Khamis, 23 Mei 2024
15 Zulkaedah 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Maklumat Bahagian

Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam

Encik Lornie Enggong
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan Awam Yang Berteraskan Rakyat Melalui Keberkesanan Dasar Pemodenan, Pembudayaan Inovasi Dan Organisasi Berprestasi Tinggi.

Menggubal, merancang dan melaksana dasar, program, aktiviti bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

  1. Menggubal dasar makro Perancangan pengurusan dan pemodenan tadbiran bagi Sektor Awam;
  2. Menguruskan Dokumen Dasar Pemodenan Tadbiran Awam dalam Sistem Repositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam;
  3. Menjalankan analisa dan mencadangkan penambahbaikan dasar-dasar Pemodenan Tadbiran yang telah dikeluarkan oleh BPTA;
  4. Mengurus setiakan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dasar pemodenan sektor awam seperti Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemodenan Perkhidmatan Awam (JPPPA); dan
  5. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan Program Demerit Performance Evaluation (DEEP).
  1. Merancang dan melaksanakan kajian keberkesanan pelaksanaan dasar, standard dan garis panduan amalan pengurusan organisasi awam dalam bidang sistem dan prosedur (myPortfolio, MS ISO 9001) dan penyampaian perkhidmatan sektor awam;
  2. Melaksanakan khidmat nasihat bidang sistem dan prosedur dan penyampaian perkhidmatan sektor awam; dan
  3. Merancang, menggubal dan melaksanakan kajian keberkesanan pelaksanaan dasar, standard dan garis panduan dan menjadi panel penilai/juri inovasi / KIK.

Unit Perundingan Pergurusan (UPP1)

  1. Merancang penggubalan dasar/ pekeliling, radas pengurusan (tools) dan modul/garis panduan dalam bidang Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Pengurusan;
  2. Merangka dan merancang dasar operasi program khidmat rundingan/ nasihat penyampaian perkhidmatan Sektor Awam dalam bidang Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Pengurusan iaitu Pelan Strategik Organisasi (PSO), Pelan Pengurusan Risiko (RM), Business Process Re-engineering (BPR) & Pengurusan Perubahan (CM);
  3. Meluluskan dan mengesahkan pencapaian penghasilan produk/program khidmat rundingan perkhidmatan Sektor Awam; dan
  4. Mengetuai Pasukan Petugas Perundingan untuk melaksanakan khidmat rundingan.

Unit Perundingan Pergurusan (UPP2)

  1. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan mengkaji semula Program Malaysian Government Performance Index (MyGPI) sektor awam serta menambah baik business requirements termasuk formula pengiraan dan tadbir urus aplikasi MyGPI;
  2. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan mengkaji semula keberkesanan program Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) serta menambah baik business requirements termasuk formula pengiraan dan tadbir urus aplikasi MyAIPSA;
  3. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan mengkaji semula program pensijilan serta senarai Champion Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) & EKSA Kendiri; dan
  4. Merancang, membangun, melaksana, memantau dan mengkaji semula keberkesanan Program Inspektorat.
  1. Merancang, melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja keurusetiaan majlis/program/bengkel/seminar di bawah bidang kuasa BPTA Sabah;
  2. Merancang, melaksana dan menyelaras program khidmat rundingan/nasihat pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan (BPR, PSO, Pelan Risiko, CM, Pembudayaan Inovasi, KIK, Inspektorat, Lawatan kualiti, turun padang, Mystery Shopping, EKSA) kepada sektor awam di Sabah;
  3. Melaksanakan penilaian program Inovasi di Sabah; dan
  4. Urus setia Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) serta panel Horizon.
  1. Merancang, melaksana dan menyelaraskan kerja-kerja keurusetiaan majlis/program/bengkel/ seminar di bawah bidang kuasa BPTA Sarawak;
  2. Merancang, melaksana dan menyelaras program khidmat rundingan/nasihat pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan (BPR, PSO, Pelan Risiko, CM, Pembudayaan Inovasi, KIK, Inspektorat, Lawatan kualiti, turun padang, Mystery Shopping, EKSA) kepada sektor awam di Sarawak;
  3. Melaksanakan penilaian program Inovasi di Sarawak; dan
  4. Merancang, melaksana dan menyelaraskan tugas keurusetiaan Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak/ Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JKPI) Agensi-agensi.
  1. Menyelaras urusan pentadbiran serta kewangan BPTA;
  2. Menyelaras/ urusetia, menyemak dan memantau urusan-urusan mesyuarat; dan
  3. Membantu urusan pengurusan pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan kualiti.

Dr. Abdul Jalil bin Hassan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai dasar psikologi yang inklusif dan progresif bagi memacu kesejahteraan sumber manusia.

  1. Menggubal dan menyelaras dasar dan strategik hala tuju psikologi perkhidmatan awam;
  2. Mengawal selia dan memantau pelaksanaan pengurusan psikologi dalam perkhidmatan awam;
  3. Menyedia khidmat kepakaran dan sebagai sumber rujukan psikologi dalam perkhidmatan awam;
  4. Merancang dan melaksana kajian penyelidikan berkaitan isu psikologi dalam perkhidmatan awam;
  5. Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan amalan nilai dalam perkhidmatan awam;
  6. Merangka, merancang dan membangun garis panduan/ modul psikologi dalam perkhidmatan awam;
  7. Merangka, merancang, membangun, menyelaras, memantau dan melaksana penggunaan instrumen psikometrik dalam perkhidmatan awam;
  8. Merancang dan menyelaras pengurusan data psikologi dalam perkhidmatan awam; dan
  9. Melaksana peranan Ketua Profesion dalam merangka, merancang, membangun dan menyelaras latihan kompetensi, kepakaran serta kemajuan kerjaya Skim Perkhidmatan Psikologi Gunasama Persekutuan.

  Kluster Pembangunan Dasar

  1. Menggubal dan menyelaras pembangunan dasar pengurusan psikologi sumber manusia sektor awam;
  2. Menentukan perancangan dan hala tuju strategik perkhidmatan psikologi sektor awam;
  3. Khidmat runding dasar pengurusan psikologi;
  4. Pemantauan dan analisis prestasi perkhidmatan psikologi di agensi (naziran standard kualiti);
  5. Kerjasama strategik perkhidmatan psikologi bersama agensi, badan profesional dan NGO; dan
  6. Pengurusan data maklumat penyampaian perkhidmatan psikologi sumber manusia sektor awam.

  Kluster Pembangunan Profesional

  1. Merancang, membangun dan mengurus pembangunan kompetensi skim perkhidmatan psikologi (gunasama);
  2. Membangun, menyelaras dan melaksana pelan operasi latihan skim perkhidmatan psikologi gunasama;
  3. Merancang dan menyelaras pelan kemajuan kerjaya skim perkhidmatan psikologi gunasama;
  4. Menyelaras dan melaksana pelan pembangunan kepakaran perkhidmatan psikologi; dan
  5. Perhubungan dan penyelarasan strategik pembangunan kompetensi dan laluan kerjaya.

  Kluster Pembangunan Nilai

  1. Merancang, membangun dan menyelaras Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) Perkhidmatan Awam;
  2. Menilai dan memantau tahap penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai dalam perkhidmatan awam;
  3. Mengurus dan mengawal selia instrumen pengukuran nilai perkhidmatan awam;
  4. Melaksanakan khidmat runding intervensi nilai kepada agensi.

  Kluster Psikometrik

  1. Merancang dan membangunkan alat-alat ukuran psikologi;
  2. Membangunkan kerangka profil Psikologi Penjawat Awam;
  3. Membangunkan manual alat-alat ukuran psikologi dan modul akreditasi ujian psikologi bagi memastikan jaminan kualiti perkhidmatan terhadap pelanggan;
  4. Memurni dan menambah baik alat-alat ukuran psikologi yang sedia ada mengikut keperluan semasa berdasarkan kepada permintaan stakeholders;
  5. Melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan penyelarasan pentadbiran ujian psikologi;
  6. Menganalisis, mentaksir data dan menyediakan laporan ujian psikologi bagi Program Kepimpinan dan Pelajar Tajaan JPA;
  7. Melaksanakan akreditasi ujian psikologi kepada Pegawai Psikologi dalam memastikan jaminan kualiti perkhidmatan psikologi;
  8. Menyediakan sesi khidmat runding / konsultasi kepada pelanggan iaitu Kementerian/ Jabatan/ Agensi luar yang ingin menggunakan ujian psikologi yang ada di JPA; dan
  9. Menyediakan khidmat memberikan taklimat interpretasi ujian psikologi kepada pelanggan sama ada individu / kelompok.

  Kluster Kaunseling Dan Psikoterapi

  1. Membangunkan garis panduan / pelan rawatan / modul intervensi kaunseling atau psikoterapi bagi kegunaan Pegawai Psikologi di kementerian/ jabatan/ agensi;
  2. Menyelaras dan mengawal selia penggunaan pelan rawatan / modul intervensi kepada ppsi / warga kementerian / agensi;
  3. Menyediakan latihan / bimbingan kepada Pegawai Psikologi di kementerian/ jabatan/ agensi berhubung penggunaan rawatan / intervensi yang disediakan.
  4. Menyediakan konsultasi perkhidmatan kaunseling atau psikoterapi/ penggunaan pelan rawatan/ modul intervensi kepada kementerian / jabatan/ agensi.
  5. Menyediakan perkhidmatan kaunseling/ psikoterapi/ bimbingan/ konsultasi kepada pelanggan sama ada secara bersemuka (rujukan/ sukarela) atau dalam talian; dan
  6. Melaksanakan dasar / polisi/ Intervensi bersepadu yang dibangunkan secara hand on kepada pelanggan.

  Kluster Psikologi Organisasi

  1. Membangunkan modul / program/ garis panduan/ SOP psikologi organisasi untuk kegunaan Pegawai Psikologi / PSM bagi memperkasakan penjawat awam yang berfokuskan kepada pendekatan psikologi bagi kepimpinan, pengurusan bakat, prestasi, sejahtera dan berintegriti di kementerian/ jabatan/ agensi.
  2. Menyelaras, mengawal selia dan menilai keberkesanan penggunaan modul/ program/ garis panduan/ SOP yang dilaksanakan di kementerian / jabatan/ agensi.
  3. Menyediakan latihan / bimbingan kepada Pegawai Psikologi di kementerian/ jabatan/ agensi berhubung penggunaan modul/ program/ garis panduan/ SOP yang disediakan.
  4. Menyediakan konsultasi pembangunan modul dalam pengurusan sumber manusia yang merangkumi aspek pemilihan, pembangunan potensi, pengurusan bakat hingga persaraan.
  5. Mengadakan outreach program kepada kementerian/ jabatan/ agensi berhubung aplikasi psikologi dalam pengurusan sumber manusia.

Encik Jalil Husni bin Yahaya
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


Menguruskan sumber manusia dan Khidmat Pengurusan Jabatan dengan cekap dan berkesan.


  1. Menguruskan urusan penstrukturan dan naziran perjawatan di JPA.
  2. Menguruskan urusan penempatan dan pertukaran pegawai JPA.
  3. Menguruskan pembangunan latihan dan kompetensi personel di JPA.
  4. Menguruskan urusan berkaitan perkhidmatan dan kaunseling bagi pegawai JPA.
  5. Menguruskan urusan kewangan, perolehan dan pembangunan di JPA.
  6. Menguruskan program kualiti di JPA.
  7. Menguruskan urusan pentadbiran dan logistik di JPA.
  8. Menguruskan aktiviti Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) dan Kelab JPA.
  9. Menyelaras pelaksanaan Aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS) di JPA.
  10. Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Lembaga Tatatertib, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Rosilawati binti Budor
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  1. Bertanggungjawab untuk memastikan HRMIS dilaksanakan di semua agensi dalam perkhidmatan awam selaras dengan visi sumber manusia perkhidmatan awam dan matlamat kerajaan elektronik;
  2. Menyedia dan membekal maklumat personal Sektor Awam yang menyeluruh;
  3. Menyediakan kemudahan infrastruktur yang dipercayai dan selamat;
  4. Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi berlandaskan PSTM;
  5. Melaksanakan program latihan dan pembudayaan ICT; dan
  6. Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang ICT.
  1. Bertanggungjawab dalam pembangunan, perolehan dan penyelenggaraan semua sistem dan aplikasi teras, generik dan sokongan yang diperlukan oleh JPA
  2. Mengkaji, mengenalpasti, merancang melaksana, memantau dan mengurus keperluan infostruktur ICT sama ada melalui kaedah perolehan daripada pembekal atau pembangunan menggunakan kepakaran dalaman bagi menyokong operasi harian serta pembangunan dan pelaksanaan aplikasi teras, generik dan sokongan di JPA
  3. Mengenalpasti dan menguatkuasa penggunaan kerangka kerja serta piawaian yang telah ditetapkan dari segi pemilihan platform, bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data dalam melaksanakan pembangunan sistem dan aplikasi
  4. Memastikan bahawa keutamaan diberikan dalam penggunaan teknik serta teknologi terkini dalam pembangunan sistem dan aplikasi
  5. Memantau penyenggaraan semua sistem dan log meja bantuan bagi semua sistem dan aplikasi yang telah dilaksanakan;
  6. Menyediakan panduan pelaksanaan sistem aplikasi BDTM
  7. Menyediakan khidmat konsultasi berkaitan aliran proses sistem aplikasi BDTM; dan
  8. Melaksanakan Product Verification bagi sistem aplikasi BDTM.
  1. Mengkaji, mengenalpasti, merancang, melaksana, memantau dan mengurus keperluan infrastruktur ICT bagi menyokong operasi harian serta pelaksanaan aplikasi teras, generik dan sokongan di JPA;
  2. Menyediakan keperluan dan kemudahan rangkaian (WAN & LAN) bagi capaian ke Internet dan semua aplikasi yang dibangunkan dengan mengambilkira faktor kos, keupayaan untuk berkembang (growth potential), mudah untuk digunakan, cekap dan berkesan;
  3. Menyediakan keperluan dan pengurusan perkakasan dan perisian untuk kegunaan operasi harian serta sistem dan aplikasi yang dirancang untuk dibangunkan dan dilaksanakan;
  4. Memastikan operasi harian ICT di JPA tidak terganggu dengan menyediakan perkhidmatan Meja Bantuan serta sokongan teknikal bagi semua perkakasan dan sistem serta aplikasi yang dilaksanakan di JPA;
  5. Memastikan semua kemudahan ICT yang disediakan sentiasa berada pada tahap yang optimal dan sedia untuk digunakan;
  6. Menyedia, menguatkuasa dan melaksanakan Dasar Keselamatan ICT di JPA;
  7. Mengurus dan memantau kitaran hayat data HR Sektor Awam, Penajaan dan JPA;
  8. Mengurus, mentadbir dan menyelenggara gudang data dan data mart bagi keperluan penyelidikan, perancangan dan membuat keputusan;
  9. Mengurus dan memantau pelaksanaan integrasi data HR Sektor Awam, Penajaan dan sistem-sistem di JPA dengan sistem-sistem agensi;
  10. Merancang dan melaksanakan strategi pengurusan maklumat yang mudah dicapai, dipercayai dan selamat;
  11. Mereka bentuk, membangun, menyelenggara dan mengemas kini portal-portal JPA dan kandungannya;
  12. Mengurus dan memantau kandungan media sosial JPA;
  13. Menyediakan bahan-bahan multimedia seperti montaj, video klip, poster, banner, bunting dan lain-lain bagi majlis dan program rasmi JPA;
  14. Menguruskan perkhidmatan rakaman video, foto dan live streaming bagi majlis dan program rasmi JPA;
  15. Memantau pematuhan Garis Panduan Portal Sektor Awam bagi Portal JPA; dan
  16. Memantau perkhidmatan online JPA.
  1. Merancang pelaksanaan dan peluasan sistem aplikasi JPA di agensi;
  2. Memantau, mengkaji dan menilai isu-isu pelaksanaan sistem aplikasi JPA di agensi;
  3. Mengkaji keperluan latihan, menyediakan pelan latihan serta menguruskan pelaksanaan latihan berkaitan sistem aplikasi JPA;
  4. Mengkaji keperluan latihan, menyediakan dan menyelaras pelan latihan untuk peningkatan kompetensi ICT pegawai BDTM;
  5. Menyediakan medium yang interaktif di antara pihak BDTM dan pentadbir sistem aplikasi di agensi;
  6. Melaksanakan program promosi dan publisiti menerusi platform seperti Media Cetak, Media Elektronik, Media Sosial, Pameran, Bersemuka dan lain-lain;
  7. Menyediakan panduan pelaksanaan sistem aplikasi BDTM;
  8. Mengurus dan memantau pelaksanaan standard, polisi dan prosedur berkaitan data;
  9. Mengurus perkhidmatan penyampaian maklumat yang berkesan kepada pengguna;
  10. Menyelaras pematuhan standard Kualiti Pembangunan Sistem;
  11. Menyelaras pelaksanaan audit kualiti pembangunan dan pelaksanaan sistem;
  12. Melaksanakan kerja-kerja keurus setiaan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) serta mesyuarat utama HRMIS;
  13. Melaksanakan Technology Scanning bagi mengenalpasti teknologi;
  14. Menyelaras pewujudan repositori dokumentasi sistem aplikasi BDTM (Knowledge Bank);
  15. Menyelaras kajian keperluan baharu dan penambahbaikan sistem aplikasi BDTM; dan
  16. Menyelaras program-program inovasi dan KIK Bahagian.
  1. Pengurusan Sumber Manusia
  2. Pengurusan Kewangan (Peruntukan Mengurus)
  3. Pengurusan Aset Bukan ICT, Stor serta Bekalan Pejabat
  4. Pengurusan Rekod
  5. Pengurusan Am Pejabat
  6. Pengurusan maklum balas minit dan pelaporan maklumbalas mesyuarat utama JPA/BDTM
  7. Penyelaras bagi :
    a) Sasaran Kerja Tahunan (SKT) JPA & BDTM
    b) Penyelaras Sasaran Kerja Utama (SKU)
    c) Key Performance Indicators (KPI)
    d) Outcome Based Budgeting (OBB)
    e) EKSA
    f) Laporan Tahunan BDTM

Encik Mohd Shahrim bin Hussin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Membayar faedah persaraan dengan tepat mengikut jadual masa yang ditetapkan kepada pihak yang layak menerimanya di bawah undang-undang pencen.

  1. Menggubal dan melaksanakan dasar faedah persaraan dan faedah terbitan;
  2. Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Undang-Undang Pencen yang berkuat kuasa;
  3. Meluluskan persaraan, faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah pemberhentian perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuat kuasa;
  4. Meluluskan percantuman perkhidmatan lepas (PPL) bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan;
  5. Meluluskan pemberian taraf berpencen (PTB) kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan;
  6. Menguruskan kemudahan perubatan (rawatan dialisis) melibatkan pesara serta mengeluarkan surat jaminan perubatan (GL) kepada pesara dan ibu bapa pesara perkhidmatan awam persekutuan dan pihak berkuasa berkanun tertentu;
  7. Menguruskan pembayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan;
  8. Mengawal selia pelaksanaan urusan persaraan dan pembangunan sistem pengurusan pencen oleh pihak KWAP;
  9. Mengurus data persaraan dan data pemberhentian perkhidmatan;
  10. Mengurus program libat urus dan khidmat nasihat melibatkan pelanggan dan pihak berkepentingan;
  11. Menguruskan permohonan pendaftaran anak OKU tanggungan pesara dan anak belajar di institusi pengajian tinggi (IPT); dan
  12. Mengurus aduan yang diterima daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.