Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Bil.IsuPenyelesaian
1.Cadangan ruang/bilik persalinan di gimnasium

• Sesi libat urus secara santai dengan pihak Pengurusan Tertinggi JPA telah dipersetujui untuk diadakan.

• Program ini akan dilaksanakan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Cadangan penyediaan tandas di Blok C10

• Lawatan tapak dan pemeriksaan untuk menentukan kesesuaian tempat juga telah diadakan dengan JKR pada 16 Jun 2022. Hasil lawatan mendapati lokasi cadangan tandas sebelum ini di dalam kafeteria C1 adalah tidak sesuai memandangkan terdapat keperluan untuk mewujudkan system paip sanitari yang baru;

• Anggaran kos yang terlibat adalah sebanyak RM 300,000.00 dan;

• BKP mencadangkan supaya untuk penyelesaian jangka masa pendek, warga JPA boleh menggunakan tandas sedia ada yang terletak di lobi C1 melalui kafeteria C1 dan juga tandas pondok RELA bersebelahan pintu masuk dan keluar di Blok C10

3.Cadangan pengoperasian semula Kafe C1• Mesyuarat mengambil maklum bahawa kerja pembaikan sepertimana skop kerja dalam kontrak pengurusan fasiliti (FM) sedang dilaksanakan oleh JKR di kafeteria C1 yang dijangka akan selesai pada 4 Julai 2022. Pengusaha kafeteria C1 akan memulakan operasi setelah kerja-kerja tersebut selesai.
Kafeteria C1 telah memulakan operasi pada bulan Julai 2022.
4.Permohonan semakan arah kiblat di surau/ruang solat

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan untuk semakan telah dibuat melalui permohonan atas talian pada 10 Jun 2022. BKP masih lagi menunggu maklumbalas daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya.

• BKP juga telah memohon setiap bahagian untuk mengemukakan maklumat lokasi, aras, blok dan pegawai penyelaras surau yang hendak disemak melalui email pada 21 Jun 2022 kepada semua PTB. Tarikh akhir bagi setiap bahagian mengemukakan senarai adalah pada 30 Jun 2022.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya telah membuat penetapan arah kiblat di ruang solat Bahagian JPA pada 28 Februari 2023.
5.Permohonan kebenaran semula mengerjakan solat jumaat di kompleks C

• Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat cadangan untuk melaksanakan kembali aktiviti solat jumaat di Kompleks C bagi memudahkan penjawat awam di Kompleks C menunaikan solat jumaat.

• BKP memaklumkan bahawa perbincangan bersama semua Jawatankuasa Surau di Kompleks C bersetuju untuk membuat permohonan untuk kebenaran menganjurkan aktiviti solat jumaat di Surau MOSTI memandangkan kapasiti surau tersebut sesuai untuk jemaah muslimat di Kompeks C

6.Cadangan menaiktaraf operasi dan persekitaran kafe C3

• Mesyuarat mengambil maklum hasil semakan BKP dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) mendapati rekabentuk terbaru cafe C3 telah dipersetujui, namun pelaksanaan kerja naik taraf dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2024 selaras dengan penamatan tempoh kontrak operasi cafe sedia ada.

7.Cadangan menyediakan mesin Atm di Blok C2

• Semakan BKP mendapati bahawa Kompleks C telah disediakan dengan perkhidmatan mesin ATM Affin/Bank Rakyat di Blok C7 dan warga Kompleks C boleh menggunakan mesin berkenaan bagi tujuan pengeluaran duit. Memandangkan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia tidak lagi beroperasi di Kompleks C, keperluan untuk menambah mesin ATM tidak lagi timbul dan urusan pembayaran bolen menggunakan e-Wallet dan pembayaran secara QR;

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa pihak Maybank tidak dapat menyediakan perkhidmatan mesin ATM Maybank di Kompleks C berdasarkan business-decision oleh pihak Maybank.