Sabtu, 06 Jun 2020
14 Syawwal 1441

Terma dan Takrifan

 

TERMA

TAKRIFAN

1.

Kumpulan Perkhidmatan

Kumpulan Perkhidmatan adalah kelompok perkhidmatan yang disusun mengikut keutamaan peranan, prinsip-prinsip kumpulan gaji dan kelayakan akademik yang ditetapkan sebagai syarat kelayakan masuk.

Di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) dan seterusnya Sistem Saraan Malaysia (SSM), struktur perkhidmatan sektor awam dibahagikan kepada tiga (3) Kumpulan Perkhidmatan iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.

2.

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Kumpulan Perkhidmatan berbentuk kenaikan pangkat daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi jawatan-jawatan strategik. Ia terdiri daripada Gred Jawatan Utama C dan ke atas.

3.

Kumpulan Pengurusan & Profesional

Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim perkhidmatan yang memperuntukkan syarat kelayakan masuk sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau kelayakan-kelayakan lain yang lebih tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

4.

Kumpulan Pelaksana

Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim-skim perkhidmatan memperuntukkan syarat kelayakan masuk peringkat diploma dan ke bawah yang diiktiraf oleh Kerajaan.

5.

Skim Perkhidmatan

Satu dokumen yang mengandungi syarat-syarat bagi melantik seseorang ke mana-mana perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam.

6.

Skim Perkhidmatan Bersepadu

Skim perkhidmatan yang menggabungkan dua atau lebih kumpulan kelayakan akademik dalam satu skim perkhidmatan. Contohnya kelompok Kumpulan Pelaksana berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kumpulan Pelaksana berkelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma

7.

Skim Perkhidmatan Jumud

Skim perkhidmatan yang fungsi perkhidmatannya yang tidak lagi diperlukan (obsolete) dan semua pelantikan baharu diberhentikan. Sesuatu perkhidmatan itu boleh dijumudkan atas sebab-sebab berikut:

  1. Fungsi perkhidmatan tidak lagi diperlukan; atau
  2. Fungsi perkhidmatan telah diambil alih oleh perkhidmatan lain(sama ada fungsinya diperluaskan atau berlaku perubahan fungsi tugas; atau
  3. Fungsi perkhidmatan telah diswastakan, diasingkan saraan atau dialih daya (outsource).
Punca Kuasa

Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012]:

5. (1) Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa pada masa itu.

Pengiktirafan Kelayakan

Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia

Keputusan Jawatankuasa Jemaah Menteri pada bulan Ogos 1968 telah bersetuju supaya kelulusan dalam subjek Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu syarat wajib untuk lantikan ke dalam perkhidmatan awam.

Penggubalan/ Penambahbaikan Skim Perkhidmatan
    1. Permohonan Agensi/ Ketua Perkhidmatan
    2. Keputusan Dasar/ Arahan Pemegang Taruh (Stakeholders)
  1. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 112.
  2. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132.
  3. Akta Acara Kewangan, Seksyen 15(3), 1957.
  4. Akta Tugas-Tugas Menteri 1969.
  5. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan )2012, Perkara 5.
 

Menyelesaikan kajian mengikut tempoh masa seperti berikut:

  1. penggubalan skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 8 bulan;
  2. pindaan kepada syarat - syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 6 bulan; dan
  3. kelonggaran syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 1 bulan.
 
  1. Puan Norismawati binti Jasmani
    03-88854240
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. Puan Noradiana binti Mohd Ismail
    03-88854223
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  3. Puan Zarina binti Zakaria
    03-8885 4237
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.