Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memohon pemberian awal award wang tunai 90 hari ialah:
- Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun, tertakluk kepada Peraturan 5, 6 dan 7, Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
- Telah mencapai umur 45 tahun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002: Dokumen Tarikh Lahir Pegawai Awam;
- Jumlah cuti rehat yang terkumpul sebelum penebusan hendaklah sekurang-kurangnya 90 hari;
- Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib;
- Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan; dan
- Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.