Bil. | Isu | Penyelesaian |
---|---|---|
1. | Cadangan Menyediakan Vending Machine Di Lobi Dan Kafe C3 |
• Mesyuarat mengambil maklum vending machine Coffee Star telah ditempatkan di lobi C2 pada 8 November 2023. Penyediaan mesin tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga JPA. Namum begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak vendor seperti kekurangan biji kopi dan penutup cawan atas permintaan yang tinggi. |
2. | Sukan Antara Sektor |
• Kelab JPA memaklumkan bahawa bagi Kejohanan Sukan Antara Sektor (KESAS) JPA Tahun 2023 yang sedang berlangsung, setiap sektor dikehendaki menghantar dua (2) pasukan bagi setiap sukan kecuali sukan e-sports dan catur yang akan dipertandingkan secara individu; • Bagi meningkatkan penyertaan warga JPA, setiap pasukan dari sektor mestilah diwakili oleh gabungan 3 Bahagian/Unit, mempunyai sekurang-kurangnya seorang pegawai dan pemain veteran berumur 40 tahun ke atas. • Mesyuarat bersetuju agar format Kejohanan Sukan Antara Sektor dikekalkan. |
3. | Penyelenggaraan Peralatan Gimnasium JPA | • Kesemua peralatan gimnasium boleh digunakan sepenuhnya mulai 29 November 2023. |