Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

TERMA DAN TAKRIFAN

P.U(A) 1/2012
Peraturan 4 − Tafsiran


Peminjaman ertinya pelantikan seseorang pegawai di bawah

  1. Angkatan tentera;
  2. Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
  3. Perkhidmatan awam am persekutuan;
  4. Pasukan polis; atau
  5. Perkhidmatan pelajaran menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan ke perkhidmatan awam Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia, untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya, termasuklah pelantikan pegawai di bawah perkhidmatan bersama ke perkhidmatan pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia

 

Pertukaran sementara ertinya pelantikan seseorang pegawai di perkhidmatan yang lain di bawah −

  1. Angkatan tentera;
  2. Perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
  3. Perkhidmatan awam am persekutuan;
  4. Pasukan polis; atau
  5. Perkhidmatan pelajaran menurut Fasal (1) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan atau pelantikan seseorang pegawai ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan yang lain di bawah pihak berkuasa melantik yang sama untuk tempoh masa tertentu tanpa memutuskan ikatan pegawai itu dengan perkhidmatan hakikinya.

 

Pertukaran tetap ertinya pelantikan tetap pegawai yang sedang berkhidmat secara peminjaman atau pertukaran sementara ke jawatan yang disandang olehnya di agensi dipinjamkan atau ditukar sementara.

Senarai Semak

  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U(A)1/2012]
  2. Ceraian UP.1.2.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap
  3. Ceraian Up.1.2.2 Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap
  4. Ceraian UP. 1.2.3 Kuasa Menimbang Pelantikan Secara Pertukaran Sementara Dan Peminjaman Bagi Pegawai Awam Persekutuan
 

Perenggan 5 : Ceraian Up.1.2.2 Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap:

Pegawai yang diperakukan untuk dilantik secara peminjaman hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa di gred jawatan pinjaman;
  3. Mencapai tahap prestasi kerja 80% dan ke atas berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) terkini
  4. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas gred jawatan pinjaman selaras dengan hasrat mendapatkan perkhidmatan pegawai yang berpengalaman, berkemahiran dan bersesuaian dengan keperluan agensi berkenaan; dan
  5. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) apabila dipinjamkan ke gred yang lebih tinggi hendaklah telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang daripada lima (5) tahun kecuali:
    1. Memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Doktor Falsafah, tidak kurang daripada dua (2) tahun; atau
    2. Memiliki kelayakan akademik di peringkat ijazah Sarjana, tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
 
 


 

 

Ceraian UP.1.2.1 Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap
  1. Lampiran I
  2. Lampiran J
  3. Lampiran K
  4. Lampiran L
  5. Lampiran M
  6. Lampiran N
  7. Lampiran O
  8. Lampiran P
  9. Lampiran Q
  10. Lampiran R
  11. Lampiran S
  12. Lampiran T
  13. Lampiran U

Ceraian UP.1.2.2: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap

  1. Lampiran UP.1.2.2(N)