Selasa, 29 November 2022
05 Jamadil-Awwal 1444
biruhijauemasmerah

Pengumuman

 
 

Iklan Perolehan

 
 

Aktiviti @ JPA

 

Mengurus dan menyelaras program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan pelanggan JPA.


  1. Bertindak sebagai penyelaras dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan, nasional dan global;
  2. Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA melalui pelaksanaan aktiviti turun padang dan hebahan di medium komunikasi JPA;
  3. Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam negara bersama bahagian berkaitan;
  4. Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan;
  5. Menyelaras dan mengemaskini kandungan portal JPA; dan
  6. Mengurus dan memantau kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA.

  1. Bertindak sebagai penyelaras dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan perhubungan pelanggan JPA;
  2. Mengurus dan mengendalikan pengoperasian Kaunter JPA4U;
  3. Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, MyGCC dan saluran komunikasi JPA;
  4. Merancang dan melaksanakan program e-Pelanggan JPA (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya);
  5. Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran JPA secara tahunan; dan
  6. Menyelaras dan memantau pencapaian Piagam Pelanggan JPA bersama-sama Bahagian/Unit.

  1. Bertindak sebagai penyelaras dalam pelaksanaan pelan media berhubung publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti Jabatan melalui platform media massa dan media baharu untuk tujuan penyampaian maklumat perkhidmatan JPA;
  2. Melaksanakan pemantauan liputan berita mengenai Jabatan dan perkhidmatan awam amnya;
  3. Menyelaras dan mengurus pertanyaan dan maklum balas media berkaitan isu-isu semasa Jabatan;
  4. Menguruskan dan memantau kandungan media sosial Jabatan bagi memastikan maklumat dikemas kini dengan bahan informasi terkini;
  5. Menyelaras dan menguruskan pelaksanaan aktiviti pameran Jabatan; dan
  6. Merancang aktiviti perhubungan awam dan pengurusan media bagi meningkatkan jaringan kolaborasi strategik bersama pihak media.