah Encik Azuan telah disambar petir pada malam Ahad dan telah menyebabkan kebakaran. Adakah beliau layak menggunakan kemudahan ini?

    Tidak layak.

    Insiden ini merupakan kecemasan peribadi. Sekiranya pegawai itu tidak hadir bekerja, beliau hendaklah mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

  • 18. Adakah pegawai lantikan secara kontrak (COS) layak menggunakan kemudahan ini?

    Layak.

    Kemudahan ini layak diberikan kepada semua kategori pegawai sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak.

Soalan Lazim

Kenaikan Pangkat

Soalan Lazim

Rayuan Untuk Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

  • 1. Siapakah yang boleh membuat rayuan untuk urusan kenaikan pangkat?

    Semua pegawai yang dipertimbangkan sama ada berjaya, simpanan atau gagal yang terkilan dengan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat boleh merayu.

  • 2. Sekiranya seseorang pegawai yang terkilan dengan keputusan suatu Lembaga Kenaikan Pangkat, apakah yang boleh dilakukan oleh pegawai tersebut?

    Pegawai boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan secara bertulis melalui Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat itu disampaikan kepada pegawai.

  • 3. Berapakah kuorom mesyuarat Lembaga Rayuan?

    Tiga termasuk Pengerusi.

  • 4. Bolehkah seseorang pegawai merayu atas keputusan Lembaga Rayuan?

    Keputusan sesuatu Lembaga Rayuan adalah muktamad.

Tindakan Tatatertib & Pemangkuan Kenaikan Pangkat

  • 1. Bolehkah pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib diberi pemangkuan kenaikan pangkat?

    Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib akan secara langsung ada tempoh tidak layak untuk dipertimbangkan pemangkuan. Tempoh tidak layak adalah berdasarkan jenis hukuman. (Rujuk Perkara 12, Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010)

  • 2. Bolehkah pegawai yang sedang dalam siasatan dipertimbangkan kenaikan pangkat?

    Boleh. Pegawai yang sedang dalam siasatan tatatertib atau SPRM layak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan / kenaikan pangkat dan statusnya hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat. Sekiranya pegawai berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat, keputusan adalah tertakluk kepada pegawai bebas dari sebarang tindakan tatatertib.

Faktor & Penentuan Kekananan Pegawai

  • 1. Bagaimanakah cara untuk menentukan kekananan pegawai?

    Perkara 34, Bahagian VI, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] kekananan pegawai ditentukan seperti yang berikut :

    1. Bagi pegawai dalam gred lantikan, kekananan mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap;
    2. Bagi pegawai dalam gred kenaikan pangkat, kekananan mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki.
  • 2. Apakah faktor yang boleh menghilangkan kekananan pegawai?

    Diantara faktor yang boleh menghilangkan kekananan ialah :

    1. Cuti tanpa gaji, selain cuti belajar tanpa gaji, hilang kekananan selama tempoh pegawai bercuti tanpa gaji;
    2. Pegawai di gred lantikan yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda akan hilang kekananan selama tempoh tersebut; dan
    3. Pegawai yang kembali ke skim perkhidmatan asal akan hilang kekananan selama tempoh pegawai berkhidmat di skim perkhidmatan yang baru.
    4. Tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tempoh ketidakhadirannya.

Calon Simpanan Kenaikan Pangkat

1. Berapa lama tempoh sahlaku untuk calon simpanan?

Tempoh sah laku calon simpanan adalah enam (6) bulan. Sekiranya dijangka akan ada kekosongan jawatan selepas tamat tempoh sah laku, Ketua Jabatan boleh memohon kepada Lembaga Kenaikan Pangkat untuk melanjutkan sah laku calon untuk tempoh simpanan pegawai selama enam (6) bulan lagi.

Lembaga Kenaikan Pangkat

  • 1. Siapakah ahli-ahli dalam suatu Lembaga Kenaikan Pangkat?

    Keahlian suatu Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) adalah seperti mana yang dinyatakan dalam ruangan Ketiga (3) Jadual, Keanggotaan LKPPA dan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U. (A) 75/2010]

  • 2. Bolehkah suatu Lembaga Kenaikan Pangkat dijalankan secara edaran?

    Tidak boleh. Suatu Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah bermesyuarat pada suatu tarikh dan di suatu tempat dan pada suatu masa sebagaimana ditentukan oleh Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat tersebut.

  • 3. Bolehkah suatu Lembaga Kenaikan Pangkat bersidang walaupun terdapat ahlinya yang tidak hadir?

    Boleh, asalkan kuorum dipenuhi. Kuorom bagi sesuatu Lembaga Kenaikan Pangkat adalah tiga (3) orang termasuk Pengerusi.

  • 4. Siapakah yang boleh melantik Panel Temu Duga untuk kenaikan pangkat?

    Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

Faktor & Urusan Kenaikan Pangkat

  • 1. Bilakah pegawai layak dinaikkan pangkat?

    Seseorang pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.

  • 2. Apakah faktor yang menentukan seseorang pegawai layak dipertimbangkan pemangkuan / kenaikan pangkat

    Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U. (A) 1/2012], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

    1. Kecekapan dan prestasi kerja;
    2. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
    3. Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan;
    4. Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat; dan
    5. Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.

Soalan Lazim

MBJ & MBK

Soalan Lazim

Majlis Bersama Kebangsaan

  • 1. Apa Itu MBK?

    Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) adalah platform rasmi hubungan majikan-pekerja dalam Pekhidmatan Awam yang disediakan oleh Kerajaan melibatkan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja bagi membincangkan perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasanya. Pelaksanaan MBK adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2020 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021.

  • 2. Sejarah Penubuhan MBK

    MBK mula ditubuhkan pada tahun 1973 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1973 bagi menggantikan Majlis-majlis Kebangsaan Whitley Pekerja-pekerja Bahagian I-IV dan Kumpulan Perusahaan dan Buruh Kasar, Majlis Bersama Kebangsaan bagi Guru-guru, Majlis-majlis Whitley Sabah dan Sarawak, Majlis-majlis Whitley Jabatan, Jawatankuasa-jawatankuasa Perhubungan dan Majlis-majlis Bersama Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Tiga (3) MBK yang ditubuhkan pada 1973 adalah:

    1. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam termasuk Perkhidmatan Pelajaran;
    2. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Badan-badan Berkanun termasuk Kuasa-kuasa Tempatan; dan
    3. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Perkhidmatan Polis.

    Pada tahun 1979, pelaksanaan MBK telah disemak semula bagi memperluaskan penyertaan Pihak Pekerja melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1979. Sehubungan dengan itu ketiga-tiga MBK sedia ada telah dibubar dan digantikan dengan lima (5) MBK seperti berikut:

    1. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam selain daripada Pekerja-pekerja Kumpulan Rendah dan Buruh Kasar;
    2. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Pelajaran;
    3. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Badan-badan Berkanun;
    4. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Kuasa-kuasa Tempatan; dan
    5. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja dalam Kumpulan Rendah dan Buruh Kasar dalam Perkhidmatan Awam.

    Pada tahun 1992, MBK sedia ada telah disusun semula melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB). Perubahan struktur MBK dengan penubuhan tiga (3) MBK bagi menggantikan lima (5) MBK sedia ada adalah seperti berikut:

    1. Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P);
    2. Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Sains dan Teknologi dalam Kumpulan Pelaksana (MBK S&T); dan
    3. Bersama Kebangsaan bagi Pekerja-pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK Am)

    Setelah 28 tahun, MBK telah disemak semula dan ditambah baik bagi memastikan dasar hubungan majikan-pekerja Pekhidmatan Awam kekal relevan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan melalui Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 6 Tahun 2020 telah bersetuju mengekalkan struktur MBK sedia ada dengan beberapa penambahbaikan. Antara penambahbaikan yang dilaksanakan adalah melibatkan keahlian Pihak Pegawai, penubuhan Jawatankuasa Kerja MBK dan mewujudkan pelepasan khas hari bekerja sebanyak satu (1) hari sebulan kepada Pengerusi dan Setiausaha bagi tujuan melaksanakan urusan berkaitan MBK dan penggunaan geran tahunan MBK diperluaskan kepada pelaksanaan program/bengkel/seminar Pihak Pekerja MBK.

  • 3. Bidang Dan Fungsi

    1. Memberi pendapat dan membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam. Perbincangan hendaklah menyentuh perkara-perkara am dan tidak perkara-perkara yang melibatkan pekerja individu;
    2. Membolehkan Pihak Pekerja mengemukakan sebarang cadangan perubahan untuk mendapat ulasan dan pandangan Pihak Pegawai bagi pertimbangan Kerajaan; dan
    3. Memberi cadangan mengenai inisiatif inovasi dan produktiviti dalam meningkatkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.
  • 4. Peraturan Penubuhan

    Peraturan penubuhan MBK adalah tertakluk kepada perlembagaan MBK masing-masing sebagaimana di Lampiran A (MBK P&P), Lampiran B (MBK S&T) dan Lampiran C (MBK Am) dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2020.

  • 5. Keahlian MBK

    Struktur MBK terdiri daripada:

      1. Ahli Pihak Pegawai
        1. Ahli Tetap
        2. - TerdiriTetap Pihak Pegawai dilantik oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di atas jawatan masing-masing iaitu:

          1. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam - Pengerusi
          2. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam - Ahli
          3. Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia - Ahli
          4. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia - Ahli
          5. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan - Ahli
          6. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Ahli
          7. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan - Ahli
          8. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya - Ahli
          9. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan - Ahli
          10. Ketua Bahagian/Unit yang menguruskan hubungan majikan-pekerja Perkhidmatan Awam - Setiausaha Pihak Pegawai

        1. Ahli Tidak Tetap
        2. - Terdiri daripada pegawai terkanan kementerian/agensi termasuk bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dijemput berdasarkan kepada keperluan mengikut isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat

      1. Ahli Pihak Pekerja
      2.     Ahli Pihak Pekerja MBK dipilih melalui konvensyen pemilihan Pihak Pekerja yang diadakan dua (2) tahun sekali (dwi-tahunan) oleh wakil kesatuan-kesatuan sekerja dan persatuan- persatuan yang bergabung dengan MBK berkenaan. Tempoh

         perkhidmatan adalah selama dua (2) tahun bermula daripada tarikh satu-satu Majlis itu mengadakan mesyuaratnya yang pertama. Ahli-ahli tersebut boleh terus memegang jawatan sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih.

  • 6. Konvensyen Dwi-Tahunan

    Konvensyen Dwi-tahunan dilaksanakan oleh Pihak Pekerja berdasarkan peraturan-peraturan tertentu bagi memilih ahli Pihak Pekerja MBK mewakili kesatuan/persatuan dalam Pekhidmatan Awam.

    Tiap-tiap kesatuan sekerja dan persatuan yang berdaftar dengan pihak pendaftar Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bergabung dengan MBK berkenaan dibenarkan menghantar seorang wakil bagi tiap-tiap 500 orang ahli yang pertama dan seorang wakil tambahan bagi setiap 500 orang ahli di atas bakinya.

    Ahli-ahli berkenaan adalah yang telah membayar yuran mengikut Laporan Tahunan yang lalu yang disiarkan oleh pihak Pendaftar. Wakil-wakil tambahan ini dibenarkan mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut hanya selepas menjelaskan pembayaran yang tertentu dan didaftarkan oleh pihak pengelola (Pihak Pekerja MBK).

Majlis Bersama Jabatan

  • 1. Apa itu MBJ?

    Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

  • 2. Penubuhan MBJ?

    Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan; kepada JPA untuk kelulusan.

  • 3. Bidang dan Fungsi

    Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

  • 4. Perkara yang Boleh Dibincangkan

    Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

  • 5. Faedah MBJ

    Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

  • 6. Perlukah Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ditubuhkan di jabatan yang mempunyai kakitangan kurang daripada 30 orang?

    Semua jabatan kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan perlu menubuhkan MBJ. Syarat penubuhan ini tidak terikat dengan jumlah kakitangan di sesebuah jabatan.

  • 7. Bolehkah jabatan yang telah membincangkan isu-isu kebajikan dalam mesyuarat pengurusan diberikan pengecualian dari menubuhkan MBJ?

    Bagi jabatan yang memenuhi syarat penubuhan MBJ, mesyuarat tersebut perlu dilaksanakan mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan. MBJ ditubuhkan dengan format yang khusus bagi memastikan komunikasi dua (2) hala berlaku di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja dalam mesyuarat untuk mencapai persetujuan bersama ke atas isu-isu berbangkit.

  • 8. Selain daripada dasar Kerajaan, apakah perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ?

    Selain daripada dasar Kerajaan, hal-hal perseorangan atau masalah peribadi juga tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ dan hendaklah diselesaikan secara pentadbiran sahaja. Perbincangan MBJ hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan bersama (commoninterest).

  • 9. Apakah tujuan salinan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat MBJ yang telah diadakan dikemukakan kepada Agensi Induk dan salinan kepada JPA?

    Agensi Induk memerlukan salinan minit mesyuarat MBJ jabatan-jabatan di bawah seliaannya bagi memantau keaktifan dan memberi perhatian ke atas isu-isu dibincangkan serta menyediakan laporan kepada pihak JPA. Salinan minit berkenaan turut diperlukan JPA bagi menyemak keabsahan laporan yang dikemukakan oleh Agensi Induk.

  • 10. Bolehkah ahli MBJ membuat tuntutan elaun perjalanan dan elaun-elaun lain yang berkenaan semasa menghadiri mesyuarat MBJ?

    Ahli-ahli MBJ yang dijemput menghadiri mesyuarat dibenarkan membuat tuntutan elaun perjalanan dan bayaran lain seperti mana yang dibenarkan semasa menjalankan tugas rasmi mengikut kelayakan masing-masing.

  • 11. Adakah keahlian Pihak Pekerja semestinya untuk Gred 48 ke bawah sahaja? Ini adalah kerana, di jabatan ini, bagi ahli pekerja, gred yang tertinggi adalah di Gred 54 dan ada yang tidak terlibat dalam membuat keputusan dan bukan merupakan Ketua Bahagian atau Unit.

    Ya, keahlian Pihak Pekerja adalah wakil pekerja-pekerja di jabatan terbabit, Gred 48 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan merupakan Ketua Bahagian/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri. Keahliannya adalah terhad kepada komposisi yang terdapat dalam perlembagaan MBJ yang diluluskan.

  • 12. Terdapat perbezaan di antara rekod agensi dengan JPA mengenai jumlah agensi yang tersenarai di dalam Laporan Pemantauan Keaktifan MBJ.

    Penilaian prestasi keaktifan MBJ bagi negeri-negeri dan peringkat persekutuan hanya melibatkan senarai agensi yang dipantau oleh JPA sahaja. Bagi agensi-agensi yang tidak dipantau seperti pejabat-pejabat daerah dan tanah, pelaksanaan MBJ boleh diteruskan dan dipantau oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

  • 13. Adakah “pegawai-pegawai yang bergaji” membawa maksud pekerja tetap/kontrak yang dibayar gaji oleh agensi atau termasuk pekerja yang bertugas di agensi berkenaan tetapi gaji dibayar oleh pihak lain?

    Istilah “pegawai-pegawai yang bergaji” di dalam perlembagaan MBJ bermaksud pegawai-pegawai yang berkhidmat di agensi tersebut, meliputi pegawai lantikan tetap, kontrak, peminjaman, kader dan lain-lain.

  • 14. Adakah agensi boleh membuat pilihan pada perlembagaan MBJ iaitu: 1. Mengikut bahagian 2. Mengikut gred 3. Mengikut skim perkhidmatan Sekiranya agensi menentukan mengikut skim perkhidmatan, bolehkan jumlah keahlian setiap gred tidak dinyatakan dalam perlembagaan kerana ianya akan berdasarkan kepada keputusan semasa pemilihan?

    Keahlian Pihak Pekerja di dalam perlembagaan MBJ boleh dipilih mengikut bahagian/gred/skim perkhidmatan mengikut kesesuaian keanggotaan di agensi berkenaan. Jumlah keahlian perlu dinyatakan agar kuota mesyuarat MBJ dapat ditentukan, seterusnya memastikan pelaksanaan mesyuarat MBJ agensi mematuhi peraturan yang ditetapkan.

  • 15. Setelah perlembagaan MBJ mendapat kelulusan di peringkat mesyuarat MBJ agensi, adakah agensi perlu memanjangkan perlembagaan ini kepada pihak JPA?

    Sebarang pindaan ke atas perlembagaan MBJ perlu terlebih dahulu dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Pengurusan Prestasi

Punca Kuasa, Prinsip Dan Tujuan
  • 1. Apakah dasar atau peraturan yang boleh dirujuk berkaitan penilaian prestasi?

    1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 : Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan - Lampiran A2 dan Lampiran A3; dan

    2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

    3. Surat Edaran JPA - Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023

  • 2. Apakah prinsip utama dalam melaksanakan sistem penilaian prestasi?

    Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002, prinsip utama dalam melaksanakan penilaian prestasi adalah seperti berikut:
    a. Pelaksanaan penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus;
    b. Berasaskan kepada mutu penghasilan kerja dan tingkah laku PYD ke arah
    pencapaian objektif organisasi; dan
    c. Menggalakkan persaingan positif bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.

  • 3. Apakah tujuan sistem penilaian prestasi?

    Tujuan utama sistem penilaian prestasi adalah bagi:
    (i) membolehkan prestasi kerja dinilai dengan lebih sistematik dan meyakinkan;
    (ii) membolehkan ketua perkhidmatan melaksanakan sistem penilaian prestasi mengikut kesesuaian perkhidmatan tertentu;
    (iii) membolehkan sistem penilaian prestasi digunakan dalam pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti kemajuan kerjaya, penempatan dan latihan; dan
    (iv) meningkatkan penglibatan ketua jabatan dan semua peringkat pegawai penyelia dalam proses penilaian prestasi.

Soalan Lazim

Pemangkuan

Soalan Lazim

Kelulusan & Penamatan Pemangkuan

  • 1. Apakah tafsiran pemangkuan?

    Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

  • 2. Bolehkah Ketua Jabatan mengarahkan untuk pegawai memangku sesuatu jawatan?

    Tidak boleh. Urusan pemangkuan perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Kenaikan Pangkat.

  • 3. Bolehkah seseorang pegawai itu dinaikkan pangkat tanpa memangku jawatan tersebut terlebih dahulu?

    Boleh, tertakluk kepada kelulusan / persetujuan Lembaga Kenaikan Pangkat.

  • 4. Bolehkah pemangkuan seseorang pegawai ditamatkan?

    Lembaga Kenaikan Pangkat boleh menamatkan pemangkuan pegawai atas asas-asas berikut:

    1. Tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam tempoh pemangkuan;
    2. Tidak memenuhi syarat untuk dinaikkan pangkat;
    3. Menghadapi tindakan tatatertib; dan
    4. Sebab-sebab lain yang mewajarkan penamatan pemangkuan

Elaun Pemangkuan

  • 1. Bagaimanakah elaun pemangkuan dikira?

    Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat:

    1. Perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku; dan
    2. Sekiranya gaji hakiki pegawai sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku.
  • 2. Adakah elaun pemangkuan perlu dikutip balik apabila seseorang pegawai dinaikkan pangkat di mana tarikh kenaikan pangkat dikebelakangkan?

    Elaun pemangkuan tidak perlu dikutip balik. Walau bagaimanapun, pelarasan gaji kenaikan pangkat dan elaun pemangkuan hendaklah dibuat selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2008.

Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK)

  • 1.Apakah dasar atau peraturan semasa yang boleh dirujuk berkaitan pengisian Borang LNPK?

  • 2.Siapakah yang perlu membuat LNPK?

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, pegawai yang perlu mengisi borang LNPK adalah seperti berikut:

    a. Pegawai yang akan dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah memangku sekurang-kurangnya 6 bulan. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan yang dipangku; dan
    b. Pegawai yang telah memangku melebihi 6 bulan dalam tahun semasa dan akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum urusan penilaian prestasi tahunan bagi tahun tersebut dilaksanakan pada hujung tahun.

  • 3.Bagaimanakah untuk menentukan Pegawai Penilai (PP) dalam urusan LNPK?

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, penentuan Pegawai Penilai (PP) dalam urusan LNPK adalah seperti berikut:


        (i) PP perlu mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD); dan
        (ii) Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan; dan
        (iii) Hanya memerlukan Pegawai Penilai Pertama (PPP) sahaja dalam menyediakan LNPK.

  • 4.Berapakah wajaran markah bagi LNPK dalam urusan kenaikan pangkat jika digunakan bersama LNPT?

    Wajaran markah LNPK ialah 20% jika digunakan bersama LNPT. Penetapan wajaran markah LNPT ialah 80% daripada markah keseluruhan bagi tiga tahun berturut-turut, di mana penetapan peratusan untuk setiap tahun ialah 20% bagi tahun pertama, 35% bagi tahun kedua dan 45% bagi tahun ketiga.

  • 5.Apakah rasional penggunaan LNPK?

    Penggunaan LNPK adalah untuk mendapatkan penilaian terkini berhubung prestasi semasa seseorang pegawai. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan semasa.

  • 6.Apakah kegunaan lain LNPK selain urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan?

    Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, kegunaan lain LNPK adalah seperti berikut:

        a. Latihan;
        b. Lantikan ke perkhidmatan lain;
        c. Pelantikan kontrak;
        d. Pinjaman; dan
        e. Tukar sementara.

Soalan Lazim

Pembangunan Modal Insan - Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Soalan Lazim

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

  • 1. Bagaimanakah saya hendak memohon program tajaan / kemudahan cuti belajar dari JPA?

    Iklan permohonan program tajaan / kemudahan cuti belajar JPA akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/

  • 2. Bolehkah saya menerima tawaran pengajian jika bidang pengkhususan yang ditawarkan oleh Universiti berkenaan adalah sama dengan bidang pengkhususan yang dimohon tetapi berada di bawah fakulti/bidang berbeza?

    Anda hendaklah memaklumkan secara rasmi perkara ini kepada BMI, JPA dan sebarang keputusan adalah tertakluk kepada kelulusan BMI.
  • 3. Pendaftaran bagi bidang pengajian saya hanya dijalankan pada bulan September setiap tahun. Bagaimanakah jika saya belum/sedang menghadiri kursus persediaan Ijazah Kedoktoran/Ijazah Sarjana semasa pendaftaran tersebut sedang berlangsung?

    Hadir dan lulus Kursus Persediaan Ijazah Kedoktoran/Ijazah Sarjana merupakan syarat wajib bagi melayakkan anda ditawarkan cuti belajar dengan HLP. Anda dinasihatkan untuk memohon penangguhan pengajian daripada institusi pengajian tersebut sehingga keputusan Kursus Persediaan Ijazah Kedoktoran/Ijazah Sarjana diperolehi. Jika tarikh pendaftaran pengajian anda lebih lewat daripada yang dibenarkan (sepertimana yang dinyatakan di dalam surat tawaran bersyarat), sila maklumkan perkara tersebut kepada BMI dengan segera.
  • 4. Bolehkah saya menerima tawaran pengajian jika pengkhususan yang ditawarkan oleh Universiti berbeza seperti tawaran JPA?

    Anda hendaklah memaklumkan secara rasmi perkara ini kepada pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (BMI, JPA) berserta dokumen sokongan (surat tawaran dan justifikasi). Keputusan untuk menerima tawaran Universiti berkenaan adalah tertakluk kepada kelulusan BMI, JPA.

  • 5. Tempoh tajaan yang diluluskan oleh JPA sebagai penaja adalah lebih singkat daripada tempoh pengajian yang ditawarkan oleh Universiti. Sebagai penaja, bagaimanakah JPA menentukan tempoh tajaan yang diluluskan kepada saya?

    Penentuan tempoh tajaan oleh JPA adalah berasaskan kepada struktur pengajian bagi program / negara serta mode pengajian yang akan diikuti oleh penerima tajaan HLP.

  • 6. Bolehkah saya menukar mod pengajian pada bila-bila masa jika saya berhasrat sedemikian?

    Anda tidak dibenarkan untuk menukar mod pengajian sama ada sebelum atau semasa pengajian. Mod pengajian adalah berdasarkan permohonan yang telah anda kemukakan semasa permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

  • 7. Bolehkah saya menukar bidang atau pengkhususan bidang sebelum atau semasa pengajian?

    Anda tidak dibenarkan untuk menukar bidang atau pengkhususan bidang. Penentuan bidang adalah berdasarkan permohonan anda.

  • 8. Bolehkah saya menangguh pengajian sekiranya diberi pemangkuan jawatan?

    Tidak boleh. Anda akan dianggap sebagai menarik diri daripada pengajian sekiranya meninggalkan pengajian untuk menerima pemangkuan jawatan.

  • 9. Bolehkah saya membuat tuntutan perjalanan bagi perjalanan pergi dan balik untuk tujuan pendaftaran sahaja sebelum memulakan pengajian?

    Tidak boleh. Tuntutan perjalanan hanya dibenarkan bagi tujuan memulakan pengajian (perjalanan sehala dari rumah/pejabat ke tempat pengajian sebelum memulakan pengajian) dan tamat pengajian (perjalanan sehala dari tempat pengajian ke rumah/pejabat setelah tamat pengajian).

  • 10. Apakah asas yang boleh dipertimbangkan untuk kelulusan permohonan pelanjutan pengajian dan bilakah tempoh terakhir untuk saya kemukakan permohonan pelanjutan pengajian?

    Sebarang permohonan pelanjutan hanya akan dipertimbangkan jika melibatkan hal kesihatan dan perubahan struktur pengajian sahaja. Setiap permohonan mestilah dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tajaan.

  • 11. Bolehkah saya menjalankan sebarang tugas rasmi atau aktiviti yang dapat menjana pendapatan sampingan semasa dalam pengajian?

    Anda tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang tugas rasmi atau aktiviti yang dapat menjana pendapatan sampingan semasa dalam pengajian.

  • 12. Di manakah saya perlu melapor diri setelah tamat pengajian?

    Bagi Pegawai Perkhidmatan Gunasama, anda perlu melapor diri di BMI, JPA setelah tamat pengajian. Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Gunasama, anda dibenarkan melapor diri di Jabatan dan seterusnya memastikan Ketua Jabatan mengemukakan salinan surat pengesahan lapor diri kepada BMI, JPA dengan segera.

Soalan Lazim

Pembangunan Modal Insan - Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)

Soalan Lazim

Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)

  • 1. Bagaimanakah saya hendak memohon penajaan pendidikan dari JPA?

    Iklan permohonan program penajaan JPA akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/

  • 2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dalam Model Baharu Penajaan JPA?

    Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dalam Model Baharu Penajaan JPA bermaksud bahawa perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:                     

    1. pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;                                                                  
    2. bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
    3. bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya  pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian;  dan
    4. bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar tidak bekerja atau bekerja di luar negara.
    5. selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
  • 3. Apakah itu Student Assesment Centre (SAC)?

    Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

  • 4. Apakah elaun yang disediakan oleh pihak JPA?

    Elaun (tertakluk kepada peringkat dan tempat pengajian bagi penentuan Kadar A, B atau C):

    1. Elaun Sara Hidup;
    2. Elaun Penginapan;
    3. Elaun Buku;
    4. Elaun Alat Perkakas;
    5. Elaun Pakaian Panas;
    6. Elaun Tesis (tertakluk kepada peringkat dan mod pengajian);
    7. Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan / Posting Elektif;
    8. Elaun Akhir Pengajian;
    9. Elaun Perjalanan;
    10. Elaun Penempatan;
    11. Elaun Bantuan Sewa Rumah;
    12. Elaun Bantuan Keluarga; dan
    13. Elaun Penyelidikan.
  • 5. Bagaimana saya boleh menuntut elaun latihan amali?

    Tuntuan elaun latihan amali boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan elaun latihan amali yang boleh didapati di HEP tempat pengajian atau di Portal http://esilav2.jpa.gov.my. Sila catatkan rujukan fail JPA (no. K/P) bagi memudahkan proses tuntutan ini.

    Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas latihan amali tamat dilaksanakan (selewat-lewatnya 30 hari sebaik tamat tempoh latihan) dan sekiranya lewat melebihi tempoh yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara Jabatan ini.

  • 6. Apakah syarat permohonan Nikah Kahwin ketika pengajian bagi pelajar-pelajar tajaan JPA?

    Pelajar hanya dibenarkan berkahwin ketika dalam pengajian selepas mendapat kebenaran daripada pihak JPA. Syarat untuk diluluskan adalah pelajar mestilah tidak berkahwin dengan bukan warganegara, dipersetujui oleh penjamin dan keluarga dan mempunyai kedudukan akademik yang baik. Perkahwinan tanpa kebenaran pihak penaja boleh menyebabkan penajaan pelajar ditamatkan dan tuntutan gantirugi dikenakan ke atas pelajar. Borang Nikah Kawin boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my

  • 7. Bolehkah saya menyertai Program Mobiliti atau pertukaran pelajar di universiti di luar negara atau di luar dari negara pengajian?

    Pelajar yang ingin mengikuti program mobiliti berbentuk akademik (mempunyai pindahan jam kredit) biasiswa dibayar dengan kadar dalam negara / negara pengajian asal sahaja bagi semester berkenaan. Pelajar dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti insurans keselamatan dan sebagainya. Sebarang pelanjutan adalah dengan tanggungan pelajar sendiri. Bagi program bukan berbentuk akademik, pelajar diberi penangguhan penajaan dan sekiranya pengajian pelajar memerlukan pelanjutan, pelajar perlu menanggung sendiri kos pelanjutan terbabit. Pelajar perlu mengemukakan permohonan mengikuti program tersebut dalam tempoh 30 hari sebelum program tersebut berjalan kepada:

    1. Pelajar dalam negara dipanjangkan kepada email Unit Pembangunan LSP Dalam Negara di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
    2. pelajar luar negara dipanjang kepada Pejabat Penasihat dan Latihan di negara pengajian.

     

    Borang Program Mobiliti boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my

  • 8. Bolehkah saya bertukar penaja sekiranya saya ditawarkan oleh penaja lain setelah saya menerima biasiswa JPA?

    Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke Jabatan ini.

  • 9. Bolehkah saya bertukar kursus atau bidang selepas mengikuti pengajian dan menerima biasiswa JPA?

    Tiada sebarang pertukaran kursus dibenarkan melainkan atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan sekiranya mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan diteruskan untuk kursus yang baru. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas pelajar mungkin akan ditamatkan. Sekiranya pelajar tajaan ingin bertukar kursus, pelajar perlu kemukakan surat rasmi kepada Jabatan ini memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus.

  • 10. Bolehkah saya memohon sekiranya telah mempunyai penaja lain seperti PTPTN?

    Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar adalah bertanggungjawab dalam urusan penamatan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain.

  • 11. Apakah perkhidmatan yang disediakan di Portal MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed)?

    1. Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan;
    2. Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH);
    3. Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi;
    4. Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi;
    5. Semakan Status Senarai Hitam;
    6. Lapor Diri Atas Talian;
    7. Permohonan Penangguhan Kontrak;
  • 12. Bagaimana sekiranya tempoh penajaan tidak sepadan dengan tempoh pengajian universiti?

    Pelajar perlu mengisi borang pindaan tempoh yang boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan kes pelajar akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa untuk pertimbangan.

  • 13. Bagaimana pelajar boleh melapor diri setelah tamat belajar?

    Dengan melayari laman web berikut:

    1. http://myself.jpa.gov.my;
    2. Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan);
    3. Log-in, klik pada tab Pengajian 
    4. Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan;
    5. Lampirkan dokumen sokongan berikut:
    1. Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat Tamat Belajar;
    2. Salinan transkrip peperiksaan; dan
    3. Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa   Melantik (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

Kenaikan Elaun Sara Hidup

A. Kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan JPA Dalam dan Luar Negara (kecuali pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom)
  • 1. Bilakah kadar ESH pelajar tajaan JPA dinaikkan?

    Kadar baharu berkuatkuasa mulai 1 Julai 2023.

  • 2. Berapakah pelajar yang terlibat dengan kenaikan ini?

    43,595 pelajar di peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara (Latihan Sebelum Perkhidmatan).

  • 3. Berapakah kenaikan ESH yang diluluskan sebulan?

    Dalam Negara Luar Negara
    + RM100 + 15%
  • 4. Apakah elaun yang disediakan oleh pihak JPA?

    Dalam Negara

    Kadar Luar Negara

    UK

    Amerika

    Lain-Lain

    Lama

    A & B

    A & B

    A, B & C

    Tiada Perubahan

    Baharu

    A sahaja

    A sahaja

    A & B sahaja

    Tiada Perubahan

  • 5. Adakah kenaikan ini melibatkan pegawai tajaan JPA di bawah Program Latihan Dalam Perkhidmatan?

    Kenaikan ini tidak termasuk pegawai tajaan JPA di bawah Program Latihan Dalam Perkhidmatan.

B. Kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Ijazah Pertama Tajaan JPA di United Kingdom
  • 1. Bilakah kadar ESH pelajar Ijazah Pertama tajaan JPA di UK dinaikkan?

    Telah dinaikkan pada 7 November 2022.

  • 2. Berapakah kadar lama dan kadar baharu ESH pelajar Ijazah Pertama di UK sebulan?

    Lama Baharu
    GBP 1,045
    (RM 6,069)
    GBP 1,300
    (RM 7,549)

Soalan Lazim

Pembangunan Modal Insan - Pengurusan Kutipan Dan Ganti Rugi

Soalan Lazim

Pengurusan Kutipan Dan Ganti Rugi

A. Soalan Umum
  • 1. Bagaimana semakan baki pinjaman / ganti rugi boleh dibuat?

    Peminjam boleh menyemak baki pinjaman / ganti rugi melalui:

    1. Portal MySELF https://myself.jpa.gov.my/ - Klik pada tab Bayaran Balik, sub-navigasi Overview
  • 2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan alamat/ maklumat perkhidmatan/ maklumat perhubungan?

    Peminjam boleh mengemaskini sendiri profil peribadi dan maklumat perkhidmatan melalui portal MySELF - https://myself.jpa.gov.my

  • 3. Bagaimanakah cara untuk reset kata laluan MySELF?

    Permohonan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 4. Apakah maklumat yang perlu disediakan untuk semakan maklumat status bayaran balik?

    Penama dikehendaki menyediakan maklumat nama (seperti di dalam kad pengenalan), nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor telefon yang boleh dihubungi setiap kali berhubung dengan Jabatan ini.

  • 5. Apakah nombor Akaun dan nombor bil untuk membuat bayaran balik?

    Maklumat nombor Akaun dan nombor bil boleh merujuk surat tuntutan JPA/ menyemak melalui portal MySELF - https://myself.jpa.gov.my/ . Maklumat nombor Akaun dan nombor bil bagi setiap individu adalah berbeza.

  • 6. Bagaimanakah kaedah bayaran balik pinjaman pelajaran/ ganti rugi Biasiswa Persekutuan?

    1. Secara Atas talian
      1. Maybank2u;
      2. Cimbclicks;
      3. Bank Islam Internet Banking;
      4. Bank Muamalat Internet Banking;
      5. Selain daripada senarai di atas, boleh menggunakan transaksi FPX di Pos Online.
    2. Kaunter Pejabat Pos Berkomputer
    3. Bank Draf/ Kiriman Wang/ Wang Pos (cek persendirian tidak diterima)

      Catatan: Sila pastikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon dicatatkan di belakang dokumen tersebut.

    4. Standing Instruction/ Arahan Tetap Bank

      Catatan: Sila berurusan dengan pihak bank masing-masing

    5. Pengeluaran Akaun 2 KWSP

      Catatan: Permohonan boleh dikemukakan kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Mohon nyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini.

    6. Melalui potongan gaji

      Catatan: Penama perlu mengisi borang yang berkaitan yang boleh dimuat turun daripada portal MySELF dan mengemukakan borang tersebut kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti rugi melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

  • 7. Sekiranya saya membuat bayaran secara atas talian, saluran bayaran manakah yang perlu dipilih:

    Saluran bayaran (MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM)

    JENIS TAJAAN SALURAN BAYARAN
    Ganti rugi (Biasiswa): Jabatan Perkhidmatan Awam – Ganti Rugi Biasiswa
    Ganti rugi PBU (Pinjaman 2016 dan ke atas) Jabatan Perkhidmatan Awam – Ganti Rugi PBU.
    Pinjaman (Pinjaman 2015 dan ke bawah) Jabatan Perkhidmatan Awam - Pinjaman 1987-2015
    Pinjaman PBU (Pinjaman 2016 dan ke atas) Jabatan Perkhidmatan Awam - Pinjaman Mulai 2016

    Saluran bayaran (POS ONLINE)

    JENIS TAJAAN SALURAN BAYARAN
    Ganti rugi (Biasiswa) & Ganti Rugi PBU (Pinjaman 2016 dan ke atas) JPA – tuntutan ganti rugi
    Pinjaman (Pinjaman 2015 dan ke bawah 2016) & Pinjaman PBU (Pinjaman 2016 dan ke atas) JPA – Pinjaman Pelajaran
  • 8. Rekod bayaran yang dipaparkan di MySELF berbeza dengan rekod simpanan saya, apakah yang perlu saya lakukan?

    Penama boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. beserta bukti transaksi untuk semakan lanjut.

  • 9. Saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman/ ganti rugi dan bagaimana cara untuk saya mendapatkan bukti penyelesaian bayaran?

    Penama boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pengesahan selesai bayaran kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

  • 10. Saya telah terlebih membuat bayaran balik pinjaman/ ganti rugi dan bagaimana cara untuk saya mendapatkan semula lebihan bayaran tersebut?

    Penama perlu mengisi borang yang berkaitan yang boleh dimuat turun daripada portal MySELF dan mengemukakan borang tersebut kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui pos atau serahan tangan.

  • 11. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya saya telah selesai membuat bayaran balik pinjaman/ ganti rugi, tetapi potongan gaji bulanan masih berjalan?

    Penama boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. beserta bukti slip gaji bulan yang berkenaan untuk semakan lanjut.

  • 12. Sekiranya penjamin saya telah meninggal dunia, apakah yang perlu saya lakukan?

    Boleh, penama boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan mengemukakan salinan Sijil Kematian penjamin berkenaan.

  • 13. Nama saya telah disenaraihitam oleh JPA. Apakah yang harus saya lakukan?

    Penama perlu menjelaskan keseluruhan tunggakan bagi membolehkan nama dikeluarkan dari senarai hitam dengan serta merta.

    Bagi penama yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan, penama akan dikeluarkan dari senarai hitam sekiranya:

    1. bersetuju menjelaskan bayaran pendahuluan bersamaan satu bulan ansuran dan membuat bayaran secara teratur melalui:
      1. Potongan gaji; atau
      2. Arahan Tetap kepada bank (Standing Instruction).
        (Nama peminjam akan dikeluarkan setelah bayaran bulan pertama dikreditkan ke dalam penyata akaun)
    2. Bersetuju membuat bayaran pendahuluan sebanyak ¼ daripada jumlah tunggakan dan membuat bayaran secara tetap pada setiap bulan, sehingga selesai secara atas talian / tunai / kaedah bayaran lain.

      Nama peminjam akan dikeluarkan setelah bayaran bagi enam (6) bulan dikreditkan ke dalam penyata akaun berturut-turut tanpa gagal / tertunggak


    Salinan transaksi pembayaran tersebut perlu di emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 14. Apakah tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap penama yang ingkar menjelaskan bayaran?

    Bagi penama yang ingkar dan gagal mematuhi arahan bayaran balik pinjaman pelajaran / tuntutan ganti rugi, kes penama akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang.

  • 15. Kes saya telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (JPN). Apakah yang harus saya lakukan?

    Untuk pertanyaan berhubung status kes / kaedah bayaran, sila hubungi pegawai rujukan yang dinyatakan dalam surat JPN atau boleh menghubungi pihak JPN di talian:

    1. JPN Kuala Lumpur: 03-20825200
    2. JPN Putrajaya: 03-88722000
  • 16. Nama saya telah disenarai hitam oleh CTOS, Apakah yang harus saya lakukan?

    Untuk persoalan lanjut berkaitan senarai hitam CTOS boleh hubungi pihak CTOS kerana JPA tidak pernah mengemukakan senarai penama kepada pihak CTOS untuk tujuan disenarai hitam. Penama boleh menghubungi pihak CTOS di talian 03-2722 8833 atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

B. SOALAN BERKAITAN PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN
  • 1. Siapakah yang dikehendaki membayar balik Pinjaman Pelajaran JPA?

    1. Peminjam tajaan Pinjaman Pelajaran Persekutuan JPA
    2. Bayaran balik hendaklah dijelaskan selepas menerima notis tuntutan daripada JPA
  • 2. Apakah kemudahan bayaran balik pinjaman pelajaran yang boleh dimohon oleh peminjam?

    1. Kemudahan bayaran balik Pinjaman Pelajaran JPA yang boleh dimohon berdasarkan tahun penajaan adalah seperti berikut:

      2.1 Kemudahan Diskaun

        1. Penajaan Tahun 2015 dan ke bawah
      PERKARA SKIM PINJAMAN BIASA (PB) SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH (PBU)
      Kriteria Peminjam dikehendaki membayar balik secara keseluruhan iaitu jumlah pinjaman yang telah diterima di sepanjang pengajian, sebaik sahaja tamat pengajian mereka.

      Boleh dipertimbangkan kemudahan pemberian diskaun sebanyak 75% (daripada jumlah keseluruhan pinjaman)

      Kemudahan diskaun Tiada kemudahan diskaun disediakan

      Kemudahan diskaun sebanyak 75% boleh diberikan sekiranya memenuhi syarat berikut:

      1. Dibiayai di bawah program Pinjaman Boleh Ubah;
      2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA 2.75 ke atas atau setaraf dengannya;
      3. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan; dan
      4. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama (kepujian)

      Dokumen yang diperlukan:
      Peminjam yang menepati semua syarat dan ingin memohon kemudahan perlu mengemukakan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:

      1. Salinan Sijil Ijazah Universiti;
      2. Salinan transkrip akademik; dan
      3. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA.
      Penghantaran permohonan Tidak berkaitan
      1. Emel permohonan yang lengkap kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.; atau
      2. Poskan ke alamat seperti berikut:
         Unit Pengurusan Kutipan & Gan   ti Rugi
         Bahagian Pembangunan Modal Insan
         Jabatan Perkhidmatan Awam
         Aras 3, Blok C2, Kompleks C
         Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
         62510 PUTRAJAYA

        1. Penajaan tahun 2016 dan ke atas
      PERKARA SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH TAHUN 2016 (PBU 2016)
      Kriteria

      Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut tempat berkhidmat dalam empat keadaan seperti berikut:

      1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa  - berkhidmat dengan Kerajaan
      2. Bayaran balik sebanyak 25%  - berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC)
      3. Bayaran balik sebanyak 50% - berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
      4. Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar tidak bekerja dan bekerja di luar negara.
      Kemudahan diskaun

      Kemudahan pemberian diskaun akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

      1. Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ada di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
      2. Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian.
      Pengiraan tempoh berkhidmat sekiranya bertukar tempat berkhidmat

      Pengiraan tempoh berkhidmat adalah seperti berikut:

      SEKTOR SEBELUM SEKTOR SELEPAS SPENGIRAAN TEMPOH BERKHIDMAT

      Sektor Swasta

      Sektor Swasta

      Tempoh berkhidmat di kedua-dua syarikat boleh diambilkira.

       

      Catatan:

      1. Tempoh masa daripada pertukaran daripada Syarikat A ke Syarikat B mestilah dalam tempoh 6 bulan;
      2. Kedua-dua syarikat mestilah berdaftar dengan SSM;
      3. Dokumen-dokumen yang diperlukan di atas mestilah lengkap bagi kedua-dua syarikat tersebut

      Sektor Swasta

      Sektor GLC

      Tempoh berkhidmat di sektor swasta tidak diambilkira. Perlu memenuhi keseluruhan tempoh berkhidmat di Sektor GLC.

      Dokumen yang diperlukan

      Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon pertimbangan pengurangan bayaran balik, setiap permohonan hendaklah diiringi dengan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:

      1. Surat Permohonan Pengurangan bayaran balik
      2. Surat Pengesahan Majikan
      3. Cabutan carian Syarikat dari SSM
      4. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA

      2.2 Kemudahan penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan

      PERKARA

      PINJAMAN 2015 DAN KE BAWAH

      PBU 2016 DAN KE ATAS

      Kriteria

      Pegawai dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh memohon penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan.

      Pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan.

      Syarat

      1. Pinjaman Tajaan Tahun 2001 dan ke bawah:
        1. mengikuti pengajian bidang kritikal;
        2. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan;
        3. perlu menjelaskan tunggakan pinjaman yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan; dan
        4. menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.
      2. Pinjaman Tajaan Tahun 2002 dan ke atas:
        1. mengikuti pengajian bidang kritikal;
        2. sedang berkhidmat dengan Kerajaan; dan
        3. menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.

       

      1. Pelajar  yang dilantik dalam Perkhidmatan Awam boleh ditangguhkan bayaran balik pinjaman berkuatkuasa daripada tarikh lapor diri berkhidmat dengan Kerajaan;
      2. Pelajar perlu menjelaskan tunggakan bayaran yang sepatutnya di bayar untuk tempoh sebelum pelajar dilantik dalam perkhidmatan awam.

      Dokumen yang diperlukan

      1. Surat lantikan
      2. Surat penempatan; dan
      3. Salinan Buku Rekod Perkhidmatan

      Penghantaran permohonan

      E-mel permohonan yang lengkap kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau poskan ke alamat seperti berikut:

      Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi
      Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Jabatan Perkhidmatan Awam
      Aras 3, Blok C2, Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62510 PUTRAJAYA

      Pelepasan Ikatan Kontrak Berkhidmat

      Pegawai hanya dilepaskan daripada ikatan kontrak berkhidmat dengan kerajaan setelah memenuhi tempoh berkhidmat selama 10 tahun.

      Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pelepasan ikatan kontrak kepada kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

      Pegawai hanya dilepaskan daripada ikatan kontrak berkhidmat setelah memenuhi tempoh berkhidmat yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Pinjaman.

      Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pelepasan ikatan kontrak kepada kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

      Pelanggaran kontrak

      Membayar balik jumlah pinjaman secara propotionate setelah mengambil kira tempoh pegawai berkhidmat.

      Membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman.

      2.3 Kemudahan penanguhan bayaran balik pinjaman

      PERKARA

      PINJAMAN 2015 DAN KE BAWAH &
      PBU 2016 DAN KE ATAS

      Kriteria dan syarat

      Penangguhan bayaran balik pinjaman boleh dipertimbangkan dalam hal-hal berikut:

      1. tamat pengajian dan masih belum bekerja (6 bulan selepas tamat pengajian);
      2. mengikuti latihan atau kursus
        • kursus latihan berkaitan perguruan lepasan ijazah/diploma pendidikan
        • latihan guaman di firma guaman
        • latihan kadet polis / ASP / Inspektor
      3. melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi;
      4. masalah kesihatan yang kronik.

      Dokumen yang diperlukan

      1. Surat permohonan
      2. Surat tawaran latihan/ kursus/ pengajian ke peringkat lebih tinggi yang jelas menyatakan tarikh mula dan jangkaan tamat latihan/ kursus/ pengajian (mana yang berkaitan)
      3. Laporan kesihatan (sekiranya berkaitan)

       

      Penghantaran permohonan

      E-mel permohonan yang lengkap kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.; atau poskan ke alamat seperti berikut:

      Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi
      Bahagian Pembangunan Modal Insan
      Jabatan Perkhidmatan Awam
      Aras 3, Blok C2, Kompleks C
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62510 PUTRAJAYA

  • 3. Sekiranya saya telah diluluskan penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan, kemudian saya meletakkan jawatan untuk berkhidmat di Sektor Swasta/GLC, adakah saya masih layak memohon kemudahan diskaun?

    Tidak layak kerana penama telah menerima kemudahan penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan sebelum ini. Bagi peminjam di bawah pinjaman PBU 2016 dan ke atas, penama dikehendaki membuat bayaran balik keseluruhan pinjaman kerana telah melanggar ikatan kontrak.

    Manakala bagi peminjam 2015 dan ke bawah, jumlah bayaran balik adalah secara propotionate setelah mengambil kira tempoh pegawai berkhidmat.

  • 4. Saya telah diluluskan diskaun sebanyak 50% / 75% di bawah tajaan PBU 2016, namun jumlah bayaran balik pinjaman yang telah dibuat adalah melebihi jumlah tuntutan baharu pinjaman. Adakah saya boleh menuntut lebihan bayaran tersebut?

    Tidak. Lebihan bayaran balik pinjaman tidak akan dipulangkan semula kepada penama.

  • 5. Saya telah dilantik sebagai penjawat awam setelah setahun saya membuat bayaran balik pinjaman. Adakah jumlah bayaran balik tersebut akan dibuat pulangan semula kerana peminjam yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam akan diberi pengecualian bayaran balik sepenuhnya?

    Jumlah bayaran balik pinjaman yang telah dibuat sebelum dilantik dalam Perkhidmatan Awam tidak akan dibuat pulangan semula namun, ia akan dikontrakan dengan tempoh berkhidmat yang perlu dipenuhi sebelum dilepaskan ikatan kontrak.

  • 6. Saya kini sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Mengapa surat tuntutan yang saya terima menyatakan bahawa saya perlu membayar balik pinjaman 100% daripada nilai pinjaman? Berdasarkan perjanjian pinjaman telah menyatakan peminjam yang berkhidmat dengan Kerajaan akan diberi pengecualian balik pinjaman.

    Setiap kemudahan yang disediakan adalah berdasarkan permohonan daripada peminjam dan bukan diberi secara automatik kepada peminjam. Dalam hal ini, semua peminjam perlu melalui prosedur yang telah ditetapkan dengan mengemukakan permohonan bagi setiap kemudahan yang diperlukan kepada pihak JPA untuk pertimbangan selanjutnya.

  • 7. Saya telah membuat penyelesaian penuh bayaran balik Pinjaman PBU 2016. Kemudian selepas setahun saya telah dilantik dalam Perkhidmatan Awam, adakah saya boleh memohon untuk menukar pinjaman kepada kontrak berkhidmat selepas itu?

    Tidak, mana-mana penama yang telah selesai membuat bayaran penuh pinjaman tidak akan dipertimbangkan sebarang kemudahan selepas itu.

  • 8. Saya telah membuat penyelesaian penuh bayaran balik Pinjaman PBU 2016. Kemudian selepas setahun saya telah dilantik berkhidmat di syarikat swasta/GLC, adakah saya boleh memohon untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50% / 75% selepas itu?

    Tidak, mana-mana penama yang telah selesai membuat bayaran penuh pinjaman tidak akan dipertimbangkan sebarang kemudahan selepas itu.

  • 9. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya seseorang peminjam itu mempunyai kekangan dalam membuat bayaran balik?

    Peminjam boleh mengemukakan permohonan penjadualan semula (reschedule) kadar ansuran bulanan sama ada secara pos atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan.

C. SOALAN BERKAITAN BAYARAN BALIK TUNTUTAN GANTI RUGI
  • 1. Siapakah yang dikehendaki membayar balik tuntutan ganti rugi?

    Pegawai / Pelajar tajaan Biasiswa Persekutuan/ Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah Skim Pinjaman Boleh Ubah mulai tahun 2016 yang telah ditamatkan penajaan atau melanggar mana-mana syarat perjanjian.

  • 2. Berapakah jumlah tuntutan ganti rugi yang akan dikenakan ke atas saya sekiranya saya melanggar syarat perjanjian/ tidak memenuhi terma perjanjan?

    Jumlah tuntutan ganti rugi adalah berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani atau sebarang kelulusan pelanjutan penajaan.

  • 3. Bilakah tempoh masa untuk menjelaskan tuntutan ganti rugi?

    Tuntutan ganti rugi hendaklah diselesaikan dalam tempoh 25 HARI (perjanjian Pinjaman Pelajaran Persekutuan mulai tahun 2016) atau 60 HARI (perjanjian Biasiswa Persekutuan) daripada tarikh Notis dikeluarkan (tempoh bayaran balik adalah tertakluk kepada perjanjian yang telah ditandatangani).

  • 4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya mempunyai kekangan untuk menjelaskan keseluruhan ganti rugi dalam tempoh yang ditetapkan?

    Penama boleh mengemukakan permohonan untuk membuat bayaran secara ansuran. Permohonan boleh dikemukakan kepada unit Pengurusan Kutipan dan Ganti Rugi sama ada secara pos atau e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan.

Soalan Lazim

Pembangunan Modal Insan - Pengurusan Perjanjian Dan Kontrak

Soalan Lazim

Pengurusan Perjanjian Dan Kontrak

  • 1. Apakah syarat-syarat yang patut dipatuhi bagi Pemindahan Ikatan Kontrak Berkhidmat?

    1. Ikatan kontrak berkhidmat hanya boleh dipindahkan ke Badan-Badan Berkanun Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan sahaja dan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
    2. Status jawatan yang ditawarkan oleh Badan-Badan Berkanun Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan adalah berstatus tetap sahaja.
  • 2. Bagaimanakah cara untuk memohon Pemindahan Ikatan Kontrak Berkhidmat?

    Pelajar/pegawai perlu melengkapkan Borang JPA/BMI/JANJI/J1 yang boleh dimuat turun  melalui http://esilav2.jpa.gov.my dan memberikan salinan buku perkhidmatan yang lengkap dikemaskini, salinan surat tawaran Badan-badan Berkanun/ Universiti-Universiti tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan, salinan buku perkhidmatan di Badan-badan Berkanun/ Universiti-Universiti tempatan/Pihak Berkuasa Tempatan. Borang dan dokumen sokongan yang lengkap perlu dikemukakan secara emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau pos ke alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.

  • 3. Bagaimanakah penamatan akibat pelanggaran terma perjanjian iaitu meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh ikatan kontrak dibuat?

    Pelajar yang sedang berkhidmat di mana-mana badan yang dipersetujui oleh kerajaan perlu berkhidmat mengikut tempoh yang telah dipersetujui di dalam perjanjian yang ditandatangani. Sekiranya, pelajar meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh berkenaan, tindakan tuntutan ganti rugi boleh diambil seperti yang diperuntukkan di dalam perjanjian yang ditandatangani setelah pengesahan perletakan jawatan diterima daripada majikan berkaitan. Jumlah keseluruhan ganti rugi perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari dari tarikh notis tuntutan dikeluarkan.

  • 4. Bagaimana cara untuk memohon Penggantungan Pelaksanaan Ikatan Kontrak Berkhidmat Untuk Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Yang Lebih Tinggi? (Biasiswa Sahaja)

    Pelajar perlu memohon Penggantungan Ikatan Kontrak melalui Portal MYSELF dengan memuat naik dokumen sokongan seperti berikut:

    1. Surat tawaran daripada institusi pengajian; dan
    2. Surat penajaan (Jika ada), sekiranya berhasrat untuk menyambung pengajian di luar negara dan tanpa penaja, perlu kemukakan Surat Perakuan Pembiayaan Sendiri.

    Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dipertimbangkan oleh jabatan ini melalui jawatankuasa yang berkaitan.

  • 5. Bagaimanakah cara untuk memohon Pelepasan Ikatan Kontrak Berkhidmat?

    Pelajar/pegawai perlu melengkapkan Borang JPA/BMI/JANJI/J3 yang boleh dimuat turun melalui http://esilav2.jpa.gov.my dan memberikan salinan buku perkhidmatan atau kenyataan pengesahan perkhidmatan daripada majikan (disahkan setiap helaian). Borang dan dokumen sokongan yang lengkap perlu dikemukakan secara emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau pos ke alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.
    Hanya pelajar/pegawai yang telah memenuhi syarat berkhidmat mengikut tempoh di dalam perjanjian sahaja layak dipertimbangkan untuk pelepasan ikatan kontrak.

Soalan Lazim

Pembangunan Modal Insan - Sistem Dalam Talian

Soalan Lazim

Sistem Dalam Talian

  • 1. Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA menggunakan sistem ePermohonan?

    Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang 'Daftar' di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.

  • 2. Saya telah terlupa kata laluan.

    Pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama dan masukkan nombor kad pengenalan bagi tujuan menetapkan semula kata laluan. Sila hubungi Pentadbir Sistem (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sekiranya terdapat sebarang masalah.

  • 3. Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

    Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula. Sila hubungi Pentadbir Sistem (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sekiranya terdapat sebarang masalah.

  • 4. Saya telah tersilap mendaftarkan nombor kad pengenalan. Bagaimana saya ingin membetulkan semula maklumat tersebut?

    Pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama dan pilih masalah “Saya tersilap mendaftar No Kad Pengenalan”. Kemudian, masukkan maklumat seperti diminta bagi tujuan pengemaskinian nombor kad pengenalan. Sila hubungi Pentadbir Sistem (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) sekiranya terdapat sebarang masalah.

  • 5. Mengapa saya tidak dapat log masuk ke dalam ePenawaran?

    Sistem ePenawaran hanya untuk digunakan oleh pelajar yang telah berjaya ditawarkan penajaan JPA sahaja. Pelajar yang telah berjaya ditawarkan akan dimaklumkan melalui pemakluman di laman web eSILAV2 (http://esilav2.jpa.gov.my/). Sekiranya pelajar telah dimaklumkan berjaya menerima penajaan dan telah memasukkan kata laluan yang betul tetapi masih gagal untuk log masuk ke dalam sistem, sila hubungi Pentadbir Sistem (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.). Bagi tujuan permohonan penajaan JPA, sila semak laman web JPA atau eSILA-Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan  dari semasa ke semasa untuk perkembangan lanjut.

  • 6. Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa rekod pelajar/pegawai tidak wujud.

    Sistem MySELF hanya boleh diakses oleh pelajar atau pegawai tajaan JPA yang mendapat tajaan penuh di bidang Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD sahaja. Bagi pelajar/pegawai yang baru ditaja, Sistem MySELF boleh diakses dalam tempoh 30 hari selepas pelajar mendapat bayaran yuran atau elaun kali pertama. Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama, penetapan kata laluan lama perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID. Penetapan adalah melalui tab Bantuan, sub-navigasi Pendaftaran Kad Pengenalan Lama.

  • 7. Saya mempunyai tajaan menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi saya tidak menetapkan kad pengenalan tersebut semasa mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

    Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID, penetapan adalah melalui tab Bantuan, sub-navigasi Pendaftaran Kad Pengenalan Lama.

  • 8. Saya perlu melaporkan diri kepada JPA setelah tamat pengajian. Apa perlu saya lakukan?

    Hanya pelajar tajaan JPA sebelum perkhidmatan sahaja dikehendaki melaporkan diri melalui MYSELF dalam tempoh 30 hari selepas menamatkan pengajian sama ada dengan jayanya atau tidak.
    Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web berikut:

    1. Taip https://myself.jpa.gov.my/
    2. Log-in, Klik pada tab Pengajian
    3. Klik pada sub-navigasi Lapor Diri Tamat Pengajian
    4. Isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan

    Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan semasa mengisi permohonan Lapor Diri Tamat Pengajian secara online adalah:

    1. Salinan Diploma/Ijazah/Masters/PhD;
    2. Salinan Transkrip Peperiksaan;
    3. Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (www.spa.gov.my) (Pemegang biasiswa JPA (selain bidang perubatan, pergigian dan farmasi) dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan mengikut kelulusan akademik yang terkini).

Soalan Lazim

Penanggungan Kerja

Soalan Lazim

Penanggungan Kerja

  • 1. Apakah tafsiran bagi penanggungan kerja?

    Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

  • 2. Dalam situasi bagaimanakah urusan penanggungan kerja dapat dilaksanakan?

    Sekiranya terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

  • 3. Bagaimanakah arahan penanggungan kerja boleh diberikan?

    Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

  • 4. Berapa lamakah tempoh untuk penanggungan kerja?

    Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

  • 5. Bolehkah urusan penanggungan kerja dimulakan pada hari cuti?

    Urusan penanggungan kerja hendaklah dimulakan pada hari bekerja

  • 6. Bolehkan urusan penanggungan kerja ditamatkan pada hari cuti?

    Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk tujuan pembayaran Elaun Penanggungan Kerja.

  • 7. Sekiranya pegawai yang menanggung kerja pergi berkursus selama 20 hari, adakah penanggungan kerja diteruskan?

    Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama empat belas (14) hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

  • 8. Siapa yang layak menanggung kerja?

    Pegawai yang layak diperakukan untuk menanggung kerja ialah:-

    1. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
    2. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
    3. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.
  • 9. Bolehkah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 menanggung kerja jawatan Pembantu Teknik Gred FT17?

    Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 tersebut perlu mempunyai kelayakan sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Pembantu Teknik untuk membolehkan beliau menanggung tugas berkenaan.

  • 10. Adakah jururawat yang bekerja secara syif boleh menanggung tugas seorang jururawat yang lain yang sedang cuti bersalin?

    Jururawat tidak dibenarkan menanggung kerja jawatan jururawat yang lain kerana tugas jururawat yang mengikut syif tidak sesuai dilaksanakan secara penanggungan kerja.

  • 11. Siapa yang meluluskan penanggungan kerja?

    Penanggungan kerja perlu diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.

  • 12. Berapakan Elaun Penanggungan Kerja bagi jawatan yang menetapkan mata gaji permulaan pelbagai?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gaji permulaan terendah bagi jawatan skim perkhidmatan yang berkenaan.

  • 13. Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja bagi jawatan yang mempunyai gred fleksi?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gred gaji yang terendah.

  • 14. Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja bagi Jawatan Terbuka?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka.

  • 15. Bolehkah seseorang pegawai yang baru seminggu menanggung kerja mengambil cuti rehat?

    Pegawai yang menanggung kerja tidak boleh mengambil Cuti Rehat. Jika pegawai ada mengambil Cuti Rehat, Elaun Penanggungan Kerja hanya akan dikira mulai tarikh pegawai kembali bertugas selepas cuti rehat tersebut.

  • 16. Bolehkah seseorang pegawai yang sedang menanggung jawatan yang sama buat kali kedua mengambil cuti rehat selepas 20 hari menanggung kerja?

    Boleh. Ini kerana pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, penanggungan kerja kali kedua boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja selepas melaksanakan tugas selepas empat belas (14) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am.

  • 17. Bagaimana pula dengan pembayaran Bayaran Lebih Masa bagi pegawai yang sedang menanggung kerja?

    Bayaran Lebih Masa bagi pegawai yang sedang menanggung kerja hanya boleh dibayar selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat.

  • 18. Bolehkah seseorang pegawai menanggung kerja 2 jawatan pada masa yang sama?

    Tidak boleh. Ini disebabkan pegawai hanya layak dibayar satu (1) Elaun Penanggungan Kerja sahaja pada satu masa.

Soalan Lazim