VISI
Perkhidmatan Awam Berprestasi Tinggi, Berintegriti, Dinamik dan Berjiwa Rakyat.
MISI
Memacu dan Menerajui Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam.
SLOGAN
“Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan”
Menambah baik tadbir urus serta mendukung akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran Kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan keseluruhan perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan efektif dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang diyakini dan dipercayai rakyat.
OBJEKTIF
- Merasionalisasikan saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh.
- Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya.
- Melahirkan dan membangunkan modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik.
- Mengurus penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan.
- Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia dalam Perkhidmatan Awam.
- Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan.
- Memperkenalkan pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja.
- Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.
NILAI-NILAI TERAS / KOD ETIKA JPA
- Bertindak Sebagai Satu Pasukan
- Kecemerlangan dan Keunggulan
- Profesionalisme
- Berhemah dan Berwibawa
- Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan
FUNGSI
- Perancangan
- Menentukan peranan sektor awam;
- Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
- Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
- Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
- Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan
- Membangunkan strategic alliances and networking.
- Pembangunan
- Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
- Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
- Membangunkan Laluan Kerjaya;
- Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan
- Menentukan Dasar Latihan.
- Pengurusan
- Mengurus pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja–majikan, latihan dan latihan sumber manusia;
- Menggubal dan memperjelas dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan;
- Mengurus pemantauan dasar; dan
- Mengurus penilaian dasar.
DASAR KUALITI
JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berprestasi tinggi, dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang dan berpaksikan rakyat.