Kemudahan Cuti
Soalan Lazim
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 42(A) Bab C
Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) dan menyertai aktiviti anjuran pertubuhan/ persatuan tersebut boleh diberikan kemudahan CTR tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Kemudahan CTR ini juga merangkumi kursus latihan atau khemah tahunan yang diadakan dalam Malaysia. Pemberian CTR juga dibenarkan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan atau persatuan berkaitan di Malaysia sahaja.
[Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991]
Sehingga kini, sebanyak 39 pertubuhan/ persatuan (seperti dalam Lampiran A) telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 42 (a), Perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti). Pegawai yang menjadi ahli sesebuah pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam layak diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti berkenaan.
Muat Turun Lampiran A
Tiada peruntukan kemudahan CTR untuk menghadiri kursus ‘Train the Trainer’. Namun begitu, pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau lain-lain cuti yang berkelayakan untuk tujuan tersebut tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Tiada peruntukan Cuti Tanpa Rekod berkenaan penyertaan program anjuran Majlis Profesor Negara dalam peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. Namun demikian, pegawai layak menggunakan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang pegawai berkelayakan bagi tujuan tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 45 Bab C
Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli Persatuan Ikhtisas yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) boleh diberi kemudahan Cuti Tanpa Rekod tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan ataupun mesyuarat agung luar biasa untuk tempoh sebenar mesyuarat itu dijalankan dan tambahan perjalanan pergi dan balik ke tempat mesyuarat tidak melebihi dua (2) hari dengan syarat mesyuarat itu dipanggil menurut undang-undang tubuh persatuan masing-masing.
Pegawai juga berkelayakan untuk membuat tuntutan tambang pengangkutan awam dan Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut kelayakan dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
[Perintah Am 45 Bab C (Cuti) Tahun 1974, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1977 serta WP 1.4/2013, Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan Polis) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia]
Sehingga kini, sebanyak 53 Persatuan Ikhtisas (seperti dalam Lampiran A) telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan disenaraikan di bawah Perintah Am 45, Perintah Am Bab C Tahun 1974 (Cuti).
Tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan menghadiri APSIC Basic Training Course in Infection anjuran Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia. Oleh yang demikian, pegawai dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang pegawai berkelayakan, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan
Kemudahan Cuti Separuh Gaji
Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek.
[Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1985 (SPP5/1985)]
Kelayakan CSG ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CSG pegawai ialah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Kelayakan CSG ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari
Oleh itu, kelayakan bagi 10 tahun dan 6 bulan adalah terhad kepada had maksimum 180 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974]
Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan Cuti Bersalin tidak menjejaskan peruntukan kadar kelayakan CSG di bawah Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CSG hanya diperuntukkan atas sebab kesihatan sanak saudara pegawai seperti yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.
Kuasa meluluskan CSG melebihi 14 hari ialah Ketua Setiausaha Kementerian sebagaimana penurunan kuasa daripada oleh Kuasa Tertentu melalui SPP5/1985. Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan SPP5/1985]
Syarat-syarat kemudahan CSG adalah seperti yang berikut:
- Pegawai yang memohon hendaklah mempunyai perkhidmatan yang melayakan, iaitu 30 hari bagi setiap genap satu (1) tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 180 hari;
- Diluluskan oleh Ketua Jabatan bagi tempoh 14 hari dalam satu (1) tahun;
- Diluluskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian bagi tempoh yang selebihnya;
- Surat perakuan doktor Kerajaan atau swasta memperakukan pegawai ini perlu menjaga si pesakit;
- Kenyataan perkhidmatan dan kenyataan cuti disertakan dalam permohonan; dan
- Cuti Rehat yang berkelayakan tidak perlu dihabiskan sebelum memohon permohonan ini.
[Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan SPP5/1985]
Kemudahan Cuti Tanpa Gaji
Ketua Jabatan boleh melululuskan Cuti Tanpa Gaji berdasarkan syarat yang berikut:
- Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan;
- Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil Cuti Tanpa Gaji;
- Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan;
- Cuti Tanpa Gaji hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan
- Kadar Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.
Kelayakan CTG adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakan tetapi tidak boleh melebihi 360 hari.
Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CTG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
CTG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari
365 hari
= (547hari / 365 hari) x 30 hari
= 45 hari
Kelayakan CTG pegawai adalah terhad kepada had maksimum 360 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan.
Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak.
Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Saraan, JPA sekiranya pegawai tidak memenuhi syarat untuk menggunakan Cuti Haji dan tidak mempunyai tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk menggunakan CTG atas tujuan urusan peribadi.
Cuti Rehat Tahunan
Pegawai dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik yang sama di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan iaitu SPA bagi jawatan pertama (F29) dan jawatan baharu (F41).
Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 30 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (15 November 2005) di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pegawai telah mempunyai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan (dikira mulai 15 November 2005).
Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (7 Jun 1999) dan pegawai telah mempunyai genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan, tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang sama ketika di Gred J5 dan Gred J41.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2013 menjelaskan bahawa urusan pertukaran pelantikan tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan yang sedang diterima oleh pegawai. Mulai 1 Julai 2013, kadar kelayakan Cuti Rehat pegawai ialah sebanyak 25 hari dan akan dinaikkan kepada 30 hari apabila pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan pada tahun 2014.
Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai adalah sebanyak 30 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (tahun 2004) dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan.
Penentuan 10 tahun tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk tujuan pelarasan kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan diberikan sehari selepas pegawai menggenapkan 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan tanpa bersekadar proportionate berdasarkan tarikh lantikan pertama di Perkhidmatan Awam Persekutuan, selaras dengan peruntukan di bawah Perintah Am 8( b) Bab C Tahun 1974.
Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (1 November 1991) dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan, tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang sama ketika di Gred U8 dan Gred U41.
Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama (1 Mac 2005) dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan, tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik yang sama ketika di Gred R1 dan Gred H22 .
Mulai 1 Januari 2016, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 30 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan pertama pada 2 Januari 2001 dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan.
Mulai 1 Januari 2016, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 35 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan pertama pada 16 April 2001 dan pegawai telah genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan.
Mulai 1 Januari 2016, kadar Cuti Rehat tahunan pegawai ialah sebanyak 25 hari iaitu berdasarkan tarikh lantikan pertama pada 5 Januari 2009.
Ketua Jabatan hendaklah merekodkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai mulai 1 Januari 2009 seperti yang berikut:
“Dengan berkuatkuasanya PP11/2015, maka opsyen dan pemakaian kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan di bawah PP14/2008 adalah terhenti berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016. Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai mulai 1 Januari 2016 adalah ______ hari.”
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat
Peraturan ini berkuat kuasa mulai 20 September 2022.
Tidak layak.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat tidak terpakai kepada personel MySTEP.
Boleh.
Pegawai boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat ini kerana yayasan yang didaftarkan di bawah Trustees (Incorporation) Ordianance (Sabah Cap.148) termasuk dalam definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7 (Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat)
Layak.
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pertubuhan yang diisytihar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah Perintah am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Layak.
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pasukan sukarela tersebut diperuntukkan penubuhannya di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) seperti mana definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7.
Tidak.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai bagi aktiviti Khidmat masyarakat di dalam negara sahaja.
Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini terhad kepada maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat berkelayakan, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh yang melebihi lima (5) hari tersebut.
Tidak boleh.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai pada tahun semasa sahaja dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya sekiranya tidak digunakan.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini tidak terhad kepada bilangan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan sebaliknya tertakluk kepada bilangan hari yang digunakan. Pegawai boleh menggunakan baki Cuti Tanpa Rekod yang ada untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang lain tertakluk kepada maksimum lima (5) hari.
Cuti Tanpa Rekod ini boleh digunakan secara sekali gus atau pun secara berasingan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Tidak boleh. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.
Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diluluskan, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum lima (5) hari setahun.
Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2)
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
Pemakaian penambahbaikan peraturan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat (yang sah di sisi undang-undang), bapa kandung atau bapa angkat (yang sah di sisi undang-undang), ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara, adik-beradik, nenek dan datuk pegawai.
Boleh
Adik-beradik seayah termasuk dalam tafsiran adik beradik.
Tidak boleh.
Adik-beradik tiri tidak termasuk dalam tafsiran ahli keluarga terdekat.
Kemudahan ini hanya boleh digunakan salah seorang sama ada bapa kandung atau bapa angkat.
Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat tanpa had bagi kematian yang melibatkan adik- beradik tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.
Kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh Perkhidmatan.
Tidak boleh.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian ibu mentua iaitu ibu kepada suami pegawai yang sah yang masih dalam ikatan perkahwinan
Tidak layak.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian nenek atau datuk pegawai sahaja.
Tidak boleh.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian nenek atau datuk pegawai sahaja.
Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat atas kematian bapa mentua (bapa isteri kedua) kerana pernah menggunakan kemudahan yang sama bagi kematian bapa mentua (bapa isteri pertama) beliau semasa beliau berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang memandangkan kemudahan ini terhad sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.
Selepas waktu pejabat bermaksud selepas pukul 6.00 petang berdasarkan MYPPSM Ceraian 4.1.1 {Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan}.
Sekiranya kematian berlaku selepas pukul 6.00 petang maka Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada hari berikutnya.
Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat untuk Puan Vasanthi bermula pada 10 hingga 12 April 2022 iaitu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am
Dalam hal ini, “selepas waktu pejabat” bermaksud selepas pukul 6.00 petang berdasarkan MYPPSM Ceraian 4.1.1 {Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Di Agensi Kerajaan Persekutuan}. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerjanya bukan waktu pejabat/syif.
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat untuk kematian bapa mentuanya mulai 12 hingga 14 Julai 2021, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Pegawai tidak boleh menggunakan baki satu (1) hari daripada tempoh Cuti Tanpa Rekod terdahulu yang tidak digunakan bagi membolehkan pegawai bercuti mulai 20 hingga 23 Oktober 2015. Kelulusan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian anak angkat beliau tertakluk ke tempoh tiga (3) hari berturut-turut bagi sesuatu kes kematian ahli keluarga terdekat yang dibenarkan.
Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2002) selama tujuh (7) hari mulai daripada tarikh isteri pegawai bersalin. . Sekiranya pegawai sedang menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin sebanyak tujuh (7) hari mulai 15 hingga 21 Januari 2022, pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat berdasarkan prinsip “hanya satu kemudahan dinikmati di dalam satu-satu masa”.
Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat adalah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat.
Oleh itu, dalam kes ini, Pegawai A layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula 3 Mac hingga 5 Mac 2022. Pegawai A perlu menggunakan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang berkelayakan sekiranya pegawai ingin bercuti mulai 6 Mac 2022.
Kemudahan Cuti Bersalin
Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dimohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran dan terhad kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
[Perkara 5.1 dan 5.2 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017 (PP5/2017)]
Ya. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Bersalin 60 hari dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan.
[Perkara 5.2 dan 16.1 dalam PP5/2017]
Pegawai adalah dikehendaki untuk memenuhi tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut :
(A) Pilihan Pertama
- menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh (30 hari) yang dilayaki; dan
- mengambil Cuti Rehat yang berkelayakan; dan
- mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan (i) dan (ii) di atas;
atau
(B) Pilihan Kedua
- menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh (30 hari) yang dilayaki; dan
- menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin Bergaji Penuh (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014).
(Perkara 7.1 dalam PP14/2010)
Pegawai adalah dikehendaki untuk memenuhi tempoh 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut :
(A) Pilihan Pertama
- mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai mulai dari tarikh bersalin; dan
- mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah menggunakan kemudahan (i) di atas;
atau
(B) Pilihan Kedua
menggunakan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) mulai dari tarikh bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2014).
(Perkara 8.1 dalam PP14/2010)
Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.
(Perkara 12 dalam PP 5/2017)
Ya. Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia, layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal dan memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
(Perkara 13 dalam PP 5/2017)
Ya. Kelayakan Cuti Bersalin semasa pegawai berkhidmat secara kontrak adalah diambil kira dan dianggap telah digunakan.
(Perkara 15 dalam PP5/2017)
Tidak. Pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
(Perkara 16.2 dalam PP5/2017)
Tidak. Secara prinsipnya, tiada dua kemudahan digunakan dalam satu masa. Sekiranya pegawai bersalin dalam tempoh Cuti Belajar, maka pegawai tidak berkelayakan menggunakan kemudahan Cuti Bersalin.
Kemudahan Cuti Keagamaan
Pegawai boleh diminta untuk mengemukakan dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan dan visa (jika perlu) untuk Ketua Jabatan mempertimbangkan kemudahan ini bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di Luar Negara.
Cuti Keagamaan adalah diberikan berdasarkan pemohonan. Oleh itu, tiada halangan jika guru berhasrat untuk tidak menggunakan kemudahan Cui Keagamaan yang jatuh dalam tempoh cuti penggal.
Tidak. Sekiranya tarikh penerbangan/ perjalanan bermula pada cuti peristiwa, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya.
Tidak. Cuti Keagamaan tidak boleh digunakan untuk tujuan sambutan perayaan sebaliknya hanya bagi tujuan mengunjungi tempat keagamaan dan melaksanakan aktiviti keagamaan.
Boleh. Ini kerana ia merupakan dua kemudahan cuti yang berbeza.
Kemudahan Cuti Sakit
Penambaikan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan iaitu pada 18 Februari 2022.
Kekal.
Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.Kekal. Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.
Tidak boleh.
Pegawai tidak boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi setelah menerima 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar. Ini kerana jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar.
Ya, peraturan tersebut masih berkuat kuasa.
Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat yang ada dan sekiranya telah digunakan dan pegawai masih tidak sihat, pegawai boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan Separuh Gaji hingga 90 hari dan Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji hingga 90 hari (Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji) dengan perakuan Lembaga Perubatan. Peruntukan ini adalah sepertimana terkandung dalam Perintah Am 22 Bab C (Cuti) Tahun 1974 dan pindaannya dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991.
Ketua Jabatan hendaklah membuat semakan sewajarnya ke atas kesahihan sijil sakit swasta yang dikemukakan oleh pegawai.
Tindakan tatatertib di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil oleh Ketua Jabatan kepada pegawai yang mengemukakan sijil sakit palsu.
idak boleh.
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan tradisional dan komplementari seperti akupunktur, homeopathy, perubatan tradisional Melayu/ Cina/ India dan sebagainya tidak boleh diterima bagi tujuan permohonan cuti sakit swasta kerana tidak memenuhi takrifan Sijil Sakit di bawah Perintah Am 1 (ix) Bab C Tahun 1974. Selain itu, sijil sakit daripada rawatan tradisional dan komplementari tidak termasuk di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan
A. Perihal Surat Edaran
Pemakaian peraturan ini berkuat kuasa mulai 4 Mac 2022.
- Cuti Kuarantin adalah cuti yang diberi kepada pegawai bagi menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit dan diberi perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin. Dasar ini berkuat kuasa mulai tahun 2016 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016. Walau bagaimanapun, Pekeliling Perkhidmatan ini telah dibatalkan mulai 4 Mac 2022;
- Manakala Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah penambahbaikan kepada Cuti Kuarantin yang dilaksanakan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld. 12 (8) bertarikh 4 Mac 2022; dan
- Cuti Kerantina pula adalah cuti yang diperuntukkan kepada pegawai yang dalam perjalanan balik dari luar Negara melalui kapal terbang atau pelabuhan dan ditahan oleh pihak berkuasa kesihatan bagi mengekang wabak penyakit merebak di bawah Perintah Am 24 Bab C.
B. Jenis Penyakit Berjangkit
Jenis penyakit berjangkit adalah sepertimana tersenarai di MyPPSM Ceraian SR.5.4.4 (A) iaitu enam (6) jenis penyakit berjangkit dan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta
Jenis penyakit berjangkit tersebut adalah :
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)];
- Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah;
- Campak (Measles);
- Chickenpox;
- Difteria;
- Malaria; dan
- Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta.
C. Perakuan Pegawai Perubatan
Bermaksud perakuan secara bertulis untuk dikuarantin atau diasingkan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang disenaraikan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) dan bukannya atas nama pegawai.
D. Kadar Tempoh CMAKP
Terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM.
- Contoh 1:Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022 (10 hari, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM)
Pegawai boleh menggunakan kemudahan CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM. Dalam kes ini, pegawai boleh memohon CMAKP pada bila-bila masa dalam tempoh 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022. CMAKP tersebut hendaklah digunakan maksimum 5 hari secara berturut-turut.
- Contoh 2:Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga 12 Mac 2022 (4 hari). Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada empat (4) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan lima (5) hari.
- Contoh 3: Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022 (10 hari). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin selama empat (4) hari sahaja demi kepentingan perkhidmatan walaupun kelayakan lima (5) hari. Oleh yang demikian, baki lima (5) hari tersebut tidak boleh dibawa ke hadapan bagi kes CMAKP yang lain. .
- Contoh 1:Pegawai A telah menggunakan kemudahan Cuti CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Namun begitu, anak sulungnya telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022.
Justeru, pegawai A layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 dan layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022 termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM kerana terdapat tempoh terputus di antara perakuan pertama dan perakuan kedua yang mana anak pegawai telah pulih daripada penyakitnya semasa dalam tempoh perakuan pertama.
Sila rujuk SIMULASI A - Contoh 2:Pegawai B telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 10 Mac 2022 sehingga 14 Mac 2022 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 14 Mac 2022 sehingga 18 Mac 2022 (5 hari).
Pegawai B layak mendapat CMAKP untuk anak keduanya selepas tamat tempoh CMAKP anak sulungnya pada 14 Mac 2022. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 14 Mac 2022, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 13 Mac 2022
- Contoh 3:Pegawai C telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Penyakit anak sulungnya masih belum sembuh dan doktor telah memberi perakuan mulai 14 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022.
Pegawai C tidak layak mendapat CMAKP berdasarkan tempoh perakuan 14 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022. Namun, pegawai C boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji yang berkelayakan jika ingin bercuti bagi tempoh tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.
Sila rujuk SIMULASI A
Pegawai boleh memilih pada bila-bila masa CMAKP iaitu dalam tempoh perakuan kuarantin termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM terhad maksimum lima (5) hari secara berturutan bagi setiap kes mengikut mana yang lebih rendah.
Sila rujuk SIMULASI B
Pegawai boleh memilih hari bekerja terhad maksimum lima (5) hari secara berturutan termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM bagi setiap kes mengikut mana yang lebih rendah.
Sekiranya tempoh kuarantin anak adalah bertindih dengan anak yang lain, tempoh akhir pegawai menggunakan CMAKP adalah pada hari terakhir tempoh lima (5) hari perakuan anak dikuarantin yang mana lebih lewat.
Sila rujuk SIMULASI C
E. Kelayakan
Kemudahan CMAKP tidak layak diberikan bagi keadaan yang berikut:
- Pegawai yang anaknya tidak dijangkiti penyakit berjangkit tetapi dibimbangi boleh menjadi pembawa penyakit berjangkit kerana terdapat anak-anak di taska/sekolah yang disahkan mendapat penyakit berjangkit;
- Pegawai yang anaknya sihat tetapi taska/sekolah telah diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin dalam mencegah daripada merebaknya penyakit berjangkit;
- Anak pegawai tidak diperaku untuk dikuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta walaupun anak pegawai dijangkiti penyakit berjangkit; dan
- Pegawai menjadi kontak rapat (kepada anak yang positif COVID-19) dan pegawai telah diberi HSO. Dalam hal ini, Pegawai hendaklah menggunakan peruntukan Kebenaran Tidak Hadir Bertugas atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Akta 342.
- Contoh 1:Pegawai A telah menggunakan kemudahan Cuti CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Namun begitu, anak sulungnya telah dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022.
Justeru, pegawai A layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 dan layak mendapat CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sepanjang tempoh perakuan bagi kes 21 Mac 2022 sehingga 25 Mac 2022 termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM kerana terdapat tempoh terputus di antara perakuan pertama dan perakuan kedua yang mana anak pegawai telah pulih daripada penyakitnya semasa dalam tempoh perakuan pertama. Sila rujuk SIMULASI A.
- Contoh 2:Pegawai B telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 10 Mac 2022 sehingga 14 Mac 2022 (5 hari). Selepas itu, anak keduanya pula dijangkiti penyakit yang sama dan diberi tempoh perakuan bermula 14 Mac 2022 sehingga 18 Mac 2022 (5 hari).
Pegawai B layak mendapat CMAKP untuk anak keduanya selepas tamat tempoh CMAKP anak sulungnya pada 14 Mac 2022. Jika pegawai ingin menggunakan Cuti Kuarantin untuk anak kedua bermula 14 Mac 2022, maka Cuti Kuarantin anak sulungnya perlu dipendekkan kepada 13 Mac 2022
- Contoh 3:Pegawai C telah menggunakan kemudahan CMAKP kerana anak sulungnya sakit pada 9 Mac 2022 sehingga 13 Mac 2022 (5 hari). Penyakit anak sulungnya masih belum sembuh dan doktor telah memberi perakuan mulai 14 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022.
Pegawai C tidak layak mendapat CMAKP berdasarkan tempoh perakuan 14 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022. Namun, pegawai C boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji yang berkelayakan jika ingin bercuti bagi tempoh tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. Sila rujuk SIMULASI A.
Sekiranya suami/isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, kedua-dua pegawai suami/isteri layak mendapat kemudahan CMAKP maksimum lima (5) hari dan boleh digunakan secara serentak atau secara berasingan terhad selama tempoh perakuan yang dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM.
Bagi pegawai lantikan kontrak (Contract of Service) adalah layak mendapat kemudahan ini.
Manakala kemudahan CMAKP ini tidak terpakai kepada personel MySTEP.
a) Bagi pegawai yang diberi hak penjagaan sementara oleh ibu bapa asal anak selain daripada yang dinyatakan di perenggan 8(a) - (e), Ceraian SR.5.4.4 (MyPPSM), untuk apa-apa jua sebab bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan, pegawai tersebut layak mendapat kemudahan CMAKP. Dalam hal ini, anak pegawai lain bermaksud, anak kepada sesiapa sahaja (penjawat awam atau swasta) asalkan penjaga tersebut merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diberikan hak penjagaan semasa ketiadaan ibu dan bapa atas apa-apa jua sebab.
b) Perakuan bertulis bagi hak penjagaan bagi suatu tempoh yang berterusan sekurang-kurangnya satu (1) bulan hendaklah diberikan oleh ibu bapa kepada penjaga sementara yang merupakan pegawai perkhidmatan awam.
Contoh 1:Pegawai A telah diberi hak penjagaan sementara oleh jirannya (pekerja swasta), untuk menjaga anak mereka yang berusia 7 tahun selama dua (2) bulan kerana bertugas di luar negara. Sekiranya anak jagaan tersebut didapati menghidap penyakit berjangkit seperti senarai penyakit di Lampiran A SR.5.4.4(A) Ceraian SR.5.4.4 (MyPPSM), pegawai A layak mendapat kemudahan CMAKP.
Contoh 2:Pegawai B telah diberi hak penjagaan sementara oleh adiknya yang bertugas di Jabatan Kerajaan untuk menjaga anaknya yang berusia 7 tahun selama 45 hari untuk menunaikan fardhu haji. Selepas 2 minggu, anak jagaan sementara tersebut disahkan menghidap HFMD dan diberi perakuan kuarantin selama tujuh (7) hari. Maka, pegawai B layak mendapat CMAKP kerana perakuan bertulis ibu bapa diberi melebihi satu (1) bulan
F. Bekerja Dari Rumah (BDR)
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR sepertimana peruntukan di bawah MyPPSM Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah. BDR boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai berupaya melaksanakan tugasan pejabat di rumah.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Terlibat Dalam Pertandingan Sukan Di Peringkat Kebangsaan Dan/ Atau Antarabangsa
Peraturan ini berkuat kuasa mulai 5 April 2023.
Tidak layak.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan tidak terpakai kepada personel MySTEP.
Tidak layak.
Hanya Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan sahaja yang layak mendapat Cuti Tanpa Rekod.
Tidak layak.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] sahaja.
Cuti Tanpa Rekod yang diperlukan melebihi 30 hari perlu mendapat pertimbangan Ketua Setiausaha Kementerian. Sekiranya tidak dipertimbangkan, pegawai boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji bagi tujuan tersebut.
Tidak layak.
MAKSAK Malaysia bukan badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Oleh itu pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang terlibat dalam pertandingan sukan. MAKSAK Malaysia merupakan pertubuhan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) di bawah peruntukan Perintah Am 42(a) Bab C. Oleh itu, sekiranya pegawai merupakan ahli MAKSAK, maka pegawai layak mendapat Cuti Tanpa Rekod di bawah peruntukan Perintah Am 42(a) (MyPPSM Ceraian SR.5.5.3).
Tidak layak.
Sekiranya pegawai menghadiri kursus kejurulatihan, maka pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji bagi tujuan tersebut.
Tidak Layak.
Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah Tahun 2023 adalah sukan yang dipertandingkan di peringkat Negeri.
Pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/ atau Antarabangsa sahaja yang layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod.
Ya.
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
Tidak layak.
Pegawai yang hadir sebagai jemputan tidak layak diberi Cuti Tanpa Rekod kerana pegawai tidak dipilih oleh badan sukan untuk menyertai pertandingan Sukan Para SUKMA.
Tidak boleh.
Pegawai yang dipilih oleh badan sukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan dan/ atau Antarabangsa tidak dikira sebagai menjalankan tugas rasmi iaitu tugas yang berkaitan dengan tugas pejabatnya. Maka pegawai tersebut tidak boleh membuat tuntutan perjalanan sepertimana peraturan berkuat kuasa.
Ketua Jabatan boleh membuat semakan senarai badan sukan melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan.
Cuti Tanpa Rekod bagi Sukarelawan Sukan adalah mengikut tarikh jadual bertugas yang ditetapkan oleh penganjur/ pengelola tidak melebihi 30 hari setahun.
Pegawai boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Rekod tidak lebih daripada tiga (3) jenis sukan sahaja dalam setahun.
i. pegawai dipilih oleh Jabatan A untuk menyertai Sukan Institut Pengajian Tinggi SUKIPT) peringkat Kebangsaan
Tidak layak.
Pegawai dipilih oleh Jabatan A yang bukan merupakan badan sukan.
ii. pegawai dipilih oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan untuk menyertai Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) peringkat Kebangsaan
Layak.
Pegawai dipilih oleh badan sukan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.
Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai
Peraturan ini berkuat kuasa mulai 22 Mei 2023.
Layak.
Pn. Siti layak mendapat CTR Sempena Pesta Kaamatan kerana beliau lahir di Sabah dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia.
Layak.
En. Andy layak mendapat CTR Hari Gawai kerana beliau merupakan etnik yang menyambut Hari Gawai yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia.
Layak.
En. Jason layak mendapat CTR Hari Gawai kerana beliau merupakan etnik yang menyambut Hari Gawai yang berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan.
Pn. Mary tidak layak diberikan CTR Hari Gawai kerana beliau bukanlah etnik yang menyambut Hari Gawai. Namun begitu, oleh kerana Pn. Mary berkhidmat di Sarawak dan Hari Gawai merupakan Hari Kelepasan Am di negeri Sarawak, maka beliau turut menikmati Hari Kelepasan Am tersebut.
Pn. Mary juga layak diberi CTR Pesta Kaamatan mengambil kira Pn. Mary merupakan etnik Rungus yang menyambut Pesta Kaamatan.
Tidak
Kemudahan CTR ini tidak ada kaitan dengan penerimaan Bayaran Insentif Wilayah.
Maklumat peribadi pegawai yang telah disahkan dalam Sistem HRMIS, Sijil kelahiran pegawai atau dokumen-dokumen yang berkaitan.
Pegawai lantikan Contract of Service layak diberikan CTR Sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Sekiranya Pesta Kaamatan dan Hari Gawai jatuh pada Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan atau Hari Kelepasan Am, peruntukan CTR tersebut adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa kepada hari berikutnya.