Bil. | Isu | Penyelesaian |
---|---|---|
1. | Cadangan Memuat Naik Minit Mesyuarat Mbj Jpa Ke Dalam Portal MBJ-JPA |
• Mesyuarat bersetuju agar minit mesyuarat MBJ-JPA tidak dimuat naik ke dalam portal MBJ-JPA kerana dikelaskan sebagai dokumen terperingkat. Selain itu, memuat naik minit juga akan memberi implikasi yang berbeza kepada pembaca berhubung sesuatu keputusan itu dibuat. Hanya keputusan mesyuarat dan maklum balas sahaja yang boleh dimuat naik ke dalam portal. |
2. | Pelaksanaan Mesyuarat MBJ JPA Bilangan 2 Tahun 2023 Di Luar Putrajaya |
• Mesyuarat MBJ-JPA Bilangan 2 Tahun 2023 diadakan di Pulau Pinang pada 28 hingga 30 Julai 2023 bersekali dengan kursus Pengukuhan Pasukan MBJ JPA bagi tahun 2023 dan program lawatan sambil belajar ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Pantai Kerachut. |
3. | Lawatan Kerja MBJ Yayasan Melaka |
• Ahli Majlis Bersama Jabatan (Pekerja) Yayasan Melaka telah mengadakan lawatan kerja ke JPA pada 26 Julai 2023 bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan serta fungsi JPA dan bagaimana ianya dapat memberi impak yang positif serta dapat membantu Yayasan Melaka dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dalam agensi Kerajaan; dan • MBJ-JPA telah berkongsi pandangan dan pengetahuan mengenai pelaksanaan MBJ di JPA contohnya pengumpulan isu dan cadangan daripada warga JPA melalui google form dan pemakluman status isu dan cadangan melalui micro site MBJ-JPA. |