Skip to main content

Sejarah Timbalan KPPA

Meniti Sejarah

Selain Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang merupakan tonggak dan peneraju Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jawatan kedua penting dan merupakan personel yang bertanggungjawab membantu memastikan visi dan misi KPPA diterjemahkan dalam bentuk tindakan ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau TKPPA. Berdasarkan rekod, jawatan TKPPA telah diwujudkan seawal penubuhan Malayan Establishment Office pada tahun 1934. Pada masa itu, gelaran jawatan ini ialah Deputy Malayan Establishment Officer. Gelaran jawatan ini ditukar kepada Deputy Federation Establishment Officer pada tahun 1954, Federal Establishment Officer (1959) dan Deputy Principal Establishment Officer (1967). Gelaran jawatan tersebut diubah sekali lagi kepada Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada tahun 1968.