Skip to main content

Institut Tadbiran Awam Negara

Bahagian

FALSAFAH INTAN
Membangunkan pengetahuan, kompetensi, nilai murni dan sikap pegawai awam bagi memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan dengan cekap ke arah menjayakan dasar kerajaan dan agenda negara secara berkesan.

PERANAN INTAN

  • Melaksanakan latihan yang memberi tumpuan kepada pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam; dan
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, konsultasi dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.

KOMITMEN INTAN

  • Melahirkan pegawai awam yang dinamik, progresif, kompetitif dan berkeusahawanan (kreatif dan inovatif) untuk melaksanakan tugas dengan cekap;
  • Membantu menjayakan pelaksanaan program, polisi dan agenda negara; dan
  • Menerajui pembelajaran sektor awam.


NILAI-NILAI BERSAMA

  • Berteras keinsanan
  • Integriti
  • Profesionalisme
  • Kreatif dan Inovatif
  • Semangat Berpasukan
  • Pembelajaran Berterusan

INTAN

Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff

Pengarah INTAN

INTAN

Soalan Lazim

Soalan Am

  • 1. Apakah fungsi INTAN?

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ialah sebuah pusat latihan awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang berperanan untuk melaksanakan latihan ke arah pembangunan sikap, pengukuhan kemahiran dan pemerkasaan pengetahuan pegawai awam serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan, perundingan dan penerbitan bagi melengkapkan pegawai awam dengan bakat, kebolehan dan pemikiran yang konstruktif.

  • 2. Dimana lokasi INTAN?

    INTAN terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur serta enam (6) kampus wilayah dan satu (1) kampus satelit seperti berikut:

    1. INTAN Kampus Jalan Elmu di Jalan Elmu, Kuala Lumpur
    2. INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) di Sungai Petani, Kedah
    3. INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) di Kluang, Johor
    4. INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Kemaman, Terengganu
    5. INTAN Kampus Sabah (INSABAH) di Tuaran, Sabah; dan
    6. INTAN Kampus Sarawak (INSARA) di Kota Samarahan, Sarawak.
    7. INTAN Kampus Satelit Putrajaya
  • 3. Apakah nombor perhubungan INTAN?

    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

    INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN),
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara,
    Jalan Bukit Kiara,
    50480 Kuala Lumpur, Malaysia
    Tel : 603 - 2084 7777, Faks : 603 - 2096 1403
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INTAN JALAN ELMU

    INTAN Kampus Jalan Elmu
    Off Jalan Universiti,
    59100 Kuala Lumpur
    Tel : 603 - 7966 1555
    Faks : 603 - 7955 4767
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    IKWAS

    INTAN Kampus Wilayah Selatan
    KM 3, Jalan Batu Pahat,
    Peti Surat 141,
    86007 Kluang,
    Johor
    Tel : 607 – 778 2500
    Faks (Pentadbiran) : 607 – 778 2540
    Faks (Latihan) : 607 – 778 2440
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INTURA

    INTAN Kampus Wilayah Utara
    Jalan Kuala Ketil,
    Peti Surat 94,
    08007 Sungai Petani,
    Kedah Darul Aman
    Tel : 604 - 421 8321
    Faks : 604 - 421 4489
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INTIM

    INTAN Kampus Wilayah Timur
    Bukit Geliga, Cukai,
    Peti Surat 65,
    24007 Kemaman,
    Terengganu
    Tel : 609 - 862 9000
    Faks : 609 - 868 3007
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INSABAH

    INTAN Kampus Sabah,
    Jalan Sulaman Tuaran,
    Beg Berkunci 2080,
    88999 Kota Kinabalu, Sabah
    Tel : 6088 - 483500
    Faks : 6088 - 473645 (Pentadbiran),
    6088 - 473647/648 (Latihan)
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    INSARA

    INTAN Kampus Sarawak
    No. 2, Lot 5452
    Jalan Datuk Mohammad Musa
    94300 Kota Samarahan
    Sarawak
    Tel : 6082 - 592000
    Faks : 6082 - 615060 (Pejabat Pengarah),
    6082 - 618660 (Latihan)
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..my

    INTAN Putrajaya

    INTAN Kampus Satelit Putrajaya

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    Putrajaya
    Aras 4, Blok C3
    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62510 WP Putrajaya Malaysia
    Tel: 03-8885 5696/5224

  • 4. Apakah laman web rasmi INTAN?

    www.intanbk.intan.my

Permohonan Kursus di INTAN

  • 1. Siapakah yang layak berkursus di INTAN?

    Kesemua penjawat awam layak berkursus di INTAN.

  • 2. Bagaimanakah cara untuk memohon kursus di INTAN?

    Permohonan boleh dibuat secara online (atas talian) melalui portal INTAN www.intanbk.intan.my melalui langkah-langkah berikut

    1. Klik pada menu "Kursus & Jadual"
    2. Klik modul "Permohonan Kursus"
    3. Pilih kampus
    4. Pilih kategori / taip nama kursus
    5. Klik pada 'link' nama kursus
    6. Klik Mohon Kursus
  • 3. Bolehkah permohonan dibuat secara manual?

    Ya, INTAN turut menerima borang permohonan secara manual untuk Kementerian/Jabatan yang memerlukan bukti permohonan/pengesahan secara bertulis. Walau bagaimanapun, permohonan secara atas talian digalakkan.

  • 4. Adakah kebenaran daripada Ketua Jabatan/Penyelia diperlukan bagi permohonan secara atas talian?

    Ya, satu e-mel makluman/pengesahan akan dihantar secara automatik kepada Ketuam Jabatan/Penyelia apabila permohonan dibuat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat Ketua Jabatan/Penyelia dengan tepat semasa mengisi permohonan secara dalam talian.

  • 5. Apakah yang akan berlaku sekiranya Ketua Jabatan/Penyelia tidak meluluskan permohonan kursus?

    E-mel pemakluman akan dihantar secara automatik kepada penyelaras kursus sekiranya permohonan kursus yang dibuat tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatan/Penyelia. Permohonan kursus akan terbatal dengan sendirinya

  • 6. Bagaimana pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian?

    Pemohon boleh menyemak Katalog Kursus yang mengandungi maklumat seperti objektif kursus, jangkamasa berkursus, tarikh kursus dan kumpulan sasaran. Melalui maklumat ini, pemohon boleh memilih kursus yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

  • 7. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu kursus tersebut masih dibuka untuk permohonan?

    Status permohonan kursus sama ada masih dibuka atau telah ditutup ada dinyatakan pada maklumat kursus di dalam Katalog Kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my)

  • 8. Bilakah tempoh permohonan kursus ditutup?

    Tempoh permohonan untuk sesuatu kursus akan ditutup dua (2) minggu sebelum kursus bermula.

  • 9.Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan kursus

    Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan sebulan sebelum tarikh kursus dijalankan atau menghubungi terus urus setia kursus yang berkaitan.

  • 10. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut mengenai sesuatu kursus yang telah dijadualkan?

    Maklumat urus setia kursus yang berkenaan disertakan pada maklumat kursus di dalam katalog kursus pada Portal INTAN (www.intanbk.intan.my).

  • 11. Bagaimanakah cara untuk membuat rayuan boleh dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

    Rayuan boleh dikemukakan kepada Penyelaras Program yang berkenaan. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad pemilihan bergantung kepada pertimbangan pihak INTAN.

  • 12. Apakah tindakan yang akan diambil ke atas penjawat awam yang tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat?

    INTAN akan mengemukakan makluman kepada Ketua Jabatan/Penyelia sekiranya penjawat awam tidak hadir berkursus selepas pengesahan kehadiran dibuat.

Hal Latihan dan Sokongan Latihan di INTAN

  • 1. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan Kalendar Projek Latihan INTAN? / Bagaimanakah cara untuk mendapatkan senarai kursus-kursus yang ditawarkan oleh INTAN?

    Katalog Kursus boleh diakses melalui Portal INTAN di www.intanbk.intan.my

  • 2. Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN?

    Kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di INTAN adalah seperti berikut:

    i) Caj yuran bagi sektor awam

    Bil. TEMPOH KURSUS KADAR YURAN
    (RM)

    1.

    1 hingga 7 hari

    30.00

    2.

    8 hingga 30 hari

    50.00

    3.

    1 bulan hingga 6 bulan

    100.00

    4.

    Lebih 6 bulan

    150.00

     

    ii) Caj yuran bagi sektor swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peserta luar negara (di atas jemputan saja)

    Bil.

    YURAN PENGAJIAN (RM)

    KADAR BAYARAN HARIAN PER PESERTA (RM)

    SEKTOR SWASTA DAN GLC

    LUAR NEGARA

    1.

    Tanpa Penginapan

    300.00

    1000.00

    2.

    Dengan Penginapan

    420.00

    1180.0

  • 3. Bagaimanakah kaedah bayaran yuran kursus dilaksanakan?

    Bayaran boleh dilaksanakan menerusi kaedah berikut:

    1. Tunai (pembayaran semasa pendaftaran kursus); dan
    2. Pesanan Kerajaan (LO)
    3. Bank Draf/ Cek/ Wang Pos/ Kiriman Wang
  • 4. Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk semua peserta kursus?

    Keutamaan penginapan asrama diberikan kepada peserta yang bertugas dan beralamat kediaman di luar kawasan Lembah Klang. Permohonan penginapan perlu dimohon melalui Urus Setia Kursus yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kursus.

  • 5. Bagaimanakah prosedur untuk mendaftar masuk ke asrama INTAN?

    Peserta-peserta boleh mula mendaftar masuk sehari sebelum hari berkursus dengan petugas kaunter penginapan bermula jam 3.00 petang hingga 7.00 petang. Sekiranya lewat, peserta perlu memaklumkan kepada Urus Setia Kursus atau petugas kaunter di talian 03-2084 7449 dengan lebih awal. Peserta perlu membawa bersama surat tawaran kursus ketika mendaftar masuk ke asrama INTAN.

  • 6. Apakah kemudahan yang terdapat di INTAN?

    Antara kemudahan yang terdapat di INTAN ialah bilik kuliah dan seminar yang kondusif dan selesa; makmal komputer, kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, gelanggang skuasy, gimnasium, kolam renang, padang bola jaring, padang bola sepak, padang bola tampar dan gelanggang tenis, pusat sumber, kemudahan penginapan asrama, kedai buku, surau, musolla, kafeteria dan kemudahan tempat letak kereta.

  • 7. Adakah INTAN menyediakan kemudahan untuk orang kelainan upaya (OKU)?

    Kemudahan untuk OKU yang disediakan adalah seperti kemudahan ruang parkir khas OKU, ramp wheelchair dan lif Braille. Walau bagaimanapun, peserta OKU dikehendaki memaklumkan kepada urus setia kursus lebih awal supaya kemudahan berkenaan dapat dipastikan bagi keselesaan peserta semasa berkursus.

  • 8. Adakah kemudahan di INTAN dibuka kepada orang awam?

    Tidak. Kemudahan di INTAN adalah khusus buat peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

  • 9. Adakah INTAN menawarkan khidmat sewaan kemudahan yang disediakan?

    Ya. INTAN ada menawarkan khidmat sewaan kemudahan/fasiliti terhad kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan badan berkanun sahaja. Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada kekosongan. Permohonan sewaan perlu dikemukakan kepada Pengarah INTAN.

  • 10. Adakah Perpustakaan INTAN dibuka kepada orang awam?

    Pusat Sumber INTAN hanya dibuka kepada peserta kursus dan penjawat awam sahaja.

  • 11. Siapakah yang layak menjadi ahli Pusat Sumber INTAN?

    Keahlian Pusat Sumber INTAN hanya terhad kepada warga kerja Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN sahaja. Walau bagaimanapun, semua penjawat awam boleh menggunakan Pusat Sumber INTAN untuk membuat rujukan.

  • 12. Sekiranya saya bukan ahli Perpustakaan INTAN, bolehkah saya meminjam bahan di Perpustakaan INTAN?

    Sekiranya anda bukan ahli Pusat Sumber INTAN, tetapi Perpustakaan/Pusat Sumber di Kementerian/Jabatan/ Agensi anda bertugas telah menjadi ahli Skim Pinjaman Perpustakaan (SPP), maka anda boleh meminjam bahan bacaan di Pusat Sumber INTAN dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh SPP. Jika anda tiada kemudahan SPP, anda boleh menghantar surat rasmi memohon untuk membuat pinjaman bahan kepada pihak Pusat Sumber INTAN untuk dipertimbangkan.

Kursus / Produk Utama INTAN

  • 1. Bolehkah seseorang pegawai yang tidak menerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) memohon untuk kursus Analisis Kuantitatif (QA)?

    Tidak, kursus Analisis Kuantitatif hanya boleh diikuti oleh penerima Hadiah Latihan Persekutuan sahaja.

  • 2. Apakah kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA)?

    Kursus Diploma Pengurusan Awam merupakan kursus yang WAJIB dihadiri oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bagi tujuan pengesahan jawatan sebagaimana yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1980. Penawaran dan pemilihan pegawai untuk mengikuti kursus ini berada di bawah tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan, JPA.

  • 3. Apakah kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)?

    Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Ia dijalankan di bawah Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Maklumat lanjut mengenai kursus tersebut boleh diperoleh menerusi portal ALMP, pautan di dalam laman web INTAN, https://almp.intan.my/almpdrive/.

  • 4. Apakah kursus EPSA?

    EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) ialah kursus dalam talian bagi memberikan kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus secara percuma pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7689 / 7701 / 7702 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

  • 5. Apakah Penilaian ISAC?

    Penilaian ISAC dijalankan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan personel sektor awam.

  • 6. Siapakah yang boleh mengambil penilaian ISAC?

    Individu

    Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan berikut iaitu:

        • Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
        • Pembantu Tadbir (Kew) Gred W19
        • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
        • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
        • Setiausaha Pejabat Gred N29

    dimana kelulusan dalam penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.

    Kumpulan

    Terdiri daripada kakitangan yang dipilih oleh Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon penilaian tersebut dijalankan secara kumpulan (minimum 30 calon bagi satu sesi). Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memerlukan penilaian ISAC dijalankan secara berkumpulan sahaja. Permohonan perlu dibuat secara rasmi kepada pihak INTAN.

  • 7. Bagaimana cara untuk memohon menduduki Penilaian ISAC?

    Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara dalam talian (online) sahaja. Permohonan boleh dibuat menerusi Portal INTAN di http://www.intanbk.intan.my atau boleh terus menerusi Portal ISAC di http://isac.intan.my. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menelefon pihak urus setia ISAC di talian 03-2084 7798/7707 atau e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Lain-lain

  • 1. Bagaimana untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

    Permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN boleh dibuat dengan menghantar surat permohonan menerusi e-mel/faks kepada Pendaftar INTAN di alamat berikut:

        Pendaftar
        Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
        Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
        INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
        Jalan Bukit Kiara
        50480 Kuala Lumpur.
        Tel: 603 - 2084 7227
        Faks: 603 - 2096 2205
        E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan untuk menjalani latihan industri di INTAN?

    Permohonan pekerjaan di sebarang agensi dalam Perkhidmatan awam perlu dibuat melalui Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) yang boleh didapati menerusi laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di alamat www.spa.gov.my

  • 3. Bagaimana cara untuk mendapatkan penceramah/ tenaga pengajar INTAN?

    Surat permohonan untuk mendapatkan penceramah/tenaga pengajar INTAN perlu dikemukakan untuk pertimbangan Timbalan Pengarah Kanan INTAN di alamat berikut:

        Timbalan Pengarah Kanan INTAN
        Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
        Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
        INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
        Jalan Bukit Kiara
        50480 Kuala Lumpur.
        Tel: 03-2084 7667 (Puan Anita Abu Hassan, Setiausaha Pejabat TPK INTAN)
        Faks: 603 - 2093 9490
        Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Surat permohonan akan dipanjangkan kepada Kluster berkaitan dalam tempoh 1 minggu daripada tarikh penerimaan surat. Sekiranya tajuk kursus/modul kursus tersebut tidak berkaitan atau tiada kepakaran, Pejabat TPK INTAN akan memaklumkan terus kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang memohon.

    Perlu diingatkan Surat Permohonan Penceramah INTAN perlu mengandungi:

    1. Tarikh Cadangan Kursus/Program
      (surat permohonan perlu diterima 1 bulan sebelum tarikh Kursus/Program)
    2. Aturcara Kursus/Program
      (Menyatakan cadangan keperluan penceramah INTAN mengikut modul)
    3. Maklumat Pegawai
      di Kementerian/Jabatan/Agensi yang boleh dihubungi oleh INTAN.

    Kadar bayaran penceramah INTAN adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2-2005 iaitu Bayaran Saguhati Mengikut Gred dan dibayar oleh Kementerian/Agensi/Jabatan yang memohon.

    Lain-lain:

    1. Semakan jenis/tajuk kursus yang ditawarkan oleh INTAN boleh dirujuk di Laman Portal INTAN di bahagian Penjawat Awam - Kalendar Latihan INTAN 2019 dan Permohonan Kursus Secara Online
    2. Semakan Penceramah INTAN mengikut Kepakaran boleh dirujuk di http://www.expert.intan.my/
  • 4. Bagaimanakah cara untuk membeli buku-buku terbitan INTAN?

    Buku-buku terbitan INTAN boleh dibeli di Kampus Utama INTAN Bukit Kiara dari Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. Pembelian boleh dibuat secara tunai dan secara pesanan tempatan (LO) kepada:

        Sub Kluster Penerbitan
        Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar
        
    INTAN Kampus Utama Bukit Kiara

        Tel: 03 - 2084 7362
        Faks: 603 - 2092 7368
        Email: sThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Pembelian juga boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Purchasing di Portal INTAN: www.intanbk.intan.my.

Soalan Lazim