Skip to main content

Feedback Statement: “How Can She Get Husband’s Dues?”

Article available only in Malay.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Surat Lim Suat Hong, Terengganu Bertajuk “How Can She Get Husband’s Dues?” Yang Disiarkan Di Dalam Akhbar New Straits Times Bertarikh 18 Julai 2011.

Sukacita Sekiranya Balu Kepada Gemulah Dapat Menghubungi Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Di Talian 03-8885 4467 / 03-8885 4037 / 03-8885 4625 Untuk Tindakan Kami Selanjutnya Atau Mengemukakan Terus Borang Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan (Borang JPA.BP.SPT.B01d) Yang Boleh Dimuat Turun Dari Portal www.jpapencen.gov.my Ke Alamat Berikut:
Bahagian Pasca Perkhidmatan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 4, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Prosesan Faedah Terbitan)


Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Julai 2011

Maklum Balas Akhbar: "Injustice In the SBPA Scheme "

Article available only in English.

The Public Service Department (PSD) refers to the letter "Injustice In the SBPA Scheme" by  Disappointed Medical Consultants, Penang Hospital as published in The Star on 27 December 2011.

We wish to clarify that the SBPA scheme addresses the long drawn issue of senior officers sitting on the maximum scale in Grade 54 by enhancing the salary scale for that grade and providing room for no less than ten annual increments for those currently on the maximum scale. The minimum salary point in the scale is also enhanced in recognition of the critical role played by those in this grade as heads of units or departments. However, the principle of conversion from the earlier scheme to the new scheme is by awarding one annual increment in the earlier scheme, followed by the adjustment to the closest salary point scale in the new scheme.

This resulted in almost the entire older salary scale being bracketed into the first salary scale in the new scheme. Such principle of bracketing has been used in the past when converting from one salary structure to a new one. It has to be understood that the SBPA is not a salary adjustment exercise but a salary restructuring exercise towards the set target of achieving USD15,000 per capita income by 2020. Thus, it is not possible to give an equitable increment in salary conversion as there are significant variations between the new and old salary structure for all schemes of service. Nevertheless, the PSD is currently looking into some ways to overcome this bottleneck and resolve the matter so that those who are more senior will receive an appropriate conversion.

PSD hopes that this does not become a reason for those in Grade 54 not opting into the new scheme, as those who do not opt will remain in the SSM scheme and will not be entitled to the appropriate new conversion principle when it is introduced. They will also be deprived of the yearly salary increment which they have not benefitted for a number of years as well as increase in the annual increment rate which ranges from about RM250.00 to RM320.00 under the SBPA. With regard to the percentage of increment of at least between 7 to 13 percent that was announced in the 2012 budget, PSD wishes to clarify that this must include the new annual increment rate for the year 2012 under the SBPA scheme.

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
29 December 2011

Maklum Balas Akhbar: "Kaji Pencen"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Ikmal Hasyim, Subang Jaya, bertajuk "Kaji Pencen" bertarikh 5 Mac 2013 yang disiarkan di dalam akhbar Harian Metro

Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat kebajikan pesara perkhidmatan awam. Justeru itu, Kerajaan sentiasa menambah baik skim pencen sektor awam dari semasa ke semasa.

Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan adalah kenaikan had tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 360 bulan bagi maksud penghitungan pencen (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009) dan peningkatan amaun pencen terendah dari RM720 kepada RM820 bagi pegawai yang mempunyai tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 25 tahun (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012).

Selain itu, mulai tahun 2013 Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan penyelarasan pencen setiap tahun dengan kadar kenaikan 2% bagi membantu pesara menangani masalah peningkatan kos sara hidup. Di samping itu, pesara dan tanggungan yang layak juga dapat menikmati kemudahan perubatan percuma di hospital-hospital kerajaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-8885 4475/4476/4477/4478.

 

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
07 March 2013

Maklum Balas Akhbar: "Kakitangan Sokongan Ada Ijazah Di Anak Tiri"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca dengan nama gelaran "Waris Penjawat Awam", Pahang Darul Makmur bertajuk "Skim Jawatan Statik Perlu Dinilai Semula", "Juruteknik Tiada Peluang Naik Pangkat" dan "Kakitangan Sokongan Ada Ijazah Di Anak Tiri" yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 28 September 2012, 6 November 2012 dan 28 November 2012. Terlebih dahulu Jabatan ini merakamkan penghargaan terima kasih kepada pengadu di atas pandangan dan cadangan yang dikemukakan dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan yang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam.

Merujuk kepada isu penyandang masih di gred lantikan walaupun telah 20 tahun berkhidmat, sukacita dimaklumkan Kerajaan pada 14 Mei 2009 telah bersetuju supaya Pegawai Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat 15 tahun dan lebih, telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan semasa, boleh dipertimbang untuk kenaikan pangkat sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa mulai 1 Julai 2009. Pegawai yang masih belum menerima faedah daripada urusan tersebut boleh merujuk kepada bahagian sumber manusia jabatan/kementerian masing-masing untuk tindakan sewajarnya.

Merujuk kepada persoalan mengenai perbezaan gred di antara skim perkhidmatan Juruteknik Perancang Bandar dan Desa serta skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah, perkara ini berlaku disebabkan keperluan perkhidmatan berkenaan serta struktur perkhidmatan yang berbeza. Manakala berhubung isu skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (PSP/SP), dimaklumkan kelayakan masuk ke perkhidmatan ini bagi lantikan di Gred N17 adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala bagi lantikan di Gred N27 adalah di peringkat diploma. Bagi penyandang yang memiliki kelayakan lebih tinggi seperti ijazah sarjana muda, laluan kemajuan kerjaya ke gred lebih tinggi di bawah Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P & P) telah disediakan di bawah perbekalan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke skim perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41.

Bagi skim perkhidmatan Juru X-Ray pula, ia merupakan skim perkhidmatan bersepadu yang memperuntuk lantikan di peringkat diploma dan ijazah. Juru X-Ray di Gred U29 atau U32 yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan tersebut boleh memohon kepada Ketua Perkhidmatan untuk dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke Gred U42.

Kerajaan sentiasa menggalakkan penjawat awam menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam usaha melahirkan pegawai yang berpengetahuan dan mampu menguasai pelbagai kemahiran serta melaksanakan pelbagai tugas (multi-skilling, multi-tasking). Dalam usaha Kerajaan membentuk perkhidmatan awam yang kejat, pewujudan jawatan baru bagi menampung penyandang Kumpulan Pelaksana dengan kelayakan yang lebih tinggi tidak dapat dilaksanakan kecuali bagi perkhidmatan pendidikan di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) melalui proses tukar ganti jawatan. Namun demikian, mana-mana penyandang yang memiliki kelayakan lebih tinggi dan berhasrat dilantik ke lain-lain skim perkhidmatan Kumpulan P & P bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki boleh mengemukakan permohonan melalui prosedur yang telah ditetapkan.

JPA memberi perhatian ke atas isu yang dibangkitkan dan kajian ke atas penambahbaikan skim perkhidmatan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan berkenaan. Dalam hal ini, sebarang perubahan sesuatu skim perkhidmatan perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dan dibincangkan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada persetujuan Kerajaan.


Download Paper Cutting: Feedback Statement: "Kakitangan Sokongan Ada Ijazah Di Anak Tiri"

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
17 December 2012

Maklum Balas Akhbar: "Lepasan Ijazah Terhad Peluang Kerja"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Jurisprudens Tertekan, Shah Alam bertajuk "Lepasan Ijazah Terhad Peluang Kerja" yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Jun 2012.

Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang telah diberikan.

Untuk makluman, pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Kepujian) daripada IPTA perlu memiliki Sijil Amalan Guaman (CLP) sebagai kelayakan tambahan untuk dilantik sebagai Pegawai Undang-Undang Gred L41 dalam sektor awam.

Syarat ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Sehubungan itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens digalakkan supaya mendapatkan CLP sebelum memohon jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41.

Walaupun tanpa kelayakan CLP, pemegang ijazah tersebut masih boleh memohon jawatan-jawatan lain yang hanya mensyaratkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (pelbagai bidang) seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Pendaftaran, Penguasa Imigresen, Penguasa Kastam, Pegawai Keselamatan, Inspektor Polis dan lain-lain.

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
18 Jun 2012

Maklum Balas Akhbar: "Mohon Kerajaan Naik Pangkat Pembantu Makmal"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel bertajuk "Mohon Kerajaan Naik Pangkat Pembantu Makmal" bertarikh 30 Ogos 2012 yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai Pihak Berkuasa Melantik boleh melantik Pembantu Makmal Gred C17 yang telah mengikuti kursus peralihan untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 di IPTA. Kursus peralihan yang dilaksanakan oleh IPTA bertujuan menyediakan laluan kepada Pembantu Makmal Gred C17 meningkatkan kerjaya mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Namun, pelantikan Pembantu Makmal Gred C17 yang telah mengikuti kursus peralihan kepada Penolong Pegawai Sains Gred C27 adalah tidak secara automatik kerana ianya tertakluk kepada kekosongan jawatan di sesebuah IPTA.

Sehingga 31 Ogos 2012, jumlah keseluruhan perjawatan Pembantu Makmal Gred C17/C22 di 20 IPTA adalah 1,296 jawatan. Manakala jumlah perjawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27/C32 adalah 750 jawatan. Jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 diwujudkan mengikut keperluan berdasarkan skop fungsi tugas makmal di sesuatu fakulti atau pusat di IPTA sama ada sesuai atau wajar dilaksanakan oleh Pembantu Makmal Gred C17 atau Penolong Pegawai Sains Gred C27.

Justeru, Jabatan ini berpandangan, IPTA dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu mengenal pasti jawatan Pembantu Makmal Gred C17 yang boleh ditukar ganti kepada Penolong Pegawai Sains Gred C27 berdasarkan skop dan kompleksiti tugas yang sesuai dan setaraf dengan peningkatan gred jawatan. Dalam masa yang sama, KPT dan IPTA juga perlu merancang dengan teliti keperluan untuk melaksanakan kursus peralihan kerana pelantikan Pembantu Makmal Gred C17 ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 tertakluk kepada kekosongan jawatan.

 

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
14 September 2012

Maklum Balas Akhbar: "Operator Sibuk Pemanggil Tak Dilayan"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Bakal Pesara Kecewa, Selangor yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Disember 2012.

Terlebih dahulu JPA berasa kesal dan memohon maaf atas kesulitan yang telah dihadapi oleh pengadu. Diakui bahawa terdapat sejumlah panggilan daripada pemanggil yang tidak dapat dijawab memandangkan kadar panggilan masuk yang tinggi. Pada masa yang sama, JPA sentiasa mencari penyelesaian kepada masalah panggilan masuk yang tidak berjawab agar semua pertanyaan dapat dilayani dalam masa yang ditetapkan.

Selain itu, JPA juga terus berusaha untuk memperbanyakkan lagi saluran perhubungan alternatif seperti MySMS 15888, Portal Pencen di http://www.jpapencen.gov.my dan 1Malaysia One Call Centre di talian 03-8000 8000 agar semua pertanyaan, aduan dan cadangan dapat diterima dan diambil tindakan sewajarnya.

JPA bersedia menerima cadangan-cadangan lain yang dapat membantu meningkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan khususnya kepada pesara.


Download Paper Cutting: Feedback Statement: "Operator Sibuk Pemanggil Tak Dilayan"

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
19 December 2012

Maklum Balas Akhbar: "Overlooked Or Forgotten?"

Article available only in English.

The Public Service Department (PSD) refers to the letter by Fed-up Pensioner, Penang entitled "Overlooked Or Forgotten?" published in The Star on 19th October 2012.

In his budget speech of September 28, the Prime Minister made specific mention that Government pensioners will be given a special payment of RM500 to coincide with the special payment of a half-month's salary to serving personnel in December. This announcement received wide media coverage and it is surprising that Fed-up Pensioner missed it.

Any further enquiries please contact:

Public Service Department
Post-Service Division
Block C2, Complex C
62510 Putrajaya

Tel.: 03-8885 4421 / 4438 / 4424
Fax: 03-8888 4028

 

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
24 October 2012

Maklum Balas Akhbar: "Pencen Pesara Sedikit Wajar Diseragamkan" & "Kaji Semula Pencen Bekas Penjawat Awam"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Waris Penjawat Awam, Pahang Darul Makmur bertajuk 'Pencen Pesara Sedikit Wajar Diseragamkan' bertarikh 3 Januari 2013 dan Ismail, Muar Johor bertajuk 'Kaji Semula Pencen Bekas Penjawat Awam' bertarikh 12 Januari 2013 yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian.

JPA sentiasa mengambil berat akan kebajikan para pesara Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun buat masa ini, bagi pesara yang jumlah tahun perkhidmatannya kurang daripada 25 tahun (termasuk mereka yang terlibat dengan Dasar Pengkorporatan/Pengasingan/Penswastaan), pihak JPA masih belum ada sebarang cadangan ke arah kadar pencen yang seragam.

Tidak dinafikan bahawa terdapat pesara yang terlibat dengan penswastaan dan diserapkan ke Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau sebagainya, mereka menerima amaun pencen yang agak kecil memandangkan tempoh perkhidmatan (yang boleh diambil kira) yang singkat dan gaji akhir sebelum penyerapan ke dalam syarikat adalah rendah.

Bagi pesara yang terlibat dalam Dasar Pengkorporatan/Pengasingan/Penswastaan, sebenarnya mereka telah memperoleh dua faedah, iaitu faedah persaraan (pencen, ganjaran dan faedah perubatan) berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan serta faedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dengan syarikat. Bagi pesara Kerajaan yang biasa, mereka memperoleh hanya satu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan. Demi memelihara prinsip kesamarataan kepada semua pesara, Kerajaan belum bercadang untuk meminda undang-undang berkenaan.

Sungguhpun demikian, golongan pesara ini sentiasa diambil kira apabila ada semakan gaji ataupun penyelarasan yang dilaksanakan untuk kemudahan para pesara. Selain daripada kadar pencen, golongan pesara ini menikmati kemudahan lain yang sama sepertimana yang diperolehi oleh pesara yang berkhidmat 25 tahun atau lebih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Blok C2, Kompleks C
62510 Putrajaya

Tel.: 03-8885 4475 / 4476 / 4477 / 4478
Faks: 03-8888 4028

 

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
16 January 2013

Maklum Balas Akhbar: "Pesara Kakitangan GLC Dapat Pencen RM290"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Encik Mohamad Yazid Kamaruddin, bertajuk "Pesara Kakitangan GLC Dapat Pencen RM290" bertarikh 22 Oktober 2012 yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian.

Tidak dinafikan bahawa terdapat pesara yang terlibat dengan penswastaan dan diserapkan ke Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau sebagainya, mereka menerima amaun pencen yang agak kecil memandangkan tempoh perkhidmatan (yang boleh diambil kira) yang singkat dan gaji akhir sehari sebelum mereka diserapkan di dalam syarikat agak kecil.

Namun, harus dijelaskan juga bahawa mereka yang terlibat dengan penswastaan dan diserapkan ke GLC ini telah diberi opsyen sama ada mahu memilih ‘Skim Ala Kerajaan’ atau ‘Skim Syarikat’. Bagi mereka yang memilih Skim Ala Kerajaan tempoh dan gaji akhir semasa berkhidmat dengan syarikat akan diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen dan ganjaran, manakala bagi ‘Skim Syarikat’ pula akan menawarkan gaji serta faedah yang lebih lumayan tetapi tempoh dan gaji akhir sewaktu berkhidmat dengan syarikat tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan pencen dan ganjaran. Demi memelihara prinsip kesamarataan kepada semua pesara, Kerajaan tidak bercadang untuk meminda undang-undang berkenaan.

Bagi pesara yang memilih Skim Ala Kerajaan, mereka memperoleh hanya satu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan termasuk tempoh perkhidmatan dengan syarikat. Bagi pesara yang memilih Skim Syarikat pula, mereka memperoleh dua faedah iaitu faedah persaraan (pencen, ganjaran, wang tunai gantian cuti rehat dan faedah perubatan) berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan serta faedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan dengan syarikat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Block C2, Complex C
62510 Putrajaya

Tel.: 03-8885 4475 / 4476 / 4477 / 4478
Fax: 03-8888 4028


Muat Turun: Pesara Kakitangan GLC Dapat Pencen RM290

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
01 November 2012

Maklum Balas Akhbar: "Promotion Comes With Lower Pay"

Article available only in English.

The Public Service Department (PSD) refers to the letter about the anomaly of pension calculation by P.S., Petaling Jaya, Selangor entitled "Promotion Comes With Lower Pay" in the New Straits Times dated 18th September 2012.

The concern on the anomaly of pension calculation is properly addressed by Service Circular Letter Number 4 of 2008, which ensures that the last-drawn salary used for the calculation of his retirement benefits will not be less than if he had remained in his previous grade until his retirement. The Service Circular Letter may be downloaded at www.jpa.gov.my/docs/spp.

Any further enquiries please contact:

 

Public Service Department

Post-Service Division

Block C2, Complex C,

62510 Putrajaya

 

Tel.: 03-8885 4421 / 4438 / 4424

Fax: 03-8888 4028

 

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
Putrajaya
20 September 2012

Maklum Balas Akhbar: "Segerakan Bayar Tuntutan Perjalanan"

Merujuk kepada  surat pembaca daripada Anak Kesal, Kangar, Perlis bertajuk "Segerakan Bayar Tuntutan Perjalanan" yang telah disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia pada 9 November 2011.

Terlebih dahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merakamkan ucapan terima kasih kepada aduan yang ditulis oleh "Anak Kesal" yang disiarkan di Utusan Malaysia bertarikh 9 November 2011.  JPA telah menyemak status permohonan seperti yang dinyatakan oleh "Anak Kesal" dalam akhbar Utusan Malaysia.

Untuk makluman, permohonan pengadu masih dalam tindakan JPA dan memerlukan perincian maklumat untuk disegerakan seperti yang dipohon oleh pengadu. Sehubungan itu, JPA memohon  agar "Anak Kesal" menghubungi JPA dengan segera bagi membolehkan JPA mendapatkan maklumat terperinci bagi tujuan tuntutan tersebut.

Terdapat kes-kes tuntutan perjalanan pesara yang tidak dapat diproses dengan segera kerana  maklumat yang dikemukakan kepada JPA tidak lengkap.  Sehubungan itu, mana-mana pesara yang telah mengemukakan tuntutan dan belum menerima bayaran seperti  'Anak Kesal' boleh menghubungi Puan Azura binti Abdullah di talian 03-88854124 dan Puan Fatimah binti Md. Salleh di talian 03-88854873 supaya tindakan lanjut dapat diambil dengan segera.

 

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
9 November 2011

Maklum Balas Akhbar: "Tell Us Date Of Payment"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca T.S. Ramasamy bertajuk “Tell Us Date of Payment” yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times bertarikh 30 April 2012.

Pembayaran pencen yang diselaraskan mengikut Sistem Saraan Malaysia Yang Ditambahbaik telah mula dibayar kepada pesara mulai bulan April 2012. Seramai 386,156 pesara telahpun dibayar mengikut kadar pencen baru berdasarkan Sistem Saraan Malaysia Yang Ditambahbaik manakala tunggakan perbezaan kadar pencen bagi bulan Januari hingga Mac akan dibayar bersekali dengan pencen bulan Mei.

Bagi pesara yang belum mendapat penyelarasan pada bulan April, kadar pencen baru akan dibayar pada bulan Mei bersekali dengan tunggakan perbezaan bagi bulan Januari hingga April.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya

No.Telefon : 03 - 8885 4421 / 4438 / 4424 / 4445
No.Faks : 03 - 8888 4028

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya

03 Mei 2012

Maklum Balas Akhbar: "Will SBPA Take The Path Of Its Predecessors?"

Article available only in English.

Public Service Department refers to the letter by Prakash from Sungai Petani, "Will SBPA Take The Path Of Its Predecessors?" as published in The Sun on 29 December 2011.

JPA wishes to thank the writer for their views and suggestions. As such, the issues and matters highlighted in the article were also raised by CUEPACS to JPA.

Among the issues raised on the implementation of SBPA is the short option period and performance evaluation that is associated with the implementation of SBPA's Exit Policy.

For the writer's kind information, negotiations and discussions with CUEPACS were held and a MOU was signed between the two parties that touches on SBPA  issues which will be monitored and discussed from time to time.

To ensure fairness in the implementation of SBPA's Exit Policy, officers who are given low marks in their performance evaluation appraisal will undergo another panel of evaluators. This is done so that no element of persecution will occur towards the officer. The panel will also be represented by CUEPACS who will act as an observer.

In the implementation of PROSPEK, CUEPACS will also be included in the panel as an observer.

 

Corporate Communications Unit
Public Service Department Malaysia
30 December 2011

Maklum Balas Akhbar: “Dilema Kakitangan Kerajaan”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Surat Pembaca, Bertajuk “Dilema Kakitangan Kerajaan ” Bertarikh 6 Julai 2011 Yang Disiarkan Di Dalam Akhbar Utusan Malaysia.

Dimaklumkan Bahawa Pada Ketika Ini, Bahagian Pasca Perkhidmatan Telah Mengeluarkan Makluman Mulai Pada 23 Mac 2011 Melalui Laman Sesawang http://www.jpapencen.gov.my/ Supaya Pesara Skim KWSP Yang Bersara Wajib (Tidak Termasuk Kepada Mereka Yang Meletak Jawatan Atau Meninggalkan Perkhidmatan Atas Kehendak Sendiri) Daripada Kerajaan Persekutuan, Atau Negeri Atau Perkhidmatan Badan Berkanun Atau Tempatan Untuk Mengemukakan Maklumat Seperti No. Kad Pengenalan Melalui Hantaran SMS Ke 15888 Bertujuan Mengemas Kini Maklumat Pesara. Kemudahan Ini Juga Dipanjangkan Kepada Ahli Keluarga Pegawai Atau Pekerja Skim KWSP Yang Mati Dalam Perkhidmatan Dengan Syarat Mereka Ini Telah Disahkan Dalam Jawatan/Perkhidmatan.

Sebarang Kemusykilan Atau Pertanyaan, Sila Hubungi Puan Nafisah Saadah Khalit Di 03-8885 4467 (Telefon) Atau, This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (E-Mel) Dan Cik Amalia Mohd Daud Di 03-8885 4418 (Telefon).

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
19 Julai 2011

Maklum Balas Akhbar: “Increase PSD Allowance For Local Students”

The Public Service Department (PSD) refers to the letter “Increase PSD Allowance for Local Students” by Equitable, Alor Setar as published in The Star on 31 May 2011.

The Government had approved sufficient allowances for PSD scholars based on the location of the universities in Malaysia. Besides the fully paid tuition fees, the allocation should include living cost and accommodation as well as other additional allowances.

The question of whether the allocation is adequate or not therefore depends on how the students manage the allocations provided. The PSD only provides financial assistance for the purpose of Malaysian students’ educational growth.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
17 Jun 2011

Maklum Balas Akhbar: “Pelajar UNITEN Belum Terima Tuntutan Elaun Sara Hidup”

Merujuk kepada surat pembaca daripada Pelajar Tertindas, Bangi, Selangor bertajuk `Pelajar UNITEN Belum Terima Tuntutan Elaun Sara Hidup’ yang telah disiarkan melalui akhbar Berita Harian pada 16 Julai 2011.

Adalah dimaklumkan bahawa kaedah pembayaran Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar tajaan JPA di Institut Pengajian Tinggi dalam Negara adalah mengikut sistem pengajian dua semester. Bayaran pertama ESH adalah bermula daripada bulan Januari sehingga Jun, manakala bayaran kedua pula adalah mulai Julai sehingga Disember. Walau bagaimanapun bagi tahun 2011, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah memaklumkan bahawa mulai Mei 2011 terdapat perubahan kepada sistem pengajian universiti iaitu dari dua semester kepada tiga semester.

Perubahan sistem pengajian ini akan memberikan pelajar mengikuti tempoh pengajian yang lebih singkat. Selaras daripada perubahan tersebut, JPA telah mengambil inisiatif untuk mengubah kaedah pembayaran ESH mengikut sistem pengajian 3 semester khusus buat pelajar di UNITEN mulai Julai 2011. Pelajar adalah dinasihatkan agar menghubungi talian 03-88853061 atau 03- 88853560 untuk semakan selanjutnya.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
02 Ogos 2011

Maklum Balas Akhbar: Penafian Jabatan Perkhidmatan Awam Mengenai Kenyataan “60 Peratus CEO Badan Berkanun Kurang Faham Tugas”

PUTRAJAYA, 19 Disember 2014 - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan berita dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 19 Disember 2014 (Jumaat) bertajuk “60 Peratus CEO Badan Berkanun kurang faham tugas” adalah kurang tepat, mengelirukan dan menimbulkan persepsi yang negatif.

Dalam kenyataan tersebut, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Dato’ Norzam bin Mohd Nor menafikan kenyataan mengenai 60 peratus CEO badan berkanun kurang faham akan tugas mereka, sebaliknya hanya menasihatkan supaya semua CEO atau Ketua Jabatan untuk sentiasa meneliti dan mengkaji semula fungsi serta hala tuju sebenar agensi agar sentiasa relevan dengan kehendak stakeholder dan perkembangan semasa.

Mengenai kenyataan bahawa terdapat 738 badan berkanun adalah tidak tepat di mana jumlah tersebut adalah jumlah keseluruhan agensi-agensi sektor awam merangkumi Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Di samping itu, kenyataan yang melaporkan sebagai syarikat dalam perenggan lima (5) rencana berkenaan adalah sepatutnya dilaporkan sebagai badan berkanun.

Diharapkan melalui kenyataan ini akan memberikan penjelasan yang lebih tepat atas kesilapan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-88853706/3146
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Maklum Balas JPA Kepada Artikel Dalam Akhbar Berita Harian Bertajuk “JPA Diserang Kulat, 300 Diarah Bercuti”

Merujuk kepada Artikel bertajuk “JPA Diserang Kulat, 300 Diarah Bercuti” yang telah disiarkan melalui Berita Harian bertarikh 12 September 2011.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memohon untuk memperbetulkan kenyataan akhbar tersebut yang merujuk kepada perkataan ‘diarah bercuti’. Bagi usaha alternatif pihak Pengurusan JPA menghadapi masalah serangan kulat tersebut, Pegawai dan kakitangan JPA diarahkan bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa.

Warga JPA meningkatkan komunikasi berterusan melalui penggunaan ICT meliputi e-mel, Sistem Maklum Balas di Portal JPA dan laman sosial (Facebook) bagi sebarang urusan pelanggan JPA.

Selain itu, dalam usaha mengekalkan mutu perkhidmatan, JPA telah membuka Bilik Operasi yang berpusat di Ibu Pejabat Putrajaya bagi Bahagian-bahagian yang terlibat dan menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi mulai 12 hingga 23 September 2011 (8.30 pagi hingga 5.30 petang) seperti berikut:

Bahagian Saraan: 03-8885 3194/ 3201/ 3227/ 3232/ 3283/ 3072 No Faks: 03-8885 3737

Bahagian Pengurusan Maklumat: 03-8885 3786/ 3807/ 3887/ 3896/ 3898/ 3899 No Faks: 03-8889 3159

Bahagian Pengurusan Psikologi: 03-8885 3216 No Faks: 03-8885 3824

Unit Audit Dalam: 03-8885 3902/ 3903 No Faks: 03-8889 2182

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
12 September 2011

Maklum Balas Kepada Artikel: "Needless Woes"

nstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mengucapkan penghargaan terima kasih di atas keperihatinan dan cadangan yang diberikan oleh Encik Anthony Thanasayan, penulis artikel bertajuk "Needless Woes", ruangan Star Living, mukasurat 13 terbitan akhbar The Star hari ini dalam menambah baik prasarana untuk golongan orang kurang upaya (OKU) di INTAN.

Pihak INTAN amat berbesar hati di atas segala cadangan, maklumbalas dan keperihatinan setiap individu dalam usaha memantapkan lagi INTAN sebagai sebuah institusi latihan dan pembelajaran sektor awam bertaraf dunia.

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada golongan OKU adalah menjadi dasar dalam sistem sokongan dan kemudahan latihan INTAN.  Kemudahan mesra OKU seperti laluan, parkir,serta tandas OKU sememangnya tersedia di Kampus Utama Bukit Kiara dan kampus-kampus wilayah INTAN yang lain. Malah, laman web rasmi INTAN (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) turut menyediakan kemudahan W3C Capaian Kurang Upaya bagi memudahkan pencapaian portal.

Bagi memastikan golongan OKU dapat menjalani latihan dalam keadaan yang selesa di INTAN, mereka adalah dinasihatkan untuk memaklumkan pihak INTAN lebih awal bagi membolehkan kami mengatur program latihan untuk diadakan di bilik-bilik kuliah/makmal dengan kemudahan yang bersesuaian.

Sebagai usaha penambahbaikan berterusan, INTAN mengalu-alukan sebarang pandangan untuk meningkatkan prasarana yang sedia ada bagi membolehkan semua golongan tanpa diskriminasi dapat menjalani latihan di INTAN dalam suasana pembelajaran yang selamat, kondusif dan mesra pelanggan.

Adalah menjadi matlamat kami untuk menjadikan INTAN model Mesra OKU.

24 November 2011
Unit Korporat
Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Tel: 03-2084 7606
Fax: 03-2093 9490
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.