Saturday, 20 April 2024
11 Shawwal 1445
bluegreengoldred

Article available only in Malay.

Merujuk kepada Artikel bertajuk “JPA Diserang Kulat, 300 Diarah Bercuti” yang telah disiarkan melalui Berita Harian bertarikh 12 September 2011.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memohon untuk memperbetulkan kenyataan akhbar tersebut yang merujuk kepada perkataan ‘diarah bercuti’. Bagi usaha alternatif pihak Pengurusan JPA menghadapi masalah serangan kulat tersebut, Pegawai dan kakitangan JPA diarahkan bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa.

Warga JPA meningkatkan komunikasi berterusan melalui penggunaan ICT meliputi e-mel, Sistem Maklum Balas di Portal JPA dan laman sosial (Facebook) bagi sebarang urusan pelanggan JPA.

Selain itu, dalam usaha mengekalkan mutu perkhidmatan, JPA telah membuka Bilik Operasi yang berpusat di Ibu Pejabat Putrajaya bagi Bahagian-bahagian yang terlibat dan menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi mulai 12 hingga 23 September 2011 (8.30 pagi hingga 5.30 petang) seperti berikut:

Bahagian Saraan: 03-8885 3194/ 3201/ 3227/ 3232/ 3283/ 3072 No Faks: 03-8885 3737

Bahagian Pengurusan Maklumat: 03-8885 3786/ 3807/ 3887/ 3896/ 3898/ 3899 No Faks: 03-8889 3159

Bahagian Pengurusan Psikologi: 03-8885 3216 No Faks: 03-8885 3824

Unit Audit Dalam: 03-8885 3902/ 3903 No Faks: 03-8889 2182

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
12 September 2011