Skip to main content

Pemangkuan

Soalan Lazim

Kelulusan & Penamatan Pemangkuan

1. Apakah tafsiran pemangkuan?

Pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

2. Bolehkah Ketua Jabatan mengarahkan untuk pegawai memangku sesuatu jawatan?

Tidak boleh. Urusan pemangkuan perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Kenaikan Pangkat.

3. Bolehkah seseorang pegawai itu dinaikkan pangkat tanpa memangku jawatan tersebut terlebih dahulu?

Boleh, tertakluk kepada kelulusan / persetujuan Lembaga Kenaikan Pangkat.

4. Bolehkah pemangkuan seseorang pegawai ditamatkan?

Lembaga Kenaikan Pangkat boleh menamatkan pemangkuan pegawai atas asas-asas berikut:

  1. Tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam tempoh pemangkuan;
  2. Tidak memenuhi syarat untuk dinaikkan pangkat;
  3. Menghadapi tindakan tatatertib; dan
  4. Sebab-sebab lain yang mewajarkan penamatan pemangkuan

Elaun Pemangkuan

1. Bagaimanakah elaun pemangkuan dikira?

Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji permulaan jawatan yang dipangku dengan gaji hakiki pegawai dengan syarat:

  1. Perbezaan itu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakiki pegawai. Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan gaji, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku; dan
  2. Sekiranya gaji hakiki pegawai sama atau lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, elaun pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas tangga gaji jawatan yang dipangku.
2. Adakah elaun pemangkuan perlu dikutip balik apabila seseorang pegawai dinaikkan pangkat di mana tarikh kenaikan pangkat dikebelakangkan?

Elaun pemangkuan tidak perlu dikutip balik. Walau bagaimanapun, pelarasan gaji kenaikan pangkat dan elaun pemangkuan hendaklah dibuat selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2008.

Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK)

2.Siapakah yang perlu membuat LNPK?

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, pegawai yang perlu mengisi borang LNPK adalah seperti berikut:

a. Pegawai yang akan dipertimbangkan kenaikan pangkat setelah memangku sekurang-kurangnya 6 bulan. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan yang dipangku; dan
b. Pegawai yang telah memangku melebihi 6 bulan dalam tahun semasa dan akan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum urusan penilaian prestasi tahunan bagi tahun tersebut dilaksanakan pada hujung tahun.

3.Bagaimanakah untuk menentukan Pegawai Penilai (PP) dalam urusan LNPK?

Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, penentuan Pegawai Penilai (PP) dalam urusan LNPK adalah seperti berikut:


    (i) PP perlu mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung dengan Pegawai Yang Dinilai (PYD); dan
    (ii) Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan; dan
    (iii) Hanya memerlukan Pegawai Penilai Pertama (PPP) sahaja dalam menyediakan LNPK.

4.Berapakah wajaran markah bagi LNPK dalam urusan kenaikan pangkat jika digunakan bersama LNPT?

Wajaran markah LNPK ialah 20% jika digunakan bersama LNPT. Penetapan wajaran markah LNPT ialah 80% daripada markah keseluruhan bagi tiga tahun berturut-turut, di mana penetapan peratusan untuk setiap tahun ialah 20% bagi tahun pertama, 35% bagi tahun kedua dan 45% bagi tahun ketiga.

5.Apakah rasional penggunaan LNPK?

Penggunaan LNPK adalah untuk mendapatkan penilaian terkini berhubung prestasi semasa seseorang pegawai. LNPK diperlukan dalam keadaan di mana LNPT tahun sebelumnya tidak menilai pegawai atas jawatan semasa.

6.Apakah kegunaan lain LNPK selain urusan kenaikan pangkat dan pemangkuan?

Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009, kegunaan lain LNPK adalah seperti berikut:

    a. Latihan;
    b. Lantikan ke perkhidmatan lain;
    c. Pelantikan kontrak;
    d. Pinjaman; dan
    e. Tukar sementara.