Skip to main content

Pencen - Pelarasan Pencen

Soalan Lazim

Keputusan Mahkamah Persekutuan Berkaitan Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013

  • 1. Apakah kesan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap pesara?

    Bayaran pencen kepada semua pesara perlu dikembalikan kepada amaun pencen asal iaitu:

    1. pegawai awam yang bersara sebelum 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012; dan
    2. pegawai awam yang bersara mulai 2013 – bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara
  • 2. Adakah pesara perlu membuat pembayaran semula kenaikan pencen dua peratus (2%) yang telah diberikan mulai tahun 2013?

    Tidak perlu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Kerajaan tidak boleh mengutip balik penyelarasan pencen tahunan sebanyak 2% yang telah dibayar sebelum ini.

  • 3. Apa yang dimaksudkan dengan bantuan khas sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP)?

    PKKP adalah inisiatif Kerajaan untuk mengharmonikan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan memelihara kebajikan pesara.

    PKKP merupakan pembayaran perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara setiap bulan, sama seperti amaun pencen semasa.

    Sebagai contoh, sekiranya amaun pencen asal pesara pada bulan Disember 2012 ialah sebanyak RM1,413.49, manakala amaun pencen bulan Jun 2023 ialah sebanyak RM1,757.43, pengiraan PKKP adalah seperti berikut:

    Amaun pencen asal + bantuan khas PKKP = amaun semasa
    = RM1,413.49 + RM343.94 = RM1,757.43

  • 4. Sehingga bila PKKP dibayar kepada pesara?

    Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri, bayaran PKKP akan dibuat bermula pada bulai Julai 2023 hingga Disember 2024.

  • 5. Bilakah penyelarasan pencen bagi pesara-pesara akan dibuat?

    Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.

  • 6. Adakah Kerajaan bercadang untuk melaksanakan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam dalam masa yang terdekat ini?

    Semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 (MAPPA XIX) pada 16 Ogos 2024, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang antara lainnya, ialah pemberian pelarasan gaji sebanyak 15% kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta pelarasan gaji sebanyak 7% kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu Fasa 1 pada 1 Disember 2024 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026. Penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing berdasarkan peruntukan di bawah Akta Penyelarasan Pencen 1980 [ Akta 238].

Soalan Lazim

Pencen - Pertanyaan Umum

Soalan Lazim

Pertanyaan Umum

  • 1. Saya adalah seorang pesara / penerima pencen terbitan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dimanakah saya boleh menyemak status permohonan saya?

    Bagi faedah persaraan/ terbitan pesara ATM, status permohonan boleh disemak di Jabatan Hal Ehwal Veteran di http://www.jhev.gov.my/ atau alamat seperti berikut:

    Bahagian Pencen Jabatan Hal Ehwal Veteran

    Tingkat 8, Bangunan TH Perdana 101

    Jalan Sultan Ismail

    50250 Kuala Lumpur

    No. Tel : 03-2050 8000

  • 2. Di manakah boleh saya menyemak baki pinjaman perumahan saya?

    Semakan berkenaan pinjaman perumahan boleh dibuat terus ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di laman sesawang http://www.lppsa.gov.my atau di alamat seperti berikut :

    No 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya

  • 3. Bagaimanakah untuk bayaran balik pinjaman perumahan dibuat melalui potongan ganjaran/ pencen bulanan?

    Potongan ganjaran/ pencen bulanan untuk bayaran balik pinjaman perumahan akan dilakukan oleh Bahagian Pencen atas arahan dari pihak LPPSA. Pesara boleh merujuk kepada LPPSA untuk mengeluarkan surat arahan potongan pencen.

  • 4. Bagaimana pesara boleh memaklumkan pertukaran alamat?

    Pemakluman pertukaran alamat boleh dilakukan sama ada dengan melengkapkan borang melalui pautan ini :http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UMUM/JPA.BP.UMUM.B05.pdf (borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau hadir ke kaunter-kaunter berikut untuk terus berurusan :

    1. Kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya;
    2. Kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya;
    3. Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu; dan
    4. Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sarawak, Kuching
  • 5. Apa kelebihan kad pesara?

    Kad Pesara membolehkan pesara dan tanggungan yang layak untuk mendapatkan kemudahan rawatan percuma di klinik / hospital kerajaan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan potongan bagi pembelian tiket di Keretapi Tanah Melayu. Senarai diskaun yang layak bagi pesara yang memiliki kad pesara boleh diperolehi di laman web KPDNKK.

  • 6. Berapakah umur persaraan wajib bagi anggota perkhidmatan awam?

    Umur persaraan wajib (genap umur) anggota perkhidmatan awam adalah 55/ 56/ 58 atau 60 tahun tertakluk kepada opsyen umur persaraan yang dipilih anggota.

  • 7. Bilakah seseorang anggota sektor awam boleh memohon persaraan pilihan?

    Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun boleh memohon persaraan pilihan dengan mengemukakan dokumen/ permohonan melalui Ketua Jabatan anggota berkhidmat. Kelayakan untuk menerima faeadah persaraan adalah seperti berikut;

    1. Jika seseorang pegawai itu dilantik sebelum 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraannya manakala bayaran pencen layak diterima apabila mencapai umur 45 tahun bagi perempuan/ 50 tahun bagi lelaki; dan
    2. Bagi lantikan pada atau selepas 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun bagi lelaki atau perempuan.
  • 8. Berapakah amaun pencen terendah?

    Pencen terendah bagi perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) ialah RM1,000 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

  • 9. Apakah pencen maksima?

    Pencen maksima adalah tempoh perkhidmatan yang mempunyai tempoh 30 tahun atau lebih (360 bulan) yang boleh diambilkira. Formula bagi pengiraan pencen maksima adalah 3/5 atau 60 peratus dari gaji akhir Pegawai/ Pekerja.

  • 10. Saya telah menerima kurniaan pingat dari istana, bolehkah saya menuntut bayaran balik pembelian pakaian istiadat dan tuntutan lain yang berkaitan?

    Berkenaan dengan tuntutan bayaran balik pakaian istiadat, sila rujuk kepada Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8872 6670 / 6672 atau 03-8000 8000, 1MOCC.

  • 11. Di manakah urusan pesara boleh diuruskan selain di JPA Putrajaya?

    KWAP, Cyberjaya

    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
    Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
    Aras 2, Skytech Tower 2,
    MKN Embassy Techzone,
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
    63000 Cyberjaya, Selangor

    Telefon: 03 - 8887 8777

    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



    Bahagian Pencen Cawangan Sabah, JPA

    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    Bahagian Pencen Cawangan Sabah,
    Aras 1, Blok A,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
    Jalan UMS - Sulaman, Likas
    Peti Surat No 2061
    88450 Kota Kinabalu
    Sabah

    Tel : 088 488661 / 088 488662 / 088 488663
    Fax : 088 488664 / 088 488665



    Bahagian Pencen Cawangan Sarawak, JPA

    Jabatan Perkhidmatan Awam,
    Bahagian Pencen Cawangan Sarawak,
    Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65,
    Jalan Tun Dato' Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya,
    93050 Kuching
    Sarawak.

    Tel : 082 241144 / 082 251818 / 082 252493 / 082-234981
    Fax : 082 250126

  • 12. Adakah ibu seorang pegawai/ pekerja bujang dan telah meninggal dunia boleh menerima pencen terbitan?

    Tidak boleh. Hanya balu/ duda dan anak yang layak sahaja boleh menerima pencen terbitan.

  • 13. Saya pernah membuat tuntutan ke atas kemudahan perubatan ke atas diri saya, pasangan, anak-anak dan ibu bapa saya semasa saya masih sedang berkhidmat. Adakah segala tuntutan perubatan atau perbelanjaan yang pernah dibuat oleh saya semasa sedang berkhidmat ini akan ditolak semasa perkiraan ganjaran persaraan saya semasa hendak bersara kelak?

    Tidak. Tiada sebarang amaun daripada ganjaran persaraan ditolak ke atas segala tuntutan atau perbelanjaan yang pernah dituntut oleh penjawat awam semasa sedang berkhidmat.

  • 14. Adakah saya tidak layak pencen jika berkhidmat kurang dari 25 tahun?

    Tidak benar. Semua penjawat awam layak pencen dengan syarat jawatan tetap, sah jawatan, diberi Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan bersara di bawah undang-undang pencen.

  • 15. Adakah pegawai yang meletak jawatan layak menerima pencen?

    Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja, tiada sebarang faedah persaraan diberikan. Perkhidmatan lepas hanya boleh diambilkira dan dicantumkan jika dilantik semula ke jawatan tetap selepas tahun 2012.

Soalan Lazim

Pencen - Tuntutan Perubatan / Perjalanan

Soalan Lazim

Tuntutan Perubatan / Perjalanan

  • 1. Siapakah yang layak memohon perbelanjaan bagi kemudahan perubatan?

    Pesara Awam Persekutuan, ahli keluarga yang layak iaitu suami/ isteri dan anak yang berumur di bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah di bawah umur 21 tahun atau anak-anak daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani.

  • 2. Adakah pesara pihak berkuasa berkanun dan tempatan layak memohon perbelanjaan bagi kemudahan perubatan?

    Peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan kepada pesara & ahli tanggungan yang layak adalah tertakluk kepada CERAIAN SR.2.1.1 Permohonan Perbelanjaan Bagi Kemudahan Perubatan . Walau bagaimanapun, pemakaian ceraian tersebut kepada Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan adalah tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

  • 3. Apakah kemudahan perubatan yang boleh dituntut oleh pesara awam persekutuan?

    Pembekalan ubat, pembekalan alat perubatan, rawatan buah pinggang, rawatan kepakaran di hospital swasta, rawatan kecemasan di hospital swasta, rawatan kemandulan, rawatan di IJN dan rawatan di luar negeri.

  • 4. Bagaimanakah tuntutan perbelanjaan bagi pembekalan ubat / peralatan perubatan boleh dibuat?

    Pesara perlu mendapatkan rawatan dan kemudahan perubatan di hospital/klinik kerajaan dan mendapat perakuan/pengesahan oleh Pegawai/ Pakar Perubatan. Borang yang perlu diisi ialah Borang Perubatan 1/09 berserta dokumen kewangan (bil rawatan, resit, invois, sebut harga dan sebagainya).

  • 5. Apakah kelayakan tuntutan perjalanan bagi tujuan mendapatkan rawatan?

    Sekiranya seseorang pegawai perubatan tempatan mengesahkan bahawa seseorang Pesara itu atau keluarganya perlu mendapat rawatan dari pegawai-pegawai perubatan di tempat lain, maka dia atau keluarganya boleh menuntut elaun-elaun yang layak dituntut oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana menjalankan tugas rasmi seolah-olah dia atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi.

Soalan Lazim

Pencen - Urusan Pembayaran

Soalan Lazim

Urusan Pembayaran Pencen

  • 1. Apakah prosedur sekiranya pesara ingin menukar bank pembayar pencen?

    Berkuatkuasa Ogos 2012, penukaran akaun bank bagi pesara/penerima pencen hanya dibenarkan sekali sahaja dalam tempoh setahun. Setiap permohonan perlu disertakan dengan surat Permohonan Pertukaran Akaun Bank seperti di http://www.jpapencen.gov.my/penukaran_akaun.html

    Setelah dilengkapkan, hantaran pos boleh dibuat ke alamat seperti berikut ;-
    Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
    Skytech Tower 2, Jalan Teknokrat 2,
    Cyberjaya, 63000 Cyberjaya,
    Selangor, Malaysia

  • 2. Apakah bayaran pencen bulanan melalui skim A dan skim B?

    a.  Skim A

    1. Bayaran secara automatik setiap bulan ke dalam akaun bank persendirian sama ada akaun simpanan atau akaun semasa.
    2. Pesara mempunyai pasangan yang dikahwini dalam perkhidmatan (iaitu pasangan yang layak diberi pencen terbitan selepas kematian pesara).

    b.  Skim B

    1. Bayaran secara pengkreditan ke dalam akaun bank setiap bulan kepada pesara atau penerima pencen. Walau bagaimanapun, penerima perlu menandatangani borang tuntutan pencen di mana-mana cawangan bank yang dipilih sebelum duit pencen tersebut dikreditkan ke akaun.
    2. Pesara/ penerima pencen tunggal (bujang/ duda/ balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara/ penerima pencen.
    3. Penerima pencen yang uzur, OKU atau anak di bawah umur 12 tahun.
    4. Bagi pesara/ penerima pencen yang tidak berupaya untuk hadir ke bank pada setiap bulan, Wakil Diri boleh dilantik dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B07: Pelantikan Wakil Diri Untuk Pesara atau Penerima Pencen dan Borang JPA.BP.SPT.B06: Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen (dibenarkan penggunaan akaun perseorangan atau akaun bersama).

    c.  Skim A Berwakil (dengan permohonan)

    1. Pesara/ penerima pencen (bujang/ duda/ balu) dan TIADA pihak lain yang akan menerima pencen terbitan selepas kematian pesara/ penerima pencen.
    2. Pesara/ penerima pencen boleh membuat penukaran cara bayaran pencen dari Skim B ke Skim A Berwakil (Pengkreditan Automatik Ke Bank) dengan syarat melantik Wakil Diri dengan menggunakan Borang JPA.BP.SKP.B08: Permohonan Perlantikan Wakil Skim A (hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan).
  • 3. Apakah implikasi pencen di bawah skim B jika tidak dituntut selama 3 bulan atau lebih?

    Sekiranya dalam tempoh 3 bulan berturut-turut bayaran pencen di bawah Skim B tidak dituntut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan terhenti. Pesara perlu melaporkan kepada pihak KWAP untuk mengaktifkan semula akaun tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.

  • 4. Bolehkah pencen dituntut oleh orang selain dari pesara / penerima pencen itu sendiri?

    Boleh sekiranya diluluskan pelantikan wakil diri oleh Bahagian Pencen. Pelantikan wakil diri ini diberi kepada pesara yang uzur dan mempunyai akaun bersama. Wakil mestilah pemegang akaun bersama pesara/ penerima pencen itu.

  • 5. Apakah prosedur sekiranya pesara ingin menukar dari skim B ke skim A berwakil?

    Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 – Permohonan Pelantikan Wakil Skim A dengan dilampirkan bersekali salinan kad pengenalan wakil yang dilantik.

  • 6. Bagaimana prosedur untuk memohon bayaran bantuan mengurus jenazah?

    Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang Bantuan Mengurus Jenazah
    https://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM-2023.pdf

  • 7. Senarai bank yang menyertai sistem pembayaran pencen melalui bank.

    1. Bank Muamalat (M) Berhad
    2. Malayan Banking Berhad (Maybank)
    3. Bank Simpanan Nasional
    4. Affin Bank Berhad
    5. CIMB Bank Berhad
    6. Bank Islam Malaysia Berhad
    7. Public Bank Berhad
    8. Alliance Bank Berhad
    9. RHB Bank Berhad
    10. HSBC Bank Malaysia Berhad
    11. Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
    12. Hong Leong Bank Berhad
    13. Agro Bank Berhad
  • 8. Bolehkah pesara di bawah Skim B bertukar kepada Skim A?

    Boleh. Sila isi borang perlantikan wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang boleh dimuat turun di www.jpapencen.gov.my

Pemberian Ex-Gratia Kematian

  • 1. Apakah Ex-Gratia Kematian?

    Ex-Gratia Kematian adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan

  • 2. Apakah tujuan pemberian Ex-Gratia Kematian?

    Bagi membantu tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh tidak lebih 240 bulan perkhidmatan.

  • 3. Siapakah yang layak diberikan Ex-Gratia Kematian?

    Penjawat Awam sama ada sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen atau Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Penjawat Awam ini merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

  • 4.Siapakah yang layak menerima Ex-Gratia Kematian?

    Ex-Gratia Kematian akan diberikan kepada balu/ duda/ anak/ ibu/ bapa yang layak. Walau bagaimanapun, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian yang disahkan akibat daripada membunuh diri.

  • 5. Berapakah jumlah pemberian Ex-Gratia Kematian?

    Pemberian Ex-Gratia Kematian adalah berasaskan kepada tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seperti berikut:

    Tempoh Perkhidmatan (Bulan) Pembayaran Ex-Gratia Kematian (RM)
    ≤ 60 150,000
    61 hingga 120 100,000
    121 hingga 180 75,000
    181 hingga 240 50,000
  • 6. Bagaimana pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat?

    Pembayaran Ex-Gratia Kematian dibuat secara sekaligus kepada waris yang layak.

  • 7. Adakah Ex-Gratia Kematian menggantikan Ex-Gratia Terbitan/ Ex- Gratia Bencana Kerja?

    Tidak. Ex-Gratia Kematian adalah tambahan kepada faedah persaraan yang sedia ada.

  • 8. Adakah waris pegawai perlu memohon bagi pemberian Ex-Gratia Kematian?

    Pemberian Ex-Gratia Kematian kepada penjawat awam yang memilih skim pencen akan diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan. Bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP, permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam. Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam CERAIAN PP.1.2.8 Pemberian Ex-Gratia Kematian Sekaligus Kepada Waris Yang Layak Bagi Anggota Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan.

Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

  • 1. Apakah award wang tunai GCR?

    Award wang tunai GCR adalah wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan apabila bersara kelak.

  • 2. Apakah yang dimaksudkan pemberian awal award wang tunai GCR?

    Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menebus jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

  • 3. Bagaimanakah pengiraan pemberian awal award wang tunai GCR ini dilaksanakan?

    1/30 x (gaji hakiki + *imbuhan tetap) x 90 hari

    • Imbuhan Tetap Jawatan Utama
    • Imbuhan Tetap Keraian
    • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
    • Imbuhan Tetap Perumahan

  • 4. Apakah syarat-syarat kelayakan pemberian awal award wang tunai GCR?

    Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memohon pemberian awal award wang tunai 90 hari ialah:

    1. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun, tertakluk kepada Peraturan 5, 6 dan 7, Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
    2. Telah mencapai umur 45 tahun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002: Dokumen Tarikh Lahir Pegawai Awam;
    3. Jumlah cuti rehat yang terkumpul sebelum penebusan hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
    4. Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib;
    5. Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan; dan
    6. Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.
  • 5. Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan semula sekiranya permohonan terdahulu tidak diluluskan atau ditolak?

    Ya. Sekiranya telah memenuhi syarat di atas.

  • 6. Adakah saya dibenarkan untuk membuat permohonan baharu sekiranya permohonan GCR 80 hari telah diluluskan?

    Tidak. Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.

  • 7. Adakah saya dibenarkan membuat permohonan pemberian awal award wang tunai lebih/ kurang daripada 90 hari?

    Tidak. Jumlah pemberian awal award GCR ditetapkan sebanyak 90 hari sahaja.

  • 8. Adakah saya akan dibayar jumlah GCR sebanyak 180 hari apabila bersara walaupun telah mendapat kelulusan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari?

    Tidak. Pembayaran GCR apabila bersara kelak adalah berasaskan kepada baki jumlah cuti rehat yang telah dikumpulkan, terhad kepada jumlah keseluruhan 180 hari sepertimana yang dinyatakan dalam Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR).

  • 9. Bagaimanakah cara untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR?

    Permohonan pemberian awal award wang tunai GCR perlu dibuat melalui Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Tatacara permohonan pemberian awal award wang tunai GCR dijelaskan melalui Ceraian PP.1.3.4: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.

  • 10. Adakah lebihan GCR masih boleh ditukar kepada cuti rehat pada tahun persaraan?

    Ya.Tatacara permohonan kebenaran GCR digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dijelaskan melalui Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.melalui Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan.

  • 11. Adakah jabatan boleh mengenakan/ menetapkan syarat tambahan selain yang telah ditetapkan dalam PP.1.3.4?

    Ya, tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan untuk mengenakan/ menetapkan syarat tambahan.

  • 12. Adakah pegawai yang memilih Skim KWSP layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi?

    Ya. Pegawai yang memilih Skim KWSP juga layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi.

    Nota:
    Pengiraan GCR bagi pegawai yang memilih Skim KWSP bermula 1 November 2004.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

  • 13. Apakah peranan dan tanggungjawab Ketua Jabatan dalam urusan pemberian awal award wang tunai GCR?

    Ketua Jabatan hendaklah :-

    1. Memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan adalah betul dan teratur sepertimana dikehendaki oleh ceraian yang sedang berkuatkuasa;
    2. Memastikan bukti pengumpulan GCR dicatat dan disahkan (tandatangan dan tarikh pengesahan) dalam buku kenyataan cuti pegawai sepanjang tahun perkhidmatan;
    3. Memastikan GCR yang dikumpulkan hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
    4. Merekodkan kelulusan penebusan awal award wang tunai GCR dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) pegawai seperti berikut:
      “Pegawai telah diluluskan permohonan pemberian awal award wang tunai GCR pada …………………………… [nyatakan tarikh kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)] berjumlah RM ……………….”.;
    5. Menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat di akhir perkhidmatan; dan
    6. Mengemukakan permohonan pemberian awal bersekali dengan salinan BPK dan salinan Kenyataan Cuti yang disahkan kepada Bahagian Pencen, JPA.
  • 14. Adakah kelulusan pemberian awal award wang tunai GCR oleh Bahagian Pencen, JPA akan terbatal sekiranya didapati pegawai tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan/ dikenakan prosiding jenayah atau tindakan tatatertib?

    Ya. Pihak Kementerian/ Jabatan hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA sekiranya didapati pegawai tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan/ dikenakan prosiding jenayah atau tindakan tatatertib selepas mendapat kelulusan daripada Bahagian Pencen, JPA. Bahagian Pencen, JPA akan membatalkan kelulusan yang telah diberikan dan akan memaklumkan kepada Kementerian/ Jabatan berkenaan pembatalan kelulusan tersebut.

Pengecualian Cukai bagi pemberian awal award wang tunai GCR

15. Adakah pemberian awal award wang tunai GCR mendapat pengecualian cukai?

Ya. Kementerian Kewangan melalui surat rujukan MOF.TAX(S)700-1/3/14 JLD.3(SK.2)(10) bertarikh 13 September 2023 telah bersetuju meluluskan pengecualian cukai pendapatan ke atas pengeluaran awal pemberian awal award wang tunai GCR kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang layak.

Bagi penjawat awam yang telah membayar cukai pendapatan ke atas pengeluaran awal award wang tunai GCR yang diterima pada tahun 2022, permohonan bayaran balik cukai boleh dibuat secara terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

Pengecualian ini turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaan pakai surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berhubung pengeluaran awal award wang tunai GCR oleh pihak berkuasa masing-masing.

Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

  • 16. Adakah kemudahan pemberian awal award wang tunai GCR ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan?

    Pelaksanaan pemberian awal award wang tunai GCR adalah tertakluk kepada penerimaan Ceraian PP.1.3.4 oleh Pihak Berkuasa masing-masing.

    Ketua Jabatan Pihak Berkuasa berkenaan yang menerima pakai Ceraian PP.1.3.4 hendaklah mempertimbangkan permohonan yang diterima dan membuat pembayaran pemberian awal award wang tunai GCR pegawai masing-masing.

  • 17. Siapakah yang akan melaksanakan kelulusan dan pembayaran awal award wang tunai GCR bagi pegawai lantikan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan?

    Bagi pegawai lantikan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, kelulusan dan pembayaran awal award wang tunai ini akan dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.

  • 18. Siapakah yang akan melaksanakan kelulusan dan pembayaran awal award wang tunai GCR bagi pegawai lantikan Persekutuan yang ditempatkan ke Jabatan/ Agensi Negeri?

    Bagi pegawai lantikan Persekutuan yang ditempatkan ke Jabatan/ Agensi Negeri, kelulusan akan diuruskan oleh Bahagian Pencen, JPA manakala pembayaran akan diuruskan oleh Jabatan/ Agensi Negeri dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Soalan Lazim

Pencen - Urusan Persaraan

Soalan Lazim

Urusan Persaraan

  • 1. Apakah peranan dan tanggungjawab seorang bakal pesara?

    Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

  • 2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kenaikan pangkat, pergerakan gaji atau sebarang perubahan kepada perkhidmatan dan gaji akhir setelah bersara?

    Pesara perlu memastikan Jabatan akhir mengemukakan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini ke KWAP untuk hitung semula faedah persaraan.

  • 3. Adakah tempoh perkhidmatan sandaran boleh diambilkira untuk tujuan pengiraan faedah persaraan?

    Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambilkira ialah tempoh perkhidmatan berstatus sandaran, kontrak, sangkut dan sambilan.

  • 4. Bilakah ganjaran dan pencen akan dibayar bagi persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK)?

    Tarikh kuatkuasa ASK ialah sehari selepas ianya diluluskan. Bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) jika ada akan dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan dan pencen bulanan pula dalam tempoh 30 hari.

  • 5. Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga sekiranya pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan?

    Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.

  • 6. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian dalam persaraan dan masih terdapat balu / duda atau anak yang masih layak menerima pencen terbitan?

    Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada KWAP secepat mungkin supaya proses pemindahan pencen terbitan kepada balu/ duda/ anak-anak yang layak dapat dibuat dengan segera. Ini juga termasuk dengan dokumen permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 dan dihantar kepada KWAP.

  • 7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya penerima pencen melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama?

    Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertama perlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) - JPA.BP.SPT.B03a dan mengemukakannya ke KWAP untuk pengemaskinian maklumat.

  • 8. Adakah balu / duda yang dikahwini dalam persaraan layak menerima faedah terbitan?

    Balu/duda/anak hasil perkahwinan dalam persaraan layak untuk menerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun dari tarikh persaraan.

  • 9. Adakah balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat layak menerima faedah terbitan?

    Kelayakan bagi balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat layak untuk menerima pencen terbitan adalah terhad sehingga 20 tahun dari tarikh penswastaan.

  • 10. Sekiranya seorang anggota agensi yang diswastakan telah memilih skim A (skim gaji ala kerajaan), adakah beliau boleh memilih untuk menukar ke skim B (gaji ala syarikat)?

    Boleh bertukar ke Skim B dalam tempoh 2 tahun dari tarikh penswastaan syarikat tersebut.

  • 11. Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR)?

    Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

  • 12. Bilakah GCR berkuatkuasa?

    Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

  • 13. Siapakah yang layak menerima GCR?

    Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam yang bersara di bawah Akta Pencen 1980.

  • 14. Siapakah yang tidak layak menerima GCR?

    Award Gantian Cuti Rehat tidak diberikan kepada pegawai yang meletakkan jawatan atau pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib buang kerja.

  • 15. Bagaimana pengumpulan cuti dibuat?

    Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan (yang berkaitan) dan Perintah Am Bab C.

  • 16. Formula pengiraan GCR?

    Formula GCR adalah seperti berikut :
    1/30 X cuti rehat terkumpul (hari) X (gaji akhir + * imbuhan tetap )

    *Imbuhan tetap adalah =

    1. Imbuhan Tetap Jawatan Utama
    2. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
    3. Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
    4. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)

    Tertakluk maksimum 180 hari

  • 17. Jabatan manakah yang membayar GCR?

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan dan membayar 'Award' Gantian Cuti Rehat kepada pesara perkhidmatan awam persekutuan manakala pesara perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan akan dibayar oleh Jabatan akhir mereka berkhidmat.

  • 18. Bilakah bayaran GCR dibuat?

    Pembayaran GCR akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan pegawai.

  • 19. Apakah kelayakan anak bagi pasangan yang berkahwin dalam perkhidmatan untuk menerima pencen terbitan?

    Bagi pasangan yang berkahwin semasa dalam perkhidmatan, kelayakan anak adalah sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin yang mana terdahulu, atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

  • 20. Bolehkah pegawai/ pekerja mengumpul semua cuti rehat di tahun akhir perkhidmatan supaya dapat dikumpul untuk Gantian Cuti Rehat (GCR)?

    Pegawai/ pekerja boleh mengumpul cuti rehat maksimum tahun akhir mengikut kelayakan cuti rehat tahunannya.

  • 21. Di manakah dokumen persaraan perlu dihantar?

    Dokumen persaraan boleh dihantar ke:
    Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
    Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
    Aras 2, Skytech Tower 2,
    MKN Embassy Techzone,
    Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
    63000 Cyberjaya, Selangor

  • 22. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)?

    Borang permohonan boleh dimuat turun di www.jpapencen.gov.my atau di pautan  https://www.jpapencen.gov.my/borang/bmj/Borang_BMJ-BM-2023.pdf dan informasi lanjut mengenai BMJ ini adalah seperti di pautan http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html

  • 23. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat dan berita terkini mengenai urusan persaraan dan perkara yang berkaitan dengannya?

    Layari www.jpapencen.gov.my dan like Facebook kami iaitu Bahagian Pencen JPA.

  • 24. Bagaimanakah prosedur menggantikan kad pesara yang hilang?

    Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.

  • 25. Adakah terdapat tempoh tertentu dalam menuntut Bayaran Mengurus Jenazah (BMJ)?

    Permohonan BMJ perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.

  • 26. Saya seorang penjawat awam yang mengurus pencen pegawai/ anggota di Jabatan kami. Apakah nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi?

    Sila hubungi talian 03-8887 8777 atau emelkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

  • 27. Apa perlu waris lakukan apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia dan tidak lagi mempunyai waris yang layak menerima pencen terbitan?

    Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:

    1. Memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA dengan segera tentang kematian pesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:

    1. 1 salinan sijil mati gemulah;
    2. Kad Pesara yang asal;
    3. Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.

    2.     Bahagian Pencen, JPA akan menguruskan baki pencen (jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat. Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.

Soalan Lazim

Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat

Soalan Lazim

Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat

1. Apakah peraturan yang digunakan dalam menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat?

Prinsip yang digunapakai adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 44 (1) dan 44(2) (a), (b) dan (c) - Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U.(A) 1/2012]


Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu dan perbezaannya hendaklah . tidak kurang daripada satu (1) pergerakan gaji atas gred terdahulu.

Perkhidmatan

Perolehan

Soalan Lazim

Perolehan

  • 1. Bagaimana untuk mendapatkan perolehan melalui sebut harga / tender di JPA?

    Sebut harga / tender akan diiklankan di:-

    • Laman web eP
    • Portal Rasmi JPA;
    • Papan Kenyataan; dan
    • Surat khabar (bagi tender).

    Iklan berkenaan mengandungi perkara-perkara berikut:

    • Jabatan yang memanggil sebut harga;
    • Tajuk sebut harga; Syarat kelayakan penyebut harga;
    • Bidang/Kelas/Kepala Pendaftaran; dan
    • Tempat, tarikh dan waktu sebut harga diterima dan ditutup.

    Mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Sistem ePerolehan akan dapat mencapai maklumat tersebut dan boleh menyertai sebut harga dan tender secara atas talian (on-line).

  • 2. Bagaimana untuk mendaftar dalam urusan waran perjalanan udara?

    Wakil syarikat perlu datang sendiri ke Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen berkaitan serta cop syarikat;

    Maklumat syarikat akan didaftarkan dan Syarikat akan dihubungi berdasarkan maklumat yang diberikan.

  • 3. Bagaimana untuk mendapatkan perolehan secara pembelian terus di JPA?

    Wakil syarikat perlu datang ke Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1 dengan membawa profil syarikat dan dokumen-dokumen berkaitan untuk tujuan pendaftaran dan Syarikat akan dihubungi untuk mendapatkan sebut harga berdasarkan kod bidang berkaitan.

Soalan Lazim

Prestasi

Soalan Lazim

Pelaksanaan MyPERFORMANCE

  • 1. Apakah dasar atau peraturan yang boleh dirujuk berkaitan penilaian prestasi?

    Ceraian UP.4.1.1: Dasar Baharu Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana (MyPerformance)

  • 2. Siapakah yang terlibat bagi pemakaian MyPerformance?

    Pemakaian MyPerformance adalah kepada semua Pegawai di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan (PAP), iaitu perkhidmatan kehakiman dan perundangan, perkhidmatan awam am Persekutuan, pasukan polis dan perkhidmatan pendidikan menurut Fasal (1), Perkara 132, Perlembagaan Persekutuan kecuali pegawai MySTEP dan pegawai kontrak yang tidak mengisi perjawatan.

    Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, pemakaiannya adalah tertakluk kepada penerimaan masing-masing.

    Penilaian prestasi MyPerformance melalui Ceraian UP.4.1.1 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

  • 3. Apakah perbezaan antara MyPerformance dan MyKPI?

    MyPerformance merupakan instrumen penilaian prestasi bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. MyKPI pula merujuk kepada instrumen penilaian prestasi bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

  • 4. Adakah elemen prestasi penghasilan kerja masih lagi menggunakan borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi agensi yang mengguna pakai LNPT?

    Tidak. Elemen prestasi penghasilan kerja hendaklah mengguna pakai format Sasaran Kerja Utama (SKU) di bawah instrumen MyPerformance.

  • 5. Bolehkah Kementerian / Jabatan / Agensi di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan memohon pengecualian penggunaan instrumen MyPerformance?

    Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian UP.4.1.1 ini hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.

Peranan Ketua Jabatan, Panel Pembangunan Sumber Manusia Dan Keurussetiaan

  • 1. Bagaimanakah kaedah penubuhan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bagi Kementerian yang mempunyai pelbagai jabatan di bawahnya?

    Ketua Setiausaha (KSU) atau Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) hendaklah menubuhkan PPSM di peringkat Kementerian dan Jabatan di bawahnya berpandukan syarat keanggotaan PPSM yang dinyatakan dalam perenggan 3(a), (b) dan (c), Lampiran UP.4.1.1 (A1), Ceraian UP.4.1.1.

  • 2. Bagaimanakah keanggotaan bagi PPSM jika Kementerian tersebut tidak mempunyai KSU dan diketuai oleh TKSU yang menyebabkan keanggotaan PPSM tidak mencukupi?

    TKSU yang menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan boleh menjalankan peranan sebagai Pengerusi PPSM (Rujuk perenggan 3(b), Lampiran UP.4.1.1 (A1), Ceraian UP.4.1.1). Ahli PPSM boleh dianggotai oleh TKSU yang lain atau pegawai yang mempunyai gelaran jawatan yang lebih tinggi daripada Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan menjalankan tugas Timbalan Ketua Jabatan (Rujuk perenggan 3(c), Lampiran UP.4.1.1 (A1), Ceraian UP.4.1.1).

  • 3. Bagaimanakah PPSM menetapkan modul-modul yang digunakan bagi tujuan pengurusan sumber manusia (kenaikan pangkat, pergerakan gaji dan lain-lain urusan sumber manusia)?

    PPSM akan menggunakan markah keseluruhan penilaian prestasi MyPerformance bagi tujuan pengurusan sumber manusia termasuk kenaikan pangkat, pergerakan gaji dan lain-lain urusan sumber manusia yang berkaitan.

Tanggungjawab Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai (PP), Pegawai Penilai Semula (PPS) Dan Pegawai Penilai Pelbagai Peringkat (P3P)

  • 1. Adakah Ketua Perkhidmatan boleh menjadi PP bagi menilai pegawai yang ditempatkan secara kader?

    Tidak. Ketua Perkhidmatan hanya boleh menjadi PPS sahaja.

  • 2. Apakah tanggungjawab PPS dalam MyPerformance?

    PPS bertanggungjawab untuk membuat penilaian semula sekiranya PYD tidak bersetuju dengan penilaian PP bagi elemen penghasilan kerja, kompetensi fungsian dan kompetensi tingkah laku sahaja.

  • 3. Siapakah PP bagi pegawai awam yang menjalankan tugas di pejabat anggota pentadbiran?

    PP bagi pegawai awam yang menjalankan tugas di pejabat anggota pentadbiran adalah KSU/ TKSU/ TKSUK/ SUBK(KP). PP boleh berunding atau mendapatkan maklum balas prestasi pegawai daripada anggota pentadbiran bagi penyediaan laporan prestasi pegawai berkenaan.

  • 4. Bagaimanakah penentuan dan penetapan P3P di setiap jabatan?

    Penentuan dan penetapan P3P di setiap jabatan ditentukan secara automatik berdasarkan Business Unit (BU) dalam modul data perjawatan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang perlu disusun berdasarkan carta organisasi jabatan. P3P hendaklah mempunyai hubungan kerja dengan jawatan PYD.

    Sekiranya P3P tiada hubungan kerja dengan jawatan PYD, P3P boleh memohon dengan pentadbir agensi untuk penetapan semula PYD lain.

  • 5. Apakah tanggungjawab pegawai yang akan bertukar, diberi pelepasan untuk dilantik ke jawatan lain, diluluskan cuti atau kursus yang melebihi 180 hari, dinaikkan pangkat atau bersara?

    Pegawai bertanggungjawab untuk menyelesaikan penilaian prestasi bagi kelima-lima elemen prestasi MyPerformance sebelum pegawai bertukar, diberi pelepasan untuk dilantik ke jawatan lain, diluluskan cuti atau kursus yang melebihi 180 hari, dinaikkan pangkat atau bersara.

Pengurusan Dan Penilaian Prestasi

  • 1. Adakah penilaian oleh PPS boleh disemak semula jika PYD masih lagi tidak berpuas hati dengan penilaian yang diberikan?

    Tidak. Penilaian yang diberikan oleh PPS adalah muktamad.

  • 2. Apakah instrumen penilaian prestasi yang digunakan bagi pegawai PAP yang ditempatkan secara terus/kader di jabatan yang tidak menggunakan MyPerformance?

    Penentuan penggunaan instrumen penilaian prestasi bagi pegawai PAP yang ditempatkan secara terus/kader adalah tertakluk kepada penerimaan pemakaian oleh jabatan tempat pegawai bertugas.

    Contoh, bagi pegawai PAP yang ditugaskan di agensi negeri yang mana masih belum menerima pakai pelaksanaan MyPerformance, PYD hendaklah membuat pengisian LNPT serta SKU dan dinilai oleh PP yang mempunyai hubungan kerja dengan PYD.

  • 3. Bilakah penilaian prestasi MyPerformance boleh dilaksanakan?

    Penilaian prestasi MyPerformance boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sepanjang tahun penilaian kecuali bagi elemen nilai sepunya.

  • 4. Bagi situasi PYD yang bertugas di beberapa jabatan sepanjang tahun penilaian, PPSM di Kementerian / Jabatan / Agensi yang mana boleh memperakukan penilaian prestasi pegawai bagi urusan sumber manusia?

    PPSM di Kementerian / Jabatan / Agensi terkini yang akan memperakukan penilaian prestasi pegawai bagi sebarang urusan sumber manusia.

  • 5. Bagaimanakah urusan penetapan bagi Jadual Pengurusan Prestasi Tahunan dibuat?

    Jadual Pengurusan Prestasi Tahunan adalah ditetapkan oleh JPA.

  • 6. Apakah pegawai yang diluluskan sebarang cuti belajar (CBBP/ CBSG/ CBTG) sepanjang tahun kalendar mempunyai markah penilaian prestasi bagi tahun penilaian semasa?

    Pegawai yang diluluskan sebarang cuti belajar (CBBP/ CBSG/ CBTG) sepanjang tahun kalendar, pegawai tidak akan mempunyai penilaian prestasi bagi tahun penilaian tersebut.

  • 7. Bagaimana pengurusan kenaikan pangkat dan permohonan kemudahan Biasiswa/ Dermasiswa/ Hadiah Latihan Persekutuan bagi pegawai yang tidak mempunyai markah penilaian prestasi bagi tahun penilaian semasa?

    Pegawai masih boleh dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat manakala bagi tujuan permohonan kemudahan Biasiswa/ Dermasiswa/ Hadiah Latihan Persekutuan adalah tertakluk kepada dasar, peraturan atau kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

  • 8. Apakah had masa yang dibenarkan bagi pegawai yang sebelum ini tidak diberikan Pergerakan Gaji Tahunan sepanjang tempoh diluluskan cuti belajar untuk menuntut Pergerakan Gaji Tahunannya?

    Isu had masa adalah tidak berbangkit disebabkan Pergerakan Gaji Tahunan merupakan hak pegawai dan telah berlaku pengabaian hak tersebut berikutan kesilapan pemahaman dasar/pekeliling yang terpakai bagi urusan ini. Sehubungan itu, hak pegawai yang terkesan itu wajar dikembalikan (restored).

    Dari segi pelaksanaan, Panel Pembangunan Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan di mana pegawai itu diluluskan cuti belajarnya hendaklah mempertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai dan Surat Pergerakan Gaji pegawai dikeluarkan oleh Urus Setia PPSM Kementerian/Jabatan tersebut tertakluk kepada permohonan pegawai atau permohonan Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/ Jabatan terkini pegawai.

    Surat Pergerakan Gaji tersebut kemudiannya hendaklah disalinkan kepada Pengurus Sumber Manusia Kementerian/ Jabatan terkini pegawai bagi tujuan penyelarasan semula pembayaran gaji kepada pegawai.

  • 9. Dalam keadaan di mana pegawai terkesan layak menuntut Pergerakan Gaji Tahunannya namun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan, adakah mana-mana orang contohnya pasangan, ahli keluarga, rakan, agensi terakhirnya atau sebagainya berhak menuntut hak tersebut bagi pihak pegawai?

    Urusan ini boleh dikendalikan melalui Jabatan akhir pegawai memandangkan rekod akhir pegawai akan disimpan oleh Jabatan akhir tersebut. Penyelarasan sewajarnya perlu dilakukan pada gaji akhir pegawai dan faedah persaraan pegawai juga perlu diteliti dan diselaraskan berdasarkan gaji akhir pegawai setelah mengambil kira kelayakan pergerakan gaji pegawai yang tidak diberikan semasa dalam perkhidmatan, secara case to case basis.

Elemen Prestasi – Sasaran Penghasilan Kerja

  • 1. Siapakah yang bertanggungjawab mengunci masuk dan meminda SKU dan Sub SKU PYD?

    Pentadbir SKU yang dilantik oleh Ketua Jabatan.

  • 2. Berapakah bilangan dan gred yang sesuai untuk dilantik sebagai pentadbir SKU?

    Tiada bilangan dan gred yang ditetapkan bagi pelantikan pentadbir SKU. Penetapan bilangan dan gred pentadbir SKU adalah tertakluk kepada Ketua Jabatan masing- masing.

  • 3. Bagaimanakah penentuan SKU dan Sub SKU bagi pegawai yang bertukar keluar ke jabatan baharu?

    Bagi pegawai yang bertukar keluar ke jabatan baharu, SKU dan Sub SKU ditentukan oleh Ketua Jabatan. Penentuan SKU dan Sub SKU pegawai adalah berdasarkan objektif penyampaian perkhidmatan Jabatan.

  • 4. Adakah pindaan boleh dilakukan kepada SKU dan Sub SKU yang ditetapkan?

    PPSM di Kementerian / Jabatan / Agensi terkini yang akan memperakukan penilaian prestasi pegawai bagi sebarang urusan sumber manusia.

  • 5. Bagaimanakah penentuan SKU dan penetapan PP bagi pegawai yang tidak menjalankan tugas hakiki sepertimana dalam waran perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (SKP)?

    Penentuan SKU dan penetapan PP adalah berdasarkan waran perjawatan/ SKP yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

  • 6. Bagaimanakah kaedah pembuktian pencapaian penghasilan kerja bagi PYD?

    Sistem MyPerformance menyediakan ruangan kepada PYD untuk memuat naik dokumen pembuktian penghasilan kerja. Perbincangan antara PP dan PYD boleh dibuat bagi memilih kaedah pembuktian yang bersesuaian.

Elemen Prestasi – Kompetensi Fungsian (KF)

  • 1. Siapakah yang bertanggungjawab membangunkan KF bagi setiap skim perkhidmatan?

    Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab membangunkan KF bagi setiap skim perkhidmatan di bawahnya.

  • 2. Siapakah yang bertanggungjawab menetapkan/ memadankan set kompetensi berserta tahap kecekapan yang diperlukan oleh jawatan?

    Penetapan/ pemadanan set kompetensi berserta tahap kecekapan bagi jawatan ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan/ Ketua Jabatan.

  • 3. Apakah dokumen rujukan bagi pembangunan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF)?

    Dokumen deskripsi tugas (JD), Penghuraian Kerja dan lain-lain dokumen bersesuaian boleh dijadikan sumber rujukan bagi pembangunan KKF.

  • 4. Bagaimanakah penetapan set kompetensi bagi jawatan fleksi?

    Penetapan set kompetensi hendaklah dibuat kepada setiap jawatan fleksidengan mengambil kira 3 aspek iaitu kompleksiti, tanggungjawab dan autonomi.

  • 5. Berapakah bilangan kompetensi fungsian yang perlu dinilai bagi setiap tahun penilaian?

    Bagi setiap tahun penilaian, PP hendaklah memilih hanya tujuh (7) kompetensi daripada senarai kompetensi jawatan PYD untuk tujuan penilaian. PP dan PYD hendaklah berbincang bagi tujuan penetapan pemilihan kompetensi tersebut.

Soalan Lazim

Psikologi

Soalan Lazim

Psikologi

  • 1.Apakah perbezaan di antara kaunseling dan bimbingan?

    Kaunseling adalah proses perhubungan menolong secara bersemuka di antara Pegawai Psikologi dan klien yang normal manakala bimbingan merupakan proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran.

  • 2.Siapakah yang layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA?

    Selain penjawat awam, pelajar-pelajar tajaan JPA dan pesara kerajaan layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

  • 3.Bagaimanakah cara untuk saya membuat temujanji dengan Pegawai Psikologi di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA?

    Temujanji boleh dibuat melalui e-mel, telefon, surat atau walk in (sukarela) ke Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

  • 4.Apakah jenis-jenis masalah yang boleh dibincangkan?

    Jenis-jenis masalah yang boleh dibincangkan meliputi masalah prestasi & kerjaya, kesihatan, keluarga, pembangunan & kemahiran, kerohanian, kewangan, sikap, ketagihan, psikososial & lain-lain.

  • 5.Adakah perkara-perkara yang dibincangkan semasa sesi kaunseling dirahsiakan kepada orang lain?

    Sebarang isu/ maklumat yang dibincangkan dalam sesi kaunseling adalah rahsia dan tidak akan didedahkan secara terperinci kepada mana-mana pihak tanpa persetujuan daripada anda kecuali :

    1. Bagi kes rujukan, satu laporan ringkas akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan yang merujuk.
    2. Keadaan yang didapati boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada diri anda atau kepada orang lain.
    3. Keadaan yang terbukti telah berlaku pelanggaran undang-undang, peraturan negara dan organisasi yang sedia ada seperti jenayah dan sebagainya.
  • 6.Adakah sesi kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA dikenakan bayaran?

    Tidak, sesi kaunseling yang diadakan adalah secara percuma.

Soalan Lazim

Skim Perkhidmatan & Perjawatan

Soalan Lazim

Penstrukturan Semula & Pewujudan Jawatan

  • 1. Apakah Perbezaan Di antara “Contract For Service” (CFS) dengan Contract Of Service” (COS)?

    Contract Of Service (COS)

    COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:-

    1. Peruntukan OS11000 - Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA..
    2. Peruntukan OS29000 - Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam perkhidmatan awam. Pelantikan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA untuk pertimbangan.

    Contract For Service (CFS)

    CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.

  • 2. Apakah perbezaan antara Kajian Penyusunan, Pengukuhan Perjawatan & Penubuhan Agensi Baru?

    1. Kajian Penyusunan Organisasi merupakan kajian yang melibatkan perubahan kepada struktur organisasi sedia ada di sesebuah agensi. Kajian ini memerlukan asas permohonan yang melibatkan Pelan Strategik Organisasi atau Langkah Penjenamaan Semula daripada agensi. Kajian ini turut melibatkan perubahan aktiviti/ program di dalam waran perjawatan
    2. Kajian Pengukuhan Perjawatan merupakan kajian yang melibatkan cadangan pewujudan jawatan tambahan/membuat perubahan butiran tanpa melibatkan perubahan struktur organisasi sesebuah agensi. Ia juga tidak meminda kedudukan aktiviti/ program di dalam waran perjawatan. Penubuhan agensi baru merujuk kepada kajian yang melibatkan pertambahan jumlah agensi
    3. Penubuhan agensi baru merujuk kepada kajian yang melibatkan pertambahan jumlah agensi di dalam sektor awam. Sebarang cadangan bagi penubuhan agensi baru perlu dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.
  • 3. Apakah kaedah/prinsip digunakan BPO dalam menimbang permohonan bagi perubahan gred jawatan dan pengukuhan perjawatan?

    Antara kaedah/prinsip yang diguna pakai adalah seperti berikut:

    KAEDAH/PRINSIP PENJELASAN
    Relativiti dan Pariti Pertimbangan keperluan perjawatan agensi berdasarkan perbandingan fungsinya dengan fungsi agensi lain/ setara.
    Model Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan struktur yang seragam dan lengkap yang telah ditentukan bagi sesuatu fungsi.
    Wajaran Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan elemen/ kriteria tertentu yang diberi nilaian/ pemberat sebagai asas penetapan keputusan.
    Nisbah Perjawatan Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan perkadaran di antara beban tugas dengan jumlah perjawatan yang diperlukan.
    Norma Perjawatan Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan piawaian/ standard yang digunakan bagi menentukan perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan mengikut fungsi/ peranan yang telah ditentukan bagi sesuatu agensi itu.
  • 4. Apakah Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas ?

    Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan mengikut peranan berikut:

    1. Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah di sesebuah Kementerian/Jabatan.
    2. Gred Khas – Jawatan yang diwujudkan bagi menempatkan penyandang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik. Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.
  • 5. Mengapakah “Jawatan Terbuka” masih diperlukan di dalam perkhidmatan awam?

    Jawatan Terbuka diwujudkan bagi membolehkan pengisian dibuat oleh penyandang daripada mana-mana skim perkhidmatan yang mempunyai kemahiran/ kepakaran yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu tugas di jawatan berkenaan. Jawatan Terbuka ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pelantikan tetap, kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Skim Perkhidmatan

  • 1. Definisi/ Terminologi Kumpulan Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

    • Pengurusan Tertinggi : Gred JUSA C hingga Turus I;
    • Pengurusan dan Profesional : Gred 41 hingga Gred 56;
    • Kumpulan Pelaksana Berkelayakan Diploma/STPM : Gred 29 hingga Gred 40;
    • Kumpulan Pelaksana Berkelayakan SPM : Gred 19 hingga Gred 28; dan
    • Kumpulan Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP dan ke bawah: Gred 11 hingga Gred 18.
  • 2. Adakah terdapat Surat Pekeliling Perkhidmatan atau Pekeliling Perkhidmatan yang perlu dirujuk bersekali untuk menentukan kelayakan yang diterima bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Dokumen yang boleh dirujuk bagi menentukan kelayakan yang diterima bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:

    Ijazah Sarjana/PhD

    a.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010

    Pindaan Kepada Lampiran A "Senarai Skim" Skim Perkhidmatan Yang Memperuntuk Syarat Lantikan Di Peringkat Ijazah Sanrjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

    b.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009

    Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

    c.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005

    Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Tinggi Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

    d.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986

    Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 Mengenai Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

    e.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983

    Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan

    f.

    Surat JPA JPA.324/7/46/ Klt. 2/0 (50) bertarikh 9 September 1988

    Pengesahan Mengenai Lulus Sebahagian (R) dalam Pengajian Am – peperiksaan STPM adalah dikira sebagai telah lulus kertas tersebut untuk maksud lantikan ke perkhidmatan Kerajaan Kumpulan B dan A

    Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

    g.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009

    Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

    Sijil Matrikulasi KPM

    h.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan  3 Tahun 2016

    Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

    i.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002

    Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

    Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

    j.

    Pekeliling Perkhidmatan  Bilangan 1 Tahun 2016

    Lampiran B4, Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

    Penilaian Menengah Rendah (PMR)

    k.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998

    Kelayakan Penilaian Menengah Rendah Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

    l.

    Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1981

    Syarat Kelulusan Bahasa Malaysia Bagi Maksud Pengambilan – Peringkat SPM/SRP

    Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

    m.

    Pekeliling Perkhidmatan  Bilangan 1 Tahun 2016

    Lampiran B4, Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

  • 3. Bagaimanakah cara untuk menyemak sesuatu kelayakan sama ada diploma atau ijazah itu diiktiraf bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam dan bagaimana untuk menentukan kelayakan yang setaraf?

    Mulai 1 Januari 2017, fungsi pengiktirafan kelayakan adalah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA). Semua program yang diakredit oleh MQA mulai 1 Januari 2017 membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

    Semakan pengiktirafan kelayakan sebelum 1 Januari 2017 boleh dilakukan melalui laman sesawang Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (e-Sisraf) di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/. Manakala semakan pengiktirafan kelayakan selepas 1 Januari 2017, boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) di pautan http://www2.mqa.gov.my/mqr/.

  • 4. Sekiranya saya mempunyai Sijil Matrikulasi KPM, adakah saya layak memohon jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam?

    Bermula dari pelajar ambilan pertama Sijil Matrikulasi mulai 1999/2000, sijil Matrikulasi layak dimohon oleh para pelajar kepada pihak KPM. Bagi maksud lantikan ke jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam, hanya pelajar lulusan Sijil Matrikulasi KPM yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 dan ke atas serta lulus semua mata pelajaran wajib sahaja yang layak memohon ke jawatan bersesuaian yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti yang disenaraikan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil. 3 Tahun 2016.

  • 5. Dengan kelayakan Sijil Matrikulasi yang saya miliki, apakah gred dan gaji permulaan yang akan saya peroleh jika diterima berkhidmat di sektor awam?

    Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2016 (SPP 3/2016) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan. Senarai skim perkhidmatan/jawatan yang layak dimohon oleh lulusan Sijil Matrikulasi adalah seperti disenaraikan dalam Lampiran A, SPP 3/2016.

  • 6. Apakah gred skim perkhidmatan mengikut kumpulan kelayakan yang berkuat kuasa?

    Gred skim perkhidmatan mengikut kumpulan kelayakan yang berkuat kuasa adalah seperti berikut:

    BIL. KUMPULAN GRED
    1. Pengurusan dan Profesional . 41 hingga 56
    2 Pelaksana Berkelayakan STPM/diploma 29 hingga 40
    3. Pelaksana Berkelayakan SPM 19 hingga 28
    4. Pelaksana Berkelayakan PT3/PMR 11 hingga 18
  • 7. Bagaimana saya ingin menyemak bidang kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 mengikut skim perkhidmatan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Kelayakan SKM boleh digunakan untuk memohon jawatan di Gred 19 mengikut bidang Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS) yang bersesuaian yang dimiliki oleh seseorang calon. Maklumat senarai bidang SKM Tahap 2 dan Tahap 3 yang disesuaikan mengikut skim perkhidmatan boleh dirujuk di laman sesawang EZ Skim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.

  • 8. Pembantu Penyelidik Gred Q22 yang telah disahkan dalam perkhidmatan memohon jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 secara Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Adakah pegawai perlu memenuhi syarat subjek Bahasa Melayu iaitu Kepujian di peringkat SPM bagi lantikan secara PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29?

    Bagi pegawai yang dilantik secara PSL, pegawai hanya perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sahaja, manakala syarat subjek Bahasa Melayu adalah dikecualikan.

  • 9. Adakah kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh digunakan untuk pelantikan dalam Perkhidmatan Awam?

    Calon yang memiliki Sijil SVM (mulai tahun 2012) dalam bidang kelayakan tertentu adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan di Gred 19 bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan SVM.

  • 10. Bagaimana saya ingin menyemak bidang kelayakan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan berkaitan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam?

    Maklumat senarai bidang SVM yang disesuaikan mengikut skim perkhidmatan boleh dirujuk di laman sesawang EZ Skim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.

Soalan Lazim