Sabtu, 20 April 2024
11 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Bil.IsuPenyelesaian
1.Penyediaan kemudahan kiosk di ruang menunggu Blok C2

- Untuk kemudahan orang awam yang berurusan di kaunter

• Sektor Logistik dan Fasiliti (Sektor F), BKP telah membuat semakan semula dengan pihak BPH pada November 2020 dan telah dimaklumkan bahawa BPH akan mempertimbangkan permohonan yang dikemukan sebelum ini. Surat kebenaran sewa akan dikeluarkan oleh BPH selewat-lewatnya pertengahan Disember ini.

2. Penganjuran Karnival MBJ-Kelab JPA-PUSPANITA bersama Warga JPA

• Kelab JPA dan PUSPANITA JPA telah mengadakan perbincangan supaya pelaksanaan karnival tersebut secara bersemuka dilaksanakan.

• Perancangan pelaksanaannya adalah setelah tamat penguatkuasaan PKP dan situasi pandemik COVID-19 reda di negara.

3.Mempelbagaikan aktiviti Kelab JPA

• Kelab JPA dan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JPA telah mengganjurkan Free Market@JPA-Back To School yang diadakan pada 23 Disember 2020.

• Aktiviti ini adalah untuk memberi sumbangan barang-barang keperluan pakaian dan perlatan sekolah bagi penyediaan sesi persekolahan Tahun 2021.