Skip to main content

Kluster Pentadbiran Tahun 2023

Majlis Bersama Jabatan

Bil. Isu Penyelesaian
1. Laluan Pejalan Kaki Yang Selamat

• Mesyuarat mengambil maklum langkah pelaksanaan oleh pihak BKP bagi memastikan laluan pejalan kaki yang lebih selamat.

2. Penghargaan Kepada Warga JPA • Cadangan untuk memperkenalkan satu anugerah sebagai tambahan kepada kuota penerima APC ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai warga menerima penghargaan di atas pencapaian prestasi kerja mereka; dan

• Cadangan ini telah dibentangkan sebanyak dua (2) kali di dalam Mesyuarat Pengurusan Sektor Operasi (MPSO) Bilangan 2 Tahun 2023 pada 28 Februari 2023 dan Bilangan 3 Tahun 2023 pada 15 Mac 2023 serta Mesyuarat MPT pada 23 Mac 2023. Mesyuarat MPT bersetuju untuk menangguhkan cadangan ini.
3. Tempat Letak Kenderaan Di Basement

• JKR akan melaksanakan kerja menaik taraf pencahayaan lampu parkir yang dijangka bermula pada 2/2/2024 hingga 30/4/2024 (3 bulan); dan

• Kerja mengecat semula zebra dan petak parkir tela dilaksanakan pada bulan Ogos 2023.

4. Cadangan Mengecat Semula Bangunan • Pihak JKR telah mengecat semula beberapa bahagian bangunan JPA berdasarkan permohonan terdahulu. Sebarang aduan baru mengenai kerosakan cat bangunan boleh dikemukakan melalui kod QR aduan fasiliti.
5. Taska/Pusat Penjagaan Anak

• Mesyuarat mengambil maklum berdasarkan perbincangan awal dengan pihak pengusaha TASKA/Pusat Penjagaan Anak di JPA mendapati beberapa kekangan yang dihadapi iaitu ruang lantai TASKA di JPA adalah terhad kerana garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat menetapkan bahawa nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai adalah 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak. Selain itu, pihak pengusaha TASKA juga menghadapi masalah untuk mendapatkan tenaga kerja pengasuh terutamanya untuk bayi.

6. Pakaian Seragam Koir

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan perolehan pakaian seragam kumpulan koir JPA untuk dilaksanakan pada tahun 2024 berdasarkan kelulusan perancangan perolehan di bawah belanja mengurus.

7. Tuntutan Bayaran Tempat Letak Kenderaan

• BKP memaklumkan bahawa Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2011 telah menetapkan syarat-syarat bagi pegawai yang layak menuntut kemudahan Bayaran Balik Letak Kenderaan iaitu menjalankan tugas rasmi yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus/mesyuarat yang dibenarkan yang memerlukan pegawai kerap kali keluar masuk pejabat.

8. Sudut Bergambar Di Blok C2

• Unit Komunikasi Korporat (UKK) sedang dalam proses untuk memindahkan kaunter khidmat pelanggan JPA dari lobi C2 ke aras 2 Blok C2 seterusnya mencadangkan agar kawasan kaunter khidmat pelanggan JPA sedia ada digantikan dengan sudut bergambar setelah proses pemindahan itu selesai. Pelaksanaan dijangka selesai pada tahun Julai 2024.

9. Cadangan Menambah Tombol Pada Pintu-Pintu Di Tangga Keselamatan

• Cadangan untuk menambah tombol di pintu tangga keselamatan adalah tidak dibenarkan memandangkan pintu keselamatan kebakaran digunakan bagi tujuan penghuni bangunan mengakses tangga keselamatan untuk terus keluar dari bangunan apabila berlaku kebakaran, dan tidak boleh digunakan sebagai pintu keluar masuk.