Kenaikan Pangkat
Soalan Lazim
Rayuan Untuk Kenaikan Pangkat / Pemangkuan
Semua pegawai yang dipertimbangkan sama ada berjaya, simpanan atau gagal yang terkilan dengan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat boleh merayu.
Pegawai boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan secara bertulis melalui Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat itu disampaikan kepada pegawai.
Tiga termasuk Pengerusi.
Keputusan sesuatu Lembaga Rayuan adalah muktamad.
Tindakan Tatatertib & Pemangkuan Kenaikan Pangkat
Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib akan secara langsung ada tempoh tidak layak untuk dipertimbangkan pemangkuan. Tempoh tidak layak adalah berdasarkan jenis hukuman. (Rujuk Perkara 12, Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010)
Boleh. Pegawai yang sedang dalam siasatan tatatertib atau SPRM layak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan / kenaikan pangkat dan statusnya hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat. Sekiranya pegawai berjaya dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat, keputusan adalah tertakluk kepada pegawai bebas dari sebarang tindakan tatatertib.
Faktor & Penentuan Kekananan Pegawai
Perkara 34, Bahagian VI, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012] kekananan pegawai ditentukan seperti yang berikut :
- Bagi pegawai dalam gred lantikan, kekananan mengikut tarikh pegawai itu dilantik secara tetap;
- Bagi pegawai dalam gred kenaikan pangkat, kekananan mengikut tarikh pegawai itu menyandang gred itu secara hakiki.
Diantara faktor yang boleh menghilangkan kekananan ialah :
- Cuti tanpa gaji, selain cuti belajar tanpa gaji, hilang kekananan selama tempoh pegawai bercuti tanpa gaji;
- Pegawai di gred lantikan yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda akan hilang kekananan selama tempoh tersebut; dan
- Pegawai yang kembali ke skim perkhidmatan asal akan hilang kekananan selama tempoh pegawai berkhidmat di skim perkhidmatan yang baru.
- Tidak hadir bertugas tanpa cuti, tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tempoh ketidakhadirannya.
Calon Simpanan Kenaikan Pangkat
Tempoh sah laku calon simpanan adalah enam (6) bulan. Sekiranya dijangka akan ada kekosongan jawatan selepas tamat tempoh sah laku, Ketua Jabatan boleh memohon kepada Lembaga Kenaikan Pangkat untuk melanjutkan sah laku calon untuk tempoh simpanan pegawai selama enam (6) bulan lagi.
Lembaga Kenaikan Pangkat
Keahlian suatu Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) adalah seperti mana yang dinyatakan dalam ruangan Ketiga (3) Jadual, Keanggotaan LKPPA dan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U. (A) 75/2010]
Tidak boleh. Suatu Lembaga Kenaikan Pangkat hendaklah bermesyuarat pada suatu tarikh dan di suatu tempat dan pada suatu masa sebagaimana ditentukan oleh Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat tersebut.
Boleh, asalkan kuorum dipenuhi. Kuorom bagi sesuatu Lembaga Kenaikan Pangkat adalah tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang berkenaan.
Faktor & Urusan Kenaikan Pangkat
Seseorang pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.
Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U. (A) 1/2012], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Kecekapan dan prestasi kerja;
- Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
- Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan;
- Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat; dan
- Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.