Kenaikan Pangkat / Pemangkuan
Susunan kedudukan pegawai berdasarkan tarikh lantikan bagi pegawai di gred lantikan atau tarikh kenaikan pangkat terakhir bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang sama.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Peraturan 3, dan hendaklah termasuk suatu Lembaga Kenaikan Pangkat tambahan yang ditubuhkan di bawah Peraturan 11, [P.U.(A) 75 Tahun 2010]. Keanggotaan adalah berdasarkan Jadual Keanggotaan Kenaikan Pangkat Mengikut Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U(A) 75 Tahun 2010] Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran yang ditubuhkan di bawah Peraturan 3, dan hendaklah termasuk suatu Lembaga Kenaikan Pangkat tambahan yang ditubuhkan menurut kuasa-kuasa yang diberi oleh Peraturan 3, [P.U.(A)24 Tahun 2010]. Keanggotaan adalah berdasarkan Jadual Keanggotaan Kenaikan Pangkat Mengikut Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, 2010 [P.U(A) 24 Tahun 2010]. BIL. TERMA TAKRIFAN 1. Anggota Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat atau Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat mengikut peraturan yang berkuat kuasa bagi perkhidmatan yang berkenaan. 2. Jawatan Kumpulan Jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai berkenaan sementara menunggu penempatan yang sesuai. 3. Jawatan Sementara Jawatan yang diwujudkan untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu bagi suatu tempoh yang tertentu di mana peruntukan emolumennya ditetapkan di bawah Anggaran Belanja Mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan sebagai jawatan sementara. 4. Jawatan Simpanan Latihan Jawatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan perkhidmatan pegawai yang bercuti kerana berkursus / belajar melebihi setahun. 5. Jawatan Terbuka Jawatan tetap dan grednya telah ditentukan yang boleh diisi oleh pegawai yang sesuai dari mana-mana skim dan / atau perkhidmatan dan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat. 6. Kekananan
Pegawai akan hilang kekananan atas sebab faktor-faktor berikut: 7. Kenaikan Pangkat Peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. 8. Kesilapan Fakta Kesilapan maklumat mengenai perkhidmatan seseorang pegawai yang pada hakikatnya pegawai tidak atau masih belum memenuhi syarat yang sedang berkuat kuasa untuk dia layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat semasa Lembaga mempertimbangkan kenaikan pangkat pegawai itu. 9. Ketua Jabatan Seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk bertindak bagi pihaknya. 10. Ketua Perkhidmatan Seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 11. Lembaga Lembaga Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan. 12. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) 13. Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) 14. Lembaga Rayuan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah mana-mana peraturan yang berkaitan. 15. Pegawai Semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau tetap. 16. Pemangkuan Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat. 17. Urus setia Mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit di sesebuah kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab menguruskan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat. 18. Jabatan Sesuatu Kementerian, Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, atau daerah dalam persekutuan, di luar negara dan mana-mana entiti lain dalam Perkhidmatan Awam yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 19. Urus Setia Naik Pangkat Pegawai yang dipertanggungjawabkan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi sesuatu Kementerian. 20. Urus Setia Mesyuarat LKPPA / LKPPP Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Mesyuarat LKPPA / LKPPP. 21. Kertas Pertimbangan Kertas yang disediakan oleh Urus Setia Naik Pangkat untuk pertimbangan Mesyuarat Pra LKPPA / LKPPP dan Mesyuarat LKPPA / LKPPP. 22. Surat Makluman Surat untuk memberitahu keputusan LKPPA / LKPPP mengenai pemangkuan / pegawai kepada Ketua Jabatan. 23. Surat Penyiaran Surat untuk memberitahu keputusan LKPPA / LKPPP mengenai kenaikan pangkat pegawai. Surat ini dihantar kepada pegawai melalui Ketua Jabatan.
Syarat-syarat umum Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Jawatan Untuk Pemangkuan Selain jawatan tetap, jawatan sementara boleh diisi bagi tujuan pemangkuan. Jawatan terbuka, jawatan simpanan latihan dan jawatan kumpulan tidak boleh digunakan untuk tujuan pemangkuan. Jawatan Untuk Kenaikan Pangkat Selain jawatan tetap yang kosong secara hakiki, jawatan yang kosong secara operasi disebabkan penyandang dalam peminjaman, pertukaran sementara, pemangkuan, cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji tidak boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat.
Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Pemangkuan Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan Pegawai Yang Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Pegawai Yang Tidak Layak Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat Pegawai Yang Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib Bil Jenis Hukuman Tempoh Tidak Layak Dipertimbangkan Pemangkuan a. Amaran 12 bulan b. Denda 18 bulan c. Lucut Hak Emolumen 24 bulan d. Tangguh Pergerakan Gaji 30 bulan e. Turun Gaji 36 bulan f. Turun Pangkat 48 bulan Tempoh kuat kuasa tidak layak dipertimbangkan pemangkuan ialah mulai tarikh hukuman tatatertib dijatuhkan.
Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan pemangkuan adalah seperti berikut:
Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat hendaklah memenuhi kriteria berikut:
Jawatan sementara, jawatan terbuka, jawatan kumpulan dan jawatan simpanan latihan tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat.
Pegawai yang telah memenuhi syarat umum layak dipertimbangkan pemangkuan termasuk:
Pegawai berikut tidak layak dipertimbangkan pemangkuan:
Pegawai yang telah memenuhi syarat umum layak dipertimbangkan kenaikan pangkat termasuk pegawai berikut:
Pegawai berikut adalah tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat :
Tempoh tidak layak dipertimbangkan pemangkuan adalah berdasarkan Ceraian UP.3.1.6, Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib seperti berikut:
1.Perlembagaan Persekutuan – Bahagian X:
2.Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U.(A) 1/2012]; 3.Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)75/2010];
4.Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran 2010 [P.U.(A)24/2010]; Pekeliling-Pekeliling Perkhidmatan (PP) yang berkaitan: 1.Ceraian UP.3.1.7– Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana; 2.Ceraian UP.3.1.1– Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam; 3.Ceraian UP.3.1.6– Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib; 4.Ceraian UP.3.1.2– Panduan Pelaksanaan Kaedah Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat; dan 5.Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2006 – Panduan Mewujudkan Search Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian (Succession Planning). Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) yang berkaitan: 1.Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009 – Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji; 2.Ceraian UP.3.1.8 – Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam; dan 3.Lampiran UP.3.1.2 (A) – Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan. Surat Edaran (SE) yang berkaitan: 1.Ceraian UP.3.1.5 – Pelaksanaan Penamatan Pemangkuan bagi pegawai Yang Sedang Memangku Yang Dikenakan Hukuman Tatatertib 2.Ceraian UP.3.1.4 – Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat; 3.Ceraian UP.3.1.3 - Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan Berikutan Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) di bawah Sistem Saraan Malaysia; 4.JPA.BK(S) 134/2/8 (9) bertarikh 17 Februari 2011 – Pengecualian Syarat Kursus Kenegaraan Di Tahap Kecekapan 1 (TK1) Dan Urusan Kenaikan Pangkat Selepas Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK); 5.JPA(S)NP.134/8/1 Jld.23 (13) bertarikh 18 Oktober 2010 – Urusan Kenaikan Pangkat Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Di Badan Berkuasa Berkanun Dan Pihak Berkuasa Tempatan; 6.JPA(S)NP.134/8/1 Jld.21 (55) bertarikh 05 Ogos 2010 – Arahan Penempatan Dan Melaksanakan Tugas Jawatan Lebih Tinggi Tanpa Kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat; 7.JPA(S)NP.134/1 Klt.21 (42) bertarikh 15 Jun 2010 – Pengecualian Syarat Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Untuk Urusan Pemangkuan Pegawai Penyelidik; 8.JPA(S)K 256/6/27 Klt. 2/s.k 2(4) bertarikh 03 Julai 2009 – Penetapan Wajaran Markah Prestasi Bagi Urusan Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam; dan 9.JPA(S)NP.134/KLT.16/S.K(3) bertarikh 24 Mac 2008 – Panduan Kriteria Penilaian Penyelidik Bagi Pegawai Penyelidik.
- Jumlah paparan: 13351