Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
PERANAN CIO:
- Membantu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam melaksanakan tugas-tugas dan keperluan yang melibatkan keselamatan ICT;
- Mengesahkan Pelan Strategik ICT (PSICT) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengandungi perancangan penggunaan ICT dalam menyokong pencapaian matlamat JPA;
- Mengetuai pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat;
- Menentu hala tuju sistem aplikasi JPA bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
- Memimpin dan melibatkan JPA dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek ICT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam;
- Menyelaras dan mengurus pelan latihan dan keselamatan ICT seperti penyediaan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JPA serta Pengurusan risiko dan pengauditan; dan
- Bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT JPA.
- Jumlah paparan: 28904