Skip to main content

Pencen - Pertanyaan Umum

Soalan Lazim

Pertanyaan Umum

1. Saya adalah seorang pesara / penerima pencen terbitan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dimanakah saya boleh menyemak status permohonan saya?

Bagi faedah persaraan/ terbitan pesara ATM, status permohonan boleh disemak di Jabatan Hal Ehwal Veteran di http://www.jhev.gov.my/ atau alamat seperti berikut:

Bahagian Pencen Jabatan Hal Ehwal Veteran

Tingkat 8, Bangunan TH Perdana 101

Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-2050 8000

2. Di manakah boleh saya menyemak baki pinjaman perumahan saya?

Semakan berkenaan pinjaman perumahan boleh dibuat terus ke Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di laman sesawang http://www.lppsa.gov.my atau di alamat seperti berikut :

No 9, Kompleks Kementerian Kewangan Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya

3. Bagaimanakah untuk bayaran balik pinjaman perumahan dibuat melalui potongan ganjaran/ pencen bulanan?

Potongan ganjaran/ pencen bulanan untuk bayaran balik pinjaman perumahan akan dilakukan oleh Bahagian Pencen atas arahan dari pihak LPPSA. Pesara boleh merujuk kepada LPPSA untuk mengeluarkan surat arahan potongan pencen.

4. Bagaimana pesara boleh memaklumkan pertukaran alamat?

Pemakluman pertukaran alamat boleh dilakukan sama ada dengan melengkapkan borang melalui pautan ini :http://www.jpapencen.gov.my/borang/PDF/UMUM/JPA.BP.UMUM.B05.pdf (borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau hadir ke kaunter-kaunter berikut untuk terus berurusan :

  1. Kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya;
  2. Kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya;
  3. Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu; dan
  4. Kaunter Bahagian Pencen JPA, Cawangan Sarawak, Kuching
5. Apa kelebihan kad pesara?

Kad Pesara membolehkan pesara dan tanggungan yang layak untuk mendapatkan kemudahan rawatan percuma di klinik / hospital kerajaan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mendapatkan potongan bagi pembelian tiket di Keretapi Tanah Melayu. Senarai diskaun yang layak bagi pesara yang memiliki kad pesara boleh diperolehi di laman web KPDNKK.

6. Berapakah umur persaraan wajib bagi anggota perkhidmatan awam?

Umur persaraan wajib (genap umur) anggota perkhidmatan awam adalah 55/ 56/ 58 atau 60 tahun tertakluk kepada opsyen umur persaraan yang dipilih anggota.

7. Bilakah seseorang anggota sektor awam boleh memohon persaraan pilihan?

Anggota berpencen yang telah berumur 40 tahun dan mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 10 tahun boleh memohon persaraan pilihan dengan mengemukakan dokumen/ permohonan melalui Ketua Jabatan anggota berkhidmat. Kelayakan untuk menerima faeadah persaraan adalah seperti berikut;

  1. Jika seseorang pegawai itu dilantik sebelum 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraannya manakala bayaran pencen layak diterima apabila mencapai umur 45 tahun bagi perempuan/ 50 tahun bagi lelaki; dan
  2. Bagi lantikan pada atau selepas 12.4.1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun bagi lelaki atau perempuan.
8. Berapakah amaun pencen terendah?

Pencen terendah bagi perkhidmatan yang boleh dimasukira tidak kurang daripada 25 tahun (300 bulan) ialah RM1,000 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

9. Apakah pencen maksima?

Pencen maksima adalah tempoh perkhidmatan yang mempunyai tempoh 30 tahun atau lebih (360 bulan) yang boleh diambilkira. Formula bagi pengiraan pencen maksima adalah 3/5 atau 60 peratus dari gaji akhir Pegawai/ Pekerja.

10. Saya telah menerima kurniaan pingat dari istana, bolehkah saya menuntut bayaran balik pembelian pakaian istiadat dan tuntutan lain yang berkaitan?

Berkenaan dengan tuntutan bayaran balik pakaian istiadat, sila rujuk kepada Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8872 6670 / 6672 atau 03-8000 8000, 1MOCC.

11. Di manakah urusan pesara boleh diuruskan selain di JPA Putrajaya?

KWAP, Cyberjaya

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: 03 - 8887 8777

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



Bahagian Pencen Cawangan Sabah, JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian Pencen Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS - Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
Sabah

Tel : 088 488661 / 088 488662 / 088 488663
Fax : 088 488664 / 088 488665



Bahagian Pencen Cawangan Sarawak, JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak,
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65,
Jalan Tun Dato' Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub, Petrajaya,
93050 Kuching
Sarawak.

Tel : 082 241144 / 082 251818 / 082 252493 / 082-234981
Fax : 082 250126

12. Adakah ibu seorang pegawai/ pekerja bujang dan telah meninggal dunia boleh menerima pencen terbitan?

Tidak boleh. Hanya balu/ duda dan anak yang layak sahaja boleh menerima pencen terbitan.

14. Adakah saya tidak layak pencen jika berkhidmat kurang dari 25 tahun?

Tidak benar. Semua penjawat awam layak pencen dengan syarat jawatan tetap, sah jawatan, diberi Pemberian Taraf Berpencen (PTB) dan bersara di bawah undang-undang pencen.

15. Adakah pegawai yang meletak jawatan layak menerima pencen?

Pegawai yang meletak jawatan atau dibuang kerja, tiada sebarang faedah persaraan diberikan. Perkhidmatan lepas hanya boleh diambilkira dan dicantumkan jika dilantik semula ke jawatan tetap selepas tahun 2012.