Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U. (A) 1/2012], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Kecekapan dan prestasi kerja;
- Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
- Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan;
- Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat; dan
- Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.