Unit Komunikasi Korporat
Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan JPA.
- Bertindak sebagai penyelaras dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan, nasional dan global;
- Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi JPA;
- Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam negara bersama bahagian berkaitan;
- Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan;
- Menyelaras dan mengemaskini kandungan portal JPA; dan
- Mengurus dan memantau kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA.
- Bertindak sebagai penyelaras dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan perhubungan pelanggan JPA;
- Mengurus dan mengendalikan pengoperasian Kaunter JPA4U;
- Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, MyGCC dan saluran komunikasi JPA;
- Merancang dan melaksanakan program e-Pelanggan JPA (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya);
- Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA secara tahunan; dan
- Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan JPA bersama-sama Bahagian/Unit.
- Bertindak sebagai penyelaras dalam pelaksanaan pelan media berhubung publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti Jabatan melalui platform media massa dan media baharu untuk tujuan penyampaian maklumat perkhidmatan JPA;
- Melaksanakan pemantauan liputan berita mengenai Jabatan dan perkhidmatan awam amnya;
- Menyelaras dan mengurus pertanyaan dan maklum balas media berkaitan isu-isu semasa Jabatan;
- Menguruskan dan memantau kandungan media sosial Jabatan bagi memastikan maklumat dikemas kini dengan bahan informasi terkini;
- Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan aktiviti pameran Jabatan; dan
- Merancang aktiviti perhubungan awam dan pengurusan media bagi meningkatkan jaringan kolaborasi strategik bersama pihak media.
- Jumlah paparan: 34241