Kemudahan Perubatan
Soalan Lazim
Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan
Berdasarkan PP6/2015, pegawai Perkhidmatan Awam yang layak ialah:
- pegawai yang dilantik secara tetap, sementara, dan kontrak; dan
- pegawai yang ditempatkan berkhidmat di luar negara yang berada di negara ketiga atas urusan persendirian. Bagi maksud peruntukan kemudahan ini, "negara ketiga" bermakna negara selain daripada negara di mana pegawai ditempatkan berkhidmat dan Malaysia.
Bil Hari |
Kadar Premium Insurans Kesihatan (RM) |
||
Kawasan 1 |
Kawasan 2 |
Kawasan 3 |
|
1-5 |
32 |
42 |
52 |
6 - 10 |
46 |
64 |
80 |
11 - 18 |
62 |
103 |
120 |
19 - 31 |
72 |
119 |
170 |
Kawasan 1 |
Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Nepal, Kemboja, Laos, China, India, Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, Vietnam, Hong Kong, Macau dan di dalam Malaysia. |
Kawasan 2 |
Seluruh dunia kecuali USA/ Kanada dan negara-negara di Kawasan 1. |
Kawasan 3 |
USA/Kanada |
Sekiranya terdapat perbezaan kadar yang dibayar oleh pegawai, kadar premium yang ditetapkan adalah terhad kepada kadar premium mengikut negara dilawati seperti di atas sahaja.
Mulai 1 Januari 2019, pegawai yang layak telah diberi fleksibiliti untuk memilih untuk membeli sendiri perkhidmatan skim perlindungan insurans kesihatan ke luar negara daripada mana-mana syarikat yang menawarkan skim perlindungan insurans kesihatan ke luar negara dan pegawai boleh membuat tuntutan bayaran balik kepada Ketua Jabatan.
- tuntutan bayaran balik kemudahan insurans kesihatan ke luar negara hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan resit sebagai bukti pembelian; terhad kepada diri pegawai sahaja;
- meliputi perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan;
- kemudahan perlindungan insurans kesihatan ditanggung oleh Kerajaan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar; dan
- tempoh perlindungan insurans kesihatan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh perjalanan.
- penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai.
Kerajaan hanya menanggung kemudahan perlindungan insurans kesihatan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar.
Mulai 23 Ogos 2018, pegawai Perkhidmatan Awam diwajibkan mengambil perlindungan insurans kesihatan sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian. Oleh itu, pegawai boleh memilih menggunakan kemudahan ini bagi mana-mana perjalanan keluar negara yang melebihi satu (1) kali.
Bagi maksud permohonan tuntutan bayaran balik premium insurans kepada Ketua Jabatan, pegawai hanya layak membuat tuntutan bayaran balik terhad kepada satu (1) kali dalam setiap tahun kalendar.
Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan
Pegawai diwajibkan untuk mendapatkan kelulusan khas daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atau Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi terlebih dahulu sebelum membuat pembelian ubat yang tidak disenaraikan dalam senarai formulari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Permohonan kelulusan bagi pembelian ubat yang tidak disenaraikan dalam senarai formulari Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dikemukakan kepada:
- Unit Teknikal Bantuan Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia; atau
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Rujukan atas talian boleh diperolehi melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia
Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang dibenarkan adalah rawatan yang bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja, iaitu bagi pegawai/pasangan yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung. Sehubungan itu, Puan Noraini tidak layak memohon kemudahan perubatan bagi rawatan kemandulan kerana pernah mengandung dan mempunyai anak.
Rawatan dialisis lazimnya melibatkan tempoh rawatan yang panjang. Oleh itu, perakuan dan pengesahan Pakar Nefrologi Kerajaan hanya perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan semasa permohonan kali pertama sahaja dengan menggunakan borang perubatan 1/09 yang lengkap, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.