Pembangunan Modal Insan - Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)
Soalan Lazim
Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP)
Iklan permohonan program penajaan JPA akan dikeluarkan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dalam Model Baharu Penajaan JPA bermaksud bahawa perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:
- pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
- bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
- bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
- bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar tidak bekerja atau bekerja di luar negara.
- selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Elaun (tertakluk kepada peringkat dan tempat pengajian bagi penentuan Kadar A, B atau C):
- Elaun Sara Hidup;
- Elaun Penginapan;
- Elaun Buku;
- Elaun Alat Perkakas;
- Elaun Pakaian Panas;
- Elaun Tesis (tertakluk kepada peringkat dan mod pengajian);
- Elaun Latihan Amali / Klinikal / Kerja Lapangan / Posting Elektif;
- Elaun Akhir Pengajian;
- Elaun Perjalanan;
- Elaun Penempatan;
- Elaun Bantuan Sewa Rumah;
- Elaun Bantuan Keluarga; dan
- Elaun Penyelidikan.
Tuntuan elaun latihan amali boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan elaun latihan amali yang boleh didapati di HEP tempat pengajian atau di Portal http://esilav2.jpa.gov.my. Sila catatkan rujukan fail JPA (no. K/P) bagi memudahkan proses tuntutan ini.
Permohonan tuntutan hanya boleh dibuat selepas latihan amali tamat dilaksanakan (selewat-lewatnya 30 hari sebaik tamat tempoh latihan) dan sekiranya lewat melebihi tempoh yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara Jabatan ini.
Pelajar hanya dibenarkan berkahwin ketika dalam pengajian selepas mendapat kebenaran daripada pihak JPA. Syarat untuk diluluskan adalah pelajar mestilah tidak berkahwin dengan bukan warganegara, dipersetujui oleh penjamin dan keluarga dan mempunyai kedudukan akademik yang baik. Perkahwinan tanpa kebenaran pihak penaja boleh menyebabkan penajaan pelajar ditamatkan dan tuntutan gantirugi dikenakan ke atas pelajar. Borang Nikah Kawin boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my
Pelajar yang ingin mengikuti program mobiliti berbentuk akademik (mempunyai pindahan jam kredit) biasiswa dibayar dengan kadar dalam negara / negara pengajian asal sahaja bagi semester berkenaan. Pelajar dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti insurans keselamatan dan sebagainya. Sebarang pelanjutan adalah dengan tanggungan pelajar sendiri. Bagi program bukan berbentuk akademik, pelajar diberi penangguhan penajaan dan sekiranya pengajian pelajar memerlukan pelanjutan, pelajar perlu menanggung sendiri kos pelanjutan terbabit. Pelajar perlu mengemukakan permohonan mengikuti program tersebut dalam tempoh 30 hari sebelum program tersebut berjalan kepada:
- Pelajar dalam negara dipanjangkan kepada email Unit Pembangunan LSP Dalam Negara di
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . - pelajar luar negara dipanjang kepada Pejabat Penasihat dan Latihan di negara pengajian.
Borang Program Mobiliti boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my
Pelajar tajaan JPA tidak dibenarkan sama sekali menerima tajaan lebih daripada satu penaja. Jika pelajar ingin menukar penaja lain, sila kemukakan surat rasmi ke Jabatan ini.
Tiada sebarang pertukaran kursus dibenarkan melainkan atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah. Sebarang permohonan pertukaran kursus akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa dan sekiranya mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan tersebut, maka penajaan ke atas pelajar akan diteruskan untuk kursus yang baru. Namun, jika sebaliknya, penajaan ke atas pelajar mungkin akan ditamatkan. Sekiranya pelajar tajaan ingin bertukar kursus, pelajar perlu kemukakan surat rasmi kepada Jabatan ini memaklumkan sebab-sebab ingin bertukar kursus.
Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar adalah bertanggungjawab dalam urusan penamatan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain.
- Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan;
- Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH);
- Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi;
- Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi;
- Semakan Status Senarai Hitam;
- Lapor Diri Atas Talian;
- Permohonan Penangguhan Kontrak;
Pelajar perlu mengisi borang pindaan tempoh yang boleh didapati di laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan kes pelajar akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa untuk pertimbangan.
Dengan melayari laman web berikut:
- http://myself.jpa.gov.my;
- Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan);
- Log-in, klik pada tab Pengajian
- Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan;
- Lampirkan dokumen sokongan berikut:
- Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat Tamat Belajar;
- Salinan transkrip peperiksaan; dan
- Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).
Kenaikan Elaun Sara Hidup
A. Kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Tajaan JPA Dalam dan Luar Negara (kecuali pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom)
Kadar baharu berkuatkuasa mulai 1 Julai 2023.
43,595 pelajar di peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara (Latihan Sebelum Perkhidmatan).
Dalam Negara | Luar Negara |
---|---|
+ RM100 | + 15% |
Dalam Negara |
Kadar Luar Negara |
|||
UK |
Amerika |
Lain-Lain |
||
Lama |
A & B |
A & B |
A, B & C |
Tiada Perubahan |
Baharu |
A sahaja |
A sahaja |
A & B sahaja |
Tiada Perubahan |
Kenaikan ini
B. Kenaikan Elaun Sara Hidup Pelajar Ijazah Pertama Tajaan JPA di United Kingdom
Telah dinaikkan pada 7 November 2022.
Lama | Baharu |
---|---|
GBP 1,045 (RM 6,069) |
GBP 1,300 (RM 7,549) |