Friday, 19 April 2024
10 Shawwal 1445
bluegreengoldred

Bil.IsuPenyelesaian
1.Pegawai jpa tidak mengangkat telefon (Integriti)

• Perkhidmatan Group Call telah pun dilaksanakan bermula Disember 2021.Group Call ini berfungsi di mana panggilan boleh dijawab oleh mana-mana pegawai atau kakitangan yang disenaraikan dalam kumpulan tersebut bagi memastikan panggilan telefon sentiasa berjawab. Permohonan hendaklah di e-melkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi pegawai-pegawai di Unit Teknikal, Sektor Logistik dan Fasiliti, BKP.

2. Peringatan pematuhan sop bagi megekang penularan Covid-19 di pejabat• Peringatan pematuhan SOP sentiasa dibuat kepada Warga JPA melalui hebahan siaraya pada setiap pagi, poster di premis, hebahan postmaster dan arahan peringatan pematuhan SOP pada setiap emel jemputan program dan majlis.
3.Cadangan membina laluan pejalan kaki & parkir berbumbung

• Cadangan ini telah dibincangkan bersama pihak Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyelenggaraan Bangunan Bagi Kompleks Kerajaan Parcel C, Putrajaya Bil.2/2022 yang telah diadakan pada 10 Ogos 2022; dan

• Maklumbalas yang diterima daripada BPH memaklumkan bahawa tiada perancangan dan diperuntukan bagi pelaksanaan cadangan tersebut.

4.Cadangan menaik taraf lobi C2Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan naik taraf lobi di JPA ditangguhkan selaras dengan Arahan Pekeliling yang berkuatkuasa iaitu sebarang pengubahsuaian pejabat tidak dibenarkan (PB 3.1 Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam)
5.Penambahbaikan persekitaran kerja pegawai

• Keutamaan semasa Jabatan pada masa ini merupakan pembelian perabot bagi menggantikan kerusi yang telah uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Dalam masa yang sama, BDTM akan melaksanakan perolehan bagi cadangan projek perkhidmatan sewaan peralatan infrastruktur asas ICT Fasa 2 JPA bagi tahun 2023 – 2028 bagi menyediakan peralatan ICT yang terkini dan sesuai dengan era endemik;.

• Perolehan perabot kerusi pegawai dan kakitangan di JPA telah dilaksanakan selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) bagi perolehan khas perabot kerusi di JPA pada 12 September 2022. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2022 kepada pembekal yang berjaya dan penghantaran secara berperingkat oleh pembekal telah ditetapkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh SST dikeluarkan. Jangkaan agihan kerusi kepada pegawai dan kakitangan JPA akan dilaksanakan pada minggu pertama bulan Disember 2022 secara berperingkat; dan

• Unjuran kewangan bagi keperluan peralatan ICT telah dibuat untuk melaksanakan cadangan Projek Sewaan Peralatan ICT JPA Fasa II yang dijadualkan bermula pada Ogos 2023. Buat masa ini sehingga Julai 2023, BDTM akan terus membantu memperlengkapkan keperluan peralatan ICT di bahagian-bahagian bagi melancarkan operasi..