Sabtu, 18 September 2021
10 Safar 1443
biruhijauemasmerah

Encik Shaiful bin Ibrahim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Membayar faedah persaraan dengan tepat mengikut jadual masa yang ditetapkan kepada pihak yang layak menerimanya di bawah undang-undang pencen.

 

  1. Penggubalan dan pemantauan pelaksanaan dasar faedah persaraan.
  2. Meluluskan faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah tamat pemberhentian bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuat kuasa; .
  3. Menguruskan pembayaran faedah persaraan, faedah terbitan, faedah pemberhentian perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkuat kuasa; dan
  4. Menguruskan kelulusan, pembayaran dan data persaraan melalui Sistem Pensions Online Workflow Environment (POWER)

 

  1. Penggubalan dan pemantauan undang-undang, peraturan-peraturan persaraan dan pekeliling persaraan.
  2. Urusan percantuman perkhidmatan lepas, pemberian taraf berpencen, pengesahan maklumat ibu bapa pesara persekutuan dan kelulusan pembiayaan rawatan penyakit buah pinggang pesara persekutuan.
  3. Urusan program luar dan libat urus, ceramah, siasatan, aduan, dan menyelaras permohonan daftar anak kurang upaya tanggungan pesara.
  4. Urusan kelulusan semula faedah persaraan

 

  1. Urusan kelulusan persaraan, faedah persaraan dan faedah terbitan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Kerajaan Tempatan, Hakim, Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.
  2. Urusan kelulusan persaraan, faedah persaraan dan faedah terbitan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri di Cawangan Sabah.
  3. Urusan kelulusan persaraan, faedah persaraan dan faedah terbitan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri di Cawangan Sarawak.
  4. Menyediakan dan mengagihkan peruntukan Vot Tanggungan, mengawal perbelanjaan, pengauditan dan penyediaan laporan berkaitan Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Perdana Menteri