Thursday, 18 April 2024
09 Shawwal 1445
bluegreengoldred

Bil.IsuPenyelesaian
1.Penjualan laptop dan dekstop yang hendak dilupuskan kepada warga jpa bagi tujuan kemudahan bekerha dari rumah (BDR) dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR)

• Agihan komputer kepada warga JPA yang terdiri daripada kakitangan Kumpulan Pelaksana telah selesai dilaksanakan pada 9 Jun 2021. Seramai 160 permohonan telah dikenalpasti layak untuk membeli komputer dengan kadar harga yang telah ditetapkan oleh MOF sebnayak RM 50.00 sebuah;

• Pemberian tablet oleh kelab pada kakitangan yang berkelayakan telah selesai pada 23 Februari 2021 kepa 10 orang penerima.

2. Penyediaan juadah makan tengah hari di kafe Blok C3 semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) / perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB)

• Berdasarkan perbincangan bersama Encik Haziq, pengusaha kafe di Blok C3, kafe telah dibuka sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada awal pagi hingga tengah hari. Terdapat tiga (3) buah gerai yang dibuka termasuklah kedai runcit; dan

• Sistem tempahan makanan (sarapan pagi dan tengah hari) secara pre-oder di kafe C1 dan C3 juga boleh dilakukan mulai 14 Julai 2021 melalui tempahan menggunakan aplikasi Whatsapp .

3.Aduan komputer yang diterima daripada pembelian komputer yang dilupuskan rosak.

• Aduan daripada kakitangan JPA mengenai Komputer yang dibeli dengan harga RM50.00 telah rosak walau pun baru sahaja digunakan;

• BKP memaklumkan bahawa setiap komputer yang diberikan kepada kakitangan telah diuji oleh pihak BPMS dan juga diuji oleh penerima sebelum diserahkan;

• Sehingga kini bilangan komputer yang rosak adalah sebanyak 7 buah computer dan pihak BKP telah dibuat penggantian terus kepada semua pembeli tersebut

4.Program Transfer Knowledge untuk warga JPA

• Cadangan pihak pekerja MBJ agar dapat dilaksanakan sesi perkongsian sebagai pemangkin kepada program transfer knowledge di JPA;

• Bahagian Saraan telah mengadakan program perkongsian ilmu berkaitan dasar saraan sercara berkala (contoh: dasar gaji, elaun dan kemudahan) yang turut melibatkan warga JPA daripada bahagian lain juga.

• Bagi bulan Mei dan Jun 2021, BKP telah menganjurkan sebanyak 13 program perkongsian ilmu secara pocket talk dan bahagian lain juga telah melaksanakan sesi perkongsian serta dilaksanakan secara berterusan; dan

• Setiap rakaman sesi perkongsian ilmu telah diletakkan didalam cloud training untuk pegawai dapat melihat semula sebagai rujukan.

5.Cadangan kolaborasi kelab JPA dengan pusat zakat untuk melihat jenis-jenis bantuan yang boleh diberikan kepada warga jpa yang berkelayakan (asnaf dan sebagainya)

•    Kelab JPA mensasarkan bantuan berdasarkan senarai data warga JPA yang berpendapatan di bawah RM 4,000.00 dan mempunyai bilangan 3 tanggungan atau lebih seramai 23 orang sehingga November 2021. Senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa dan telah ditambah dengan senarai anak yatim (13 orang dari 5 keluarga – kematian ibu atau bapa) dan penerima bantuan asnaf (1 orang)

•    Pemakluman berkenaan warga JPA yang sudi meyumbang bagi program bantuan telah dilaksanakan dengan kerjasama PTB Bahagian. Sehingga 10 November 2021, sebanyak RM500.00 telah disumbangkan oleh warga JPA dan kutipan ini telah digunakan untuk membeli barang makanan keperluan dan diletakkan di Gerobok Rezeki, Aras 7, Blok C1, JPA.

6.Memperkasakan program gerobok rezeki JPA

• Sebanyak RM2,500.00 telah diperuntukan umtulk pembelian barang keperluan untuk diletakkan di Gerobok Rezeki dari bulan Julai hingga November 2021;

• Barang keperluan ditambah setiap 2 minggu terutama ketika pertengahan bulan dan stok barangan akan bertahan untuk tempoh 2 minggu;

• Barangan tetap yang diletakkan adalah seperti beras, sardin, telur, gula, tepung, mihun dan sebagainya; dan

• Poster hebahan turut diedarkan melalui Postmaster JPA dan kumpulan WhatsApps PTB Bahagian.

7.Program We Care untuk warga jpa

• Program “We Care” telah diadakan kepada 42 warga kerja JPA yang dijangkiti Covid-19 selepas 22 Julai 2021. Hasil daripada sesi tersebut, semua yang terlibat berada dalam keadaan stabil dari aspek psikologi serta tidak memerlukan sesi susulan daripada Pegawai Psikologi atau AKRAB;

• Program ini dicadang diteruskan bersama AKRAB JPA dan diselaraskan oleh Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Khidmat Pengurusan; dan

• Sesi pemantapan bimbingan intervensi krisis kepada ahli AKRAB JPA akan dikendalikan oleh BPPs pada 25 November 2021 secara online bermula dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.