Skip to main content

INTAN

Soalan Lazim

Soalan Am

1. Apakah fungsi INTAN?

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ialah sebuah pusat latihan awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.

2. Dimana lokasi INTAN?

INTAN terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur serta enam (6) kampus wilayah dan satu (1) kampus satelit seperti berikut:

  1. INTAN Kampus Jalan Elmu di Jalan Elmu, Kuala Lumpur
  2. INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah
  3. INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor
  4. INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu
  5. INTAN Kampus Sabah (INSABAH) di Tuaran, Sabah; dan
  6. INTAN Kampus Sarawak (INSARA) di Kota Samarahan, Sarawak.
  7. INTAN Kampus Satelit Putrajaya
3. Apakah nombor perhubungan INTAN?

INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN),
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603 - 2084 7777, Faks : 603 - 2096 1403
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INTAN JALAN ELMU

INTAN Kampus Jalan Elmu
Off Jalan Universiti,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 603 - 7966 1555
Faks : 603 - 7955 4767
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

IKWAS

INTAN Kampus Wilayah Selatan
KM 3, Jalan Batu Pahat,
Peti Surat 141,
86007 Kluang,
Johor
Tel : 607 – 778 2500
Faks (Pentadbiran) : 607 – 778 2540
Faks (Latihan) : 607 – 778 2440
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INTURA

INTAN Kampus Wilayah Utara
Jalan Kuala Ketil,
Peti Surat 94,
08007 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 604 - 421 8321
Faks : 604 - 421 4489
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INTIM

INTAN Kampus Wilayah Timur
Bukit Geliga, Cukai,
Peti Surat 65,
24007 Kemaman,
Terengganu
Tel : 609 - 862 9000
Faks : 609 - 868 3007
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INSABAH

INTAN Kampus Sabah,
Jalan Sulaman Tuaran,
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 6088 - 483500
Faks : 6088 - 473645 (Pentadbiran),
6088 - 473647/648 (Latihan)
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

INSARA

INTAN Kampus Sarawak
No. 2, Lot 5452
Jalan Datuk Mohammad Musa
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Tel : 6082 - 592000
Faks : 6082 - 615060 (Pejabat Pengarah),
6082 - 618660 (Latihan)
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my

INTAN Putrajaya

INTAN Kampus Satelit Putrajaya

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Putrajaya
Aras 4, Blok C3
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 WP Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8885 5696/5224

4. Apakah laman web rasmi INTAN?

www.intanbk.intan.my

Permohonan Kursus di INTAN

1. Siapakah yang layak berkursus di INTAN?

Kesemua penjawat awam layak berkursus di INTAN.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kursus di INTAN?

Permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) melalui portal INTAN www.intanbk.intan.my melalui langkah-langkah berikut

  1. Klik pada menu "Kursus & Jadual"
  2. Klik modul "Permohonan Kursus"
  3. Pilih kampus
  4. Pilih kategori / taip nama kursus
  5. Klik pada 'link' nama kursus
  6. Klik Mohon Kursus
3. Bolehkah permohonan dibuat secara manual?

Ya, INTAN turut menerima borang permohonan secara manual untuk Kementerian/Jabatan yang memerlukan bukti permohonan/pengesahan secara bertulis. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian digalakkan.

4. Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?

Ya, satu e-mel makluman/pengesahan akan dihantar secara automatik kepada Ketuam Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara dalam talian.

5. Apakah yang akan berlaku sekiranya Ketua Jabatan/Penyelia tidak meluluskan permohonan kursus?

E-mel pemakluman akan dihantar secara automatik kepada penyelaras kursus sekiranya permohonan kursus yang dibuat tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Penyelia. Permohonan kursus akan terbatal dengan sendirinya

6. Bagaimana pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian?

Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

7. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu kursus tersebut masih dibuka untuk permohonan?

Status permohonan kursus sama ada masih dibuka atau telah ditutup ada dinyatakan pada maklumat kursus di dalam Katalog Kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my)

8. Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?

Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.

9.Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan kursus

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urus setia kursus yang berkaitan.

10. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?

Maklumat urus setia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my).

11. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

Rayuan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Program yang berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pemilihan bergantung kepada pertimbangan pihak INTAN.

12. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat?

INTAN akan mengemukakan makluman kepada Ketua Jabatan/Penyelia sekiranya penjawat awam tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat.

Hal Latihan dan Sokongan Latihan di INTAN

2. Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN?

Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN adalah seperti berikut:

i) Caj yuran bagi sektor awam

Bil. TEMPOH KURSUS KADAR YURAN
(RM)

1.

1 hingga 7 hari

30.00

2.

8 hingga 30 hari

50.00

3.

1 bulan hingga 6 bulan

100.00

4.

Lebih 6 bulan

150.00

 

ii) Caj yuran bagi sektor swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peserta luar negara (di atas jemputan saja)

Bil.

YURAN PENGAJIAN (RM)

KADAR BAYARAN HARIAN PER PESERTA (RM)

SEKTOR SWASTA DAN GLC

LUAR NEGARA

1.

Tanpa Penginapan

300.00

1000.00

2.

Dengan Penginapan

420.00

1180.0

3. Bagaimanakah kaedah bayaran yuran kursus dilaksanakan?

Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah berikut:

  1. Tunai (pembayaran semasa pendaftaran kursus); dan
  2. Pesanan Kerajaan (LO)
  3. Bank Draf/ Cek/ Wang Pos/ Kiriman Wang
4. Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk semua peserta kursus?

Keutamaan penginapan asrama diberikan kepada peserta yang bertugas dan beralamat kediaman di luar kawasan Lembah Klang. Permohonan penginapan perlu dimohon melalui Urus Setia Kursus yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kursus.

5. Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk ke asrama INTAN?

Peserta-peserta boleh mula mendaftar masuk sehari sebelum hari berkursus dengan petugas kaunter penginapan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. Sekiranya lewat, peserta perlu memaklumkan kepada Urus Setia Kursus atau petugas kaunter di talian 03-2084 7449 dengan lebih awal. Peserta perlu membawa bersama surat tawaran kursus ketika mendaftar masuk ke asrama INTAN.

6. Apakah kemudahan yang terdapat di INTAN?

Antara kemudahan yang terdapat di INTAN ialah bilik kuliah dan seminar yang kondusif dan selesa; makmal komputer, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, gelanggang skuasy, gimnasium, kolam renang, padang bola jaring, padang bola sepak, padang bola tampar dan gelanggang tenis, pusat sumber, kemudahan penginapan asrama, kedai buku, surau, musolla, kafeteria dan kemudahan tempat letak kereta.

7. Adakah INTAN menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU)?

Kemudahan untuk OKU yang disediakan adalah seperti kemudahan ruang parkir khas OKU, ramp wheelchair dan lif Braille. Walau bagaimanapun, peserta OKU dikehendaki memaklumkan kepada urus setia kursus lebih awal supaya kemudahan berkenaan dapat dipastikan bagi keselesaan peserta semasa berkursus.

8. Adakah kemudahan di INTAN dibuka kepada orang awam?

Tidak. Kemudahan di INTAN adalah khusus buat peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

9. Adakah INTAN menawarkan khidmat sewaan kemudahan yang disediakan?

Ya. INTAN ada menawarkan khidmat sewaan kemudahan/fasiliti terhad kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan badan berkanun sahaja. Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada kekosongan. Permohonan sewaan perlu dikemukakan kepada Pengarah INTAN.

10. Adakah Perpustakaan INTAN dibuka kepada orang awam?

Pusat Sumber INTAN hanya dibuka kepada peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

11. Siapakah yang layak menjadi ahli Pusat Sumber INTAN?

Keahlian Pusat Sumber INTAN hanya terhad kepada warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN sahaja. Walau bagaimanapun, semua penjawat awam boleh menggunakan Pusat Sumber INTAN untuk membuat rujukan.

12. Sekiranya saya bukan ahli Perpustakaan INTAN, bolehkah saya meminjam bahan di Perpustakaan INTAN?

Sekiranya anda bukan ahli Pusat Sumber INTAN, tetapi Perpustakaan/Pusat Sumber di Kementerian/Jabatan/ Agensi anda bertugas telah menjadi ahli Skim Pinjaman Perpustakaan (SPP), maka anda boleh meminjam bahan bacaan di Pusat Sumber INTAN dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPP. Jika anda tiada kemudahan SPP, anda boleh menghantar surat rasmi memohon untuk membuat pinjaman bahan kepada pihak Pusat Sumber INTAN untuk dipertimbangkan.

Kursus / Produk Utama INTAN

1. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) memohon untuk kursus Analisis Kuantitatif (QA)?

Tidak, kursus Analisis Kuantitatif hanya boleh diikuti oleh penerima Hadiah Latihan Persekutuan sahaja.

2. Apakah kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)?

Kursus Diploma Pengurusan Awam merupakan kursus yang WAJIB dihadiri oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tujuan pengesahan jawatan sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1980. Penawaran dan pemilihan pegawai untuk mengikuti kursus ini berada di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan, JPA.

3. Apakah kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)?

Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Ia dijalankan di bawah Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh diperoleh menerusi portal ALMP, pautan di dalam laman web INTAN, https://almp.intan.my/almpdrive/.

4. Apakah kursus EPSA?

EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) ialah kursus dalam talian bagi memberikan kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus secara percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7689 / 7701 / 7702 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5. Apakah Penilaian ISAC?

Penilaian ISAC dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan personel sektor awam.

6. Siapakah yang boleh mengambil penilaian ISAC?

Individu

Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan berikut iaitu:

      • Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
      • Pembantu Tadbir (Kew) Gred W19
      • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
      • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
      • Setiausaha Pejabat Gred N29

dimana kelulusan dalam penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

Kumpulan

Terdiri daripada kakitangan yang dipilih oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon penilaian tersebut dijalankan secara kumpulan (minimum 30 calon bagi satu sesi). Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memerlukan penilaian ISAC dijalankan secara berkumpulan sahaja. Permohonan perlu dibuat secara rasmi kepada pihak INTAN.

7. Bagaimana cara untuk memohon menduduki Penilaian ISAC?

Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara dalam talian (online) sahaja. Permohonan boleh dibuat menerusi Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my atau boleh terus menerusi Portal ISAC di http://isac.intan.my. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menelefon pihak urus setia ISAC di talian 03-2084 7798/7707 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Lain-lain

1. Bagaimana untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

Permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan menerusi e-mel/faks kepada Pendaftar INTAN di alamat berikut:

    Pendaftar
    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
    Jalan Bukit Kiara
    50480 Kuala Lumpur.
    Tel: 603 - 2084 7227
    Faks: 603 - 2096 2205
    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

Permohonan pekerjaan di sebarang agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat www.spa.gov.my

3. Bagaimana cara untuk mendapatkan penceramah/ tenaga pengajar INTAN?

Surat permohonan untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN perlu dikemukakan untuk pertimbangan Timbalan Pengarah Kanan INTAN di alamat berikut:

    Timbalan Pengarah Kanan INTAN
    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
    Jalan Bukit Kiara
    50480 Kuala Lumpur.
    Tel: 03-2084 7667 (Puan Anita Abu Hassan, Setiausaha Pejabat TPK INTAN)
    Faks: 603 - 2093 9490
    Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Surat permohonan akan dipanjangkan kepada Kluster berkaitan dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh penerimaan surat. Sekiranya tajuk kursus/modul kursus tersebut tidak berkaitan atau tiada kepakaran, Pejabat TPK INTAN akan memaklumkan terus kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon.

Perlu diingatkan Surat Permohonan Penceramah INTAN perlu mengandungi:

  1. Tarikh Cadangan Kursus/Program
    (surat permohonan perlu diterima 1 bulan sebelum tarikh Kursus/Program)
  2. Aturcara Kursus/Program
    (Menyatakan cadangan keperluan penceramah INTAN mengikut modul)
  3. Maklumat Pegawai
    di Kementerian/Jabatan/Agensi yang boleh dihubungi oleh INTAN.

Kadar bayaran penceramah INTAN adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2-2005 iaitu Bayaran Saguhati Mengikut Gred dan dibayar oleh Kementerian/Agensi/Jabatan yang memohon.

Lain-lain:

  1. Semakan jenis/tajuk kursus yang ditawarkan oleh INTAN boleh dirujuk di Laman Portal INTAN di bahagian Penjawat Awam - Kalendar Latihan INTAN 2019 dan Permohonan Kursus Secara Online
  2. Semakan Penceramah INTAN mengikut Kepakaran boleh dirujuk di http://www.expert.intan.my/
4. Bagaimanakah cara untuk membeli buku-buku terbitan INTAN?

Buku-buku terbitan INTAN boleh dibeli di Kampus Utama INTAN Bukit Kiara dari Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. Pembelian boleh dibuat secara tunai dan secara pesanan tempatan (LO) kepada:

    Sub Kluster Penerbitan
    Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar
    
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

    Tel: 03 - 2084 7362
    Faks: 603 - 2092 7368
    Email: sAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pembelian juga boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Purchasing di Portal INTAN: www.intanbk.intan.my.