Peperiksaan Perkhidmatan Awam
SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM
Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.
Terdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:
- Modul Permohonan
- Modul Semakan Status Permohonan
- Modul Semakan Keputusan
Di dalam laman Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online juga disediakan beberapa informasi yang diperlukan dalam urusan permohonan peperiksaan. Di antara informasi yang boleh diperoleh adalah seperti yang berikut:
- Panduan dan Syarat Permohonan
- Jadual Peperiksaan bagi tahun semasa
- Sukatan peperiksaan, antaranya:
- Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Kenaikan Pangkat
- Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
- Sukatan Peperiksaan bagi tujuan BITP
HUBUNGI KAMI
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Sektor Penilaian Kompetensi
Aras 4, Blok C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 WP.Putrajaya
No. Tel : 03-8000 8000 (Malaysia Government Call Centre (MyGCC))
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Jumlah paparan: 45506