Skim Perkhidmatan & Perjawatan
Soalan Lazim
Penstrukturan Semula & Pewujudan Jawatan
Contract Of Service (COS)
COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:-
- Peruntukan OS11000 - Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA..
- Peruntukan OS29000 - Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walau bagaimanapun lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam perkhidmatan awam. Pelantikan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Perjawatan dan Organisasi, JPA untuk pertimbangan.
Contract For Service (CFS)
CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.
- Kajian Penyusunan Organisasi merupakan kajian yang melibatkan perubahan kepada struktur organisasi sedia ada di sesebuah agensi. Kajian ini memerlukan asas permohonan yang melibatkan Pelan Strategik Organisasi atau Langkah Penjenamaan Semula daripada agensi. Kajian ini turut melibatkan perubahan aktiviti/ program di dalam waran perjawatan
- Kajian Pengukuhan Perjawatan merupakan kajian yang melibatkan cadangan pewujudan jawatan tambahan/membuat perubahan butiran tanpa melibatkan perubahan struktur organisasi sesebuah agensi. Ia juga tidak meminda kedudukan aktiviti/ program di dalam waran perjawatan. Penubuhan agensi baru merujuk kepada kajian yang melibatkan pertambahan jumlah agensi
- Penubuhan agensi baru merujuk kepada kajian yang melibatkan pertambahan jumlah agensi di dalam sektor awam. Sebarang cadangan bagi penubuhan agensi baru perlu dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.
Antara kaedah/prinsip yang diguna pakai adalah seperti berikut:
KAEDAH/PRINSIP | PENJELASAN |
---|---|
Relativiti dan Pariti | Pertimbangan keperluan perjawatan agensi berdasarkan perbandingan fungsinya dengan fungsi agensi lain/ setara. |
Model | Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan struktur yang seragam dan lengkap yang telah ditentukan bagi sesuatu fungsi. |
Wajaran | Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan elemen/ kriteria tertentu yang diberi nilaian/ pemberat sebagai asas penetapan keputusan. |
Nisbah Perjawatan | Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan perkadaran di antara beban tugas dengan jumlah perjawatan yang diperlukan. |
Norma Perjawatan | Pertimbangan keperluan perjawatan berdasarkan piawaian/ standard yang digunakan bagi menentukan perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan mengikut fungsi/ peranan yang telah ditentukan bagi sesuatu agensi itu. |
Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan mengikut peranan berikut:
- Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua Setiausaha/ Ketua Pengarah di sesebuah Kementerian/Jabatan.
- Gred Khas – Jawatan yang diwujudkan bagi menempatkan penyandang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik. Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.
Jawatan Terbuka diwujudkan bagi membolehkan pengisian dibuat oleh penyandang daripada mana-mana skim perkhidmatan yang mempunyai kemahiran/ kepakaran yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu tugas di jawatan berkenaan. Jawatan Terbuka ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pelantikan tetap, kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.
Skim Perkhidmatan
- Pengurusan Tertinggi : Gred JUSA C hingga Turus I;
- Pengurusan dan Profesional : Gred 41 hingga Gred 56;
- Kumpulan Pelaksana Berkelayakan Diploma/STPM : Gred 29 hingga Gred 40;
- Kumpulan Pelaksana Berkelayakan SPM : Gred 19 hingga Gred 28; dan
- Kumpulan Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP dan ke bawah: Gred 11 hingga Gred 18.
Dokumen yang boleh dirujuk bagi menentukan kelayakan yang diterima bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:
Ijazah Sarjana/PhD |
||
a. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 |
Pindaan Kepada Lampiran A "Senarai Skim" Skim Perkhidmatan Yang Memperuntuk Syarat Lantikan Di Peringkat Ijazah Sanrjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) |
b. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009 |
Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Dan/Atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) |
||
c. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 |
Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Tinggi Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam |
d. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986 |
Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 Mengenai Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam |
e. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 |
Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan |
f. |
Surat JPA JPA.324/7/46/ Klt. 2/0 (50) bertarikh 9 September 1988 |
Pengesahan Mengenai Lulus Sebahagian (R) dalam Pengajian Am – peperiksaan STPM adalah dikira sebagai telah lulus kertas tersebut untuk maksud lantikan ke perkhidmatan Kerajaan Kumpulan B dan A |
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) |
||
g. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009 |
Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam |
Sijil Matrikulasi KPM |
||
h. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016 |
Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
||
i. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2002 |
Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam |
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) |
||
j. |
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 |
Lampiran B4, Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia |
Penilaian Menengah Rendah (PMR) |
||
k. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1998 |
Kelayakan Penilaian Menengah Rendah Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam |
l. |
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1981 |
Syarat Kelulusan Bahasa Malaysia Bagi Maksud Pengambilan – Peringkat SPM/SRP |
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) |
||
m. |
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 |
Lampiran B4, Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia |
Mulai 1 Januari 2017, fungsi pengiktirafan kelayakan adalah dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA). Semua program yang diakredit oleh MQA mulai 1 Januari 2017 membawa maksud diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Semakan pengiktirafan kelayakan sebelum 1 Januari 2017 boleh dilakukan melalui laman sesawang Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (e-Sisraf) di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/. Manakala semakan pengiktirafan kelayakan selepas 1 Januari 2017, boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) di pautan http://www2.mqa.gov.my/mqr/.
Bermula dari pelajar ambilan pertama Sijil Matrikulasi mulai 1999/2000, sijil Matrikulasi layak dimohon oleh para pelajar kepada pihak KPM. Bagi maksud lantikan ke jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam, hanya pelajar lulusan Sijil Matrikulasi KPM yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.00 dan ke atas serta lulus semua mata pelajaran wajib sahaja yang layak memohon ke jawatan bersesuaian yang ditawarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam seperti yang disenaraikan di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bil. 3 Tahun 2016.
Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2016 (SPP 3/2016) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan. Senarai skim perkhidmatan/jawatan yang layak dimohon oleh lulusan Sijil Matrikulasi adalah seperti disenaraikan dalam Lampiran A, SPP 3/2016.
Gred skim perkhidmatan mengikut kumpulan kelayakan yang berkuat kuasa adalah seperti berikut:
BIL. | KUMPULAN | GRED |
---|---|---|
1. | Pengurusan dan Profesional . | 41 hingga 56 |
2 | Pelaksana Berkelayakan STPM/diploma | 29 hingga 40 |
3. | Pelaksana Berkelayakan SPM | 19 hingga 28 |
4. | Pelaksana Berkelayakan PT3/PMR | 11 hingga 18 |
Kelayakan SKM boleh digunakan untuk memohon jawatan di Gred 19 mengikut bidang Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS) yang bersesuaian yang dimiliki oleh seseorang calon. Maklumat senarai bidang SKM Tahap 2 dan Tahap 3 yang disesuaikan mengikut skim perkhidmatan boleh dirujuk di laman sesawang EZ Skim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.
Bagi pegawai yang dilantik secara PSL, pegawai hanya perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sahaja, manakala syarat subjek Bahasa Melayu adalah dikecualikan.
Calon yang memiliki Sijil SVM (mulai tahun 2012) dalam bidang kelayakan tertentu adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan di Gred 19 bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan SVM.
Maklumat senarai bidang SVM yang disesuaikan mengikut skim perkhidmatan boleh dirujuk di laman sesawang EZ Skim di pautan https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/.