Skip to main content

Aktiviti MBJ - JPA Tahun 2022

Bil. Program Maklumat Aktiviti
1. Mesyuarat MBJ-JPA Bilangan 1 Tahun 2022

Tarikh : 18 April 2022

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, JPA

2. Mesyuarat MBJ-JPA Bilangan 2 Tahun 2022

Tarikh : 1 Julai 2022

Tempat : Bilik Lavender, Hotel Langkasuka, Langkawi

3. Program Pengukuhan Pasukan MBJ-JPA

Tarikh : 1 – 3 Julai 2022

Tempat : Hotel Langkasuka, Langkawi

Pengisian program:

  1. Program yang diadakan melibatkan aktiviti berkumpulan rejunivasi dan transformasi diri ahli MBJ bagi mengeratkan hubungan dan memantapkan kerjasama antara ahli MBJ-JPA; dan
  2. Program lawatan ilmiah ke APMM dan LADA bagi tujuan memberi pendedahan kepada ahli MBJ-JPA mengenai amalan terbaik di APMM dan LADA yang dapat diterapkan di JPA.

4. Lawatan Kerja Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM Sabah) Ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Tarikh : 5 Disember 2022

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, JPA

5. Mesyuarat MBJ-JPA Bilangan 3 Tahun 2022

Tarikh : 7 Disember 2022

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 9, JPA

Kluster Hal-hal Lain Tahun 2022

Bil. Isu Penyelesaian
1. Pandangan berhubung kaedah bersesuaian bagi kakitangan yang enggan untuk divaksin

• JPA telah mengeluarkan Arahan Dalaman kepada Pengarah Bahagian iaitu Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bilangan 1/2022 berhubung Garis Panduan Penguatkuasaan Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 bagi JPA dan AKPPA ini diwujudkan berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan 4/2021: Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan

2. Peganjuran untuk kursus bagi ahli MBJ di luar premis

• Peruntukan penganjuran kursus telah diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan BKP akan menganjurkan kursus mengikut perancangan pada bulan 1 hingga 3 Julai 2022 yang akan diadakan bersekali dengan Mesyuarat MBJ-JPA bilangan 2 Tahun 2022.

Kluster Kebajikan Tahun 2022

Bil. Isu Penyelesaian
1. Cadangan ruang/bilik persalinan di gimnasium

• Sesi libat urus secara santai dengan pihak Pengurusan Tertinggi JPA telah dipersetujui untuk diadakan.

• Program ini akan dilaksanakan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Cadangan penyediaan tandas di Blok C10

• Lawatan tapak dan pemeriksaan untuk menentukan kesesuaian tempat juga telah diadakan dengan JKR pada 16 Jun 2022. Hasil lawatan mendapati lokasi cadangan tandas sebelum ini di dalam kafeteria C1 adalah tidak sesuai memandangkan terdapat keperluan untuk mewujudkan system paip sanitari yang baru;

• Anggaran kos yang terlibat adalah sebanyak RM 300,000.00 dan;

• BKP mencadangkan supaya untuk penyelesaian jangka masa pendek, warga JPA boleh menggunakan tandas sedia ada yang terletak di lobi C1 melalui kafeteria C1 dan juga tandas pondok RELA bersebelahan pintu masuk dan keluar di Blok C10

3. Cadangan pengoperasian semula Kafe C1 • Mesyuarat mengambil maklum bahawa kerja pembaikan sepertimana skop kerja dalam kontrak pengurusan fasiliti (FM) sedang dilaksanakan oleh JKR di kafeteria C1 yang dijangka akan selesai pada 4 Julai 2022. Pengusaha kafeteria C1 akan memulakan operasi setelah kerja-kerja tersebut selesai.
Kafeteria C1 telah memulakan operasi pada bulan Julai 2022.
4. Permohonan semakan arah kiblat di surau/ruang solat

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan untuk semakan telah dibuat melalui permohonan atas talian pada 10 Jun 2022. BKP masih lagi menunggu maklumbalas daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya.

• BKP juga telah memohon setiap bahagian untuk mengemukakan maklumat lokasi, aras, blok dan pegawai penyelaras surau yang hendak disemak melalui email pada 21 Jun 2022 kepada semua PTB. Tarikh akhir bagi setiap bahagian mengemukakan senarai adalah pada 30 Jun 2022.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya telah membuat penetapan arah kiblat di ruang solat Bahagian JPA pada 28 Februari 2023.
5. Permohonan kebenaran semula mengerjakan solat jumaat di kompleks C

• Mesyuarat dimaklumkan bahawa terdapat cadangan untuk melaksanakan kembali aktiviti solat jumaat di Kompleks C bagi memudahkan penjawat awam di Kompleks C menunaikan solat jumaat.

• BKP memaklumkan bahawa perbincangan bersama semua Jawatankuasa Surau di Kompleks C bersetuju untuk membuat permohonan untuk kebenaran menganjurkan aktiviti solat jumaat di Surau MOSTI memandangkan kapasiti surau tersebut sesuai untuk jemaah muslimat di Kompeks C

 

6. Cadangan menaiktaraf operasi dan persekitaran kafe C3

• Mesyuarat mengambil maklum hasil semakan BKP dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) mendapati rekabentuk terbaru cafe C3 telah dipersetujui, namun pelaksanaan kerja naik taraf dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2024 selaras dengan penamatan tempoh kontrak operasi cafe sedia ada.

7. Cadangan menyediakan mesin Atm di Blok C2

• Semakan BKP mendapati bahawa Kompleks C telah disediakan dengan perkhidmatan mesin ATM Affin/Bank Rakyat di Blok C7 dan warga Kompleks C boleh menggunakan mesin berkenaan bagi tujuan pengeluaran duit. Memandangkan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia tidak lagi beroperasi di Kompleks C, keperluan untuk menambah mesin ATM tidak lagi timbul dan urusan pembayaran bolen menggunakan e-Wallet dan pembayaran secara QR;

• Mesyuarat mengambil maklum bahawa pihak Maybank tidak dapat menyediakan perkhidmatan mesin ATM Maybank di Kompleks C berdasarkan business-decision oleh pihak Maybank.

Kluster Pentadbiran Tahun 2022

Bil. Isu Penyelesaian
1. Pegawai jpa tidak mengangkat telefon (Integriti)

• Perkhidmatan Group Call telah pun dilaksanakan bermula Disember 2021.Group Call ini berfungsi di mana panggilan boleh dijawab oleh mana-mana pegawai atau kakitangan yang disenaraikan dalam kumpulan tersebut bagi memastikan panggilan telefon sentiasa berjawab. Permohonan hendaklah di e-melkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau menghubungi pegawai-pegawai di Unit Teknikal, Sektor Logistik dan Fasiliti, BKP.

2. Peringatan pematuhan sop bagi megekang penularan Covid-19 di pejabat • Peringatan pematuhan SOP sentiasa dibuat kepada Warga JPA melalui hebahan siaraya pada setiap pagi, poster di premis, hebahan postmaster dan arahan peringatan pematuhan SOP pada setiap emel jemputan program dan majlis.
3. Cadangan membina laluan pejalan kaki & parkir berbumbung

• Cadangan ini telah dibincangkan bersama pihak Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penyelenggaraan Bangunan Bagi Kompleks Kerajaan Parcel C, Putrajaya Bil.2/2022 yang telah diadakan pada 10 Ogos 2022; dan

• Maklumbalas yang diterima daripada BPH memaklumkan bahawa tiada perancangan dan diperuntukan bagi pelaksanaan cadangan tersebut.

4. Cadangan menaik taraf lobi C2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa cadangan naik taraf lobi di JPA ditangguhkan selaras dengan Arahan Pekeliling yang berkuatkuasa iaitu sebarang pengubahsuaian pejabat tidak dibenarkan (PB 3.1 Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam)
5. Penambahbaikan persekitaran kerja pegawai

• Keutamaan semasa Jabatan pada masa ini merupakan pembelian perabot bagi menggantikan kerusi yang telah uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Dalam masa yang sama, BDTM akan melaksanakan perolehan bagi cadangan projek perkhidmatan sewaan peralatan infrastruktur asas ICT Fasa 2 JPA bagi tahun 2023 – 2028 bagi menyediakan peralatan ICT yang terkini dan sesuai dengan era endemik;.

• Perolehan perabot kerusi pegawai dan kakitangan di JPA telah dilaksanakan selaras dengan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) bagi perolehan khas perabot kerusi di JPA pada 12 September 2022. Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 25 Oktober 2022 kepada pembekal yang berjaya dan penghantaran secara berperingkat oleh pembekal telah ditetapkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh SST dikeluarkan. Jangkaan agihan kerusi kepada pegawai dan kakitangan JPA akan dilaksanakan pada minggu pertama bulan Disember 2022 secara berperingkat; dan

• Unjuran kewangan bagi keperluan peralatan ICT telah dibuat untuk melaksanakan cadangan Projek Sewaan Peralatan ICT JPA Fasa II yang dijadualkan bermula pada Ogos 2023. Buat masa ini sehingga Julai 2023, BDTM akan terus membantu memperlengkapkan keperluan peralatan ICT di bahagian-bahagian bagi melancarkan operasi..